Sedang saya melayan menguap ni, tiba-tiba rasa nak google
cerita mengantuk+puasa+makan.
Credit given to blog Kevin Zahri, seorang pakar kesihatan
terkenal di Malaysia. Tak kisah kenal ke tak tapi saya kenal sebab handsome
macho gila cadburry.
Rupanya mengantuk bukan salah kita tapi salah otak kita. Hahaha, of course it is our fault. Dah kita yang makan.
Tahukan anda, bila kita makan, kita memang suka. Haruslah kan dan kata makan. Tapi yang penat anggota badan kita inilah masa mereka bekerja. Kalau kita kerja kita rasa penat kan. Konsep yang sama untuk tubuh badan kita. Tambah-tambahan otak dan usus kita.

Bila makanan masuk ke dalam tubuh kita, otak akan merangsang sistem untuk
mencerna dan sel-sel darah akan bantu membawa nutrient makanan ke seluruh
badan. Jadi disini lihat siapa yang bekerja. Otak, sel-sel darah dan usus. Yang
lain pun apa lagi curi tulang lah sikit. Relaks.... Macam kita di pejabat jugalah, ada yang betul-betul kerja dan ada ramai yang curi masa. Kan?
Bila masuk bulan puasa, otak, sel darah dan usus terkejut
sebab tiba-tiba makanan masuk dan laju pulak tu. Jadi anggota lain turut membantu. Bergantung dengan cara makan
lah. Kalau dah semua nak dimakan, mahunya tak terkejut. Tu sampai ada bawa maut
tu. Bila banyak tenaga diperlukan untuk pemprosesan, sel darah
otak tak dapat menampung proses yang
terlampau mendadak ni. Tubuh letih dan mula kita rasa tak selesa. Ini dah mula alasan nak tidur.
Lepas tu tengok pulalah makanan apa kita makan. Kalau
segala-galanya kita borong kat pasar Ramadhan tu karbohidrat- nasi campur, mee goreng
RM2. Eh eh sedap pulak briyani gam Johor tu. Lepas tu beli pulak Char Koey Teow
yang digoreng panas-panas. Budget panas sampai berbuka. Panas kee?
Ini semua kandungan makanan yang ditukarkan kepada glukosa. Tahu
tak bila badan banyak glukosa, insulin terpaksa dilepaskan untuk balance balik
kandungan tersebut. Confirm lah tak tahu. Bukan cikgu Bio pun.
Sedikit penerangan, bila insulin terhasil, ia akan
bertindakbalas dengan protein di otak dan hasilkan SEROTONIN. Menatang apakah
ini? Bukan lipan bara tapi adalah sejenis bahan kimia yang mengawal kitaran
tidur/ jaga kita.
Ha sebab tu lah lagi banyak kita makan, lagi banyak
serotonin dihasilkan dan lagi banyak kita TI..kita apa..kita TIDUUURR.
Bagaimana mengatasinya?
Jadi masalah didunia ini ialah malas dan banyak tidur.
Bagaimana nak atasinya?
Konsep nya trick your mind. Tipu minda anda.
Aktifkan diri anda terutama lepas berbuka. Itulah sebabnya paksa diri anda berjalan pergi surau atau masjid berdekatan. Kalau jauh, naiklah kereta, kang belom sampai mosojid, dah berpoluh kotiak tu.
Kalau kita aktif, kecendurangan menjadi malas dan nak melingkau macam ular tu kurang. Kalaulah takda masa pun, berkawat lah depan belakan ke dapur ke ruang tamu dirumah tu. Bab ini memang boleh tipu otak anda.
Pendek kata dan saya menaip apa pendek kata, segala suruhan Allah di bulan Ramadhan ada elok dan tepat pada masanya.
Ada sebab kita bagi rehat tubuh badan yang bekerja untuk mencernakan makanan kita. Yeelah kan, kalau kita kerja pun pasti nak cuti. Kalau kita di Europe, ada summer holiday. Jadi dah cantik dan bersebab kenapa adanya Ramadhan 30 hari.
Dan bila waktu berbuka, memang ada sunah makan kurma dan susu. Tapi apa kita buat? Di sentalnya kurma tapi campur air cincau, ayam panggang dan kuih seri muka. Lepas berbuka digalakkan menunaikan sunat terawih untuk kekal aktif. Tapi apa kita buat? Melepek depan tv dan ada yang terlajak tidur.
Kejadian mengantuk ini memang boleh bawa gaduh. Saya melihat suami saya juga mangsa keadaan, KUNON !!
Semalam kami bertelingkah kerana mata suami seperti ada gam dan saya pula rasa nak gam terus mata anak-anak yang super active.
Kalau dah Boss pun out, takkan madam pun nak out. Terus buka Performance Drink yang customer punya, bancuh 3 sudu dan gulp gulp minum. Nah kau, 2 bakul baju habis lipat tapi tulah, tak lelap lelap mata sampai pukul 1.30pm.
Memang power gila minuman isotonic ni. Patutlah sold out kat branch. Memang berhantu. Yang penting saya dah jumpa jalan penyelesaian masalah mengantuk saya lepas berbuka. Korang kalau ada tip, kongsi lah. Boleh cuba
Mommy with her sleepy problem, SOLVED
040714

No comments:
Post a Comment