Social Icons

Saturday, 2 August 2014

WHAT?? RM2,500 SAJA? MANA CUKUP



Keratan akhbar yang mungkin menyentap ramai bakal graduan universiti. Dan mungkin juga ramai yang masih kata, tak mungkin berlaku kat aku. Nanti dah grad, aku akan pastikan aku dapat kerja yang gaji nya tidak kurang dari RM4,000. Lagipun keputusan aku setakat ini ok je. Dean's list lagi every semester.

Adik-adik, kakak, abang dan mak ayah,

Ini adalah berdasarkan pendapat, pengalaman diri dan pengalaman orang terdekat dengan saya.

Itu adalah impian yang kita tanam bila mula masuk universiti. Bekerja keras, belajar sungguh-sungguh. Get good grades and get a good job. Tahniah kalau impian yang dicipta menjadi. Tapi hakikatnya, dalam satu kelas penuh 30 orang, tempat pertama hanya diisi oleh 1 orang. Kebanyakkan yang lain dapat bukan tempat pertama. Betul kan?

Bagi ibubapa pula, asalkan anak sudah berjaya grad dan mendapat sijil, sudah bangga dan memadai. Tahniah!!

Hakikatnya saya paparkan dengan gambaran pengiraan dibawah:

Contoh kes:
Gaji RM2,500 sebagai permulaan pada usia 24 tahun bagi seorang lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur

Ansuran kereta- RM500. Yeelah kan, takkan nak bawa motor sebab nanti habis busuk baju. Tu belum kira ketiak basah lagi kalau naik kenderaan awam. Takat myvi tu oklah. Lagipun RM500 sebulan takdalah beban sangat pun. Banyak lagi balance.

Sewa rumah/ bilik- RM500. Maaflah, saya dah kurang arif harga sewa di sekitar bandaraya sekarang. Rasa-rasa saya ini adalah jumlah sewa rumah apartment biasa.

Wah, ada banyak lagi ni. Tengah berjalan-jalan di shopping mall, terpandang tawaran kredit kad. Why not lah. Lagipun bukannya apa, saja nak simpan untuk emergency atau nak isi minyak kereta. Had limit RM8000. Oklah kan? Nak belanja apa sampai RM8,000.

Setelah hampir setahun, jika jodoh sampai dan nasib baik badan, persediaan untuk berumah tangga. Kawan dan 6 bulan kawan. Rasanya dalam tempoh berkenalan tu RM200 untuk bil telefon tak lari. Simpanan nak mendirikan rumah tangga pula kena buat kalau target nak kahwin lagi 6 bulan kemudian. Dari duit lebihan gaji yang ada, RM600 nak simpan.

Lupa nak sentuh pula, dalam tempoh berkawan dan bakal berkahwin, terguna pakai pulak kredit kad. Tup tup dah hutang kredit kad RM5000. Bayaran minimum bulanan pasti tak lari RM200 sebulan.

Lupa pula nak kira kos minyak, tol dan keperluan makanan harian. Confirm kalau habis jimat dan ikat perut pun tak lari RM350 sebulan, kan? Itu kalau stok makan seorang. Tapi kalau dah berdua, takkan nak buat keras bila ajak pasangan makan luar. Tak gentle lah kalau go dutch, right? ( split the bill). Lebih kurang, tambah sedikit nilai hiburan, RM400 pasti habis.

Kalau baca kembali cerita di atas, baki wang yang ada dari gaji RM2,500 hanya tinggal RM100 sahaja. Jangan tergaru kepala pula. Ini memang realiti. Itu pun saya anggarkan hanya cukup makan. Kalau dulu orang buat sawah kita kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Untuk yang hidup makan gaji ini saya andaikan seperti kais gaji masuk, makan dan minum sampai kais sekali lagi bulan seterusnya.

Jadi sebenarnya the real challenge just started. Cabaran kerja itu adalah kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang mula mengenali erti hutang. Nak beli kereta, hutang 7 atau 9 tahun. Dah selesa dengan bayaran bulanan kereta, beralih ke hutang rumah. Ya lah kan, nak pastikan ada aset. Tambah lagi jangkamasa hutang 35-40 tahun.

Belanja kahwin yang wajib dan yang sunat. Dan kita semua pun tahu perbelanjaan yang sunat lebih tinggi harganya. Oh ya lupa simpanan untuk masa depan. Dan insurance nyawa, insurance kesihatan dan segala bil-bil. Kalau dah tinggal baki RM100, memang TIDAK lah benda benda kesihatan dan perlindungan untuk masa hadapan. Masa ini betul-betul bergantung pada doa agat badan sentiasa cergas dan sihat. Kalau ya, Alhamdulillah. Kalau tak, Nauzubillah jawapannya.

Dan kes ini membuktikan keratan akhbar itu benar. Memang tidak cukup. Dengan kos perbelanjaan
dan inflasi serta ekonomi yang tidak pasti, soal duit memang tidak cukup. Memang benar wang bukan segala-galanya tapi jom saya bawa situasi-situasi berikut untuk biat kita berfikir:

1- jika mak dikatakan mengidap penyakit jantung, mahukah kita mendapat rawatan yang terbaik untuk mak kita?
2- ketika anak-anak orang lain bijak belajar, mahukah kita biarkan anak kita ketinggalan? Bantuan extra diperlukan, betul atau tidak? Lagi mudah jika ada wang bukan?
3- jika tiba bulan Ramadhan dimana orang berpusu-pusu menderma, tidakkan kita teringin berbelanja sebahagian besar harta kita ke jalan Allah? Kalau itupun tak mampu, dimana kita berdiri sebagai khalifah Allah?

Cukuplah saya berikan hantukan di kepala. Saya pasti banyak lagi yang kita semua mahu dan perlu tapi tak tertunai akibat kenkangan wang. Hal ini hukan sahaja masalah untuk bakal graduan malahan untuk kita semua yang telah bekerja bertahun-tahun lamanya.

PERSOALAN YANG MUDAH:

Saya lihat disini kita ada dua pilihan.

1) hidup dengan berjimat-cermat dan mengasah hati agar berpuas hati dan bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberi.

ATAU

2) berusaha menambah pendapatan dan mengasah hati agar bekerja kuat dan tidak berputus asa serta bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberi.

Ini semua pilihan masing-masing. Tapi bagi saya kerana kita hidup di Malaysia, negara yang makmur dan aman, amat rugi kalau pilihan no. 2 bukan pilihan kita. Kalau masih tak sedar, kita patut rasa teramat berterima kasih kerana kita di Malaysia. Orang kata, baling batu pun dapat buat duit. Letak ja kat mana, kalau betul caranya, senang betul nak maju dan menambah pendapatan.

Saya tahu sebab saya telah lalui banyak peluang mencari extra income dengan pelbagai jenis cara. Dari menjual biskut raya ke jualan nasi lemak dari blok ke blok. Dari jualan servis ke jualan produk. Semua saya cuba dan ada hasilnya. Tinggal lagi usaha dengan cara yang betul dan ada sifunya.

Cumanya setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran dan kematangan hidup. Saya kini memilih bisnes Shaklee- bisnes kesihatan sebagai penambah pendapatan. Saya berasa lebih puas jika dapat menambah dan membaiki nilai hidup orang lain. Income sebagai bonus dan syukur kepadaNya, bonus tidak pernah menghampakan.

Yang paling penting, inilah satu-satunya option no. 2 yang paling senang yang pernah saya buat dan nak dapat nilai ribuan ringgit teramat mudah. Kenapa senang, jom ikut saya. Percaya lah RM2,500 tak akan cukup.

Mommy nak ajak orang buat option no. 2
2/8/14








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates