Social Icons

Tuesday, 23 September 2014

BILA #DAKHASAN DITIMPA MUSIBAH-PART I



Salam Sihat untuk Semua,


Astargfirullah, Ya Allah.

Saya betul-betul memerlukan kata-kata semangat diatas.

Ceritanya begini....

Keadaan muka yang sentiasa sembam seminggu ni

Kesihatan anak lelaki saya #dakhasan sejak seminggu ni memang berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Bermula dengan episod muntah-muntah, diikuti dengan panas badan menjelang Maghrib dan adakalanya cirit. Perut juga selalu kembung. Keadaan ini membuatkan dia tidak selesa dan merengek setiap masa.

Seminggu lebih berkeadaan demikian dan seminggu lebih juga keadaan diri saya agak tidak stabil dari segi emosi. Mana taknya, saya tidak cukup tidur dan ini menyebabkan saya cepat marah-marah.

Lagipun saya bingit dengan suara budak menangis-nangis. Dalam hati sebenarnya saya kecewa. I'm helpless and I don't know what to do.

Selama seminggu tu saya belum terfikir nak bawa #dakhasan ke klinik kerana saya masih melihat dia aktif bermain. Selalu pun doktor kata kalau budak aktif, mahu makan bermakna dia ok lah tu.

Tetapi keadaan bertukar lain kerana sepanjang hari semalam, dia mula menunjuk keadaan yang lemah dan melepet. So that's it, we brought him to see a doctor.

Sepanjang perjalanan, saya dah ada rasa yang ini bukan sekadar biasa. Lain benar keadaan badan dia. Jadi bila doktor kata kita ambil darah dia dan minta Puan tunggu diluar. Saya dah bersedia.

But honestly at that time, I am so much embraced the condition in a different way. 

Kalau dulu, mesti saya lebih gabra dan mula sibuk google nak tahu apa yang jadi dan lebih gabra terus google bagaimana mengatasi. Padahal tak tahu lagi apa cerita ni.

Now, thanks to my positive friends who always feeding positive vibes every minute in my life-
#MFMSTheMostHappeningShakleeTeamInMalaysia team.



Saya hanya bersangka baik dengan Allah dan menunggu dengan lebih tenang seolah-olah tiada apa yang jadi. Syukur sangat dapat rasa demikian sebab saya ni ada keturunan kelam kelibut pun.

Jadi bila doktor sahkan yang #dakhasan ada demam viral dan bacaan platlet yang lebih rendah dari biasa, saya terima dengan tenang. Tenang diluar dan tenang juga didalam hati. Sesungguhnya tenang bila doktor kata dia suspected denggi. Berapa banyak perkataan tenang daaaa....

.........................

Jadi bila budak secomel #dakhasan di jangka denggi, apa nak buat?

Berikut adalah saranan doktor:

1- Apa-apa ubat antibiotic perlu dihentikan sebab antibiotic turut membunuh bakteria baik untuk melawan virus denggi tersebut

2- Makan ubat prebiotic bagi membina imunisasi dalam badan #dakhasan.

3- Banyak minum air bersama bancuhan sejenis garam yang diberi oleh doktor untuk tenaga.

4- Makan sup ketam. 

Bila masa yang perlu kita risau?

1- Bila mana dia tidak lagi aktif bergerak.

2- Bila mana dia tidak mahu makan atau minum

3- Bila mana dia tidak kencing atau kuantiti kencingnya sedikit walaupun minum dengan banyak.

Mengikut doktor, bila keadaan begini, budak akan lebih merengek kerana ketidakselesaan badan. Seperti orang dewasa juga, sendi akan berasa lenguh dan badan seperti tidak selesa. Restless.

Jadi pesanan terakhir doktor ialah:

1- Datang semula untuk pemeriksaan darah keesokkan hari.

2- BERSABAR dan JANGAN RISAU. Benda yang dulunya saya sukar lakukan.

……

Sepanjang perjalanan balik kerumah, saya berfikir bagaimana nak terangkan keadaan #dakhasan dengan mereka yang menunggu dirumah.

Dirumah saya minggu ini penuh dengan nekbaik, tokteh, atuk, uwan dan meksha #dakhasan. Dan saya pasti mereka ni jenis melampau risau. Mereka sayang terlebih wooo #dakhasan ni. Jangan buat main. Saya jegil kat #dakhasan pun nanti nekbaik dia meleleh ayaq mata.

Tengok happy tak Boss dengan #dakhasan sewaktu menunggu di klinik?

Tapi Boss saya lagi sempoi. He was laughing while breaking the news. And his act actually calm everybody in the room except meksha-MamiTasha. Terus MamiTasha buat blog pasal cerita #dakhasan.

Punya sayang meksha kat #dakhasan dan #kakya, sanggup bawa diorang ke Alamanda semalam.

http://mamitasha.blogspot.com/2014/09/little-hasan-in-sick.html?m=1

Bila semua orang boleh terima dengan tenang, apa nak buat lepas tu menjadi senang.

Macam biasa kita ikut cakap doktor dan yang paling penting depa syok dok sembang nak masak ketam untuk esok.

KESIMPULAN

Apa yang saya belajar dari episod musibah ni ialah kita kena tenang.

Memanglah senang cakap tapi bila nak buat, bukan senang.

Tapi berdasarkan pengalaman saya untuk kekal tenang ni kena berlatih. Saya akui dah masuk anak 2 ni pun kadang-kadang masih cepat melatah, gabra dan kelam kelibut.

Cubalah berlatih dengan cara kalau kita rasa nak panik saja, tarik nafas terus ingat benda baik. Terus pujuk hati kata semua benda baik baik.



Tapi bila kita dah dapat perasaan tenang tu, wa cakap lu..perghhh nikmat!!!

Segala-gala jadi cool, senang dan smooth. Barulah faham, biar badai melanda pun, hati ni tenang saja.

Tak percaya? Cuba amalkan. Pasti dapat!

Oklah, habis satu episod.

Nantikan entri saya seterusnya episod saya dan #dakhasan melawan virus denggi.

Mommy and #dakhasan fighting till we win
24/09/14

Comel sampai rasa nak tampaq!!!




1 comment:

muro - zadell said...

Get well soon hassan. Keep calm and eat crab soup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates