Social Icons

Monday, 17 November 2014

BLOG, BLOGGING, ILMU BLOG DARI PAKAR BLOG



Salam Sihat untuk Semua,

Hari ini adalah hari ke-4 saya bangun awal pagi bagi menyahut cabaran bangun pada jam 4.30 pagi selama 25 hari berturut-turut.



Dan antara aktiviti yang ada manfaat untuk seawal pagi ini ialah entri saya hari ini. Memang pagi ini saya khaskan untuk cerita pengalaman saya dengan blog dan apa saya dapat melalui kelas bersama Pakar Blog-En. Arham Zulqarnain.

En.Arham-Pakar Blog. Boleh hubungi dia untuk dapat perkhidmatan blog. Hubungi saya dapat perkhidmatan bawa anda berjumpa dengan dia.

Selain anda seronok dan tersenyum membaca sebab saya pun seronok dan tersenyum menaip, saya harapkan kita sama-sama dapat manfaat hasil dari perkongsian ini. Dengan izinNya



FROM ZERO


Saya bekerja sebagai Actuary didalam bidang Islamic Finance selama hampir 8 tahun. Dunia komputer saya hanya terhad dengan penggunaan Microsoft Office terutama Excel. Dan dunia online pula hanya terhad dengan penggunaan media social seperti facebook dan Instagram. Itupun hanya sekadar syok-syok sendiri.

Kenapa syok sendiri, sendiri syok upload gambar diri sendiri, gambar keluarga dan gambar percutian untuk tontonan saya sendiri. Tak ke syok sendiri tu? Ya saya akui saya suka syok sendiri.

Tetapi sejak dua menjak ini bermula pada bulan June, baru saya nampak dan disedarkan saya boleh menjana pendapatan dengan hobi saya yang suka syok sendiri ini. Apa yang saya perlu buat ialah lebih mensyokkan diri saya sendiri.

Saya perlu mengonlinekan kehidupan saya. Sangat mudah kerana saya perlu kongsi dengan yang lain apa saya buat, saya fikir dan saya lalui dengan bisnes saya.

Lama-kelamaan, saya dapati banyak sangat saya perlu kongsi dan Facebook dan Instagram tidak mampu menampung apa yang saya nak kongsi. Barulah terfikir nak masuk dunia blog.

Jadi dari tidak tahu apa-apa tentant online, kini dah dinaiktaraf ke tahap 'bolehlah'. From zero to no zero.

PENGALAMAN PERTAMA BLOGGING TANPA ILMU


Mereka kata 'senang jeww' nak menulis blog dan mudah sangat nak jadi blogger. Dan saya percaya cakap mereka. Jadi saya pun ikut mereka. Buka akaun itu ini, click click dan WALAH, siap blog pertama saya. Saya buat sendiri dengan bantuan Bob dan Hani Suryani (hazamiesouq.blogspot.com

Seronok, best dan rasa hebatnya. Perasaan seronok, best dan teruja makan minggu dimana saya suka menulis dan berkongsi. Perasaan syok sendiri punyalah lama sampai saya tersenyum baca entri-entri saya sendiri.

PENGALAMAN PERTAMA BLOGGING DENGAN ILMU


Apa yang menarik tentang penglibatan saya dengan Shaklee ini ialah saya mempunya pelbagai kumpulan mengikut fungsi-fungsi yang tertentu.

  • Group produk yang membantu dan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan maklumat fakta tentang produk Shaklee, kesihatan dan kecantikan sahaja
  • Group bisnes yang membantu dan berkongsi dan berbicara tentang perniagaan dan bagaimana menjana pendapatan melalui Shaklee.
  • Group blog dan social media membantu dan berkongsi tentang perihal medial social sebagai elemen bisnes Shaklee.
  • Group motivasi dan inspirasi yang tugas utama ketua-ketua disini sebagai energy booster untuk anak-anak buah yang lain berbisnes dengan Shaklee. 


Jadi boleh pilih untuk berada dimana-mana dan tiada paksaan. Saya tepuk impian saya dan berselera memilih untuk berada disemua kumpulan sampai kadang-kadang tidak terkejar ilmu yang datang mencurah-curah.

Mana taknya, bila dikumpul semua ahli dalam kumpulan ini, lebih 1000 orang kot. Bayangkan 1000 orang dan setiap seorang ada berkongsi ilmu. Memang dah terpaksa jadi pakar lah jawabnya. 

Dan untuk cerita blog saya ini, bila sudah berada didalam kumpulan yang betul, ilmu social media dan ilmu blog saya makin hari makin bertambah.

Sehingga saya rasa, rupa-rupanya saya tidak tahu apa-apa dan selama ini saya betul-betul syok sendiri. Jangan salah sangka pula, tak salah pun nak syok sendiri sebab itu hak kita dan akaun social media itu akaun kita. Yang salah sebab tujuan saya dengan social media sudah berubah. 

Sebabnya saya mula lihat peluang menjana pendapatan secara online ini memang luas. Dan jika betul caranya, kena gayanya, bukan setakat pendapatan luar biasa malahan boleh membina empayar sendiri dan yang paling penting, boleh tinggalkan jejak. Salah satu matlamat hidup saya ialah mati meninggalkan nama. Saya bukan Hang Tuah tapi bila dah ada ilmu ini, saya lihat peluang cara mati saya cerah.

PENGALAMAN PERTAMA BLOGGING DENGAN PAKAR ILMU BLOG


Keputusan untuk membayar sejumlah RM100 untuk kelas bersama En.Arham sebenarnya agak last minute. Sebabnya saya tidak begitu pasti nak pi ke tak pi. Nak pi macam malas sebab hari Sabtu.

Saja nak kongsi dengan semua yang walaupun setiap hari saya makan pelbagai vitamin tapi masih belum ada vitamin elak penyakit MALAS. Apa yang bagusnya, penyakit ini dah jarang-jarang datang. Tidak seperti dulu. Tapi kalau tekoh dia nak mai, apa pun dah tak boleh halang. Dia mai serbu tak pakai helmet camtu jaaa.

Tapi syukur, saya buat keputusan bayar dulu, fikir kemudian. Bila dah bayar, kena datang lah juga. 

Tu dia habaq hang, punyalah banyak sangat-sangat ilmu blog yang saya ternganga. Makin luas saya nganga, makin banyak En. Arham dok suap saya makan. Kadang-kadang tu dah bukan suap dah saya rasa tapi dia tuang masuk mulut.

Ada sampai satu ketika tu, saya rasa kepala dan telinga saya cam panas je. Rasanya itulah rasa bila otak kita dah hampir 5 tahun tak belajar benda baru. Bila dia mula proses tu, WOW!!. Boleh dengar rasa berdesing di telinga. Mungkin REM lama, processor lama tapi input baru kot.

Susunan kami pelajar tua

Sempat Selfie-WAJIB

ILMU DAN TIPS BARU

Kalau nak kongsi semua, memang akan jadi panjang entri ini. Mana taknya, kelas dengan Pakar Blog ini dari pukul 9.30 pagi dan saya sampai rumah 9.30 malam. Bayangkan betapa besar kapasiti yang saya perlu ada nak tampung semua ilmu tu.

Antara apa yang saya tak tahu dulu dan sekarang dah tahu (hehehehe-gelak bangga sikit, bagilah peluang sebab dah pakar, pakar dari dulu) ialah

  • Saya sudah tahu nak setup blog. 
Blog pertama saya ambil masa 2 minggu nak selesai tapi itu pun tak selesai juga. Ada saja masalah. Dah ok di PC tapi masalah bila buka di phone. Dah masuk widget, tak berfungsi.

Sekarang, beri saya 1 jam, saya dah boleh setup blog yang ringkas. Jadi selepas ini saya boleh tolong team saya- King's Production kemaskini blog mereka dan yang paling penting bantu mereka setup blog kepada yang belum.

Tipsnya disini, bila nak setup blog, ikut langlah-langkah basic secara berturutan. Jangan main boh saja. Apa langkah-langkah itu? 

  • Saya sudah tahu apa yang perlu untuk blog itu kemas dan teratur
Ini adalah sebab utama saya datang kelas ini. 

Ini kerana blog saya dah terlebih 'canggih' dan terlajak rosak. Banyak menu dan cerita yang tidak dilabelkan dengan baik. Jadi banyak menyusahkan pembaca untuk terus zoom apa dia nak. 

Pengajaran, baiklah bermula dengan ilmu dari main mula saja.

Tipsnya disini, LABEL adalah penting dan bagaimana nak meLABELkan pun penting. Untuk lebih kemas, kena tahu apa yang dipamerkan untuk LABEL. Bagaimanakah itu? 

  • Saya sudah tahu bagaimana nak link kan semua akaun Social Media ke Blog dengan hanya beberapa langkah mudah
Kalau dulu, banyak saya buka You Tube dan Google. Bukan salah tapi saya penat. Dan adakalanya, ia tak compatible dengan apa yang saya nak.

Tapi sekarang dengan hanya ikut langkah-langkah mudah yang teratur dari awal, FB Badge, Insta Badge dan Google+ semuanya cantik dan kemas terletak di blog.

Tipsnya, lebih senang berguru dari buat sendiri. (itu sayalah). Bagaimana yang dikatakan mudah itu? Nak tahu tak?

  • Saya sudah lebih arif nak MAKE UP Blog saya
Saya dulu tak pandai langsung nak ubah apa-apa template yang saya upload untuk blog saya. Apa yang template tu bagi, saya guna sahaja. 

Sekarang saya sudah mula pandai adjust dan shift the LAYOUT given in the blogger.

Walaunpun sedikit perubahan, tapi banyak memberi impak kepada apa yang pembaca suka bergantung siapa target pembaca kita.

Tipsnya ada di LAYOUT. Ada yang nak tahu caranya tak?

  • Saya menajamkan seni menulis entri saya
Walaupun bayaran hanya dikenakan untuk mencipta blog, tetapi En.Arham langsung tidak kedekut ilmu.

Dia turut berkongsi cara-cara menulis yang bersesuain, kepada siapa kita tujukan entri kita dan susunan lenggok penceritaan bagaiamana agar orang suka melekat baca dengan blog kita.  Ini semua add value service oleh pakar blog.

Dan bonus yang saya dapat ialah lebih dari 10 tips mudah untuk menulis entri berkaitan perniagaan kita. Reaksi saya..

 ...AAAAA, dan terus ternganga
Tipsnya ada di beberapa blog yang sudah lama menapak di dunia online ini. Contoh terdekat ialah blog mariafirdaus.comnadiamusa.net dan haruslah blog pakar blog kita arhamzul.com

Nak tahu bagaiamana?
Ni masa jam 10.30 pagi




Ni masa jam 8.00 malam. Abang baju belang hijau tu steady jee-Afham namanya.

PENGALAMAN MEMANFAATKAN ILMU

Orang kata lepas balik dari kelas, kena tulis dan ulangkaji kembali. Or else you will loose 35% of it on the next day. And you will loose even more the day after that till you only remember almost nothing.


Itu yang malam tadi terus saya ajar team saya yang memang sudah ada blog cuma perlu dikemaskinikan blog beliau. Blog MamiTasha (mamitasha.blogspot.com) sudah diberi nafas baru dan saya berjanji akan melakukan perkara yang sama untuk mereka yang berada di bawah team saya-King's Production.

Kepada mereka yang ada bertanya soalan-soalan diatas dan mahu jawapannya, bolehlah hubungi saya dan saya akan beri secara PERCUMA tertakluk kepada terma dan syarat. Waaahhhh cam pertandingan gitu!!

Dan pagi tadi happy dapat baca testimoni ni



Nimbo King dengan pengalaman blogging
17/11/14
-business untuk kebaikan orang-

Sekirannya anda rasa entri ini memberi manfaat kepada rakan anda yang lain, please feel happy to share.








5 comments:

Mus Dahlan said...

Wahhh... Nak mintak tolong polish blog kita jugak, boleh x?

Please... Please...

Afham Rusli said...

Nimbo entri menarik! 1st time baca blog ni. Nak cadangkan guna 'breaker' dalam posting. Sifu Arham ada ajar. Supaya entri panjang boleh dipendekkan dan akan ada button/link 'read more' sekiranya nak baca entri tu.

Saya view guna mobile chrome. Maaf jika paparan sebenar sudah di'breaker'kan.

Nimbo King said...

En.Mus Dahlan, kita boleh polish tapi tertakluk pada terma dan syarat, hehehehe

Afham Rusli,

Terima kasih. Betul tu, saya terlupa.

aimazma said...

Loving the new look...ni tak sabar nak coaching ni...hehe

Hani Suryani said...

Wah..syok!!..kat cek ajaq free naaa.. Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates