Social Icons

Thursday, 7 August 2014

WHAT WE LEARN BECOME A PART OF WHO WE ARE-Part I




Salam Sihat Semua,

ILMU INI AMAT BERMANFAAT KEPADA SEMUA YANG HENDAK MENJADI PEMIMPIN. JIKA ANDA BUKAN PEMIMPIN DI PEJABAT ATAU DIRUMAH, ANDA HARUS FAHAM ANDA TETAP PEMIMPIN.
PEMIMPIN UNTUK DIRI SENDIRI
[LEARNING AND GROWING]

Apa yang perlu kita faham ialah proses pembelajaran berlaku setiap masa.

PERISTIWA/ KESUKARAN





Selalu kalau bercinta, patah hati dengan boyfriend baru kita tau yang kebanyakkan lelaki itu tidak boleh dipercayai. Ha, matang kan?

Untuk lelaki yang tiba-tiba bila kahwin baru tau isteri dia boros melayan nafsu handbag. Ha amek kau, baru serik apa itu dinamakan perempuan.

Dan peristiwa kesusahan ini banyak mengajar kita mengambil langkah yang lebih baik andai diberi peluang kedua. Betul tak?

Betul tak kalau saya katakana yang peristiwa meruntun hati seperti kehilangan dan kematian banyak mematangkan perjalanan hidup kita.

Selalunya kita banyak belajar melalui kesukaran/ challenge dalam kehidupan.

CABARAN/ TUGASAN



Umpama kalau suami hadiahkan kita kredit kad untuk kita guna. Selama ini kita bayar pakai tunai. Takde tunai, tak payah belanja. Kita nampak aliran keluar masuk duit itu.
Jadi mana nak biasa guna kredit kad. Tambah-tambah bila dapat pesanan.

"Guna elok-elok. Jangan boros"

Awal-awal cuba guna swipe untuk isi minyak kereta. Risau pun ada. Siap telefon suami,
'Abang tadi I guna kredit kad you bayar minyak, RM80'
Suami pun dengan bangga
'Ok good, you dah belajar benda baru. Ok drive carefully'
Kita kalau perempuan selalu senang ja belajar benda baru. Dan kita juga banyak belajar melalui cabaran dan tugasan. Dari tidak tahu ke tahu. Dari tahu ke mahir.
Bila dah tau, cuba bawa belanja di Pavillion. Bila dah mahir, Zalora-online pula.

Disini saya nak terangkan yang tugasan atau cabaran adalah alat pembelajaran kita. Lagi tinggi cabaran itu, lagi banyak kita belajar. Dalam kes ni, saya rasa si suami banyak belajar. Kredit kad bukanlan tindakan bijak dihadiahkan untuk isteri.

MELALUI ORANG LAIN



Kita patut rasa bertuah dan sentiasa bersyukur kerana tidak semua kejadian itu terjadi kepada kita. Kenapa direka oleh Nya sedemikian? Harus paham ya, Dia itu Maha segala-galanya. Dia bukan saja-saja nak buat dan lakar cerita setiap diri kita. Semuanya bersebab.

Sebagai contoh kejadian yang menimpa saya dan keluarga baru-baru ini. Pemergian seorang yang kita sayang pada Hari Raya adalah pengalaman yang amat perit. Jadi cukuplah saya kongsikan apa iktibar yang saya pelajari untuk kita sama-sama belajar. Saya mohon dengan sangat agar pengalaman saya tidak jadi kepada anda.

Kesimpulannya, takdir masing-masing berlainan adalah bukti kekuasaanNya. Dia itu nak suruh kita belajar dan terus belajar hidup bermasyarakat. Jadikan pengalaman orang lain sebahagian proses pembelajaran kita. Faham ka faham.

PERISTIWA-PERISTIWA LAIN



Dan sebahagian kecil diri kita banyak mematangkan diri kita melalui hal yang berlaku disekeliling kita yang tidak ada kena mengena dengan diri kita secara langsung. Contoh kejadian Gaza (Al Fatihah untuk mereka disana) dan kejadian MH17 dan MH370.

Peristiwa tidak semestinya yang mendukacitakan. Kita juga belajar dengan berita yang happy. Contohnya Commonwealth Games...opps silap...tu tak happy, kita gagal sasaran 7 emas. KJ kata FAIL, FAIL!



......................................

Ok, semua orang melalui proses-proses diatas. Tapi tak semua jadi lebih baik? KENAPA?

Senang saya cakap, sebab orang-orang ni semua benak dan bodoh. Selalu nak biarkan kejadian yang sama, action yang sama dan akhirnya dapat result yang sama. Walaupun dapat peluang melebihi 2 kali.

Harus faham ya, bila kita belajar pasti ada 3 konsep ini:

1) OPPORTUNITY atau PELUANG



-Contoh kalau kita di pejabat, peluang ini akan dibuka oleh syarikat/ pejabat atau majikan kita
-Contoh kalau kita dirumah, peluang itu berada didalam rumah, didalam bilik atau dilura laman rumah
-Contoh kalau kita bersama family, sanak saudara, peluang itu adalah mereka sendiri.
-Contoh kalau kita ada business online, peluang itu ada di media social dan alam maya itu sendiri.

Saya KURANG BERSETUJU bila kata peluang itu hanya sekali dalam seumur hidup. Kononnya, andai terlepas maka ia susah nak dapatkannya.

Pada pendapat saya, peluang itu ada disekeliling kita dan sentiasa ada setiap masa dan saat. Berbalik kepada hujah saya mengenai kejadian yang Dia ciptakan. Ingat Dia buat masa itu saja-saja ka. Bila ada perumpamaan yang mengatakan Masa itu Ibarat Emas. Jadi kutiplah.

Maksud saya disini, andai kata anda pernah terlepas peluang dengan seorang lelaki yang wow dan memang calon menantu mak, janganlah putus asa. Ada dua pilihan disini, sama ada KEJAR peluang itu atau CARI peluang baru.

Kalau tahun ini Boss kita tak promote naik pangkat, kejarlah tahun depan. Keep up atau pun Out, banyak lagi peluang diluar.



' Conquer the Fear, this is how you Learn'- NimboKing

2) WILLINGNESS TO TAKE THE OPPORTUNITY / SANGGUP KE TAK?



Kerja bawah satu bumbung. Kau tengok aku, aku tengok kau, masing-masing senyum. Kadang-kala lalu depan, senyum sahaja. Tapi dialah idaman mak di kampung. Dan sudah setahun 6 bulan dok pendam perasaan.

-kalau dapat dia ni, aku tak tunggu lama. Terus hantar rombongan kahwin
-kalau aku suami dia, aku tak layan dia macam orang laki-laki lain. Dia memang aku bagi kad kredit aku (sah seorang lagi bakal terkena ni)
-kalau lah dia isteri aku, mesti bakal anak-anak aku pandai belaka. Cantik pulak tu. Beauty with brains.

Tapi asyiklah dok kalau, kalau. Cakap Hi pun suara tak terkeluar.

Ini contoh saya garapkan. Peluang itu ibarat gadis tersebut. Tapi sanggup ke tak itu atas kita sendiri.

Saya tekankan lagi sekali, peluang itu ada dan terlalu dekat ibarat cuba anda lukis satu titik atas kertas. Kemudian bawa kertas yang ada titik itu perlahan lahan kearah mata anda. Fokus pada titik itu. Bila kertas dah hampir anda cium, nampak tak titik tu?

Haruslah tak. Sebab terlampau dekat. Itu lah OPPRTUNITY. Ada, kalau tak nampak, cuba bau atau anjak sikit penglihatan anda dengan cara anjak otak anda. Bagaimana?

Caranya

3) LEARNING VERSATILITY/ PELBAGAIKAN CARA



Konsep last ini kalau anda bijak menguasainya, anda kaya dan berjaya. Ni tagline MFMS ni. Lama-lama masuk subconscious mind, boleh jadi jampi ni.



Ok, saya tanya anda ada masalah tak handle toddler? Saya ada sebab anak saya yang sulung baru nak masuk 4 tahun. Apa yangs saya tak boleh tahan ialah tantrum dia dan suara dia yang high pitch kalah Ziana Zain. Dan yang tak boleh tahan, perangai dia bertukar tukar. Ada 4 karakter dalam masa 2 jam.



Haruskah saya terus menjerit 'JANGAN' dan jadi hijau bila dia high pitch?
Haruskah saya senyap dan pakai headphone tanpa hiraukan hentakan kaki dan air hingus keluar-keluar dia?
Haruskan saya layan manja-manja dan mengikut kerenah dia?
Haruskan saya telan semua vitamin penenang (b-Complex anti stress) tu?
Haruskan saya kurung diri saya selama beberapa minit?

Jawapan pada persoalan di atas adalah HARUS. Kesemuanya betul bergantung pada situasi dan bergantung pada diri saya sendiri. Objektif saya sangat senang. Asalkan saya tak gila. Orang gila tak boleh jaga anak dia.

Konsep kepelbagaian ini yang saya cuba terangkan disini. Konsep yang sama juga yang saya masih belajar dan kuasai. Kepelbagaian menjadi matang dengan konsep belajar bergantung pada situasi. Bila belajar, kita tak boleh nak mendengar saja, atau melihat saja atau buat saja.

'In order to become successful, be versatile learners. Applying different techniques at the right situation'-Nimbo King

Kita kalau nak berjaya dan matang, wajib belajar. Tapi kita perlu lah tau cara nak belajar, apa style kita bila belajar dan apa kekuatan dan kelemahan kita bila belajar. Nak tau kena tunggu entri part II.


.....................................................

Oh ya, semua proses diatas memang banyak yang stress. Ini shield saya. Nak tau tanya saya

B-Complex-anti stress and anti aging.
Untuk bijak dan cantik tapi takda kredit kad sebab suami lagi bijak.
Saya ambil 1 biji, dia ambil 2 biji.





Mommy and her learning tools
7/8/14
0123777089






Want to know what supplements that suit you and your family?
Want to be part of our success journey?
Want to generate  4 to 5 figures income?

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with Shaklee
Call, sms and what apps!










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates