Social Icons

Wednesday, 29 October 2014

MENULIS 101 IMPIAN DAN MATLAMAT



Salam Sihat untuk Semua,
Baru lepas balik dari Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) oleh Dr.Azizan Osman (DAO) dan banyak ilmu nak saya kongsikan disini.
And this entry can be my reference in the future.
Benda yang paling simple yang dimulakan oleh DAO ialah Impian/ Matlamat. Semua orang tahu kita kena ada impian, dream, matlamat, apa kita nak dalam kehidupan kita.

Be it 22 or 58, we are never too late to dream as per quote above! Dan yang paling penting:
MENULIS IMPIAN/ MATLAMAT ANDA
Semua orang tahu dan saya pasti semua orang pernah bermimpi/ berimpian dan bercongak-congak didalam otak perihal ini.
Tapi sebenarnya, tak ramai yang menulis impian atau matlamat diri sendiri. Kalau ada yang tulis pun, pasti belum menguasai teknik yang betul menulis.
Bila diberi tugasan menulis 101 matlamat atau 101 perkara yang saya nak dalam hidup saya,
I said WOW!
I tell you, it was not easy, you know!
Aku ingat aku terror, sekali piiirraaahhhhh. Sampai ke nombor 15, dah tersekat.
Impian ke 15 saya. Pergi trip USA fully sponsored by Shaklee
Bila dilihat dan dibaca kembali,
'La, that's it? Takkan 15 benda je perkara yang aku hendak dalam kehidupan aku. Kan panjang lagi umur, InsyaAllah'
Then at that times, I realize and I learn something new. In fact, a lot of thing.
Rupa-rupanya menulis impian/ matlamat diri sendiri ini banyak mengajar saya.
APA YANG DIPELAJARI
1- Paksa otak berfikir di luar kawasan.
Selama ini dengan keadaan sekeliling yang sama, rutin yang jarang sekali berubah setelah beberapa tahun dan pencapaian yang ala-ala ok sahaja banyak membataskan pemikiran saya sendiri.
Bila berada didalam keadaan begini untuk sesuatu tempoh yang lama, otak pun sudah biasa proses cara yang sama. Sebab itu impian/ matlamat saya terbatas pada no.15 sahaja!
Bila direnung dan mula memberi kebenaran untuk diri sendiri berfikir dan berimpian lebih jauh, barulah idea datang.
Rupa-rupanya kapasiti saya selama ini kecil. Rugi benar rasanya berteleku dalam kapasiti yang kecil. Allah dah bagi otak tu sehebat-hebat organ, saya boleh bataskan sendiri otak saya. Memang takdak otak betul!
2- Kita yang membataskan impian/ matlamat kita sendiri
Nak tulis tapi tak berani ...biar benar kau nak jadi jutawan sebelum umur 38 tahun!!

Impian ke 18 saya (it is not the fragrance!)
Nak tulis sahaja, ada pula suara-suara sumbang yang berkata ' hel eleh, yo yo oo jee'
Serius saya katakan, memang terjadi bila mula kembangkan impian agar lebih besar terutama bila masuk no. 58 ke atas. Yeelah kan, impian sederhana dan kecil-kecil dah ditulis.
Impian ke 58 saya. Professional scuba diver sebelum umur 40
Sepanjang nak habiskan sampai ke 101 impian/ matlamat tu, saya berperang dengan diri sendiri. Pelik tapi benar. Nak tahu, cuba tulis matlamat/ impian korang sebanyak 101.
Tapi apa yang meneruskan saya habiskan sampai ke 101 ialah mantra saya sendiri.
Kalau dengan diri sendiri pun kau tak menang, masakan bisa nak menang dengan orang lain dan dunia luar.
Nah kau, panahan ayat makan dalam di atas, habis pun 101 impian/ matlamat tertulis
3- Impian/ Matlamat bukan semata-mata untuk diri sendiri
Perkara yang seterusnya saya belajar bila menulis impian/ matlamat ialah saya mula kembangkan matlamat saya untuk membahagiakan orang lain.
Saya akui pada awal-awal impian/ matlamat banyak dimulakan dengan ayat-ayat seperti
'Saya sudah ada...
'Saya akan memiliki...
Impian ke 8 saya. Geng Shaklee saya bawah Empire King's Production
Kebanyakkan bermula dengan saya dan untuk saya dan diakhiri dengan saya. Saya, Saya dan Saya!
Kemudian otak dah rasa letih. Rupa-rupanya bila asyik fikir apa lagi aku nak untuk aku, memang rasa letih. Kerja seorang diri untuk diri sendiri memang memenatkan.
Kemudian baru saya unjurkan impian/ matlamat saya untuk memberi kepada orang lain. Bila mula berfikir perkara-perkara apa yang saya boleh bantu untuk memberi manfaat kepada orang lain, idea datang mencurah-curah. Wah banyak pula rasa impian ni.
Impian ke 13 saya. Menunaikan Haji bersama suami, mama, abah, mama Bibi dan makteh dengan package terbaik pada umur saya 40 tahun.
4- Impian/ Matlamat harus Jelas
Perbezaan menulis impian/ matlamat kali ini banyak beza bila kita sudah ada ilmu bagaimana cara menulisnya.
Yang paling penting impian/ matlamat harus jelas seumpama kita sudah membayangkan apa yang terjadi.
Jika mahu kereta mewah, harus dititikberatkan, kereta mewah apa, keluaran bila, warna apa dan bila boleh kita dapatkannya.
Impian ke 98 saya. My kind of kereta mewah saya sendiri pada umur 42.
Semakin jelas impian/ matlamat kita, semakin dekat kita nak capainya.
Sebab itulah saya mengambil masa lebih dari 2 hari menulis 101 impian/ matlamat saya.

5- Nilai Kerohanian dalam Impian/ Matlamat
Dan saya mula faham yang impian/ matlamat tidak semestinya perihal kebendaan. Banyak lagi aspek yang melibatkan kerohanian dan adab diri yang saya kira WAJIB dijadikan matlamat dan impian.
Saya akui awal-awal kebanyakkan semua nak bab duit, harta, percutian. Tapi bila sudah dipaksa otak berfikir untuk 101 matlamat/ impian, mula berfikir, apa impian/ matlamat aku bila aku mati.
Jadi disini saya pelajari, alang-alang berimpian dan bermatlamat, biarlah matlamat itu mampu memberi jaminan selepas saya mati.
Impian ke 101 saya untuk mati pada umur 88 tahun dalam keadaan yang tenang, tersenyum pada hari Jumaat di bulan Barakah, Ramadhan
Impian/ matlamat saya yang ke 101 ni ada sedikit kisah lawak bersama Big Boss. Dia cakap
'Alamak melepas la peluang saya kahwin lagi satu. Saya nak kahwin lagi satu kalau awak dah tiada. Dah tua sangat dah tu.'
Hahahahaha. Nasib kau lah labu!!!
KESIMPULAN
It was a very tough challenge to list and write down your own dreams.
Tambah-tambah kepada mereka yang tidak biasa berimpian besar seperti saya. Selama ni ok-ok jeee.
Tapi saya amat berterima kasih dapat peluang belajar benda baru ini dan yang penting ACTION/ BUAT. Bila dah buat baru tahu kenapa kita perlu tulis impian/ matlamat kita.
Kalau menulis impian/ matlamat pun tak mampu, bagaimana nak capai.
Betul ka betul?
Ini hidup kita, kita yang bertanggungjawab design hidup kita. Jadi tak salah juga kita nak design cara mati kita.
Kita memang merancang tetapi MAHA MERANCANG ialah DIA.
Mana lah tahu, ada keberkatan doa saya, doa para ibu-ibu, guru-guru dan doa korang yang sedang baca. Dan paling best, korang pun tulis juga impian korang sebab korang nak rasa apa saya rasa ni.
Harapan saya impian. matlamat saya tercapai satu-persatu.
Mommy memohon agar semua impian/ matlamat mommy tercapai, Amin
301014


4 comments:

salmiwati said...

Menarik tasneem.tq for sharing.

sakinah mat said said...

Thanks a lot for the sharing..amat bermanfaat :-)

iamja said...

tq for sharing...

Syamsidar Lamat said...

Pernah baca dlm buku magnet kejayaan dan kekayaan...lebih kurang sama...tp anda beruntung sbb dpat attend kelas DAO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates