Social Icons

Sunday, 19 October 2014

MNRB DAN ALI MAJU



Salam Sihat untuk Semua,


Bangunan Malaysian Re, Damansara Heights

Café di sebelah Bangunan Malaysian Re (gambar kosong)

Sebelum itu nak cerita yang bangunan pejabat saya, Bangunan Malaysian Re sudah beberapa minggu tidak ada café. Dulu café Sayong tapi tah kenapa dah tutup.
Saya agak mungkin sebab sambutan yang tidak memberansangkan ditambah pula harga makanan yang agak mahal untuk kebanyakkan rakyat seperti kami (achewah, macam politik pula). Tapi sejujurnya, saya kurang berkenan makan di café Sayong sebelum ini kerana sambal nasi lemak dia tak sedap. Saya dah pernah memberitahu tuan kedai tapi sama hasilnya tetap sama. Masih cair dan rasa manis bergula. Akhirnya, saya lebih selesa ke café di Bangunan PNB, Damansara disebelah.
Dan mungkin juga kos sewa di bangunan Malaysia Re ini tinggi sebab ni dikawasan Damansara Heights dan bukannya di Nilai 3 ya. Hanya restoran yang kukuh kewangannya dan makanan yang sedap, InsyaAllah bertahan.
Jika diKuala Lumpur dan Selangor lah kan, saya akui tak banyak pun kedai mamak yang sedap berbanding di Penang/ Seberang Jaya (saya anak jati Kepala Batas, Pulau Pinang). Tapi Ali Maju antara favourite saya.
Waktu bujang-bujang dulu bersama C.E (contract executive) yang lain, Sepul, Asri, Fik,  Mardiana, Mic, Ome dan Intan, kami selalu lepak Ali Maju di Pusat Bandar Damansara. Lepas main futsal petang pun, lepak disana. Nak borak kosong pun sanggup pergi Ali Maju.
Dan kemudian waktu awal-awal MNRB Retakaful beroperasi, En.Azman Nusi, Zulrashidi, Shahril Jeffrey, Ummi, Nida rajin makan di Ali Maju. Semua orang punya favourite ialah roti sardine. Paling saya kelakar ialah Ummi yang suka meehoon tomyam Ali Maju. Kata pergi kedai mamak, tomyam juga dia suka. Pelik aku!
Pendek cerita, Ali Maju di Pusat Bandar Damansara memang banyak kenangan manis. Masa dulu pun selalu bersarapan dengan bakal suami. Manyak syiookk itu Ali Maju punya restaurant.
Dan bilamana saya dapat tahu ada restoran mamak favourite saya ini bakal mengambil alih menjadi café di Bangunan pejabat saya, memang hati ada seperti percikan bunga api:


And the fireworks sounds boom bang boom boom ketepang ketepung bila terbaca Whatapps message dari rakan sepejabat. Message bergambar yang amat mengujakan hati:


Cuba tenung dekat-dekat, kasi rapat itu mata. Tak nampak juga, kena amik supplement Shaklee ni.
Ali Maju mengadakan jamuan makan sempena hari pertama mereka di Bangunan Malaysian Re. Secara jelas dan terperinci ialah
MENU FAVOURITE NIMBO KING DI ALI MAJU SELAMA INI ADALAH PERCUMA PADA HARI INI.
Dan yang lebih menarik ialah bila Siti Fatimah Assyaheerah pula message memberitahu yang jamuan makan bukan bermula pada pukul 12.00 tengahari tetapi dah mula dah sekarang untuk mereka yang nak bersarapan.
Wahhhh...nak nangis baca. Seronok nya habaq hang
Melangkah saja ke situ saya sudah nampak tuan tanah eh silap Tuan Kedai, Dato' Ali  seronok bergambar didepan kedai. Mungkin dengan saudara-mara kerana saya rasa itu muka-muka yang tidak pernah saya lihat di area sini. (saya 8 tahun disini, hokayyyy!!!). Lagipun ada yang pakai sari. Selalunya Madam Sharmini yang pakai sari. Riang ria mereka bergambar. Rasa nak join. Tapi takpalah kita soru dulu.
Pelbagai juadah sarapan makanan disediakan dalam tray-tray ala buffet. Dari capati ke roti canai ke tose ke putu mayam. Kalau tidak salah ada mee goreng dan kari ayam juga. Kemudian air pula haruslah teh tarik dan nescafe. Baru ambil nescafe, terpandang pula manggo juice. Terus ambil satu mango juice.
Bila FREE ini masalah pula. Tak tau nak nescafe atau mango. Tapi dua-dua pun A+
Oh ya lupa nak beritahu, Big Boss pun seronok layan roti canai dan teh tarik percuma. Siap makan dahulu tanpa tunggu saya.
Tapi banyak-banyak makanan ini saya hanya ambil rasa putu manis dan mango juice sahaja. Teringat dah minum ESP shake pagi tadi. Kalau saya makan juga, dah kira double jeopardy dah. Protein shake saya tu pun dah bersamaan 2 x daging, 4x telur dan 12 x susu rendah lemak. Memang membunuh badan namanya tu kalau saya ambil roti canai.
Putu Manis yang memang sedap.
Tidak mengapa, kita sambung makanan PERCUMA ini tengahari pula. Ni pun dah nak masuk masa makan tengahari.
Sebelum itu, saya pun PERCUMAkan promosi rakan-rakan sepejabat di Ali Maju pagi tadi:
Punya happy senyum sampai tak nampak mata!! Ini Naem ya. dia single dan available. Gaji 4 angka dan solat lebih 5 waktu

Ni lah Siti Fatimah Assyaheerah (tudung merah). Seronok layan kari ayam. Pandang pun takmau. Yang sebelah tu control cun tu. Masih belum berpunya, kot!

Ini tukang karut kat tingkat 11. Nama dia Anis Solehah dan bersama geng-geng yang suka dengar dia mengarut. Tapi saya suka tengok dia makan. Dan dia pun masih belum berpunya

Geng tingkat 11. Ini dah berpunya
Tidak banyak gambar rakan-rakan sebab saya sudah naik ke pejabat dulu. Tak pasti yang lain naik pukul berapa. Rasanya pukul '9' tepat kot.
Dan beberapa keping gambar kedai yang saya sempat ambil. Yang lain tak sangat ambil sebab nak makan kan!
gambar blur sebab kurang lighting. Sebenarnya OK!

Tempat buat air

Café ditingkat 1

Kawasan dapur yang terbuka
Apa apa pun, paling teruja dapat email dari Kak Zaleeza Zamri, Property department berbunyi:
"Dear All,
On behalf of our new 2-Storey Cafeteria tenant, we are pleased to inform that Restoran Ali Maju Sdn Bhd is officially opened for business effective today, Monday (20 October 2014).
Attached please find a lunch invitation for today from 12 noon to 4pm.
With best regards,
Property & Admin Department
MNRB Holdings Bhd"
Mungkin atas dasar polisi bangunan disini, Ali Maju tidak beroperasi seperti kedai mamak yang lain, bukan 24 jam. Tidak penting itu. Janji dia buka bila saya perlu.
And last but not least, gambar bersama owner yang menjadikan salah satu impian saya satu kenyataan. Kedai mamak berhampiran dengan pejabat. Terima kasih ya!


Gambar Nimbo King yang happy bersama Dato' Hj Jawahar Ali

Ni gambar Dato tak puas hati saya makan sikit sangat. Takpa, Dato. satgi saya mai repeat! takpun esok lusa pun saya sumbang juga kat restaurant Dato.
KEAJAIBAN HARI INI
Tidak sangka keajaiban itu berlaku dengan hanya saya berkongsi tips hadapi Monday di facebook pagi tadi. Memang kita tahu bersedekah itu salah satu cara menjemput rezeki. Tapi pagi ini saya buat sedikit perubahan bilamana saya sedekah RM50 kat Big Boss.
Dengan harapan doa suami itu lebih mujarab and I'll have a perfect Monday today.
Syukur keatasNya. Memang berkesan kerana tidak sampai 1 jam, saya dapat nikmat ini semua. Satu hari ini adalah rezeki makanan untuk saya.
Apa yang saya belajar hari ini ialah bersedekah lah dengan suami pada hari Isnin. Nescaya hari Isnin anda pasti seperti hari Isnin saya pada hari ini- 20 October 2014.
Dan tidaklah seperti ini:

Atau ini:
Dan yang penting, tengahari saya tidak seperti ini sebab satgi saya nak layan restoran Ali Maju sekali lagi.
Oh ya, untuk yang nak datang makan sini atau berjumpa saya disini. Ni alamatnya,
Restoran Ali Maju
Bangunan Malaysian Re
No.17 Lorong Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lunmpur
 Mommy love her Monday today
20/10/14




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates