Social Icons

Tuesday, 23 September 2014

BILA #DAKHASAN DITIMPA MUSIBAH-PART II



Salam Sihat untuk Semua,

And I really wish that to my son #dakhasan. Perjuangan kami anak-beranak baru bermula

Entri kali ini adalah sambungan dari cerita part I.

http://nimboking.blogspot.com/2014/09/bila-dakhasan-ditimba-musibah.html?m=1

TIPS PENJAGAAN BUDAK DIBAWAH 2 TAHUN BILA SUSPECTED DENGGI?

1- BREASTFEED

Gambar hiasan tapi lebih kurang dengan #dakhasan

Disini saya amat teramat bersyukur yang #dakhasan masih menyusu badan dan saya mampu memberi susu badan walaupun sudah lebih setahun.

Untung susu badan ni dengan keadaan #dakhasan sekarang ialah:

A) Punca air dan lawan bakteria terbaik untuk budak. Jadi bila hal suspected denggi ni, menyusu sekerap yang boleh. 

Dan saya memang sedia memberi sekerap boleh. Tak tidur malam juga sebab setiap jam saya menyusukan #dakhasan. Nak cepat baik

B) Susu badan ni cepat hadam, jadi #dakhasan kencing banyak. Kan doktor kata salah satu yang penting ialah kuantiti masuk dan keluar. Syukur, kuantiti dia ok.

C) Nikmat susu badan ini mudah dan cepat. Umpama water cooler. Ada saja tanpa saya kena bangun nak sediakan susu.

Sambil mata setengah pejam pun saya boleh beri #dakhasan minum.

Ubat dan cara yang paling senang melawan virus denggi. Selak dan feed.

**Tolong ya, ini bukan sesi lucah tapi sesi fitrah ibu dan kesihatan.

D) Antara hikmah kejadian ini juga membantu meningkatkan pengeluaran susu badan saya. Konsep susu badan ini seperti 'demand and supply'

Bila banyak permintaan, ada signal yang menghantar ke kilang susu untuk penghasilan susu yang banyak. And right now, there is an increasing in demand. It works like power pumping.

2- SUP KETAM

Sup ketam untuk pesakit denggi hanya dimasak dengan serai dan halia. Diketuk ketuk kaki tangan ketam tu dan direbus. 

Salah satu resepi untuk meningkatkan  platlet darah ialah banyak kan makan dan minum sup ketam.

Alhamdulillah, berjaya saya dan makteh mendapatkan ketam yang besar dan menarik di Pasar Nilai 3.

Apa lagi kami dirumah. Pesta ketam lah semalam.

Untuk #dakhasan adalah 2 ekor, selebihnya untuk mak #dakhasan dan tok-tok #dakhasan. Buat kari ketam. LAZAT

Terlebih sedap untuk kami

Mujur #dakhasan ok saja nak makan. Ini pun tanda yang baik. Bagus jika budak ada selera makan. Ini membantu memberi tenaga kepada sel bagi melawan virus didalam badan.

Jadi amat penting jika orang yang sakit makan walaupun rasa tak lalu. Paksa saja.

3-MINUMAN BERISOTONIK

Perlu tahu ya, denggi tidak ada ubat. Antara penawarnya adalah air. Jika pesakit minum dan muntah, itu yang sampai terpaksa ditahan di wad untuk dimasukkan air ke dalam badan.

Dan minuman seperti 100Plus dan Revive banyak membantu dalam proses melawan denggi dengan cara ia memberi tenaga didalam badan. 

Doktor pun sarankan air untuk pesakit denggi ini tidak hanya air kosong semata-mata.

Masalahnya #dakhasan terlampau kecil untuk perutnya menerima minuman berisotonik. Jadi terpaksalah saya curi sedikit bekalan Performance Orange Mama yang bakal ke Haji.

Patutnya ini bekalan Mama bagi mengerjakan ibadah Haji disana.

Sebabnya, performance orange ini bukan sahaja berfungsi mengembalikan kandungan air didalam badan malahan menstabilkan kandungan tersebut. 

Kandungan garam natrium yang tinggi banyak membantu pesakit denggi malahan kita orang biasa pun elok amalkan.

Jadi saya hanya ambil satu sudu besar dan campur dengan air masak. Masukkan dalam botol untuk #dakhasan minum.

Dan dia ok saja nak minum. Mungkin ada rasa oren. Tu yang sedap saja saya tengok dia minum.

Dan satu yang bagus tentang si #dakhasan ni, selepas minum Performance Orange ni, dia seakan akan selalu nak minum air dan kencing pun kerap.

4- MAKAN UBAT

Mungkin ada sesetengah kita yang risau nak bagi anak makan ubat doktor sebab terlampau kecil dan risau kandungan dadah yang dimasukkan didalam badan kanak-kanak.

Ya benar kalau begitu, kita mulakan dengan langkah pencegahan seperti mengambil vitamin-vitamin yang baik untuk anak-anak kita.

Walaubagaimanapun, bila situasi kritikal seperti ini, perlu ingat ubat doktor. Amalkan seperti yang disarankan. Dan kita tetap bagi supplement atau vitamin untuk anak tapi pastikan jarak masa sekurang-kurangnya 2 jam.

Ubat doktor untuk #dakhasan memang tak tinggal. On top of that, I make sure he  takes his regular scott emulsion, vitamin C and his omega.

Saya pelbagaikan cara supaya dia tak bosan.

Macam masakan dia saya masukkan omega.

Snacks untuk #dakhasan. Japanese sweet potato with butter pumpkin and Omega of course!

5- MAKAN

Orang sakit memang tak lalu makan. Kalau makan pun sedikit sangat. 

Jadi apa nak buat?

Macam #dakhasan memang dia makan tapi sedikit dari biasa. Jadi apa perlu buat ialah SABAR dan RAJIN

A- Sabar kalau dia makan makan sikit terus tolak

Yang ini saya akui agak sukar nak buat.

B- Rajin suap makan sekerap mungkin. Dan rajin pelbagaikan makanan dia. Makanan budak paling senang nak sediakan. Tapi jangan lah asyik bubur nasi dan ayam saja. Jemu budak tu.

Yang ini saya akui saya pakar bab kreativ
dengan masakan #dakhasan. Syukur dia suka dengan kepelbagaian

6- Tips terakhir dan paling penting ialah TENANG dan REDHA. Ingat redha itu ikhlas dan pasrah itu menyerah.

Ikhlas dengan apa yang jadi dan bersangka baik. Bab bersangka baik ini saya dapat sokongan dari Boss.

Boss kalau pegang kepala #dakhasan saja, terus cakap kuat kuat ( jarang dia cakap perlahan pun) 
" ooo ni dah kebah, nak baik ni"

Kalau dia dukung-dukung #dakhasan dia akan bebel 
"Anak baba ni hero. Hero down sekejap saja. Kemudian hero menang"

Dan kalau nampak #dakhasan senyum
"Ha tu, dah senyum, dah sihat dah"

Dan kalau #dakhasan boleh main-main
"Ehm, dah ok sangat ni. Dah tak payah ambil darah ni"



KESIMPULAN

Belum ada kesimpulan lagi sebab nantikan entri seterusnya episod perjuangan kami.

I will share on the reading progress whether the tips given here are working or not.


Mommy is fighting for her #dakhasan
25/09/14







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates