Social Icons

Tuesday, 11 November 2014

4 LANGKAH MUDAH ELAK #DAKHASAN DARI ASTHMA



Salam Sihat untuk Semua,
Entri ini khas untuk #dakhasan. Ini gambar pertama kali botak sempena kenduri aqiqah #dakhasan. Dah macam Tawil aku tengok kau ni Hasan!
Anak kedua saya Hasan, berumur setahun 4 bulan dan lebih dikenali sebagai #dakhasan. Berbanding kakaknya #kakya, #dakhasan adalah seorang budak yang dilahirkan dengan kulit yang 'second-hand' dan kesihatan yang sensitive.
This is my only Sofea the First! Exactly like mini me. Dan sparing partner #dakhasan.
Sejarah kesihatan #dakhasan memang TIDAK memberansangkan.
  • Bermula dengan peperangan jaundice selama 3 minggu selepas #dakhasan dilahirkan.
  • Disusuli dengan ruam dan kulit yang tidak mulus kerana ada eczema.
  • Selain itu, #dakhasan agak kerap demam terutama bila peralihan skil. Dari merangkak ke berjalan pun demam. Lagi teruk bila tumbuh gigi.
  • Dan #dakhasan agak sensitive dengan makanan sejuk dan keadaan persekitaran yang berhabuk. Senang sangat batuk dan selsema.
  • Isi badan #dakhasan pun tidaklah pejal seperti Michellin Baby

Simbol kalau baby to gomok dan tangan dan peha berketul-ketul. Ini juga impian saya untuk #kakya dan #dakhasan dan masih belum menjadi.
Tetapi yang bagusnya #dakhasan ialah dia memang peminum susu badan. Bukan stok sedikit tapi memang banyak. Sehingga hari ini, saya masih berjaga malam menyusukan si #dakhasan ni.
Jadi betul kata pepatah, bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapa. Hahahaha.
Betul sebab antara factor terbesar #dakhasan jadi begini kerana keturunan. Bukanlah keturunan diRaja atau sumpahan Naga Emas tetapi keturunan kesihatan- health genetic
Bapanya si #dakhasan ini adalah pengidap asthma tegar. Sampai sekarang pun Big Boss masih bergantung dengan inhaler. Itupun makin bertambah baik berbanding dulu dimana kadang-kala terpaksa berkejar ke hospital untuk nebulizer. It was not an easy sight especially when it happened at 2.30am.
Dan mama mertua saya pun mempunyai asthma yang agak kronik dan sensitive. Ini termasuk dengan abang ipar dan kakak ipar saya.
Saya bersyukur anak sulung saya #kakya tidak ada petanda menunjukkan keadaan asthma buat setakat ini. InsyaAllah.
Jadi sebagai mommy yang dah tahu kemungkinan yang bakal dihadapi, takkan nak diam diri dan terima dengan mudah kan. No way! It so not me.
Mengikut doctor, jika dibawah 2 tahun, kesukaran bernafas bukanlah asthma tetapi ia berkemungkinan besar boleh terjadi jika tidak bertindak sekarang!! 
As a 'YES I can' person, I did my research, I read and tried various method before found out which are the best for #dakhasan. 
Semua ini adalah langkah berjaga-jaga sementara #dakhasan masih ada harapan untuk tidak cenderung ke arah asthma.
Jadi disini saya nak kongsi dengan anda semua apa yang saya sedang usaha untuk #dakhasan.
LANGKAH PERTAMA-BERDOA DAN KIRIM DOA
Awal-awal baca pun dah nak tergelak. Dulu mungkin saya akan kata, laaa doa?? Itu yang nak dikongsi dengan yang lain? Tidak perlu beritahu pun orang lain memang tahu.
Ya betul, kalau saya tak cerita pun orang lain tahu.  Tapi ramai lagi yang tidak tahu cara berdoa dengan betul dan tepat. 
Bak kata seorang yang berjaya ini, nak berdoa kena ada cara yang BETUL dan TEPAT. Ia umpama kita nak buat pinjaman wang untuk membeli kereta. Kalau borang yang kita isi tak lengkap, jangan harap nak lulus. Senang-senang sahaja diletak tepi tanpa diteliti. Betul tak? -DAO
Jadi apa saya buat
a) Saya rangka doa saya agar tepat dan jelas.
-  Saya tidak mahu #dakhasan ada masalah asthma atau apa-apa berkaitan sesak nafas sepanjang kehidupan dia.
- Saya mahu rawatan yang saya pilih untuk merawat #dakhasan sekarang menjadi dan berkesan dengan cepat tanpa merosakkan keadaan tubuh badan #dakhasan
- Saya mahu dia dapat lebih dari apa yang sepatutnya melalui rawatan yang kami berikan.
b) Doa dari orang yang mustajab doanya
Bab ini memang saya cari mama saya sendiri dan juga mama mertua saya dan sesiapa yang ada title mama yang saya kenal untuk mendoakan untuk #dakhasan. (ni boleh jumpa mommy2 kat nursery #dakhasan).
Sesungguhnya ibu kita adalah keramat doa kita dan kepada mereka yang tidak percaya, saya amat bersimpati dengan anda.
Doa mak memang power gila. Hari ni dia doa, kejap lagi dapat cash. Tapi kita kena yakin dan jangan minta sebab nak tengok betul ke tak. Itu dah kira mencabarNya.
Jadi bila #dakhasan sakit, saya pasti berkongsi masalah dengan mama-mama saya dan lepas tu diorang pun lebih turut mendoakan cucu diorang sebab diorang punya sayang kat cucu diorang. Siap buat sembahyang hajat lagi. Rasa termalu pula kadang-kadang bila dengar.
Jadi langkah pertama ini adalah WAJIB sebab tanpa langkah pertama ini, susah nak buat langkah seterusnya
LANGKAH KEDUA- TAMBAHKAN ILMU
Cara saya menambah ilmu ada 2:
a) Baca
Banyakkan membaca tentang hal berkaitan dengan kesihatan #dakhasan. sekarang ini dunia dan fakta dihujung jari. Selain boleh main candy crush, saya juga Google dan membaca melalui blog.
Saya juga jadi 'silent reader' dalam group ibu-ibu di facebook. Dan jika bawa #dakhasan ke klinik, saya pasti tak lepas membaca risalah-risalah atau majalah kesihatan sementara menunggu giliran.
b) Mendengar dan Berkomunikasi
Cara ini banyak saya buat dengan rakan-rakan dan adik-beradik saya. Ini kerana ada antara mereka dari latar belakang bidang perubatan dan ada yang pernah ada pengalaman yang hampir sama malah lebih teruk.
Tidak dinafikan langkah kedua ini akan buatkan saya ter'over' sampai risau melampau-lampau. Mungkin kerana banyak sangat tahu.
Disini memang kena pandai kawal penerimaan maklumat, Kalau semua terima, saya risau saya tak bagi #dakhasan keluar rumah sehingga umur dia 6 tahun. Hahahaha.
LANGKAH KETIGA- RAWATAN YANG BERSESUAIAN
Disini saya memang percaya pada yang pakar. Pakar tidak bermaksud doctor pakar tetapi mereka yang lebih berilmu dalam bab ini. Pada saya, doctor klinik kerajaan atau swasta biasa pun pakar. Pakar lah dari saya sebab saya belajar bidang lain.
Jadi saya ada 2 cara dalam rawatan untuk #dakhasan
a) Rawatan dari doctor
Dimana selalunya #dakhasan akan diberi:
  • ubat demam berbentuk sirap
  • ubat batuk dan kahak
  • Pharmarton bagi meningkatkan imunisasi badan
  • beberapa sachet garam untuk elak dehydrate
  • Sorbitol (betul ke ejaan ni) bagi melegakan rongga pernafasan
  • Krim sapu untuk hilangkan rengsa/ gatal
gambar ini adalah gambar hiasan. Tiada kena-mengena dengan #dakhasan. Tapi lebih kurang lah
#dakhasan bila bab makan ubat macam cara anak harimau nak bagi makan ubat. Ini yang leceh.
Ini bukan #dakhasan sebenar bila nak makan ubat. Lagi teruk sampai terpaksa pegang kaki tangan dan tutup hidung
Memang tidak dinafikan ubat-ubat diatas adalah penyelesaian terpantas untuk #dakhasan dan saya juga. Aik kenapa saya pula dalam cerita ni?
Yeelah masakan tahan #dakhasan merengek tak tentu pasal dan minta berdukung. Ubat-ubat tu ada effect mengantuk dan bila budak tidur, kita pun lega. Pernah juga saya pun ambil ubat batuk juga nak tidur sekali sebab penat berjaga malam untuk #dakhasan.
Walaunpun pantas tindakan ubat ni, apa yang saya kurang berkenan dengan rawatan dari klinik dan hospital adalah pembinaan system imunisasi badan. Jika selalu bergantung harap pada ubat-ubat ini, imunisasi #dakhasan sukar develop dengan sendirinya.
Untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun, adalah amat penting untuk mereka membina sendiri system imunisasi badan mereka. Jika tidak, badan akan bergantung harap dengan ubat-ubat ini sampai bila-bila.
Dan juga saya tidak pasti dengan kandungan dadah didalam setiap ubat yang diberi dan bagaimana ianya diproses dalam badan budak yang belum lagi mencapai umur 3 tahun.
Tetapi kena ingat, suka atau tidak, saya tetap ambil sebagai langkah berjaga-jaga sebelum penyakit #dakhasan menjadi lebih teruk. Tetapi dengan kadar se minimum mungkin.
Contohnya  saya sapu juga krim yang ada steroid tu di kulit #dakhasan jika keadaan luka dan gatal dia lambat benar nak sembuh. Sapu sekali dua dan bila dah agak pulih, saya berhenti.
Dan saya lebih suka rawatan:
b) Rawatan semulajadi dari bahan semulajadi
Antara barang-barang baby wajib ada dirumah saya sehingga sekarang ialah:
  • bedak sejuk- buatan Tok Doyah aka Tok Nek #dakhasan yang digunakan untuk ruam gatal di badan #dakhasan
  • Bekas Tuam - bunjut yang berisi halba, jintan, Habbatus Sauda dan lada hitam sebagai tuam/ demah untuk legakan dada nya akibat saluran penafasan yang sempit bilamana kahak berkumpul.
  • Asam Jawa  digunakan untuk menurunkan suhu badan dengan cara jelum atau mandi.
LANGKAH KEEMPAT- MEMBINA IMUNISASI SECARA SEMULAJADI
Jika sebelum ini, sebaik sahaja #dakhasan pulih dari masalah kesihatan, saya suka lah. Bila suka, syukur lah kemudian saya biarlah. Jalani hidup seperti biasa dan #dakhasan kembali ke nursery seperti biasa.
Tapi itu dulu bila mana belum pandai lagi. Ilmu pun kurang. Dulu saya selalu rasa susu ibu sudah memadai untuk menjamin kekuatan system badan #dakhasan.  Bukanlah nak kata susu ibu tidak bagus. Susu ibu tetap bagus tambah-tambah susu saya. Shaklee gred A lagi. Tapi untuk kesihatan jenis #dakhasan, dia memang perlu lebih dari itu.
Walaupun masih agak awal tapi saya sudah mula memainkan peranan menaiktaraf kesihatan #dakhasan. Apa yang saya risau bila menggambarkan #dakhasan duduk atas bangku stadium bersorak untuk raka-rakan yang lain berlumba lari dan sedang seronok. Tapi dia tak boleh masuk sebab faktor kesihatan tak mengizinkan. Masa ini saya tidak mahu rasa bersalah kerana tidak mula dari awal.
Jadi setakat ini saya beri #dakhasan
a) Minyak ikan- Omega
Hampir kesemua masakan #dakhasan dirumah, saya pastikan saya masukkan minyak ikan. Sebabnya, saya baca minyak ikan ini ada kandungan DHA dan EPA yang amat baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Baik dari segi otak dan juga kesihatan.
And I believe everyone must have heard 'It is all in your mind' quote right? Because of this reason, I really look for the greatest 'minyak ikan'. The one that can offer me high in DHA and EPA.
Bukanlah nak puji tapi habaq mai betul. Cari punya cari, minyak ikan Shaklee- Omegaguard juga yang paling tinggi berbanding brand yang lain di pasaran. Kalau ada masa, cuba bandingkan. Kalau tiada masa, percaya saya cakap sebab saya dah bandingkan dah pun.
Sumber dari Nutrisi yang dipercayai. Tak tipu, boleh tengok label di botol.
Dan saya ada terbaca hasil dari kajian menunjukkan badan kita cepat sangat terkurang omega terutama omega yang berkualiti. Sebab itu untuk #dakhasan, kami tambahkan dengan pengambilan Scott Emulsion setiap hari.
b) Multi Vitamin
Bab vitamin ini saya memang perlu bijak membeli. Pernah saya beli yang chewable di Watson tu, dalam seminggu habis budak-budak ini kerjakan. Bilasa saya rasa, memang manis. Dan saya terfikir, saya punya vitamin C pun rasa tak best. Kalau vitamin budak-budak ni rasa sedap, perlu tahu juga banyak gula ka banyak extract vitamin?
2 budak yang memeningkan Mommy bila bab makan ubat dan bab jalan kat shopping mall.
Memandangkan susah nak cari multi-vitamin untuk kanak-kanak, nak tak nak saya kena juga bagi Shaklee-mealshake untuk #dakhasan dan #kakya. Benda mealshake ni berbentuk serbuk dan sebab saya pemalas nak jadikan dia vanilla shake, saya hanya taburkan dalam makanan diorang sahaja.
Mudah untuk saya dan yang penting, diorang ok saja makan sebab tidak tahu.
c) Krim Organic
#dakhasan memang ada minor eczema dan doctor kata itu side effect asthma. Jadi memang dari kecil lagi, kulit dia sensitive dengan krim mandian Johnson& Johnson, Pureen atau sewaktu dengannya.
Dengan terpaksa, memang kena beli brand Buds yang super mahal untuk #dakhasan. Tak salah RM59 untuk satu tiub yang kecil. Nak pakai krim tu pun, alahai picit sikit je. Sapu kat badan #dakhasan pun takde feel. Ada satu ketika tu #dakhasan memang tidak pakai apa apa wangian. Mandi air kosong, lap lap terus pakai baju. Bau pun dah tak serupa baby lagi.
Tapi Allah tu sayang kat ahli syurga sorang ni dan takmau biar bau tak best, saya ditemui dengan krim organic serba guna. Herbal blend- Krim dari Shaklee ni memang berkesan dengan #dakhasan. Dan paling best, saya boleh lumur #dakhasan sesuka hati sebab murah dan senang dapat.
Saya pinjam gambar ya Puan. Sebab ini adalah krim yang sama saya guna sebelum (dikiri) dan yang sekarang (dikanan)
Dan apa yang hebat, kulit di kaki #dakhasan bukan lagi kulit ikan. Dah ada rasa baby dan paling penting, bila lepas mandi ada haruman baby kat #dakhasan.
Sebelum dia panjat dan berpeluh lah. Lepas tu bau bacin.
KESIMPULAN
Itulah cerita usaha-usaha saya yang masih saya usahakan untuk anak saya #dakhasan. Harapan agar yang membaca entri saya ini turut mengaminkan agar doa kami semua untuk #dakhasan didengarNya.
Apa yang penting, saya nak usaha-usaha kami ni dibaca oleh #dakhasan dan dia berterima kasih kelak sebab apa yang dia sekarang adalah hasil kasih sayang mommy dan family members yang lain untuk dia.
Mommy doing what she knows best!
11/11/2014
**Sekirannya anda rasa entri ini amat bermanfaat untuk anda, saya berbesar hati anda kongsikan manfaat ini dengan orang lain.
Dan jika antara anda yang tahu mereka yang lain yang turut menghadapi masalah seperti #dakhasan, sudilah kiranya berkongsi entri ini dengan mereka. Mudah-mudahan, kita dapat membantu yang lain.



1 comment:

LadyBird said...

Smg dakhassan sihat2 shj.. mcm bby zahra jerk.. selalu demam n selsema.. time btk mcm ade lelah tp xlelah.. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates