Social Icons

Friday, 26 September 2014

BERJIMBA DI AFO2014-PART I



Salam Sihat untuk Semua,


Yes, enjoy is one of way you celebrate your life.

Itu juga cara kita menzahirkan keSYUKURan kita padaNya. Kita bergembira.

Dan juga salah satu cara MNRB menzahirkan keSYUKURan mereka atas kejayaan keuntungan 2013 ialah dengan meraikan staffnya dengan percutian 3 hari 2 malam. 

Hampir setiap tahun, kami berpeluang dengan percutiaan ini. Maknanya apa?

Maknanya setiap tahun MNRB ada untongggg!!! - Alhamdulillah

Dan percutian ini tidak terhad kepada warga kerja sahaja. Malahan isteri atau suami pun boleh turut serta. Maknanya apa?

Maknanya nilai untung itu adalah tinggi!!! Sekali lagi- Alhamdulillah

Dan lagi, kalau ada anak-anak pun boleh bawa sekali. Tak kisahlah, anak satu ka 8, semua boleh bawa asalkan masih dibawah jagaan. Maknanya apa?

Maknanya nilai untung yang tinggi itu tinggi menjulang!!! MasyaAllah-Alhamdulillah

Dan percutian keluarga ini terkenal dengan nama glamnya- AFO ( Annual Family Outing). Jadi bila hampir kepada tarikh AFO. Kita boleh dengar orang bercerita sana, situ, sini- AFO, AFO dan AFO. Trending for a while.

Jadi pada tahun 2014, kumpulan #leklu yang bertanggungjawab perihal AFO2014 ini membawa kami semua ke Swiss Garden Damai Laut, Perak, habaq hang!!!!!

Awal-awal ini saya cerita melalui gambar saja. Banyak entri nak buat ini!

CHECK IN and CHECK IT OUT

Ni adalah goodies bag yang diterima sewaktu pendaftaran masuk. 

Tengok goodies bag dan isinya pun dah cukup menunjukkan betapa prihatin mereka melayan warga MNRB dengan percutian percuma ini. 

Dari perkarangan lobby lagi, ramai krew membantu kami agar tidak sesat mencari tempat untuk mendaftar.

Bila sampai tempat pendaftaran, saya disambut baik oleh team #leklu- WhitNee dan Ekma.

They looked tired but excited. I felt for them. How stressful the last week towards AFO2014 can be and by putting a smile to them, I am sure it did wonders!

Di tempat pendaftaran, ada ice cream potong lagi sebagai welcoming gesture from the team. #kakya suka betul makan ice cream tu. Meleleh-leleh habis baju. Tapi mommy cool saja. Kata bercuti!!

Dan yang paling seronok bila belum sampai depan kaunter, terus mereka beri kunci bilik. Bilik dah siap. Dah boleh masuk dan rehat. Wahhhh senang sungguh. Tak perlu menunggu. 

Kalau pergi check in hotel biasa pun lazimnya kita kena tunggu dengan pelbagai proses yang mengambil masa. 

Percutian AFO2014, tak perlu buat semua itu. Team #leklu dah buat semua benda. Maknanya apa?

Maknanya, SYUKUR dan Berterima kasih. Apa guna bising-bising, bukan kita kena buat kerja pun. Relax sudah.


Ini peta besar kawasan Swiss Garden ni. Tapi kami tak perlu hafal. Ada ramai crew bantu kami sepanjang berada disini.


BILIK


Ini pandangan dari bilik kami. SYUKUR dapat paling dekat dengan ballroom, hall dan swimming pool. 

Ni area wardrobe. Ada cermin panjang kira dah lengkaplah bagi saya. Kita SELFIE dulu


Dah check, baru perasan saya tidak ambil gambar katil dan ruang depan. 

Bilik kami memang sempoi dan lengkap dengan keperluan. Tapi saya dan keluarga tidaklah kisah sangat. Yang penting tidak kotor dan berkopak-kopak.

Tapi bila dah dapat TV baru dan ada saluran kartun pun sudah lebih dari cukup.


SEKITAR HOTEL

Oklah, secara jujurnya saya bukanlah jenis yang suka ambil gambar. Sejak dua menjak bila ada blog ini yang buatkan saya terpaksa ambil gambar.

Jadi gambar buat hari pertama ini agak terhad. 

Kita layan apa yang mampu saya kongsi sudahlah.

Benda pertama si #dakhasan dan #kakya nampak. Area kanak-kanak.

Tangga ke laut. Malangnya penghujung tahun ini, bendera merah kerana obor-obor.

Swimming pool pada pukul 4 petang. Keadaan sungguh berbeza pada pukul 6 petang. Ramai sungguh geng MNRB sampai tak nampak air swimming pool.

Wefie dulu di cafe.

#kakya yang beria-ia nak mandi laut. Tapi bila dah turun, bukan mandi pun. Main pasir. Itulah istilah laut bagi #kakya. Dia nak main pasir rupanya.

I love this pic because it showed how happy 3 of them. And they are not MNRB staff. Lucky them for all our hardwork. And thanks to MNRBians for allowing this 3 to be happy.

………

Entri ini sebagai pengenalan dulu. Banyak gambar dan cerita menarik akan saya kongsi di entri-entri berikutnya.

Pada saya, saya sangat-sangat berSYUKUR dengan kemewahan ini. Segala-galanya adalah percuma. Dan percuma ini bukanlah datang begitu saja.

Company has spend so much for the staff and family to enjoy. Of course there are hiccups here and there but that's normal.

Semua orang tahu dan pandai bercakap tentang kesempurnaan. But let us admit, there is no perfection. Just embrace and SYUKUR. 

Bila kita belajar cara berSYUKUR ini, baru kita nampak benda yang baik, positif dan seronok. 

Team #leklu telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk kita semua. And I can't wait to see and enjoy. 

Jadi, saya memilih menzahirkan keSYUKURan saya setelah penat bekerja tahun lepas dengan bergembira dengan kemewahan ini.

Stay read on and many more to share

Mommy updating her blog while the others are sounds asleep with TV on. Mewah sungguh!!
26/09/14

#dakhasan pun nampak semakin sihat. Bila bab bercuti, sihat pula kau.

#kakya the cheeky diva

My happy partner.

















1 comment:

Kassim Selamat said...

Terkenang semasa di MNRB dahulu. Memang seronok AFO....kini tinggal kenangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates