Social Icons

Sunday, 24 August 2014

PERSIAPAN HAJI/ UMRAH- APA YANG KITA TERLEPAS PANDANG



Salam Sihat Semua,

How are you? I hope everyone is having a blast weekend. Since we are still in Syawal month, I'm sure everyone is busying attending open house, visiting friends and relatives.

Alhamdulillah as we are bless with loves all around us.

Jom kita tadahkan kesyukuran kerana ada yang masih tidak bernasib baik seperti kita.

....................
Hari Ahad yang lepas, saya dan keluarga menhadiri kenduri doa selamat cum kenduri aqiqah dan cukur jambul cum sambutan Hari Raya. Tu dia, all in one dan pastinya makanan pun semua masuk serentaklah.



Alhamdulillah, kenduri doa selamat ini adalah bersempena meraikan kedua-dua aunty dan uncle saya yang saya panggil Mama Chom dan Cikgu Syimi. Mereka akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah Haji tak lama lagi. Walaupun itu adalah Uncle saya tetapi nama Cikgu sentiasa meniti. Itu untungnya jadi cikgu ni. Sampai bila-bila pun orang panggil Cikgu.

Ya, mesti sekarang ni sibuk orang buat kenduri doa selamat sempena musim Haji tak lama lagi.

Sedang rancak bercerita berkenaan persiapan untuk ke Mekah, teringat untuk bertanya Mama Chom mengenai persiapan kesihatannya. Memandangkan saya lihat Mama Chom saya bertambah kurus kebelakangan ini. Katanya penangan demam baru-baru ini.

Baru saya tahu, bagus tak bagus Tabung Haji ini, mereka telah sediakan segala ubat-ubatan dan vitamin-vitamin untuk Jemaah Haji. Sampai berbotol-botol vitamin diberi. Tinggal nak makan je. Saya difahamkan ada vitamin C dan multi-vitamin dan beberapa vitamin yang lain.
gambar hiasan kelengkapan dari Tabung Haji

Ada sebab-musabab kenapa orang Tabung Haji memberi kelangkapan ini dari awal. Bukan sahaja untuk memudahkan para Jemaah mengemas bag tetapi juga agar para Jemaah mula mengambil inisiatif meningkatkan system imunisasi badan.

Apa yang saya nak kongsikan disini. Saya nak sarankan kepada mereka yang bakal menunaikan ibadah Haji ini, mulalah makan vitamin-vitamin ini dari sekarang. Jangan tunggu bila sampai sana baru nak makan. Jangan simpan dalam bag terus na.

Saya senaraikan beberapa factor yang mungkin memudaratkan kesihatan badan para Jemaah bila disana:
 
lihat sahaja penangan terik amtahri di lantai

• Cuaca yang panas dan sememangnya berbeza dari cuaca Negara kita Malaysia. Suhu bilik hotel yang pula dipasang air-cond. Jadi keluar panas, masuk dalam bilik sejuk.Keadaan suhu yang berubah-ubah ini boleh menyebabkan demam, semput dan pelbagai masalah kesihatan. Kita tak mahu keluar masuk keluar masuk sampai tak keluar keluar bilik sebab duduk atas katil berselubung selimut sebab demam.
construction works that could harm your health
 
• Habuk-habuk dan debu-debu yang tidak tahu apa kandungannya. Saya difahamkan disana masih banyak lagi tempat-tempat yang dibangunkan oleh kerajaan bagi memudahkan para Jemaah. Tidak mustahil habuk-habuk ini memudaratkan system pernafasan terutama mereka yang sensitive dan ada asma. Jadi batuk adalah perkara biasa disana.
 
• Aktiviti-aktiviti ibadah yang padat. Dan semestinya kita akan menggunakan sebaik-baik mungkin masa yang ada untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti ini. Nak-nak pula kalau kita push badan kita untuk lakukan benda yang kita tak mampu. Yeelah kan alang-alang dah sampai takkan nak bazir dalam bilik hotel sahaja. Selalunya masuk minggu ke-3, kita akan merasa tak larat. Keadaan fizikal dan mental yang lemah akan menghalang pergerakan kita.

• Tidur yang tidak menentu. Ini juga antara factor badan kita senang lemah.

• Pemakanan yang tidak menentu dan kekurangan air dalam badan. Kadang-kadang kita terlampau sibuk beraktiviti, kita terlupa pengambilan makanan perlu pada masa yang tepat. Tambah-tambah pula air. Jarang nak minum sampai 3 litre sehari. Nak tak nak pula sebab tandas agak sukar bila masa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti ibadah.

Oleh itu apa yang saya benar-benar nak sarankan untuk para jemaah, mula lah membuat persediaan fizikal dan mental dan menjaga kesihatan dari sekarang.


PERSEDIAAN AWAL BERMULA SEKARANG









• Mulalah melatih diri dengan aktiviti ibadah seperti bila berada di sana kelak. Contohnya, aktiviti ibadah malam. Jangan tunggu bila sampai sana baru nak buat. Mestilah badan rasa terkejut kerana ini pengalaman yang jarang berlaku kepada badan. Mungkin untuk sesetengah jemaah boleh bertahan untuk minggu pertama dan kedua tetapi dikhuatiri lemah bila masuk minggu-minggu terakhir.


• Banyakkan berjalan bagi melatih stamina. Banyak aktiviti disana melibatkan berjalan. Jadi pada mereka yang jarang bersenam, ini akan turut membantutkan kesihatan badan dan seterusnya sukar melakukan aktiviti yang wajib. harus dan sunat disana.

• Bagi mereka yang ada ubat doctor, jangan ambil mudah perkara ini. Amalkan seperti yang dinasihatkan doctor. Jika sebelum ini selalu terlepas pandang dan ambil mudah, perlu ubah sikap ini. Dan jika mampu, tambahkan dengan supplement kesihatan yang lain. supaya badan berada dalam keadaan terbaik dari biasa.


• Makan vitamin-vitamin yang diberi dan jika mampu dari sekarang, tambahkan dengan supplement kesihatan yang lain. Ini bagi membiasakan badan dengan vitamin-vitamin ini. Tambahan pula untuk meningkatkan system imunisasi badan. Bila sampai sana, dah tak sempat lagi nak naikkan system imunisasi badan. Tiba-tiba badan rasa terkejut dengan eprubahan-perubahan yang saya sebutkan tadi.

Dan tambahan pula, bila sakit, kebanyakkan kita suka mengambil jalan mudah dengan ambil paracetemol atau ubat dari kaunter. Masalah dengan ubat-ubatan ini ialah kebanyakkan akan buatkan badan kita letih, rasa nak tidur dan mengantuk. Kerana tujuan ubat-ubat itu adalah untuk membaiki sel yang lemah. Jadi kita perlu rehat dan tidur untuk ubat itu berkesan. Masalahnya, masa. Jemaah ada masa kah nak luang untuk tidur? Jadi mencegah lebih baik kan!

vitamin keperluan tubuh badan. samada melalui pemakanan atau supplement. pastikan selamat, berkesan dan semulajadi

• Bagi mereka yang selalu tiada selera makan, carilah sesuatu untuk membuka selera makan anda. Jika di Malaysia pun tak lalu makan, apatah lagi disana. Disana lagilah susah nak menyelerakan diri dengan keadaan dan masakan yang berlainan dari di Malaysia. Carilah penawar untuk membuka selera dan latihlah diri dengan makanan yang berkhasiat.
hampir inilah ruji makanan di sana. memang ada juga masakan Malaysia tapi pasti tak sama.

• Bagi mereka yang sukar minum air, latihlah diri anda untuk belajar minum air. Sekurang-kurangnya 3 litre satu hari. Kekurang air dalam badan akan mengakibatkan dehydrate dalam badan dan seterusnya lemah.







Nasihat yang sama saya share dengan Mama Chom saya dan Mama saya. Banyak pula saya berleter padahal saya sendiri belum pernah sampai lagi ke sana.

Dan bagi mereka yang ingin menambah baik kesihatan para Jemaah ini, bolehlah ikut cara saya nasihat Mama saya. Kebetulan Mama saya pun bakal Hajah pada tahun 2014. Malangnya, dia pergi seorang diri tahun ini setelah Arwah Papa pergi sebelum sempat menunaikan Haji.

http://nimboking.blogspot.com/2014/07/papa-i-hate-you.html

Ini membuatkan Lagilah saya amat prihatin kesihatan dia.
 
Ini apa yang saya kongsi kepada orang kesayangan saya.

a) Multi Vitamin bagi kesihatan menyeluruh. Kalau dah ada bagus, dan yang baru ada pun bagus. Nak lebih bagus, makanlah. Tak banyak, 1-2 biji satu hari


b) Vitamin C bagi nak elak demam, selsema atau batuk. Kalau rasa-rasa nak demam tu ambil terus 2 biji.


c) Osteomatrix / AJHT bagi mereka yang sakit-sakit sendi. Yang mana berjalan jauh sikit, mula rasa sakit-sakit lutut atau pergelangan kaki. Dan ada juga factor cuaca yang sejuk waktu malam turut menyebabkan rasa menyucuk-nyucuk. Macam Mama saya tiada masalah ini, Alhamdulillah.



d) Performance Drink untuk badan kekal hidrat. Kandungan garam dalam minuman ini bagi mengelakkan dahaga dan dehydrate. Selalu kita disarankan minum 100 Plus atau Gatoride tetapi minuman ini manis dan berkarbonat. Tidak elok untuk orang yang berumur. Jadi saya sarankan Performance Drink untuk Mama. Saya cakap, bawa Tupperware air, letak 3 sudu performance drink ni, jumpa air zam-zam, campurkan. Jangan lupa minum! Pastikan tak kurang 3 litre setiap hari.



e) Dan bagi Mama, saya turut syorkan Vitamin B bagi mengelak stress. Yeelah kan, Mama pergi seorang diri dan pada waktu-waktu begini, saya faham akan ada masa yang dia stress. Jadi saya sarankan dia jangan tinggal B-Complex ni. Anti stress. Di kala dia kerinduaan mengenangkan Arwah Papa, saya perlukan dia sihat dari segi fizikal dan seterusnya mental


f) Dan ini untuk mereka yang susah nak makan. Saya tak sarankan ini untuk Mama kerana saya tahu dia ok saja bab-bab makan ni. Ini untuk mereka yang tiada selera atau memilih bila bab makan. Tambahan pula, segelas ESP ni cukup memberi tenaga untuk bertahan 3-4 jam. Susah nak kena penyakit pun. Dan yang penting tenaga lebih dari biasa.



**kesemua saranan di atas adalah BERKESAN, SELAMAT DAN SEMUALJADI

http://nimboking.blogspot.com/2014/08/kenapa-shaklee-dan-bukan-yang-lain.html

......................


Peluang pergi Haji bukan mudah. Hanya mereka yang terpilih olehNya yang menerima jemputan ini. Jadi pastilah kita nak para Jemaah menggunakan sebaik-baik peluang ini. Kalau 44 hari disana, kita mahu biar 44 hari ini penuh diisi oleh ibadah terbaik kita.

Kalau sebelum ini jarang dapat khusyuk ketika bersolat atau ibadah lain, inilah peluang berbuat demikian. Dah depan Kaabah.

Pendek kata, we want to give the best of our faith and iman to Him.

Oleh itu, jangan pandang enteng soal kesihatan. Saya faham dengan kuasa doa segala-galanya mungkin. Memang ya, Insya Allah kalau kita niat dan doa nak badan kita sihat sepanjang berada disana, pasti dimakbulkan.

Tapi usaha dari kita pun penting. Apa yang saya tegaskan apa pun yang dirancang, jika kesihatan tidak mengizinkan, habis semua perancangan ini.

Ini adalah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsi bersama. Sebab saya lihat ramai Jemaah terlepas pandang perihal ini. Tidak salahkan mereka kerana lebih sibuk membuat persiapan ibadah, hal-hal Haji dan merancang apa yang akan dilakukan di sana.

Jadi saya salahkan kita anak-anak, kawan-kawan, saudara terdekat yang tahu tapi tak memberitahu atau berkongsi. Bagi mereka yang ada adik-beradik, mak ayah saudara atau mak ayah sendiri yang bakal menunaikan Haji tahun ini. Silalah kongsi maklumat ini.



Mommy praying for all Jemaah. Agar mendapat Haji yang mabrur
250814
www.nimboking.blogspot.com


Arwah papa bersama #dakhasan. Semoga Papa tenang disana. InsyaAllah pahala Haji tu sampai kepada Papa. AlFatihah

Kenangan majlis terakhir Mama bersama Papa. I pray for the best strength for you Mama





Want to know what supplements that suit you and your family?
Want to be part of our success journey?
Want to generate  4 to 5 figures income?

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with Shaklee
Call, sms and what apps!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates