Social Icons

Tuesday, 16 September 2014

KENANGA DALAM KENANGAN



Salam Sihat untuk Semua,
 
I am so happy today and I wish all of you the same. Success is a journey and I am glad I am on the right track. How can I tell? Because I am happy!
 
Apa yang seronok benar ni Nimbo?
 
Uish, mana tak seronok sebab entri kali ni nak borak mengenai shopping.
 
Yes, membeli-belah.
How I always wish that I can do like membeli membeli membeli, kemudian belah, blah dan blah, tinggal orang lain bayarkan. Itu adalah impian saya suatu hari nanti. Doakan tau. Amin.
 
ONLINE SHOPPING
 
Sekarang saya amat berminat membeli-belah di alam cyber. Or people say online shopping.
 
Senang sebab hanya ada beberapa langkah sahaja:
 
1- SEARCH
 
Cari/ google online boutique address.
 
Dan berikut adalah beberapa online boutique pilihan Nimbo:
 
 a) splendidmuslimah.com 

Macam macam pilihan..click click click sahaja.

sebab ini semua store koleksi tudung yang saya suka pakai dan pilihan corak shawl disini pun memang menarik dan up to date.
 
Kemudian kadang-kadang diorang ada koleksi blouse, skirt dan set ke majlis.
 
Yang menarik sebab koleksi mereka ini unik dan kalau saya beli, kirannya hanya beberapa orang di Malaysia yang ada koleksi tersebut. Kebarangkalian sama tu susah lah.
 
Biasalah, Nimbo nak cantik sorang-sorang.
 
 b) inhanna.com 

Cantik cantik kan? Click click click juga..habis duit aku.

sebab ini kepunyaan rakan saya. Kita kena supportlah bisnes kawan kita.
 
Tapi bukan lah saya beli sebab tu sahaja. Saya suka sebab Inhanna ni ada killer produk dia iaitu outerwear. Outerwear ini teramatlah menolong orang yang pakai tudung seperti kami bila nak bergaya dengan dress yang tiada lengan.
 
Banyak pilihan dari segi warna, panjang dan corak serta tekstur 
 
Lagi best dibawah Inhanna ada safyadesign yang terkenal dengan jubah untuk ibu menyusu dan wuduk friendly. Senang kot pakai jubah safyadesign.
 
c) zalora.com adalah pilhan bagi saya bila nak cari barang-barang lain selain tudung, jubah dan outerwear.
 
2- CLICK, CLICK, CLICK
 
click pilihan, click lagi barang apa nak beli dan bila selesai, click sedia membuat bayaran
 
3- SWIPE
 
di kaunter bayaran, hanya masukkan nombor kad dan butiran yang diperlukan.
 
4- TUNGGU
 
Selesai dan nantikan abang posmen menghantar sahaja.
 
 
Senang ke senang?
 
  1. Senang lah kalau ada duit/ kredit kad
  2. Senang lah kalau dah tahu ukuran badan
  3. Senang lah kalau dah tahu size dan
  4. Senang jika boleh masuk free size.
Kesemua diatas adalah SENANG untuk saya sekarang. Kenapa saya kata sekarang?
 
Sebab saya dulu bukan jenis shopping online.
Sebabnya semua baju online saya cuba beli dulu, semua tak seperti yang digambarkan.
 
Dan dulu saya sering tertipu dengan size. Dalam tu tulis size sedemikian sedemikian tapi bila sampai saya pakai dah macam buah nangka nak masak.
 
Dan saya pula tertipu dengan kenyataan internet tertulis free size tapi tak free pun bila saya pakai. Ketat seperti lemak dikurung adalah.
 
Dan yang paling tak best dulu ialah proses pulangan dan penukaran size memakan masa dan saya sering abaikan.
 
Tapi sebenarnya bukan hal masa sangat tapi disebabkan dulu saya rasa kalau dah gemuk, hang tukar apa pun sama juga effect dia depan cermin.
 
Jadi saya lebih selesa membeli di kedai. Dan kedai kegemaran saya ketika itu ialah
 
 
KENANGA WHOLE SALE (KWS)

Bangunan luar KWS di area Jalan Hang Tuah




Ni baru contoh satu kedai


Nah kau...pilih. Ni baru satu kedai tau. Ada lebih 50 kedai handbag macam ni saja.

Kenapa KENANGA?
 
Pada mereka yang tidak tahu KWS, boleh cakap kat diri sendiri kesian kalau perempuan. Dan untuk lelaki boleh menghela nafas lega isteri awak tak tahu tentang KWS. 
 
Kenanga ini memang terkenal sebagai heaven peniaga online. Barang-barangnya murah sebab dijual dengan banyak dengan harga pukal.
 
Jadi kalau pergi Kenanga dan berkenan pada satu baju, kena ambil sekurang-kurangnya 3 jenis untuk harga yang teramat rendah. Memang berbaloi terutama kalau kita sepakat dengan rakan-rakan kita berkongsi pilihan yang sama.
 
Tetapi.....
 
MASALAH dengan KWS.
 
Ada 3 masalah lazim saya dengan Kenanga:
 
1- Masalahnya dengan penjualan begini, pembeli tidak boleh mencuba baju tersebut terlebih dahulu.
 
'Lu mau lu angkat, lu takmau, lu boleh berangkat'


2- Masalah pada saya masa itu dengan size baju. Memandangkan bila badan dah lari bentuk, hal-hal berikut memang menyesakkan otak.
 
-kalau ok di pinggang tapi ketat di punggung. Pulak dah...
 
-ada pula dah ngam di punggung dan pinggang tapi perut pula nampak macam mengandung 3 bulan. Aduss malu!!!
 
- bila baju pula, size antara L dan XL memang menyusahkan. Semua serba tak kena.
 
-kalau ok di badan, lengan pula ketat
 
-bila cari yang longgar di lengan pula, boleh nampak baju tu seakan baju pinjam.
 
3- Kebanyakkan baju atau seluar/ kain di Kenanga datang dengan free size.
Seperti saya ceritakan diatas tadi, saya yang sebelum ni memang tak boleh ngam dengan baju free size.
 
 
ALKISAH BAJU KURUNG HIJAU KENANGA
 
Saya ingat lagi satu baju kurung hijau ni yang saya beli di Kenanga bersaiz free size.
 
Beria-ia penjual tu meyakinkan saya yang saya muat baju tersebut. Dia berjaya buat saya syok sendiri dengan tubuh badan saya yang kononnya kecil (mengikut pandangan mata dia) dan sebab ini juga, dia berjaya membuatkan saya beli lebih dari 1 helai.
 
Nah kau, bila balik rumah dan cuba...
 
-Memanglah muat tapi muat-muat.

-Memanglah boleh masuk tapi benjol sana benjol sini, perut tersembul, lengan seperti ahli gusti
Huduh sangat aiihhhh...
 
Apa nak buat?
 
Simpan sudah.....
 
Sejak dari itu, memang saya kata Kenanga ini memang kenangan yang hampeh, sakit hati.
 
Pada masa itu sekitar bulan April dimana tempoh saya gigih berusaha menurunkan berat badan saya. 
**Boleh cari entri tentang ini kalau nak tahu dengan lebih lanjut.
 
Pada masa itu baru 2 bulan usaha dan masih belum nampak perubahan yang ketara.
 
Perubahan bentuk badan
 
Entah macam mana tetiba bila akhir-akhir sekitar bulan July, ramai dah tegur saya dah kurus.
 
Pelbagai komen saya dapat:
 
-Dari belakang ingat anak dara manalah
 
-Ada yang tak perasan Nimbo lalu sebab ingatkan orang lainlah
 
-Dan ada juga yang buat tak tahu kat saya sebab bukan diorang sombong tapi memang sumpah diorang tak tahu itu saya. Amboi gitu...
 
Komen-komen ini buatkan saya rasa nak cuba baju hijau yang saya beli di Kenanga tempoh hari.
 
Suspen kan apa yang jadi....
Ya, saya pun seriau juga apa bakal jadi pada masa itu.
.
.
.
.
.
.
Saya sarung baju itu..tu dia..masuk macam ayaq lalu kot paip. Terus melurut ke bawah tanpa sekat sekat kau.
 
Kesembulan diperut tak nampak. Lengan pun takdelah merening ketat lagi. Yang penting benjolan benjolan tu dah surut.
 
Barulah dinamakan Muslimah wear yang sesuai dengan imej saya yang bertudung. Dan satu lagi barulah rasa free dengan free size.
 
Sejak kisah baju hijau tu, saya dah lama tak menjejak kaki ke Kenanga. Semua pun beli online.
 
So, KENANGA MEMANG SUDAH DALAM KENANGAN KU.
 
Dan yang best, kawan kawan yang lain pun sibuk bertanya bagaimana,senang tak, berapa lama dan 1001 pelbagai soalan perihal kurus saya. 
 
Ini semua selepas saya mampu menyarungkan baju hijau kenanga tu.

Ni lah baju hijau kenanga saya tu. Ni pun setelah beberapa bulan simpan dalam almari. Sekarang ni lagu longgar habaq hang...

KEJAYAAN
 
Banyak saya berkongsi kejayaan saya secara offline. Biar ada personal touch supaya resepi kurus yang saya guna tu menjadi juga untuk orang yang bertanya dan yang penting tidak disalahgunakan.
 
Dan saya doakan anda yang sedang berusaha untuk kurus terus berjaya mendapatkan matlamat anda.
 
Dan minta simpang hal ini dimana diluar tu ramai yang boleh amal/ jual produk kurus tapi persoalannya yang selalu timbul, kenapa aku buat/makan tak kurus pun?
 
Saya petik kata-kata DAO, nak berjaya kena ikut orang yang berjaya.
 
Syukur saya sudah berjaya. Jika korang nak tahu, kenalah tanya saya. Saya sedia membantu sebab saya tahu.
 
Mommy love to help others
17/09/14


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates