Social Icons

Thursday, 25 September 2014

BILA #DAKHASAN DITIMPA MUSIBAH-PART III



Salam Sihat untuk Semua,


Rasa tersentak seketika bila terbaca quote di atas. Haahlah ..betul lah..seakan kena dengan cerita #dakhasan dan denggi.

Sebabnya, bila masa menaip dan berkongsi entri mengenai #dakhasan. Siap Part I dan Part II, hati tak berhenti mengucapkan syukur.

Tapi lebih memanjatkan syukur kepadaNya apabila diberi akal dan idea untuk usaha-usaha yang telah kami anak-beranak lakukan.

Kalau nak bercerita tentang syukur, memang panjang dan tidak terhingga.

Jadi untuk entri finale perihal #dakhasan dan denggi ini, saya pilih SATU cerita KESYUKURAN yang mendatangkan kebahagiaan.

…………

Semalam adalah genap 3 kali berturut-turut ujian darah #dakhasan.

Ujian darah adalah perkara utama yang dititik beratkan bila berkaitan dengan pasakit denggi.

Gambaran darah yang ada sel darah merah dan sel darah putih (platelets)

UJIAN PERTAMA

Klinik yang melihat muka #dakhasan selama beberapa hari berturut-turut

Melalui ujian darah ini, doktor akan memantau kiraan platlet dalam darah. Jika didapati di bawah paras normal, maka tindakan seterusnya terpaksa dilakukan.

**oh ya, saya lupa nak tanya nama doktor disitu walaupun dah 3 hari berturut-turut jumpa.

Itulah yang berlaku pada #dakhasan bila ujian darah pertama menunjukkan:

-kuantiti platlet darahnya adalah rendah dari bacaan normal
-kepekatan hemoglobin juga rendah dari paras normal
-peratusan sel darah putih tidak berada di tahap yang meyakinkan.

Maka hasil ujian darah #dakhasan yang pertama, doktor mengesahkan #dakhasan ada potensi denggi.

Disini saya BERSYUKUR kerana kami bertindak awal membawa #dakhasan berjumpa doktor. Kalau ikutkan keadaan biasa, rasanya kami tak akan bawa #dakhasan berjumpa doktor selagi dia masih kekal aktif.

#dakhasan menunggu giliran


UJIAN KEDUA

Saya telah berkongsi langkah-langkah atau tips yang kami sekeluarga lakukan bagi membantu menaikkan kesihatan #dakhasan di entri saya sebelum ini:

http://nimboking.blogspot.com/2014/09/bila-dakhasan-ditimpa-musibah-part-ii.html?m=1

Walaupun pelbagai kaedah dilakukan, ujian kedua ini menunjukkan keputusan yang TIDAK memuaskan.

Malahan lebih teruk dari ujian darah pertama dimana:

-kuantiti platlet darahnya adalah rendah dari bacaan hari pertama!!
-mujur kepekatan hemoglobin menunjukkan kenaikan yang memberansangkan.
-malahan peratusan sel darah putih juga turut berada tahap yang meyakinkan.

Walaupun keputusan yang tidak memuaskan, saya tetap BERSYUKUR sebab ini menunjukkan yang usaha-usaha kami untuk #dakhasan tidak cukup. Kami perlu lakukan lebih dari itu.

Betul lah kata orang yang berjaya. No pain no gain! We are not in that painful striving situation yet. Let's strive harder

UJIAN KETIGA

Sekali lagi #dakhasan dibawa untuk pemeriksaan darah. Kali ini dia lebih bijak berbanding dua hari sebelumnya.

#dakhasan menangis bila darah cuba dikeluarkan dari kakinya. 

"Semalam bolehlah tipu aku doc. Ni aku dah tau dah. Masuk saja tengok muka doc, terus menangis"

Tapi mommy awak seorang yang kental. Mommy tak rasa kesian pun kat #dakhasan. Yang penting sihat!

Akhirnya SYUKUR yang bermakna bila bacaan darah #dakhasan menunjukkan:

-kuantiti platlet darahnya meningkat dari bacaan hari kedua
-kepekatan hemoglobin menunjukkan kenaikan yang semakin baik
-peratusan sel darah putih juga semakin meningkat

SYUKUR sangat-sangat sebab usaha yang dilipatkali gandakan menunjukkan hasil yang dilipat kali ganda.

SYUKUR teramat Dia menjawab doa kami sekeluarga.

SYUKUR sebab kan ini, kami sekeluarga dapat ikuti MNRB Annual Family Outing (AFO 2014) di Swiss Garden Lumut pada hujung minggu ni. Yeaaahhhhh!!!!

Tak sabaq nak pi niiiii!!!


KESIMPULAN

There are some points of life that I learned with this #dakhasan and dengue episodes.

A) Saya belajar yang kalau kita TENANG, kita akan sentiasa MENANG

B) Dan SYUKUR itu tak semestinya perlu tunggu perkara yang baik sahaja berlaku. Sebab segala kejadian atau musibah pun adalah ketentuan dariNya. Jadi siapa kita nak pilih nak berSyukur yang mana.

3) Dan yang penting Boss saya, mentor #MFMSTheMostHappeningShakleeTeamInMalaysia saya, dan ramai orang berjaya kata:

"PERKARA PERTAMA NAK BERJAYA KENA PANDAI BERSYUKUR"

Alhamdulillah, berkat mengambil dan mempraktikkan ini, kesyukuran yang dizahirkan ini mendapat pulangan yang tidak dapat dibeli dengan wang.

#dakhasan bebas dari terkena denggi. InsyaAllah.



Mohon doaNya

Mommy feeling proud with #dakhasan
25/9/14
Www.Nimboking.Blogspot.Com 
-Business untuk kebaikan orang- 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates