Social Icons

Friday, 12 September 2014

BERSERAH ATAU MENGALAH?



Salam Sihat Semua,

As always, as at this moment, I am praying and wishing that we are all under His blessing and protection. As to Him we shall return and thus let it be the Best return.

………


Quotation dalam gambar ini tiba-tiba nak buatkan saya berkongsi pandangan saya tentang beberapa konsep yang disalaherti dan disalah buat oleh kebanyakkan kita.

Terlebih dahulu, apa yang tertera di entri ini adalah ilmu saya yang masih cetek. Itupun melalui pengalaman kehidupan, pembacaan, pendengaran dan penelitian saya dan mereka yang ada dikeliling saya. 

Setiap dari kita tidak pernah terlepas dari ujian dan musibah. Bayangkan betapa hebatnya aturan Dia. 

Kesemua kita yang hidup didunia ini baik orang kebiasaan atau pun Prince William. Be it Kim Kardashian or Ustaz Kazim, semuanya tak terlepas dari memikirkan masalah. Betul tak?

Cumanya, masalah kita berbeza dan kita tidak boleh pandang remeh masalah orang lain kerana belum tentu kita berjaya atasinya jika kita berada di situasi dia.

Kalau kesemua kita ada masalah, jadi apa yang istimewa sangat diri kita berbanding orang lain?

Jawapannya, memang tiada yang istimewa pun. Takdo yo jang! Kalau ada pun, itu tanggapan kita manusia sahaja. 

Hanya Dia yang tahu pangkat atau score kita sebab Dia yang bagi ujian tersebut. Jadi tiada yang lebih layak menilai selain Dia. Logik kan?

Contoh kertas periksa lah, kalau teacher English bagi exam, takkan cikgu sejarah pula nak menilai.


BAGAIMANA KITA SCORE?

Inilah intipati entri saya kali ini. Kalau bercerita tentang qada, qadar dan takdir, rasanya ramai yang pandai lagi berhujah. 

Apa yang saya nak olah ialah pendekatan kebanyakkan kita dengan qada, qadar dan takdir dari Dia.

Sedih dan malang sebab kebanyakkan kita suka mengambil pendekatan BERSERAH. 

Mesti ramai yang tidak faham dengan konsep berserah yang sebenar-benarnya.

-Salahnya kita banyak berserah tanpa ada sebarang usaha.

-Salahnya kebanyakkan kita berserah bila usaha itu tidaklah sebanyak mana pun.

-Salahnya kebanyakkan kita menerapkan konsep berserah itu seumpama itulah penyelesaian terakhir dan tiada jalan lain lagi.

I understand if you don't really get it what I am trying to deliver here. Let me put in a situation.

Contoh situasi bila mana anak-anak dengan pelajaran. 

Kita faham bila ada peperiksaan, anak-anak dikerah belajar bersungguh-sungguh.

Masalahnya kita sendiri tidak faham apa erti bersungguh-sungguh itu, mana pula nak terapkan anak-anak dengan makna bersungguh-sungguh.

Kita bila lihat anak dah masuk jam 11 malam, tersengguk-sengguk tahan mengantuk, terus kesian.

"Takpelah sayang, esok sambung."

Bila ada cerita menarik di HBO, kita pula ajak anak menonton sekali.

"Takpelah, sekejap sahaja. Karang sambung belajar."

Saya tidak tahu anda tapi arwah abah saya korbankan masa television mereka, masa kerja mereka dan banyak lagi yang mereka korbankan demi kami. 

Contoh paling senang, tunggu kami belajar sampai pukul 11malam. Sama-sama menunggu.

Dan setiap kali peperiksaan dan pertandingan, bersunguh-sungguh terapkan yang nombor 2 itu bukan menang.

Dan saya mula belajar yang qada,qadar itu ada di tanganNya tapi kita boleh ubah denganusaha kita.

Apa maksudnya boleh ubah? 

Saya tanya anda semua, anda tahukan apa yang ditulis dan dicatit untuk diri anda? Tak tahu kan? 

Mestilah tak tahu sebab catitan itu bukan di tangan anda. Benda tu di tanganNya. 

Jadi kita boleh corak sendiri dengan usaha dan impian kita. Nanti tahulah Dia nak qada dan qadarkan bagaimana mengikut situasi yang sesuai untuk kita. 


Jadi kenapa kita perlu BERSERAH begitu sahaja tanpa ada perjuangan. Pada saya iti bukan berserah. Itu MENGALAH!

Tapi perlu diingat yang hanya ada 2 ketentuan yang pasti iaitu JODOH dan MATI. Itupun Dia janji benda tu PASTI tapi bijak tak bijak ya Maha Bijaksana. Dia rahsiakan bagaimana supaya kita ada pilihan bagaimana JODOH kita dan bagaimana kita nak MATI.

Maksudnya, dapat JODOH tu baik atau tidak dan samada keMATIan kita adalah pengakhiran yang baik atau tidak.

KONSEP BERSERAH

Berserah sambil berusaha dan bukanlah
menjadikan berserah itu adalah perkara terakhir selepas berusaha.

Faham ka faham?

Berserah SAMBIL berusaha bermaksud kita sentiasa berbalik kepadaNya sewaktu kita berusaha mendapatkan sesuatu. Berbalik padaNya setiap masa.



Kita belajar sambil ingat Dia. Kita praktis lumba lari sambil ingat Dia. Kita bekerja nak naik pangkat sambil ingat Dia. Dia datang dulu baru benda benda yang kita usahakan. 

Itu maksud BERSERAH yang sebenar.

BERSERAH yang kita selalu buat apabila kita dah habis buat kerja atau mengejar dateline kita, baru kita sibuk berdoa. Bila kita selesai menjual, baru teringat kat Dia dan harapkan jualan kita baik.

Pendek kata, kita berusaha dahulu kemudian kita berserah. 

Masalah bila hal begini berlaku, kita tidak pasti samada usaha kita itu paling maximum atau tidak. 

Mungkin kita rasa kita dah cukup berusaha tapi sebenarnya kita hanya 30% sahaja.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN KONSEP
BERSERAH YANG SEBENAR

Bab ini pun, saya masih belajar sebab acapkali juga saya sering menjadikan berserah itu perkara kedua selepas berusaha.

Apa yang boleh saya kongsi melalui pengalaman cetek saya ini ialah kita kena sentiasa belajar.

Alert and observe!

Perhati dan teliti apa yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita. Ambil iktibar dan cuba membaiki diri.

Jangan jadi bodoh dan di takuk yang lama walaupun terang-terang Dia menguji dan mencampakkan masalah kepada kita. 

Ramai orang suka berkata yang ujian dariNya itu sebagai tanda mensucikan dosa-dosankita.

Pernah tidak terfikir bagaimana penyucian dosa itu berlaku? 

Kalau semua orang terampun dosanya dengan bila diturunkan masalah, senang lah nak masuk syurga. Tak gitu?

Penyucian dosa itu datang dari diri kita sendiri. 

-Kita ambil iktibar tak dengan kejadian yang menimpa kita? 

-Kita berusaha atau tidak ke arah yang lebih baik dengan takdir yang diterima?



………
Kesimpulannya, sejauh mana kita berserah dan benarkah kita tergolong dalam golongan rahmat dariNya.


Mommy having a deep thought..
13/9/14

P/S kesihatan juga jangan berserah sahaja. Saya sedia membantu.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates