Social Icons

Monday, 8 December 2014

BILA NIMBO KING dan BUDDY2 NONTON KONSERT SEARCH



KONSERT SEARCH DI ISTANA BUDAYA

Nimbo King excited nak bercerita tentang konsert SEARCH yang dia pergi dengan buddy-buddy. Apa yang menarik, dia nak habaq kat satu dunia yang dia dapat FREE PASS from her husband. Selama 3 hari 2 malam tanpa anak-anak, tanpa tanggungjawab. And it was FANTASTIC!!

Rezeki Kehidupan

Antara rezeki hidup saya ialah saya ada kumpulan buddy2. Buddy2 memang unik dari segi style kami berkawan. Usia berkawan kami sudah melebihi 2 abad. Saya bersama buddy2 lebih lama dari saya bersama suami saya. 

Dan memang minta maaf, selalunya, kepentingan buddy2 akan terletak di nombor 1 berbanding partner masing-masing. 

Dan rezeki yang paling menarik, 3 dari kami sudah berkahwin dan ketiga-tiga suami kami adalah hasil persetujuan kami bersama. Kiranya, bila mereka setuju menjadikan kami isteri mereka, mereka juga sudah faham terma dan syarat buddy2. 

By the way, my husband call our group KELAB POYO KETOYO. Reason is simple. Ada masa dia sakit hati sebab saya memang utamakan buddy2 saya.


Rezeki Terpijak

Nak dijadikan rezeki kami, si Kiah dapat tawaran tiket percuma 4 keping untuk menyaksikan Konsert SEARCH di Istana Budaya pada hari Ahad yang lepas.

Selalunya orang lain dia akan tawarkan kepada suami dulu tapi kaedah itu jarang berlaku dengan buddy2. Hasilnya memang tiket itu sah-sah untuk kami berempat.

Tawaran Istimewa

Tapi hujung minggu tu memang BONUS untuk saya sebab Big Boss bagi 'FREE Pass' untuk saya. Tiket yang paling mahal untuk seorang isteri atau suami. Dimana pelepasan bebas tanpa tanggungjawab keluarga.

Selama 3 hari 2 malam!!

MASA BERKONSERT


PERMULAAN HARI AHAD

Memandangkan usia kami bukan lagi 20-an, maka sepanjang hari Ahad adalah masa 4 orang kami berehat dan bermalas-malas bersama-sama. 

Yang penting perlu tidur sebanyak mana yang boleh sebab kalau tak tidur, pasti menguap berkali-kali dalam konsert tu nanti. Almaklumlah, bila yang jadi mommy2 ni, pukul 10 dah mengantuk.

Sebenarnya aktiviti bermalas-malas ni memang paling menarik untuk anda yang seorang mak. Bayangkan, kau bangun pagi lambat, makan suka hati, order saja tak perlu masak, tak ada gangguan bising budak merengak, tengok tv channel yang kau nak dan yang penting, TAK PERLU MANDI awal.

Rasa kembali masa bujang duduk dengan rakan-rakan perempuan. Seronok sungguh

MASA BERKONSERT

Bab ini, saya cerita melalui gambar sahaja.

Bersama Syamil- orang kuat yang menjayakan konsert SEARCH di IB merangkap punca kami di sini
Posing sebelum masuk konsert. Ceria selepas 1 hari suntuk bermalas di rumah

Ni lah akibat tak bawa monopod. Ambil gambar pun ikut giliran
ready to be WOW

MamiTasha bila datang konsert. Asyik nak pi tandas saja
Tapi yang kurang menarik sebab seat kami berpecah- 2 ke kiri. Dan selalunya saya akan bersama Erna sebab ni member dari tadika

2 ke kanan-dan selalu Zakiya akan partner dengan MamiTasha sebab suka makan. Dalam handbag diorang macam kedai 7-Eleven dah.
Boleh pula jumpa Kak Shirley- sis to Arin and Kat ( my uni friend @ Heriott Watt). Lagi sempoi, dia datang dengan her mom. Family ROCK Habis

Opening- and we really impressed with the lightnings and effects.


Salah seorang anggota pemain Cello- kumpulan Paladin. I love this guy because he played cello like a ROCK STAR!

Amy-the vocalist





My best shot for the night. Ini dah memang sah depan sebab  saya dah kedepan stage bila waktu lagu terakhir.

Drummer Search-Yazit berkerusi roda. Walaupun baru lepas operation, dia tetap buat persembahan untuk seketika. Dia cakap, kalau aku tak perform aku SAKIT.

Brother Syamil dipanggil ke atas pentas untuk pengiktirafan 
Kami dijemput ke bilik VVIP untuk sesi bergambar dan makan-makan bersama-sama SEARCH

Geram saja tengok makanan

Antara makanan yang dihidangkan untuk VVIP. Lawak sebab selama ini saya ingat, after party artis mesti lah party. Party nasi lemak, karipap dan kuih bangkit

Bersama ahli kumpulan SEARCH; tanpa AMY sebab AMY bergegas ke rancangan MENTOR

Bersama geng PALADIN-pemain-pemain CELLO

buddy2 yang RAPHLAH, HINGAQ dan BERDENGUN! (abang kat belakang tu bukan geng kami!)

VERDICT

Konsert 30 tahun bersama SEARCH memang lebih dari jangkaan baik dari segi lighting, effect, sound system dan ROCK performance from SEARCH itself.

Among all, I really gave credit to Amy for his STAMINA. Seriously, untuk orang berusia 56 tahun dan mampu bertahan selama 2 jam diatas pentas dengan me ROCK kan setiap lagu, memang EXTREMELY HEBAT!

Yang paling best signature Amy yang suka meliang liuk badan nya dengan muzik. Itu setakat ini memang SEARCH menang sebab tiada lagi vocalist kumpulan rock lain yang ada lenggok tu.

Kesimpulannya, ITU BARU ROCK!!!!


NimboKing bila BEROCK
091214



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates