Social Icons

Monday, 15 December 2014

STRESS DAN BERAT BADAN



KENAPA KITA MAKAN BANYAK BILA STRESS

Pernahkah anda berasa lapar dan makin lapar dan asyik lapar? 

Dan kita juga biasa dengar bila orang stress saja, dia nak makan. Dan ada orang kata stress juga punca naik berat badan. 

STRESS- MAKAN BANYAK- BERTAMBAH STRESS SEBAB NAIK BERAT BADAN.

Are we in that category? 



Salam Sihat untuk Semua,

ANDA STRESS?

Stress atau tekanan ni bilamana anda rasa terancam (ada yang tidak kena) seolah-olah anda rasa sentiasa bersedia untuk bertindak. Contohnya, seolah-olah anda dah tahu bahan tu panas lantas anda sudah bersedia andai anda terkena bahan itu. 

Pada masa ini, jantung anda berdegup lebih dari laju, pernafasan anda pula turun naik dengan lebih pantas, otot-otot semua habis rasa tegang dan adakalanya, BP pun naik. Macam dah ready kalau ada ancaman apa-apa.

ITULAH yang dinamakan STRESS.

Tapi keadaan stress ni berbeza mengikut orang. Ada orang rasa benda yang anda stress kan itu kecil sahaja.

For example, ada orang rasa stress dengan melihat gambar ini. Dan ada orang rasa, lerr, takde mende pun.

Macam ada yang tak kena kan?

Tidak semua stress itu tidak elok. Ianya elok bilamana kita gunakannya bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Dan semua kita dapat tangani stress yang kecil-kecil sebab memang badan kita telah didesign untuk terima stress yang kecil-kecil begini. 

Keadaan menajadi TIDAK ELOK bila STRESS itu sudah lama, dipanjangkan untuk suatu tempoh yang panjang.

MASALAH MAKAN DENGAN STRESS

Topik ni nak bincang kenapa ada antara kita bila kita stress, kita suka makan. Senang cerita, bukan kita tetapi saya sendiri.

Pelik tapi Benar. Kenapa jadi begini?

Rupa-rupanya ada seorang pakar ni beritahu, bila kita dalam keadaaan stress, selalu keadaan kita macam ada tak kena. Ada macam resah dan tidak selesa. Jadi kita selalu nak cari benda nak buat.

Dan menguyah adalah salah satu orang kita buat bila stress. Dari menguyah dan tak berhenti menguyah dah jadi habit lapar. 

Hingga kita dah tipu otak kita yang dengan menguyah ni kita rasa selesa. Jadi bila kita stress, otak kita hantar signal yang salah, suruh kita kunyah atau makan. 


Bila keadaan diatas makin menjadi  tidak terkawal, akan timbul pula satu masalah baru iaitu masalah keRISAUan.

Risau tentang makanan yang diambil
Risau dengan pertambahan berat badan.

Bila berat bertambah, timbul pula masalah baru ialah masalah keyakinan diri.

Jadi perasan tak, bermula dengan stress kemudian melarat dari satu masalah ke satu masalah.

Keadaan ini mula mengambil kesemua tentang diri anda dan hidup anda. 

Trust me, we dont like to live in this kind of life!!



DE-STRESS

Wah, memang pun sejak dua menjak ni makan macam selera semacam. Rupa-rupanya baru saya find out, saya stress sebenarnya. 

Adalah beberapa sebab yang buatkan saya stress but the thing is I don't want to be FAT.

De-stress memang mengambil masa dan saya tak nafikan memang sukar nak buat benda baik.

But I have to start somewhere if I love my body.

Saya dah ambil masa lebih 3 bulan nak dapatkan berat badan yang ideal bersama Shaklee. Takkan nak sia-sia kan begitu sahaja.

Yes, I agree, STRESS can actually kill you.

Pembunuh secara senyap tanpa anda ketahui.

Jadi berhati-hati


Nimbo King 
to solid healthy life
151214





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates