Social Icons

Saturday, 27 September 2014

BERJIMBA DI AFO2014-PART II



Salam Sihat untuk Semua,


Quote di atas amatlah bermakna untuk entri saya yang kedua ini berkenaan #AFO2014. AFO (Annual Family Outing) adalah acara tahunan anjuran syarikat saya untuk warga pekerjanya dan ahli keluarga.

Memang menarik.

Rehat dah, mandi kolam dah, mandi laut dah, tibalah masa nak siap sedia pergi makan malam.

Selfie dulu sebelum pergi ke makan malam

MAKAN MALAM

A- LOKASI

Jika selalu bila kita di hotel, dah pening memikir nak makan di luar atau di hotel? Jika di luar, nak cari apa yang best pula kan? Jika di hotel, harga pula tak boleh tahan. Jika sedap berbaloilah, jika tidak, buat marah saja.

Dengan AFO2014, makan malam kami bukan hanya percuma malahan di TEPI PANTAI.

And I tell you it was not an easy setup for the banquet team. Bayangkan nak mengangkut barang barang seperi meja dan kerusi satu hal, makanan-makanan pula lagi. Dok tengok banyak buggy dok pi mai pi mai mengangkut barang untuk upacara makan malam kami.

B-MENU

Dengan percutian ini, team #leklu sudah berbulan-bulan fikirkan menu makanan untuk kami. Buka sehari dua diorang bermesyuarat dengan ahli pengurusan hotel malahan duduk berbincang dengan chef sendiri. 

Kemudiannya, siap ada 'food testing' dulu bagi memastikan menu makanan yang disajikan menarik dan lazat untuk semua.

But I was quite bad to describe about food as it is never my forte. My kind of description will be 'sedap' or not. And within my limitation about the food, I can conclude it was SEDAP during the night.

C-TEMA

Tema makan malam kami ialah 'DINNER UNDER THE STARS'

Tapi saya lupa nak dongak ke langit tengok bintang malam tu. Oh ya, kalau dongak pun nampak bumbung khemah sahaja. Dan tak keluar pun dari khemah nak tengok langit. Saya hanya keluar ke khemah pergi beratur ambil makanan saja.

Tapi saya pasti ada stars. Kalau bukan stars di langit, ramain juga stars di kalangan warga MNRB.

Dan kami bebas berpakaian ala-ala di pantai. Malangnya saya pakai dress panjang dan outerwear. Memang tak kena dengan tema langsung! Itulah akibat tak baca buku panduan. Dah seminggu team #leklu beri tapi kalau sendiri tak baca, sendiri mau ingatlah.

D- HIBURAN

YES! Bab ini memang saya nanti-nantikan bila perihal AFO. Sajian hiburan sewaktu makan malam. Bab ni kena kupas secara terperinci:

1- MC

Tahun ini, team #leklu sajikan Zainal Alam Kadir atau panggilan manjanya Alam untuk kami.
The closest shot I have with Zainal Alam Kadir

And he was really good to handle the crowd especially our kind of crowd. Why?

Satu sebab bila kita buat di tempat terbuka seperti pantai, bukan senang nak  'hold the crowd'. Kalau kau boring, kau boleh merayau ke luar dan buat hal sendiri. Keadaan amat berbeza jika dibandingkan buat dalam dewan.

Dua kerana berjaya buatkan semua golongan terhibur, tergelak, tepuk tangan. Semua golongan termasuk anak-anak kecil.

Bayangkan lawak-lawak, permainan, sesi bersembang dengan hadirin harus sampai ke semua peringkat dari dewasa yang levelnya berlainan ke remaja ke kanak-kanak dan juga budak kecil bawah 3 tahun. Kau mampu? Alam Kadir mampu. 

geng #leklu dengan Alam- bukan itu bukan ini

Alam oh Alam. Hang memang sempoi!


2-DECO, SOUND SYSTEM & LIGHTING

Sebab makan malam bertema 'Under the Stars' di tepi pantai, jadi deco hanya biasa-biasa. Biasa macam konsep 'Chinese Wedding'. Reben merah dan gold. 

Contoh deco merah gold. Cantik tak? 

Tapi sistem bunyi nya memang A. Terlampau A hingga ada ketika tu, Alam Kadir terpaksa guna hailer. Mana taknya, bekalan terlebih dan mengakibatkan 'meletup' seketika.

Betapa profesional nya Alam ini, dia boleh mengawal keadaan dengan hanya guna hailer sahaja.

Dan lagi hebat ialah lighting. 2 kali black out habaq hang!!. Sesungguhnya memang terasa seperti tema, 'under the Stars'.

Sebenarnya tidak ada masalah dengan sistem tetapi masalah dengan bekalan power. Siap pengurus besar Swiss Garden turun padang meminta maaf atas ketidaksempurnaan majlis.

Kali pertama minta maaf dan kali kedua minta maaf dan PERCUMA satu malam bermalam di Swiss Garden Damai Laut untuk kesemua warga pekerja MNRB. WAHHH SANGAT!!!  Inilah dinamakan KEGEMBIRAAN DIDALAM KEGELAPAN!

3- PERSEMBAHAN

Bab persembahan memang saya nak puji melambung tinggi.

Acara dimulakan dengan gimmick dari penari-penari yang berbakat dengan tarian dari pelbagai negara. 

Sepanjang acara, kami dihiburkan dengan pelbagai tarian dan nyanyian. Memang tahun ini banyak na bakat dari warga kerja MNRB. Umpama diorang tak lepas final stage ujian bakat masuk, terpaksa kerja di MNRB. Untunglah MNRB tidak perlu bayar mahal-mahal untuk hiburan.

Satu persembahan kumpulan yang saya kira umpama ada pemain gitar ala Shah, Slam dan Eddie dan diiringi oleh pemenang-pemenang AF. Kami dihiburkan dengan lagu dari pelbagai genre. Wow sungguh.

Kemudiannya 3 peserta terakhir pertandingan karaoke di bawa naik ke pentas untuk menentukan siapakah pemenang. Pada masa ini, saya terkejut lah. Kata pertandingan karaoke tapi tak da pun nampak mereka nyanyi guna lirik karaoke. Tambahan pula, siap ada key sendiri dan menyanyi ikut gaya tersendiri. 

Dan yang paling saya terpegun ialah persembahan penutup. Irama Bollywood dengan lagu 'Lajja,Lajja'. Mak aii, suara si Wani ni memang macam penyanyi Hindustan.

Ni gambar melalui screen. Tengok depan-depan terbeliak biji mata punya hebat!

Bella dan dayang-dayang dengan lagu Siti Nurhaliza


4- ACARA UTAMA

Makan malam di MNRB tak berserinlah kalau tidak ada cabutan bertuah. Malangnya nama saya masih tidak bertuah pada malam pertama.

Kira ok lah juga sebab selalunya hadiah-hadiah mewah adalah pada malam kedua. Jadi kebarangkalian saya menang untuk malam berikutnya adalah tinggi.

Dan seri utama malam pertama adalah anugerah-anugerah seperti:

- LONG SERVICE AWARD for 10,20 and 30 YEARS
-ACADEMIC AWARD for UPSR, PMR and SPM.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua yang menerima anugerah-anugerah diatas. Bukan senang nak terima anugerah. Tambah-tambah anugerah berkhidmat selama 30 tahun. Tahniah ya Kak Ainon.
.……………

Malam pertama percutian AFO 2014 memang tidak mengecewakan. Malahan saya sungguh terhibur dengan hiburan yang disajikan.

Menarik betul tengok junior MNRB bergelek terutama Cik Izzatul dan Cik Aqilah. 

Memang sah gila stage betul. Lepas dia, dia dan dia lagi. Cuma tukar penampilan sahaja.

Tahniah untuk team #leklu untuk kejayaan malam pertama.

Jom ikuti cerita selanjutnya di dalam entri saya yang lain.

Mommy is smiling while writing this entry.
28/9/14

Wefie family NimboKing. Laptop sebelah tu si Bob yang punya. Duduk sebelah satu team #MFMSTheMostHappeningShakleeTeamInMalaysia ni kena buat kerja.

Hahahaha..ni lah budak yang suspected dengue tu. Dah baik bila bawa bercuti. Akai naa hang!!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates