Social Icons

Thursday, 23 October 2014

IMKK 2014 Part 1-MENYESAL!!



Salam Sihat untuk Semua,

Alhamdulillah dan doa kepadaNya akhirnya selesai program hari pertama Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 2014 yang berlansung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), The Mines Sri Kembangan

Program selama 4 hari bermula pada 24hb October telah selesai hari pertamanya.

Dan saya sedang menulis entri ini sementara berbaris untuk keluar dari perkarangan parking MIECC.

Awal program hari ni selesai. Pada pukul 11.30pm dan menurut Dr.Azizan Othman (DAO), selaku penceramah, ini dikira awal. Menurut saya selaku pertama kali hadir ke program anjuran beliau, 'awallah sangatsssa'

Bila keadaan sesak keluar parking begini buatkan saya terfikir. Samada saya perlu rasa nak bebal atau merungut sebab kebodohan tidak parking di luar perkarangan MIECC atau terima dengan hatinyang terbuka dan cuba alihkan aliran tenaga untuk buat benda yang lebih baik iaitu update blog saya. 

Yang marah itu dulu, yang sekarang ialah saya dengan senang hati menaip entri cerita saya.

Wah nampak tak apa jadi kat saya. Itu baru hari pertama di IMKK tu.

Pendaftaran bermula pada pukul 8.30am hingga sebelum pukul 2pm. Walaupun hampir 6 jam diberi kepada peserta untuk mendaftar, sila lihat gambar pada pukul 8am.

Suasana orang mengisi borang pendaftaran

Barisan untuk penyerahan borang pendaftaran.

Pendaftaran kaunter. Sampai disini bila hampir sejam beratur.

Sempat wefie dengan mereka-mereka yang kaya dan berjaya (tagline untuk semua murid DAO)

Antara kunci kejayaan untuk berjaya ialah TO HAVE FUN and THE FUND start coming!!

Selesai saja pendaftaran, saya ada masa lebih kurang 3 jam sebelum menunggu kelas bermula pada pukul 2pm.

Memandangkan The Mines Shopping Mall hanya bersebelahan, apa lagi lepak disitu sajalah. Sempat jugalah I have a new haircut before submitting myself to the class.

Love it! 

Hampir kepada pukul 2pm, sekembalinya saya ke MIECC, keadaan di depan pintu dewan dah cenggini dah, Masya Allah.

Lautan manusia yang cecah 5000 orang berdiri dihadapan pintu. Tidak sabar nak masuk dewan.

Ini adalah 1/4 dari bilangan mereka yang hadir.

Macam biasa, sempat lagi berwefie dengan rakan rakan baru.

KELAS PENGENALAN DAO

Entrance DAO memang macam permulaan konsert dimana peserta seperti saya dan yang lain kena dipanaskan menari zumba.

Suasana menjadi gamat bila DAO masuk dengan melompat-lompat. Susah nak cerita bab perutnya bila melompat. Tapi itu bukan yang saya nak komen disini.

Saya seperti culture shock seketika.

Apa-apa pun energy dari sesi warm up ini berjaya dihasilkan oleh DAO dan berjaya di kekalkan hingga habis program.

Dan bagi saya bukan senang nak panaskan diri. Yeelah dah bertahun berada dalam keadaan yang tak teruja, makan masa juga nak mengujakan saya sendiri.

Dan sepanjang program geli-geli (pengenalan) DAO ini, banyak saya kena duduk bangun duduk bangun jerit tepuk sampai naik sakit tangan tepuk. Sungguh tak percaya saya akan sakit tangan sebab tepuk. Bukan main main punya sakit, siap lebam lagi.

Tapi bak kata DAO, kalau perubahan baru ni macam tepuk ni pun kita tak boleh buat, macam mana nak buat perubahan lebih besar dari itu.


ILMU

Kalau nak dikongsi disini memang banyak sangat dan saya sendiri kena buat revision kalau nak kongsi satu persatu.

Tapi kelas DAO ni bukan percuma. Jadi tak pasti kalau boleh kongsi bulat-bulat kasi telanjang habis disini tu apa hukumnya. Sebab kesemua material adalah hakmilik RICHWORKS.

In fact, no photo and video is allow while you're in the class. Saya kena tegur sebab ber wefie dalam kelas. Nyaris dirampas phone. But I'm sure they have reason kot.

Anyway, saya kasi selak sikit tentang ilmu introduction. Pengenalan apa itu IMKK sebenarnya. 

All in all, it is about knowing that everyone has this special ability that we can create, enhance and use the magnet to attract wealth and success. 

Semua orang ada ini, dan orang yang dah kaya dan berjaya telah menguasai benda ini samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Jadi kami disini akan dikenalkan, diajar dan diasah untuk menggunakan magnet ini ke arah yang betul.

In the end, DAO nak tolong lahirkan seramai mungkin orang especially bangsa Melayu beragama Islam menang didunia dan diakhirat, dengan izinNYA.

Antara banyak-banyak benda DAO ni kongsi, yang terpahat di otak saya ialah tentang KOLAM JIWA. Kunci diri kita iatu hati kita sendiri.

Kalau dah 30 tahun hidup, cuba bayangkan keladak hitam nya. Jadi kami akan lalui proses dan diberi tunjuk ajar camna nak bersih keladak ni.

KESIMPULAN

Apa-apa kursus ka, seminar ka atau kelas ka semuanya hampeh kalau kita sendiri hampeh.

So memandangkan saya dah datang dari Nilai. Bazirkan cuti hujung minggu saya untuk ini dan sudah bayar agak ratusan ringgit, bodohlah kalau nak buat endah tak endah.

Jadi terpaksalah ikut dan beri komitmen 100%. Mana tau terpaksa berjaya lepas ni.

Tapi bila dah lalui setengah hari dengan DAO. Saya rasa sungguh MENYESAL. Menyesal tak datang lebih awal.

Mommy exhausted yet excited.
24/10/14

After long hours














1 comment:

June MRS said...

Alhamdulillah, kamu dapat pergi..open your heart to listen and absorb everything okay..akak nak recharge tapi tak ada rezeki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates