Social Icons

Friday, 5 September 2014

CARA NIMBO KING BERCUTI DI PD-part 1



Salam Sihat untuk Semua,

As usual, I am happy to know that you are reading my blog. For this, I wish all the good things for you and your love one.

Don't forget to smile and breath in positive aura.

………

This time, I have to saggregate my entry into few parts as the holiday took place 3 days 2 nights.

Kali ini saya bersyukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan abah mama di Port Dickson.

Terima kasih kepada MNRB- tempat saya bekerja yang menyediakan subsidi bagi warga kerjanya untuk menginap di ILHAM, PNB RESORT.  1 malam hanya RM80 ringgit habaq hang. Kalau walk in rasa dah dekat RM300++ kot. Tak pasti sebab tak pernah check.

Yang pasti ini adalah servis apartment yang mempunyai 3 bilik dan 3 bilik air. Setiap bilik ada bilik air. Ruang tamu dia ibarat boleh buka gelanggang badminton.

Contoh bilik dan ini bilik saya dan family. Katil tu saja depa asingkan sebab awal-awal lagi sya dah beritahu manager ILHAM ni kami tak bercadang menambah bilangan ahli keluarga lagi.

Ruang tamu yang luas. Cuma hati-hati dengan tingkap yang tiada grill. Jika anda ada anak yang aktif, anda wajib pantau. Takut dia dah keluar tingkap pergi swimming pool dulu.

Ini dapurnya, ada peti ais, cerek panas dan cawan/ gelas. Yang paling klasik adalah radio besar tu yang berkumandang siaran radio nasional negeri sembilan. 

Dan yang lebih klasiknya, kami tak pernah tutup pun radio tersebut walaupun kami pasang tv.

Dan ini adalah permandangan bot even 1 hour. 

Sesungguhnya menjadi kebiasaan orang Malaysia, harus singgah kedai beli barang-barang seumpama masuk hotel tak keluar pergi mana dah. Habis diborong barang runcit.

Kalau nak terang satu-satu boleh bawa malu sebab kami beli minyak, sabun cuci pinggan, dll. Macam nak duduk seminggu dan macam pergi overseas.

Ini pemandangan dari unit kami. Dan saya dapat seperti yang saya minta. Pemandangan laut. Nampak tak laut? 

Jangan salahkan diri anda jika tak nampak. Saya pun nampak sipi saja. Mentor saya banyak kali pesan, kalau nak doa, doa secara detail. Begitu juga target. Tulis target secara detail.

Lupa nak bagitau receptionist saya nak pandangan laut yang luas. Itulah salah jika tidak minta secara detail. 

Itu keadaam muka yang 'puas hati' dengan permandangan yang diidamkan. 

Secara keseluruhannya, saya bersyukur sebab dapat bawa famili ke sini.

Tapi cheh ada juga tapi, saya tak puas hati dengan nilai estetika interiornya. Perghhh estetika kunon..

Benda banyak yang lama tu biasa. Takkan nak tukar setiap kali fashion perabot bertukar.

Cuma saya tak puas hati dengan keadaan bantal, cadar dan selimut seakan lama dan berbau. Memang potong betul lah nak tidur.

Dan tv pula style lama sungguh, style yang macam kotak tu. Anak-anak pun hairan sebab depa tak pernah tengok tv sedemiikian rupa. Tapi tu tak kisah sangat sebab kami datang bukan nak menonton tv. Cuma saya hairan, dengan kadar yang di kenakan untuk orang lain, takkan tak cover kos nak tukar tv untuk semua unit?

Anyway, that's for now. My introduction about our holiday. Stay tune- more fun yet to come.

Sebelum tu nak kongsi tip atasi masalah bantal berbau dan susah tidur dek terganggu dengan bau tu. Atau kepada mereka yang sukar tidur bila berada di tempat baru

Apa susah, buat cara saya. My style is King's style.

-Ostematrix 4 biji,
Bukan sekadar calcium, magnesium
Dan lain-lain, tapi juga oste ini menolong saya buang lenguh-lenguh badan sebab seharian buat kerja

-VIVIX 1 sudu teh
Cinta hati yang tak boleh tak bawa. Kesan 👍👍👍. Mujur katil asing...

-Susu

Confirm letak kepala atas bantal berbau tu, baru nak hidu dan rasa gelisah sebab bau tu tiba-tiba hero star track dah muncul. Dah mimpi dah ... Zzzzzzzz


Mommy feeling happy with her family at PD
5/9/14

Lagi gambar- gambar tak senonoh family King.

Diva #kakya dan #dakhasan

Benda kebiasaan saya buat bila sampai bilik hotel ialah mematikan talian telefon. Kalau tak, kesian receptionis tu asyik kena angkat phone sebab #dakhasan dok mendail

Ni pun ada kemungkinan di charge oleh pihak bilik sebab vandalism

Gaya Boss yang happy mkn nasi pulut bersama rendang ayam. Dan harap maklum, ini bukan hari raya.

Gambar my lil family- diva, boss and pejuang bangsa.

Last but not least, gambar selfie I lah..haruslaahhhh














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates