Social Icons

Saturday, 4 October 2014

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN 2014 FAMILY BESAR NIMBO KING



Salam Sihat untuk Semua,


Semalam saya begitu bersungguh memilih gambar yang sesuai, mencari ayat yang baik dan 'edit' agar terhasil ucapan AidilAdha yang saya benar-benar maksudkan.

Terus-terang, saya bukan rajin benar. Hampir setiap tahun,  saya senang meng'forward' message ucapan yang saya dapat. Itupun sebab ikutan. Dah orang memberi ucapan, takkan tak balas kan.

Jadi pengorbanan saya yang pertama sempena Hari Raya Korban 2014 ialah mengorbankan sifat malas saya.

Kemanisannya, ucapan yang saya usahakan sendiri lebih bermakna baik untuk saya dan yang menerima.(perasan, huhuhu)

KT 57

Pengorbanan saya tahun ini ialah beraya di rumah mertua dan kampung sebelah suami saya.

Kampung Boss saya di Kampung Tengah, Kuala Pilah atau lebih dikenali dengan nama KT57 oleh cucu dan cicit.

Syukur atas nikmatNya, uwan dan atuk masih ada walaupun sudah berusia lebih 80 tahun. Kesihatan pula dikira pada tahap yang lebih dari memuaskan.

Sihat tak sihat atuk dan uwan ni, siap boleh bersama dengan lembu-lembu yang hendak dikorbankan. 
Uwan dan #dakhasan atas kerusi roda nengok banteng disembelih.
Keluarga rokakyah di belakang tu dan #dakhawa melayan perasaan mengandung sorang sorang.

Atuk siap berbaju batik, berseluar slack lagi. Uwan walaupun berkerusi roda tetapi sangat semangat nak lihat orang sembelih lembu.

Tahun ini 2 ekor lembu ditumbangkan. Tapi maksu saya kata bukan lembu tetapi banteng.
Banteng pertama

Percubaan menjinakkan banteng dengan kaki #dakhasan

Abg Fauzan nak bawa balik letak kat basikal

Tarik tali melawan banteng. Yang baju biru tu Ayie sebagai anchor

Kes parah ni?!!!


Secara jujurnya, saya ada rasa bersalah kepada makteh dan adik-adik saya. Sebagai anak sulung saya rasa saya patut berada dikampung tambah-tambah bila Mama tidak ada untuk raya tahun ini.  Mama sedang mengerjakan ibadah Haji di tanah Suci.

Walaubagaimanapun kemanisan yang saya dapat hasil pengorbanan ini memang terlalu banyak dan disimpulkan dengan satu perkataan- HAPPINESS

Happiness tak muka??!!



JUADAH

Antara yang terbaik di KT57 ialah MasterChef nya aka Uwan kesayangan kami semua dan chef-chef apprentice.
Chef MakBong dari BBB, Chef MakDek, Chef MakTi dan of course our imported Chef from KD, Chef Raimi.

Uwan aka MasterChef. Yang berlingkau tu Paknjang. Dah tuo dan anak duo pun nak melunjur topi omak. Sayang kek omak ehh

Ini Rokakyah,yang jaga department Teh Tarik. 


So you can imagine how many and how much juadah for a day.

Sarapan kami sebelum ke masjid ialah rendang daging hitam, rendang ayam kuning, lemang, nasi impit dan kuah kacang.

Daging sedang dilapah. Menunjukkan Big Boss tak buat apa apa pun. Sekadar bergambar sahaja.



Setelah lembu dikorbankan, juadah tengahari konsep karnivor kerana ada -

-daging bakar dicicah air asam

Air Asam dari BBB

-daging gulai kuning
Gulai kuning Chef MakDik

-tulang dan ekor stew
-ulam-ulaman
-sup daging, tulang 

Sekali lagi disini saya korbankan diet saya. Pengorbanan yang amat perit dihati saya tapi amat bermakna untuk perut saya.

Muka NimboKing happy korbankan diet.

Sambil makan, sambil legakan hati. Memang hari ini saya amik lebih dose tablet Lecithin dan Omega sebab pemakanan yang tinggi kolestrol seperti ini.

Lecithin- urai lemak

Bakar Lemak


KESIMPULANNYA

Hari Raya Korban tahun ini memang berbeza untuk saya. 

Secara jujurnya, raya korban selalu saya anggap biasa biasa sahaja. Saya selalu rasa raya korban ini untuk mereka yang mengerjakan ibadah Haji dan lebih meriah jika anda berasal dari Pantai Timur.

Ibadah korban pun sekadar menyaksikan binatang disembelih.

Sedih pula terkenangkan walaupun sudah masuk 3 series tapi hanya merasa kemanisan korban ini pada tahun ini.

Korban tahun ini lebih bermakna sebabnya saya sendiri banyak berkorban untuk menambahbaik diri sendiri.

Baru saya tahu bila kita korbankan jiwa dan raga kita untukNya dan mula YAKIN. Barulah datang detik detik kemanisan Hari Raya Korban.

Dari bangun pagi ke sembahyang raya, ke juadah makanan hingga menyaksikan #kakya dah pandai bergaul dengan sepupu-sepupunya di kampung. Rasa bahagia yang sukar digambarkan

#kakya with her cousin. Satu pencapaian untuk #kakya bila dapat bergaul dengan orang ramai.

Geng sama pendek. #kakya dan PakLong Shatir

#kakya dan #dakhasan happy dengan Abg Fauzan(paklong) dan Kak Siti (MakSiti)


Atuk bercerita gossip dengan anak buah dan cucu.

Syukur sangat dan saya amat berterima kasih dengan kumpulan #MFMSTheMostHappeningShakleeTeamInMalaysia yang sedikit sebanyak menyumbangkan perubahan diri ini.

Mommy with her 'FIRST' Hari Raya Korban
05/10/14

Steady #kakya di Hari Raya

#dakhasan dengan muka blur...







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates