Social Icons

Friday, 1 August 2014

PERSEDIAAN SELEPAS MATI



Salam Sihat semua,

Jangan terkejut pula, entri kali ini bukan berkisar persiapan menghadapi alam kubur atau sewaktu dengannya. Ilmu saya belum sampai situ lagi. InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya akan menulis entri sedemikian.

Today I would like to share what one should do or prepare once you receive a shocking news- KEMATIAN terutama kematian orang yang kamu sayang dan rapat. Dalam kes saya dan keluarga. KEMATIAN PAPA KAMI.

Ya benar, yang pergi ceritanya dengan alam barunya. Tapi bagi kita yang meneruskan hidup, jika tiada persediaan, akan menyebabkan panik, resah, marah dan serba tak kena. Jadi melalui sedikit pengalaman yang ditimba melalui insiden terbaru, saya kongsikan apa yang patut kita (yang hidup) bersedia dan lakukan sebaik sahaja menerima berita musibah ini.

1) LET IT OUT AND LET IT GO

Pengalaman saya sendiri dan yang lain. Sebaik menerima perkhabaran yang tidak indah, air mata pasti menitis. Ada juga kalangan kita, terburu buru marah dan menghentak pelbagai objek. Pada saya itu cara masing-masing mengekspresi kesedihan dihati.
Tapi yang amat penting, bagi masa pada diri anda menerima berita ini. Lepaskan semahu-mahunya. Jika tangisan adalah senjata anda untuk melegakan dan memujuk hati. Buat tanpa malu.
Jika dengan cara mencederakan diri, anda berasa puas. Lakukan dengan berhemah. Jangan sampai menyusahkan orang lain.
Jika dengan cara memarahi orang lain menjadi pilihan anda. Saya cadangkan channel pada orang yang betul. Bagi saya, jika kematiaan itu berlaku dihospital, sebetulnya anda layak memarahi mereka yang bertugas. Mereka pasti faham dengan emosi anda ketika itu. Hanya pastikan anda meminta maaf selepas itu.

Ambil masa untuk let it out and let it go. Sehingga anda kembali tenang dan berfikiran waras. Jika nak tahu bila yang kembali berfikiran waras, bila anda mampu beristighfar dan realize kejadian yang berlaku ini ujian dari Allah.

2) BERCAKAP DENGAN PIHAK TERTENTU

Setelah anda kembali waras, mulalah bercakap dengan orang yang terlibat dengan kejadian. Tenangkan ahli keluarga lain. Masa ini sesuai anda berikan penjelasan kepada mereka yang bertanya. Pada masa ini juga sesuai anda  bertanya dengan doktor, mengambil tahu lebih terperinci apa yang terjadi.
Masa ini juga amat sesuai untuk sembahyang sunat mengadu kepadaNya apa yang meruntun jiwa.

3) PROSES DAN PROSEDUR

Proses kematian juga sama seperti kelahiran. Malah lebih rumit kerana banyak dokumen dokumen yang perlu diambil tahu dan prosedur-prosedur yang perlu dilakukan. Dokumen dan prosedur yang perlu ambil tahu:

DOKUMEN:

a) bil rawatan hospital
b) laporan kematian yang akan dikeluarkan oleh pihak hospital. Laporan ini perlu dilaporkan kepada Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) seelok-eloknya dalam masa 3 hari bagi mengelakkan penalty charge. Dan dibawa bersama IC si arwah
c) laporan lengkap rawatan yang dilakukan oleh doktor.
d) laporan polis (jika perlu)

PROSEDUR JENAZAH

a) Pastikan samada jenazah dimandikan oleh pengurusan jenazah hospital atau tidak. Jika tidak, pastikan dimaklumkan awal kepada ketua khariah khairat kematian kawasan rumah.

b) Van jenazah untuk menghantar jenazah ke rumah atau masjid disediakan oleh pihak hospital atau tidak. Jika tidak, dapatkan pihak khariat di kawasan rumah untuk menyediakan. Jika jauh, boleh disewa dari khariat kawasan yang berhampiran.

c) Jika diniatkan ingin membawa jenazah balik ke rumah, pastikan keadaan rumah sesuai dan lengkap menerima jenazah.
- tilam atau alas untuk letak jenazah. Dihalakan ke arah kiblat
- surah surah Yasin disediakan untuk para tetamu yang hadir
- tutup atau simpan benda benda yang menghalang malaikat dari masuk ke rumah.
- simpan gambar gambar terutama gambar arwah
- tidak beria ia menyediakan makanan. Cukup sekadar alas perut untuk ahli rumah.

d) Semak jika nama arwah didaftarkan dengan khariat kematian di kawasan rumah. Jika ya, pihak ketua atau imam di area rumah akan mengepalai proses proses seterusnya. Dan jika tidak, pihak mereka tetap akan menguruskan tetapi dengan sedikit bayaran yang lebih tinggi berbanding jika didaftarkan; bergantung pada tempat.

e) Proses mandi jenazah dan kapan akan diketuai oleh imam atau ketua khariat. Walaubagaimanapun sebaik baiknya ambil tahu bagaimana proses mandi jenazah dan kapan dan seterusnya sembahyang jenazah. Ini akan lebih bermakna kerana ini adalah cara terakhir kita mengucapkan selamat tinggal kepada yang kita sayang.

f) Pada masa yang sama, pastikan pihak tertentu telah menyediakan proses pengebumiaan jenazah di tanah perkuburan yang dipilih.

Dokumen dan prosedur-prosedur diatas memang agak tertekan untuk diuruskan oleh keluarga terdekat. Oleh yang demikian, perlu ada seorang ahli keluarga seperti bapa saudara, ipar duai atau yang akrab dengan arwah mengendalikan hal-hal ini. Jika keadaan memaksa kita sendiri memikir kan hal-hal ini, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan imam atau ketua khariat. InsyaAllah proses berjalan lancar.

Dan amat penting untuk menyediakan wang tunai sepanjang proses proses terbabit. Jika mampu, sediakan lebih kurang RM2000 bagi proses berjalan lancar. Walaupun bayaran yang terbabit tidaklah sebanyak itu.

4) BERKABUNG

Selesai proses yang tertera diatas, beri ruang diri untuk berkabung sekurang-kurangnya 3 hari. Pada saya berkabung yang dimaksudkan adalah banyak mendekatkan diri dengan Allah. Antara contoh aktiviti berkabung adalah tahlil dimana kita mengingat dan sedekahkan dan doakan yang terbaik untuk arwah.
Lawatilah kubur arwah jika rasa rindu. Bukan sahaja untuk bekalan arwah tetapi sebagai penguat jiwa   kita juga.
Bacalah message message takziah dan kata kata semangat dari rakan-rakan, saudara dan mereka yang mengenali arwah. Walaupun ia tak mampu merawat kesedihan hati tapi ia mampu juga membuat kita rasa kuat dan tabah. Doa dari yang lain sedikit sebanyak akan jadi kekuatan diri. Dan jika kita mampu, balaslah message mereka dengan ucapan penghargaan.

5) KESIHATAN DIRI

Dan yang terakhir dan penting. Jaga lah kesihatan diri. Tidak dinafikan menerima perkhabaran kematian memang memakan diri dan penat. Sedih itu memenatkan dan proses proses pengurusan jenazah sememangnya meletihkan.

Minum banyak air. Kita menangis keluar air, jadi nak elak badan dehydrate, minumlah air kosong banyak-banyak.

Dan jika tidak lalu makan, alaslah perut kerana perut yang kosong, hati yang luluh boleh mengakibatkan pening kepala yang kuat dan lebih teruk, pitam dan pengsan.

Dan sebaik-baiknya jangan tinggal pengambilan vitamin-vitamin kesihatan. Pada masa ini, badan amat memerlukan untuk stay healthy and strong. Vitamin seperti B complex dan Multi vitamin amat penting untuk stay alert dan fokus terutama untuk menghadapi perkara perkara seperti bacaan Yassin, menjawab pelbagai pertanyaan dan memujuk orang lain yang turut berduka.

Saya sangat berterima kasih dengan barangan supplement Shaklee dan Red Bull saya. Alhamdulillah walaupun tidak tidur dengan baik selama 3 hari, saya mampu meneman Mama dan menguruskan hal-hal family sewaktu kejadian getir ini.

Mommy feeling proud on 1 Shawal, the day her Papa left her
1/8/14

















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates