KONSERT SEARCH DI ISTANA BUDAYA
Nimbo King excited nak bercerita tentang konsert SEARCH yang dia pergi dengan buddy-buddy. Apa yang menarik, dia nak habaq kat satu dunia yang dia dapat FREE PASS from her husband. Selama 3 hari 2 malam tanpa anak-anak, tanpa tanggungjawab. And it was FANTASTIC!!
Rezeki Kehidupan
Antara rezeki hidup saya ialah saya ada kumpulan buddy2. Buddy2 memang unik dari segi style kami berkawan. Usia berkawan kami sudah melebihi 2 abad. Saya bersama buddy2 lebih lama dari saya bersama suami saya.
Dan memang minta maaf, selalunya, kepentingan buddy2 akan terletak di nombor 1 berbanding partner masing-masing.
Dan rezeki yang paling menarik, 3 dari kami sudah berkahwin dan ketiga-tiga suami kami adalah hasil persetujuan kami bersama. Kiranya, bila mereka setuju menjadikan kami isteri mereka, mereka juga sudah faham terma dan syarat buddy2.
By the way, my husband call our group KELAB POYO KETOYO. Reason is simple. Ada masa dia sakit hati sebab saya memang utamakan buddy2 saya.