Social Icons

Wednesday, 27 August 2014

TIPS MENCAPAI IMPIAN/ TARGET- cerita benar



Salam Sihat Semua,

Today is a gift thus we call it PRESENT. As this is your present, you may decide what and how your present should be.

And I pray that your present is the bestest among all.

Go, make and seek your gift today!

………

Pagi tadi hantar #kakya dan #dakhasan. Awal kami keluar, 6.30am. Budak-budak pun tengah syok tidur. Bila angkat, dua-dua bangun. Muka sembab sebab bangun terkejut. Mujur tak buat hal.

Yang buat hal tadi si Boss. Benda biasa di awal pagi di rumah #ilunakami. Hiruk pikuk. Mujur tak ada jiran tetangga lagi. 

Back to my sharing. Honestly it is not the best feeling to send your kids to nursery at the earliest hour. 

Lagi-lagi pula bila #kakya selalu tanya

'Bila mommy nak jaga ya?'
#kakya yang banyak drama

At that age (she almost 4), she wants me to be around for the most of her time. 

Walaupun saya bukanlah ibu penyayang yang manjakan anak-anak. Saya ni jenis tegas walaupun dengan baby setahun.

Contoh buat mommy marah


Perihal pagi tadi buatkan saya terfikir....

Saya dah memang patut buat impian/ target baru dalam kehidupan saya. 



Bila dah masuk 3 series ni, dengan ada komitmen keluarga dan anak-anak, impian/ target saya waktu umur 20an sedikit sebanyak WAJIB bertukar.

Memang ini perkara biasa untuk kita sentiasa memperbaharui target. 

Tambahan pula secara sedar tak sedar saya dah capai apa yang saya inginkan pada masa saya berumur 23 tahun dulu. (University time- saya belajar lama)

Saya nak jadi lebih dari executive di pejabat saya, saya dah dapat. 


Saya nak kereta keluaran Jepun, saya dah pakai. 




Saya nak ada rumah yang ada laman, syukur dapat. 

Dan yang penting saya nak kahwin lepas Erra Fazira kahwin pun tercapai. Saya kahwin umur 28, sama umur bila Erra kahwin dengan Yusry dulu.( mujur dia kahwin, kalau tak saya pun tak lah)




Jadi untuk kali kedua, saya kena perbaharui impian/ target saya. 

Mungkin lain entri saya boleh kongsi apa target/impian saya.

Apa yang pasti saya boleh konsi TIPs nak mencapainya. 

Bukan lah saya hebat sangat tapi saya dah lalui hampir 10 tahun mengejar impian.

Jadi saya belajar di mana kesalahan dan di mana yang betul kalau nak dapat apa yang kita inginkan.

.………

1- IMPIAN/ TARGET YANG BESAR

I love this pic because #kakya call me HULK for most of her time ( nampak sangat selalu jadi monster bila kat rumah)

Saya rugi sebab dulu waktu awal 20-an, yeelah kan baru keluar universiti, teruja dapat kerja dan dapat gaji bulanan bunyi ribu-ribu (walaupun tak sampai 2000) dah rasa WAH sangat.

Ini sebab tak berapa berimpian BESAR dalam kehidupan. Masa itu saya hanya cakap lepas universiti nak kerja kat bangunan ada aircond. Tu yang bila dapat kerja di bangunan tinggi dan aircond dah rasa ok dah.

Kemudian satu-satu saya capai impian/ target yang tak sebesar mana. Nak mimpi pakai handbag LV pun tak. Kodi betul impian/ target.

Dalam tempoh bekerja selama 8 tahun, saya dah bazirkan masa untuk tidak bermimpi lebih tinggi.

RUGI memang RUGI. 

Sebabnya, impian/ target memang akan tercapai secara sedar atau tidak.

My advice to those who just start to dream of what they want to be. DREAM BIG and REALLY DREAMING! For sure you will achieve it in another 10 years to come.

Kalau Allah ada bersama impian anda, pasti lebih cepat.

2-BERPEGANG PADA IMPIAN/ TARGET




Bohonglah kalau saya kata semua impian/ target saya tercapai.

Ada banyak juga yang tercicir. Dan sebabnya adalah satu.

SAYA TAK PERCAYA PADA IMPIAN/TARGET ITU.

Basically, it is like kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat pun tak apa.

Dan salah satu impian yang tak tercapai ialah cita-cita nak jadi Associate Actuary sebelum umur 32. 

Tak jadi sebab saya tak pasti saya boleh dapat ke tidak. Ketidakpastian itu sebenar dari awal lagi. Tapi saya terus cuba tapi semasa mencuba pun belum pasti. Sebab itu bila mencuba masih gagal. Bukan saya tak pandai tapi saya dah kalah dari awal lagi.

Kesalahan BESAR yang saya belajar, bukan sebab skill, kepandaian atau kurang usaha tetapi tak percaya pada impian/target tersebut. Dan ini membawa ketidakpercayaan pada diri sendiri. BAHANA TU!!!!



3- INTEREST(MINAT), MOTIVATION AND COMMITMENT

Benda pertama perlu tahu ialah ketiga-tiga perkara diatas BERBEZA

Dan benda ini PENTING diambil tahu kalau nak capat impian/target.

Dan sebab saya tak tahu benda ni dari dulu, jadi saya tak betul-betul berjaya dalam definasi impian/target saya sampai sekarang.

INTEREST-

Sepanjang umur 21-25, minat saya lebih kepada kereta. Saya minat kereta keluaran Jepun. Mungkin saya tahu kalau saya minat, saya nak beli. Dan setakat masa itu saya mampu untuk kereta keluaran Jepun. Memang dapat pun. 

Itulah rugi pula tak minat kereta mewah yang hebat hebat. Kalau tidak, pasti dah pakai satu sekarang. Takpe masih ada masa lagi.



Kemudian minat tu beralih ke aktiviti melancong. Memang antara umur 25-29 tu hampir setiap tahun melancong. 

Memang takdelah banyak duit sangat tapi bile nak melancong tu, boleh pula dapat duit. ( nampak tak disitu,kalau ada impian pasti tercapai)

So this interest keep on changing depending to your age and your environment.

Jadi kalau bersandarkan pada interest/minat memang impian/target yang besar dan tinggi mudah tercicir.

MOTIVATION-

Waktu zaman-zaman mencari identiti tu saya cepat terpengaruh dengan kata-kata motivasi dari orang yang berjaya. 

Dari orang yang hebat dan dari orang yang pandai-pandai. Samada ustazah, ustaz atau penceramah bebas.

Let me share with you this classic example.

Saya pernah hadiri pelbagai motivational talk sejak dari sekolah rendah. Bayangkan berapa banyak motivasi dan kelas ilmiah saya pernah hadir dan masih sibuk pergi? 

Contoh biasa, semangat kita berkobar-kobar. Balik dari seminar, semua benda yang di kongsi oleh penceramah semua saya nak buat.Dari sehari ke sehari, lama-lama lepas 3 bulan, saya masih dengan tabiat lama.

Selalu sangat jadi macam tu sampai saya dah tak percaya lagi motivational talk. (Tapi gatal ambil tahu juga, hehehe)

Please note that there's nothing wrong to listenor attend those motivational talk.

Masalahnya bila kita salahkan mereka bila apa yang kita buat tak menjadi.

Masalahnya kita salahkan mereka bila kesan motivasi itu hilang selepas seminar.

Masalahnya diri kita sendiri.

Kenapa jadi begitu?

Apa yang saya lalui dan pelajari, motivasi belum cukup kuat untuk dapatkan apa yang kita impikan/ target.

Senang-senang kekobaran dan keinsafan itu hilang kalau kita tak disiplin.


COMMITMENT- KOMITED


Saya berbalik pada cerita impian/target kereta saya. Kereta pertama saya ialah Honda Civic 2nd hand. Nak beli Honda baru, tak mampu. Nak pakai brand lain, tak mahu.

Memandangkan saya nak sangat kereta keluaran Jepun, saya komited dengan kesusahan pakai kereta 2nd hand. Saya sanggup habiskan masa saya menjadi mekanik sambilan kerana kereta 2nd hand ni perlukan banyak perhatian. Ingat saya suka ka? Memang tak lah. Tapi dah nak guna, terpaksalah.

Macam kes melancong, saya dapat pergi melancong tapi terpaksa berjimat cermat. Tapi bila dah komited beli tiket, nak tak nak kenalah ikat perut atau ikat duit belanja. Untuk 5 hari 4 malam, saya korban 8 bulan tak berbelanja. Bunyi tak logik kan? Tapi saya capai impian saya.

Macam di pejabat juga, ingat saya suka nak kerja 8-6 atau lebih? 
Dan ingat saya suka ka office politic?

Semua ini saya terpaksa ikut rentak sebab target saya nak naik pangkat sebelum usia 32. Dan syukur, dapat.

Nampak tak disini dalam hal komited tak ada istilah suka tak suka. Kebanyakkan terpaksa.

Dan sebab terpaksa inilah, jadi impian/target secara tak sengaja tercapai.



…………

Kesimpulannya, itu yang saya dapat kongsikan pengalaman mencapai impian/ target.

Bila dah kongsi begini, banyak pula nak kena perbaiki untuk next round target.

Banyak benda bodoh yang dah buat dan saya taubat takmau ulang balik. 

Sebab kebodohan juga banyak masa, wang dan tenaga terbuang. Benda boleh capai dalam masa 2 tahun, sampai 7 tahun saya ambil masa.

Yang penting COMMITMENT. Saya dah ada impian/ target tapi masih mencari COMMITEMENT.

Mungkin juga rintihan #kakya 'Mommy jaga ya kan?' adalah commitment saya?

Ya Allah, tetapkan hati aku, permudahkan jalan aku, untuk mencapai impian aku dan #kakya

Mommy planning for her targets
280814








4 comments:

Kidz Bouncy Castle Rental said...

Good luck Tasnim. Semoga impian you tercapai. Aminn...

HONEYHAZRY.COM said...

Entri yang cukup bersemangat. Semoga berjaya. Ameen.

A Khalid said...

InshaAllah... May Allah Ease you way in getting the best for you and your family.

Blessing in this world and therafter. InshaAllah.

Hani Suryani said...

well said!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates