Social Icons

Wednesday, 15 October 2014

151014-ANOTHER CHAPTER OF MY CAREER



Salam Sihat untuk Semua,
Entri kali ini berkisar saya dengan kerja full time saya.
SINOPSIS SELAMA 7 TAHUN DI MNRB/ MNRB RETAKAFUL
I was given a full scholarship by MNRB to do my diploma in Actuarial Science in UiTM. Due to my excellence result, they continued to sponsor me for my degree at Heriot Watt, Scotland.

Hasil dari biasiswa ini, saya dapat 2 keping sijil yang saya banggakan (ahaks) dan pengalaman terikat bekerja di MNRB Group selama 8 tahun.

Karier saya bermula sebagai Contract Executive atau lebih dikenali sebagai C.E dikalangan warga MNRB.

Kebiasaan disini, C.E akan di tempatkan di satu department selama tempoh 3 bulan. Tamat sahaja tempoh 3 bulan, C.E akan ditempatkan di department lain pula. Sehinggalah ada kekosongan di department itu dan ada tawaran dari Head of Department (HOD).

Alhamdulillah, selama tempoh saya menjadi C.E, luck always on my side. When I was about to be rotate to another department for a second round rotation, I was called by En.Norazman Nusi for a simple interview. That was during my first Annual Family Outing (AFO) with the company back in 2007.

It was so sempoi moment. Dahlah basah lencun sebab baru lepas swimming, kemudian terjerit-jerit bersorak untuk pertandingan teh tarik dan roti canai antara kumpulan. Masa tu lah En.Norazman Nusi ni panggil duduk sembang sambil ber'interview'.

Until today, I am not sure what was the X factor that I've been offered to work with MNRB Retakaful. Whatever the reason, I owe him big time.

Pada masa itu, MNRB Retakaful baru tengah nak dapatkan lesen operasi dari Bank Negara. So, I am considered one of a pioneer in MNRB Retakaful.

Memandangkan syarikat ini yang kecil dan baru menapak di industri reinsurance/retakaful, saya boleh bangga dengan pencapaian diri saya selama hampir 7 tahun bersama MNRB Retakaful.

Walaupun bermula sebagai Executive untuk Family/ Life Department, tapi saya ditugaskan bekerja bersama En.Shahril Jeffrey dalam bahagian Facultative business.

Kat sini saya belajar bab kepantasan dan short cut bekerja. Sebabnya, facultative ni business masuk hari-hari. Kalau kau lembab, menggunung lah benda-benda tak siap. Yang leceh dengan facultative ni ialah admin work dia. Jadi siapa tangkas, dia boleh survive. Siapa lambat, tidurlah kau dekat office dengan file dan kertas-kertas tu. Ada yang betul tak tahan sampai keluar lah air mata stress.

Dan haruslah saya berterima kasih yang tidak terhingga kat En.Zulrashidi selaku boss saya dibawah Family/Life Department. Sayang tak sayang saya kat dia ni sampai saya ada lagu lah untuk dia.

Setiap kali dia minta saya siapkan tugasan itu dan ini, saya akan nyanyikan lagu ini untuk dia...

"Apa saja untukmu, kan ku buat selalu, katakan saja, kan ku laksana, kau lah boss ku" (rentak lagu KRU)
Kalau siapa tak tau lagu apa yang saya cuba mimic. Sila layan video dibawah:

Dengan En.Zul, skill microsoft saya dari beginner meningkat naik menjadi advance. Ya, saya memang superb dalam excel. Ini bukan angkat bakul sendiri tapi sebab dah lama main dengan keyboard dan mouse.  

Kalau di MNRB, orang lain ada keistimewaan menjadi specialist dalam satu-satu bidang tapi tidak di MNRB Retakaful.
Sayalah data entry, sayalah admin, sayalah berurusan dengan credit control, sayalah yang proses claim, sayalah yang hari-hari mengadap orang di finance department. Oh ya, saya juga menjawab dengan Bank Negara yang hamper setiap tahun atau selang 3 bulan dating merisik kami di MNRB Retakaful. Dan adakalanya berurusan dengan mereka tentang risk management. Dan tidak kurang juga saya pernah jadi 'ustazah' seketika bila menghadiri hal-hal berkaitan dengan shariah.

Multi-tasking adalah skill wajib jika bekerja di MNRB Retakaful.
Bila business dah mula masuk satu persatu, keadaan bertambah kucar-kacir sebab 2 orang adalah mustahil bila business dah juta-juta. ( macam drama melayu pula, kalau berlakon, nak juta sahaja)

Jadi masuklah seorang gadis comel molek nama Hani Suryani. Pemilihan ini haruslah dari En.Zul sendiri. Biasalah lelaki, kalau nak mesti yang cantik tapi bagi alasan budak ni bagus kerja. Iyolah saya percaya.

Tapi memang Hani ni bila bab kerja, bab details dan bab-bab aturan memang A. Jadi kehadiran dia dalam Family department memang melengkapkan department kami. Dan saya pula tingkatkan skil saya dalam bab-bab marketing.

Kerja saya mula fokus kepada actuarial sejak adanya Hani.

Kami 3 sekawan bertahan beberapa tahun hinggalah ada kehadiran seorang lagi underwriter, En.Zaidey. Saya panggil dia Mat Yankee sebab walaupun dah berumur mid 40ies, tapi memang sempoi orangnya. Sampai sekarang pun berHati Emas (dia suka nyanyi lagu Hati Emas, M. Nasir)

Itu semua memori memori yang indah di family department selama hampir 5 tahun. 

Corak perjalanan kerja saya bertukar lain bermula apabila En.Zul keluar dari MNRB Retakaful dan disusuli oleh Hani.

Saya ditawarkan position AVP dan haruslah lebih berat dari sebelum ini. Dan keadaan jauh berbeza setelah Andy Chee masuk ke family Department sebagai VP. Corak business bertukar ke arah yang lebih baik setanding dengan masa dan perubahan selepas 5 tahun.

Itu perihal family department.
Sejujurnya saya di MNRB Retakaful jarang sekali marah-marah atau bebal. Sebabnya, tak pernah kering gusi dengan Norzita dan Kak Fara. Ini juga antara yang pioneer di MNRB Retakaful. Kalau nak cerita bab dua orang ini, memang makan 7 entri. Kita cerita lain kali. Apa yang boleh saya kongsi dan kasi teaser disini, kami menggelarkan diri kami MNRB reKITAfool.
Selain pada mereka, saya ada dayang-dayang Ilis, Soraya dan Teh Nadiah pelengkap cerita gosip, makan-makan dan berlibur (karaoke yalls). Dan seorang dugung yang silih berganti. Dulu dugung Zaffuri aka Jepp tapi sekarang Syam.

Lain pada itu yang silih berganti ialah our 

CEO: En.Ismail kemudian diganti oleh En.Sahimy Man 
Corp Compliance and Risk: En. Mat kemudian diganti oleh Hj.Zaharan,
Shariah Officers: Dari seorang ustaz ke seorang ustaz ke seorang ustazah
General Department: En.Aziz kemudian diganti oleh ????? (tak pernah ada orang ganti selepas dia)
Facultative: Dari Ummi ke Nida ( I miss both of them so much-ratu nyanyi dengan headphone ni!!)
Kami yang terawal di MNRB Retakaful.

Kami pada tahun berikutnya
THE END IS NEAR, FINALLY
Sambil menaip entri ini pun saya tersenyum-senyum teringat cerita-cerita lama yang mencuit hati. Tipulah kalau tidak ada cerita tak best tapi saya bukan jenis ingat cerita dengki, tak best. Habis lupa dah pun.
As a scholar, of course I am looking forward to end my bonding. And 8 years is a long waiting. Berbeza bekerja sebagai pekerja biasa berbanding yang terikat. Tunggu punya tunggu, pejam celik pejam celik dan memang tidak disangka-sangka.
Semalam 15th October 2014 adalah tarikh keramat bagi saya.


Akhirnya saya berjaya menyerahkan surat perletakan jawatan saya.

Saya masih ada sisa 3 bulan terakhir bagi memenuhi masa-masa saya dengan cerita-cerita yang best di hujung-hujung perkhidmatan saya dengan MNRB Retakaful.
Setiap orang melangkah mencari jalan yang lain untuk masa hadapan masing-masing. Rasanya sudah tiba masa saya pula mencari peluang itu.




screenshot of my resignation letter.



And today, 16th of October 2014 mark my new beginning of my new journey.

Mommy excited to see who's knocking on her new door
16/10/14
p/s: belanja gambar dolu-dolu bersama MNRB Retakaful. Nanti saya upload dan upload lagi. Kena buka hard disk lama nak cari ni.




5 comments:

Hani Suryani said...

Serius ni??? Huhu
i like gadis comel tu!!

Hafizah Ishar said...

All the best Tas.. - Feez

ummi said...

Rindunyerrrr...good job animmmm...chayo2..miss u too..muahhhh

Azman Nusi said...

Duh..you spelled my name incorrectly. No x factor just rezeki Allah. I was just a vessel for him.

Muhammad Najmi Mohd Amin said...

Salam sis.. hi sy najmi one of mnrb scholar too.. just nk tnya kenapa sis move out from mnrb to another company..? Just tnya je.. thanks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates