Social Icons

Tuesday, 4 November 2014

KECOH BILA #KAKYA ADA CONCERT



Salam Sihat untuk Semua,

Pada hari Sabtu , 1st November 2014, saya excited sangat sebab pertama kali dalam sejarah menjadi mommy, nak pergi concert anak.

#kakya is my eldest daughter and she's not yet 4 years old. Memandangkan dia dibesarkan dalam keadaan ramai orang dewasa, kemandirian diri dia saya kira lebih dari umurnya. Oleh yang demikian, dia terpilih dalam PlayGroup untuk tadika Brilliant Kids (BK).
Gambaran contoh kemandirian diri #kakya:
Anak-anak Omega mommy



Yes, I taught her how to wash dishes.

Dan memasak spaghetti sendiri
Ini adalah pencapaian #kakya yang pertama membuatkan mommy bangga. Keep up the good works darling.

Tadaaa!!!

Bila dapat surat jemputan, saya pun terkejut, amboi sakan budak-budak sekarang. Concert buat di hotel. Lain sungguh dengan zaman saya dahulu.

Sesampainya di Dewan Hotel, wah cerianya suasana. Saya dan Big Boss pula yang excited.


Teacher Anis dan Teacher Aida. Teachers kesayangan #kakya. Bertugas menyambut para ibubapa dan menguruskan kanak-kanak yang bakal membuat persembahan.



Bila dilihat aturcara, oh mak kau, banyak persembahan rupa-rupanya.


Kiranya, kesemuanya dijangka selesai pada pukul 5 ptg.



Dan yang menarik, ada pelbagai award/ anugerah untuk kanak-kanak.

And the most hilarious and yet outstanding award is a 'Diaper-Free (Master in Toilet Train)' . Ini dikira lebih hebat dari anugerah Master dalam Shaklee business.

Dan sebagai mommy, saya berbangga #kakya menerima 2 award ni:


Berjaya tamat program BK selama setahun dan...


Award that makes me smile. Mandram kuat ni #kakya




Pentas mini untuk persembahan dari kanak-kanak BK



Banyak nak bagi hadiah ni...

Ucapan Pengetuan BK-teacher Reina. 

Concert dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan Alhamdulillah dan Bismillah.

video


As a lousy mommy, I forgot to bring #kakya a tudung.

nasib baik ada teacher yang kreatif. Maka terjadilah seperti gambar dibawah:

Kakya di sebelah Irfan. Alhamdulillah senyum jee. Dengar sini kawan-kawan.....Bismisllah, Alhamdulillah





Tak penting apa butir diorang nyanyi sebab they are super duper cuteeee!!!


Selesai saja nyanyian ala ala nasyid kontemporari ni, acara diteruskan dengan pelbagai persembahan dari kanak-kanak Taska Zaza Cerdik (TZC)-umur 3 tahun kebawah dan kanak-kanak BK.



Persembahan ni paling comel sekali dari TZC. Tak nyanyi pun takpa, diri atas pentas pun dah comel
Perkara yang paling susah ialah nak aturkan kanak-kanak ini menyanyi dikhayalak ramai. Memang saya tabik spring betul dengan tenaga pengajar kanak-kanak. Kesabaran mereka dan mereka yang kena ada di atas pentas nak teman bukda-budak ini buat persembahan.

Ada yang menangis dan ada yang nak berdukung. Ini yang paling dapat tepukan gemuruh dari semua ibu-bapa yang hadir. Betul kata emcee, bukan senang nak buat persembahan atas pentas. Kita yang dewasa ni pun gemuruh kan!


Persembahan #kakya dan rakan-rakan dengan lagu Bangau oh Bangau
 Al kisah persembahan #kakya ini pun lucu juga. Beberapa minggu sebelum concert, perkara yang membimbangkan saya dan Big Boss ialah #kakya buat perangan malu alah dia bila di atas pentas.

Ini kerana setiap kali kami tanya dia perihal concert, dia jarang nak bercerita. tetapi selalu nyanyi lagu bangau oh bangau. Sampai saya ada homework dengan #kakya iaitu praktis bersama-sama dirumah sebagai persediaan dia.

Dan setiap hari, berpesan untuk jangan malu di atas pentas. Setiap hari saya ingat dia jadi ular. Tiba hari persembahan, rupa-rupanya, jadi hujan.

Chet, ularlah sangatsss




Persembahan ke 3 #kakya dengan lagu 'I want Candy'. Budak lelaki sebelah #kakya itu adalah gaya berdiri dan bukan tahan nak ke toilet. Dan Si Hamzah yang lalu di hadapan adalah solo act. Siap buat breakdance depan VIP. I really enjoy this performance especially watching Hamzah. Sumpah kelakar.


Ini persembahan dari geng-geng yang sudah pandai membaca. Kira senior di BK lah. Memang terhibur terutama si Comel yang jadi pencerita di tepi tu.

Puppet show ni memang kelakar. Satu sebab jalan ceritanya tapi lagi kelakar cara budak-budak bercerita. Dengan suara yang comel dan intonasi yang marah ke geram ke lawak ke...kesemuanya nyaring.
Tapi paling kelakar saya perhati si comel si pencerita tu. Perasan tak ada tali terikat di prop puppet show tu? Biasalah budak-budak bila lama sangat atas untuk sesuatu perkara mulalah tangan pun menggatal. Saya perhati dia terkuis-kuis tali tu. Mungkin berfikir nak tarik ke tak nak. Alhamdulillah show berakhir dengan tepukan yang gemuruh.
Kemudian, kami dihiburkan dengan pertunjukan slide aktiviti kanak-kanak di TZC dan BK sepanjang tahun 2014.
Walaupun ada masalah audio, saya lihat ibubapa semua berikan sokongan dan kerjasama untuk nak naikkan semangat teacher.Yeelah kan, penat diorang bersiap sedia untuk concert ini. Sekali masalah timbul dari pihak Aston sendiri.
Kalau saya mesti nak marah tapi itulah sebab bukan saya teacher. Muka teacher-teacher ni relax je. Takda nak kelam kelibut pun. Untung betul budak budak TZC dan BK.

Hasrulah capture muka anak. Muka #kakya cam senyum kelat. Apahal tah
 Antara aktiviti-aktiviti #kakya di BK:

#kakya dan#dakhasan waktu sambutan AidilAdha

Here is number 3

Sambungkan titik-titik

Art attack!

We are 3 bestfriend that anybody could have!

Bersama Iffah dan Tasya. Nama yang selalu #kakya sebut dirumah. Tiada lagi nama Siti- her imaginary friend


Art Attack part 2!
Syukur sangat banyak aktiviti #kakya di BK. Secara jujur kalau #kakya duduk dirumah, saya tidak mampu menyediakan aktiviti-aktiviti sebegini untuk dia. Memang untung hantar anak ke BK. (promosi BK lak, harap dapat yuran rendah ni)


video


Tahniah #kakya! Walaupun kuat kau ponteng gi school. Sebab nak duduk dengan Atuk dan Uwan di kampung.
#kakya dapat Sijil Tamat Sekolah dan buku cerita untuk Something Worth to Smile about award. Naik pentas pun muka ada senyum. Bagus.
THE END OF BEGINNING
Hari yang terbaik untuk #kakya dan kami semua ini berkahir hampir jam 5 petang. Oh ya, lupa nak cerita yang bukan saya dan Big Boss saja yang menghadiri konsert #kakya ni tapi habis satu family besar kami angkut.
Dari MakNgah #kakya hinga ke atuk dan uwan. Semua dating nak bagi sokongan kat #kakya. Dan kami sekeluarga dapat hamper untuk gambar sambutan Hari Raya. Terima kasih BK dan TZC.
All in all, it was a tremendous day and bravo to all teachers of BK and TZC. You have done wonderful job for 2014 and most of all I can never thank all of you enough for loving my kids.
In fact I learned a lot from Teacher Anis and Aida on how to handle my daughter who is exactly like me. Basically I'm asking them how they handle the mini me.
And of course to all TZC teachers especially Teacher Nana and Ina. Hasan really put on weight and go bam bam. And sikit-sikit nak nak dan nak.
Sekali imbas tengok muka ni diorang 2 ni cam ada iras. Tang pipi tu. Peace ya Teacher Ina.
Dan ucapan terima kasih kepada pengetua TZC- Teacher Reen dan pengetua BK-Teacher Reina kerana menyediakan syllabus dan fasiliti yang terbaik untuk anak-anak kami.
Semoga korang adik-beradik terus sukses dalam menambah baik keperluan orang lain.
This is a new beginning for #kakya and us as a your parents. Mommy doakan dan harap semoga permulaan pendidikan #kakya ini akan menjadi akar utama untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan. Semoga cita-cita mommy untuk #kakya akan tercapai.
Anak-anak Omega mommy

Mommy feeling proud on 1st Nov 2014
051114
Me Famili
Gambar-gambar sekitar persedian sebelum concert #kakya:
Kanak-kanak yang jadi BEAR!


Ni sebenar bentuk tarian 'I want Candy'


Acara lumba lari ke depan dan kebelakang

Bara Bere

Mereka ni semua behave jee bila dengan Teacher. Tapi bila ada mak ayah jee lain jadinya










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates