Social Icons

Wednesday, 1 October 2014

4 TIPS MENCAPAI TARGET CARA NIMBO KING



Salam Sihat untuk Semua,


I purposely wrote this entry so that I remembered what happened during my journey towards my destination. For in times when I feel down, I can always view this entry and gain what I might loose along my way to success.

……

Awal bulan September, saya ada 2 tanggungjawab besar. 

A- Mencapai target saya untuk naik rank
B- Menolong rakan dalam pasukan untuk naik rank
C- Menolong rakan mendapat bonus 3 ke 4 angka
CHALLENGE
Sejujurnya, perkara B adalah lebih sukar

Kenapa?

Mana taknya, kalau perihal sendiri, kita sendiri yang tentukan bila, dimana dan bagaimana cara dan kaedah untuk mencapat target.

Tetapi bila libatkan orang lain, perlu pandai berpolitik disini.

- Jika lebih memaksa, nanti lari.
- Jika tak paksa, tak bergerak.
- Kalau tegur harus bijak nak guna cara apa
- Kalau kasar nanti sentap
- Kalau lembut nanti tak kisah

WHAT DID I DO TO OVERCOME CHALLENGE
a) TEAMWORK
Syukur saya ada pengalaman lebih 7 tahun dalam dunia korporat. Apa yang menarik selain kerja dan rutin harian ialah bila kita bercampur gaul dengan pelbagai jenis pangkat dan ragam pekerja. Adakala kita sebagai ketua dan adakala kita sebagai pengikut bergantung kepada projek yang diterima.
Disini lah pengalaman harus dicari. Kalau kita buat sekadar buat, memang hasilnya pun gitu-gitu sahaja lah. Tetapi kalau kita perhati dan belajar dengan pengalaman itu. Banyak ganjarannya dan ganjaran itu telah saya dapat untuk atasi masalah dan kerenah rakan pasukan saya sendiri.
Bila kerja makan gaji ini banyakkan kerja berpasukan/ team work.
Sedikit tip yang saya boleh kongsi berkaitan dengan teamwork ialah 'DO FIRST if YOU WANT OTHERS TO DO'
Want to know more, come and join my team.
Jadi siapa kata kerja makan gaji tak bagus? Yang cakap tak bagus tu sebab kita tidak pandai mengambil peluang yang ada.
b) KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA
Dalam satu bulan ada 4 minggu. Memang tidak dinafikan minggu terakhir adalah minggu yang paling kritikal.
Masa minggu itu jugalah minggu gaji jadi tempahan masuk berduyun-duyun. Minggu itu jugalah kami semua sibuk mencapai target dan selalunya target akan tercapai. Ini kita cerita di entri lain.
Tapi minggu kritikal saya ialah hujung minggu kedua dan minggu ketiga. Saya gelarkan minggu senyap sepi.
Sekali lagi tip saya diatas sangat berguna. Kalau nak lihat pasukan kekal aktif dan bertenaga, kita sebagai ketua kena tunjuk contoh. Sentiasa ceria dan aktif. Bukan setiap minggu tetapi setiap hari.
Bukan senang nak senang. Pump up the energy and do first. The rest will follow.

c) BOLEH SAJA
Saya selalu berkata boleh kalau Bob dan Nad bagi apa apa tugasan. Dan ini juga saya terapkan dalam pasukan saya.
Perkataan BOLEH dibibir bila dilafaz dengan kuat akan menyedarkan minda separa sedar (subconscious mind) untuk bertindak kearah itu.
Kepada yang belum tahu, minda separa sedar kita adalah lebih besar dari minda sedar kita. Umpama gambaran iceberg dibawah.
minda sedar: kapten
minda separa sedar: kelasi yang ikut arahan kapten
Dah tahu info ini, silalah gunakan dengan bijak
d) PERGANTUNGAN SECARA TOTAL DENGANNYA
 Yakin lah denganNya. Yakin dengan keseluruhan minda anda, hati dan jiwa anda.
Keyakinan bukan senang nak perolehi tapi boleh dapat melalui praktis secara berterusan.
Saya bersyukur kerana saya jumpa business ini sebagai medium untuk saya praktis KEYAKINAN saya kepadaNya. Tujuan mutlak saya untuk dapatkan perasaan yang apa-apa pun hanya kerana DIA.
Percaya dan yakin adalah berbeza, Bila dapat bezakan dan menggunakan dengan betul. Kemenangan itu adalah hak anda.

SEDIKIT INSENTIF DARINYA
Syukur, hasil tip-tip diatas dan beberapa factor lain lagi sepanjang 30 hari di bulan September, akhirnya tercapailah B dan C
Malang tidak berbau, tersasar nak capai target A.
Dah tahu dah kenapa B dan C sahaja. Sebab awal-awal bulan itu asyik kata nak tak nak aku kena buat B dan C. Itu je mantra sampai terlupa nak mantra kan A.
Jadi hasilnya B dan C sahaja lah. Bersyukur tak terhingga sebab mampu buat orang lain tersenyum.
Ini saya kira insentif dariNya. Dia baru bagi sikit berbaloi dengan usaha saya yang sikit.
...................................
So, bye-bye September and Hello October. New month and new start. New game rolling. Keep on coming because we are ready.
Mommy feeling something BIG going to happen this October
021014
Super cool recognition and I promised this title only valid until October,2014


1 comment:

Mus Dahlan said...

Salut!!!! Semoga terus maju jaya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates