Social Icons

Monday, 1 September 2014

MERDEKA DI ZOO NEGARA



Salam Sihat Semua dan Salam Kemerdekaan,

Sebagai anak lepas Merdeka, saya doakan yang terbaik bagi negara kita. 

…………

Entri kali ini santai saja. Saja nak cerita bagaimana family NimboKing menyambut hari kemerdekaan pada hari Ahad yang lepas.

Memandangkan tiada pertunjukkan bunga api tahun ini, jadi kami berpakat nak bawa anak-anak pergi tengok perarakan.

Kami dalam cerita ini ialah saya sekeluarga bersama famili kakak ipar. Kesemua kami seramai 4 dewasa dan 3 budak budak.

Biasalah bangun pagi yang agak kalut dan seperti janji anak Melayu, perarakan hanya disaksikan di kaca tv. Elok selesai anak-anak dah siap mandi, berdiri atau duduk tegak mengadap perarakan lalu lintas perbarisan.

Sedikit sebanyak dapatlah semangat nasionalisma bila lagu Negaraku dan Ikrar dibacakan.

Oklah, mommy promise lain tahun kita bersiap lebih awal nak menonton upacara perbarisan secara langsung.

For not dissapointing our kid any further, we changed the plan to visit the Zoo. I said at least we do something good for Negara today. 

So Zoo Negara it is.

Tapi biasalah, orang dewasa ni banyak kerenah. Ya bukan kanak-kanak tau tapi mak ayah yang melambatkan masa. Nak sarapan pula.

Jadi seperti kebiasaan warga negara Malaysia, dengan semangat patriotik nya kami makan kat kedai mamak. Jadi untuk menambahkan lagi rasa nasionalisma dalam diri, kami order teh tarik, roti canai, roti telur dan yang paling ektsrem nasi kandaq. Ya nasi dan ayam goreng dan sayur kobis di pagi hari. Mat saleh pasti terkejut dengan cara pemakanan kami.

Sambil tengah makan, baca paper Utusan dan tengok orang lain panggil mamak nak buat order dengan panggilan bro atau Boss. Dan dengan bangga saya rasa kami dalam kedai mamak tu sebagai famili.

Dan berlatarbelakangkan trafik yang agak sibuk dan taxi Malaysia berwarna biru merah. We feel so nationalism and it is not even a half day yet.

Nampak tak taxi merah biru tu kan?

Nasi kandaq, teh tarik dan geng Bangladeshi sebagai pekerja asing di belakang. Rasa meriah sangat kedai mamak ni

Gambar gambar laungan kemerdekaan di kedai mamak.

Perjalanan ke Zoo Negara di teruskan. Trafik agak selesa tetapi seperti kebiasaan warga kota dan rakyat Malaysia pasca lepas merdeka, kami tetap tidak puas hati dengan kerenah pemandu lain. Perkataan 'lembab', 'apa daa' dan 'ayoo macha, why so slow' dah biasa.

Driving time is the time we truly show our multiracial spirit. We can construct a sentence with 3 different language. Example:

'haiya macha, why so lembab meh'

Sampai sahaja ke Zoo Negara, Masya Allah, ramai nya manusia. Kami terpaksa parking kereta di luar perkarangan zoo dan agak jauh. Walaupun jam baru pukul 10.30 pagi. Tapi nak kata apa pun, ini adalah rakyat Malaysia. Bila tiba cuti hujung minggu adalah masa untuk membawa anak isteri berjalan-jalan. 

Dan habit terbaru orang Malaysia kita suka bergambar. Jadi belum apa apa lagi kami bergambar dulu lah. Betul juga kata kakak ipar saya, baik ambil foto family sebelum peluh kat muka, tudung berserabut dan ketibas (ketiak basah).

This before we entered Zoo. So here you have both memories kid. One is the Zoo and another one is Merdeka. 2 birds in 1 stone.

Gambar kenangan 'happening' pergi Zoo.

Tengok muka mak ayah lagi terlajak seronok.

Kebiasaan berjalan sambil membawa anak-anak di Zoo adalah perkara yang amat excited untuk mak ayah.

Bila waktu 'animal show' suara suara sorakan lebih kepada suara orang dewasa. Contoh paling dekat ialah kakak ipar sorang ni. Paling bising bersorak menyaksikan singa laut main basketball. Anak dia Natasha cuma sibuk makan kertas jee pun. Macam #dakhasan pun sama. Sibuk baling barang. 
Tengok yang mana lebih senyum? Tengok anak dia buat apa? Cuba teka siapa seronok terlebih datang Zoo?

Dan sini saya kongsikan sedikit tatacara melawat Zoo jika anda ada baby bawah setahun dan kanak-kanak bawah 4 tahun.

1- Datang seawal boleh. Zoo buka pukul 9pagi dan pastikan anda terpacak siap beli tiket dan sedia untuk masuk pada pukul 9 pagi. 

Ini kerana bila masuk pukul 10.30 pagi, cuaca mulai panas. Bila panas, rasa letih nak berjalan. Budak-budak memang aktif tapi mak ayah lembab ja berjalan. 

Zoo pula bukannya kecil. Memang luas. Kalau bawa baby nak kena berhenti nak bagi makan lah, bagi susu lah tukar lampin lah.

Jadi datang awal.

2- Bawa terus lihat binatang binatang yang 'significant' atau terkenal sebelum budak-budak ni mengantuk.

Contohnya, gajah, singa, harimau, zirafah, ular dan Orang Utan.
Ini semua binatang-binatang yang mereka kenal dalam buku ketika di sekolah atau nursery.
Dan ya Bonus kali ini bila pergi Zoo, ada Panda.

Jadi bila sampai, terus bawa mereka tengok. Nanti banyak diorang nak tanya dan ada 'feel' tengok binatang-binatang ini.

Dan salah satu sebab saya nasihat datang awal sebab bila agak petang, binatang-binatang di Zoo ni kuat tidur. 

Macam kami terlepas nak tengok singa sebab singa tidur. Dah kejut tapi takmau bangun.

#dakhasan di cungkilnya sisik sisik ular tu. Menggelabah saya tapi harus maintain cun

Harimau tajaan Maybank. Hari ini Harimau ini bermegah sebab hari Merdeka. Mereka pun bangga kerana mereka icon kebangaan negara kita

Kelibat Gajah disebalik kayu itu.
Masa ini #kakya paling excited. #dakhasan dah lama gugur-gugur nya seorang patriot dan saya hanya nampak gajah besar hitam saya sahaja dalam gambar ni - gambar Boss saya

Kalau tengok dekat dekat boleh nampak kaki saya dah kecil..hahaha takdelah..gurau saja..nak tunjuk gambar zirafah tu

Cer teka, binatang apakah yang sedang diperhatikan mereka?
Kalau anda tidak nampak, jangan salahkan diri anda. Anda tidak buta. Saya nak tunjuk itulah pasangan kuda belang (makngah dan pakngah #kakya)

Ini adalah badak sumbu. Seriously kalau buat BBQ, seminggu tak habis kunyah daging dia. 

3- Tip seterusnya ialah bawa bekal makanan sendiri. Lagi best berpicnic sebab makanan yang ada memang tak sedap dan mahal.

Bukanlah tak sedap sangat tapi bolehlah lapik perut. Tapi sebenarnya saya cemburu melihat satu famili ini berkelab dengan nasi lemak. Sedap sungguh rasanya. Itu baru lihat.

4- Bawa payung, kaca mata hitam, topi dan kipas. Cuaca memang terik terutama bahagian Savannah sebab kawasan itu baru dan pokok belum tumbuh tinggi.

Jangan lupa pakai sunblock juga!

4- Stamina yang tinggi

Kali ini terus terang saya kena bagi pujian dekat pemakanan supplement saya secara berterusan selama 7 bulan.

Kesan paling ketara sejak saya ambil VIVIX yang baru masuk 3 minggu. 

Bayangkan saya berjalan dengan kasut yang ada heels ( sports shoes yang ada platoform) sejauh hampir 3 kilometres. Ditambah pula sambil menolak stroller dan kebanyakkan masa saya mendukung #dakhasan.

Dan semua ini saya buat dengan jayanya tanpa ada bunyi mengah dan lenguh kaki. Memang terbaik.

Bagi mereka yang nak dapat energy dan perasaan kuat camtu, saya sarankan jangan buang masa, ambil VIVIX.

Cenggini 👍👍👍👍
………
Itulah cerita sedikit sebanyak lawatan kemerdekaan famili saya ke Zoo Negara.

Apa-apa pun saya bangga dapat habiskan masa dengan mereka di Zoo negara pada cuti merdeka. Bukan sahaja saya sumbangkan pada ekonomi negara tetapi saya pun ajar erti kemerdekaan pada #kakya.

Mommy: kakya cuba tengok semua binatang kat sini semua kat dalam kurungan. Jadi kakya kena bersyukur mommy tak kurung ya. Kakya merdeka, tak macam binatang kat sini.

Kakya: tapi mommy kurung ya kan? Hari tu mommy kurung ya kan?

Ya saya akui saya kurung dia sebab dia nakal. Hahahah, ajaran erti kemerdekaan yang tak boleh lagi diterima oleh budak bawah 4 tahun. 

Lagi gambar yang tak seberapa sebab antara kami, semua malas nak ambil gambar. Sesuatu yang kami perlu perbaiki untuk lebih Malaysian. 




Mommy enjoyed her merdeka celebration with her family.
01/09/14




























1 comment:

amir marzhuki said...

Hehe..kak anim kena pakai monopod. Br semangat nk amik gmbr ramai2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates