Social Icons

Tuesday, 19 August 2014

NIMBO KING DENGAN CERITA KURUSNYA- PART II




Salam Sihat untuk Semua,

I wish everyone who is reading now, is smiling. And God Willing, good things will come.

Spread the positive aura and colours your life.

......................

Ini adalah sambungan entri saya sebelum ini

http://www.nimboking.blogspot.com/2014/08/nimbo-king-dengan-cerita-kurusnya-part-i.html

Banyak gambar-gambar tak malu saya di kongsi pada entri tersebut dan ini pula apa cerita Nimbo King setelah disengat tebuan (terlajak GEMUK)

MOMENT THAT's IT!



Kan saya dah kata nak ubah lifestyle saya agak sukar ketika ini. Bukan tak mahu tapi belum diizinkan olehNya. Siapa tak mahu bangun ikut suka, kerja ikut suka, balik ikut suka dan pendek kata semua ikut suka lah. Bukan sekarang tapi Insya Allah nanti...jeng jeng jeng...

Penemuan Eureka ini bermula dengan tekad nya saya nak sertai MNRB Weight Challenge. Pertandingan berdasarkan berapa banyak berat berjaya dikurangkan bergantung pada BMI masing-masing

Oh ya, hasil ujian BP, darah, berat dan tulang, kesemua ok kecuali lemak dan berat. Saya perlu turun 8 kilo!!. Wah tremendous job Nimbo! Ingat kan dah segala nenek jamu, krim mustajab sapu sampai melecur perut dan peha dan habis kesan dah.

Mak datuk, ada lagi 8 kilo nak kurang dan tarikh terakhir penimbangan akan dilakukan pada bulan September 2014.

Boleh tak boleh kena bagi boleh! I have signed up and no backing out.

PENEMUAN

Memandangkan Bob adalah orang terbesar dalam pertandingan ini, saya pun terus nak ikut cara dia menurunkan berat badan.

Senang gila, dia cadangkan beberapa pengambilan vitamin dan set pemakanan yang ditulis khas untuk saya.

Dia minta kalau betul nak kurus, PATUH dan KONSISTEN.



Menipu diri sendiri hanya dibenarkan 1 kali seminggu.

WAH, takut bunyi nya. TETAPI senang jee kot.

RUTIN HARIAN

Yang amat saya tertarik, rutin harian saya tetap sama saja.

Pendek kata, saya ada 2 pilihan nak kurus bersama vitamin yang disyorkan untuk lihat keberkesanan nya.  Samada

a) Membakar kalori dalam badan


 ATAU

b) Mengurangkan kalori dalam badan



Jadi haruslah saya pilih no. 2 sebabnya

Tidaklah saya perlu luangkan masa untuk berjogging keliling tasik atau kayuh basikal pada tempat yang sama.

Tapi haruslah kalau boleh bersenam lagi bagus, ada kalori terbakar tapi ini bukan pilihan saya buat masa sekarang. Saya banyak nak kena jogging dalam rumah kejar anak-anak saya.

Dan pilihan no 2 juga tidak menggangu pemakanan harian saya kecuali kuantiti. Contoh nasi pada malam hari memang tak boleh, tapi kalau nak ambil, ambil sebelum pukul 7pm, segenggam sahaja. Wah, bestnya, rasa lah juga nasi.

Dan kalau saya nak lihat keberkesanan dia cepat, saya kurangkan kuantiti atau gantikan dengan sumber yang lain.

Dan kalau nak lebih cepat, buat kedua-dua pilihan. Tu cepat sungguh tu.

Tapi saya rasa oklah pilihan no. 2 saya walaupun hasil yang ketara hanya nampak selepas 5 bulan.


PERBEZAAN DAHULU DAN SEKARANG

a) PELAWASAN

Secara tidak malunya saya ceritakan yang saya ini bukan senang nak ke tandas untuk item no.2. Paham kan item apa? Tak paham tanya orang sebelah. Kalau takdo orang sobolah, bolih tanya kawan-kawan.

* jangan baca perenggan ini kalau tak mampu tahan
*Item no.2 ini memang agak sukar bagi saya. Dan yang paling ajaib saya mempunyai kecekapan menahan. Bukan untuk sejam atau 2 jam malahan boleh menahan untuk 2 hari bergantung pada keadaan. Saya mampu menahan sehingga jumpa tandas yang benar-benar ikut ‘selera’saya.Pernah saya tahan selama seminggu kerana saya tidak serasi dengan tandas di asrama saya dahulu. Saya mengambil masa sebulan untuk sesuaikan dengan keadaan.*

Kerana ini, saya akui badan saya umpama tempat buangan sampah terpenuh. Mana tak nya, orang lain buang sampah dalam tandas, saya buang dalam usus saya sendiri.

ini bukan gambar saya tapi ini bayangan saya bila cubit perut saya.

Hasilnya, patutlah perut senang buncit. Tambah pula kalau minum air banyak. Itu baru bahan cernaan belum lagi bahan toksik lain.

Selepas ambil vitamin detox-Alfalfa yang disarankan, barulah saya rasa badan makin ringan. Mana tak ringan, bahan simpanan banyak dibuangkan. Awal 3 minggu, memang asyik membuang. Banyak simpanan dulu rupa-rupanya. Kalau kat ASB dah multi millionaires ni.

Kemudian saya perasan, without fail mesti satu hari sekali. Itu dikira normal dan setiap kali benda baru masuk, dia tak tunggu lama. Nampak sangat dia tak bagi peluang lemak-lemak tak elok atau kolestrol tak baik melekat di badan.

Mana yang tak elok tu, NYAH ENGKAU!!

Keadaan badan lebih selesa dan saya ambil ni setiap pagi dan malam. Yang best bila waktu malam, dapat tidur dengan selesa dan bila bangun pagi.....HELLO TOILET!



b) PEMAKANAN

Jika dahulu, saya sering lapar. Hahahaha, boleh tau kot kalau tak bagitau.

jangan tertipu dengan phrase ni sebab breakfast omputih bukan macam breakfast Malaysia. Sini kau makan breakfast like a King, badan kau cam gambar belah kiri


Breakfast like a King and thus I really did my breakfast like a king. Di pejabat memang banyak  terlebih hebat sarapan pagi. Dari nasi lemak, nasi berlauk, nasi dagang, lontong, roti bakar, roti canai dan macam-macam lagi kat kat Kopitiam Pekan tu. Tak sah kalau tak kena sekali dengan nescafe tarik kaw ais.

Saya akui, berat badan saya mendadak naik sebabkan breakfast. Sebab bila tiba lunch atau makan malam, saya rasa pengambilan makanan saya ok ok saja (konon).

Jadi salah satu saranan untuk tak mahu lapar jee memanjang, Bob suruh ambil protein shake-ESP. Siapa yang biasa dengan set kurus tahu apa kegunaan protein shake. Malahan mereka yang membina badan di gym pun disarankan protein shake.

Memandangkan saya macam KING pada waktu pagi (king of makan)pada waktu pagi. Saya ambil protein shake ini waktu pagi. Dan ini bukan tipu, tapi memang kenyang sampai lunch. Amboi melampau kau!

Untungnya saya dah skip nasi lemak, roti canai dan lontong saya . Sarapan pagi kini tak perlu semua ini. Lengkap dan kenyang dengan protein shake saya. Paling senang, kocak sahaja dan minum.

Oklah, awal 2 minggu pertama memang agak lapar bila masuk pukul 11.30am. Kemudian makin lama makin lambat laparnya sampailah waktu makan tengahari. Kalau lapar pun saya minum air lah sebab tak lama lagi ja pun lunch. Alah tahan lah sikit. Itu jaalah kot pengorbanan saya buat nak kurus.

Bila masa lunch, saya makan nasi. Yeah, saya kan suka nasi. Tapi sedihnya, dulu nafsu memang besar dan dah jadi tabiat saya akan letak banyak nasi. Tapi macam magik, saya makan tak habis pun.

Memang lama-kelamaan saya faham yang saya tak perlu ambil nasi yang membukit. Memang saya tak akan habis. Dia rasa macam kenyang. Lebihnya saya makan buah, pisang goreng dan kadang-kadang saya tak makan nasi pun tengahhari. Kenyangnya lain macam. Berapa banyak kenyang saya guna dalam entri ni. Yeelah tu kan, orang yang baca ni pun kenyang bila baca cerita saya.

Masuk malam pula, saya dah sampai lewat rumah. Saya masak untuk anak-anak dan banyak minum air. Kalau benar ada kelapangan masa makan luar dengan suami, saya akan makan mee atau meehoon. Selera saya seakan ok sahaja. Ada makanan kita makan, tak ada pun tak susah hati. Lagi best bila Boss pun kata dia nak kurus. Saya memang pandai masak tapi kalau orang tak sudi...

Apa saya boleh kata, nak tahan lapar tu senang sangat dengan adanya protein shake ni. Saya susah nak explain apa dia buat terhadap diri saya tapi saya rasa macam kenyang saja. Makan sikit pun kenyang lama. Jadi nak tahan lapar bukan satu perkara yang menyeksakan lagi. Pergh...selamat satu episod.

Ok now, dah kurang makan pun dah. Tapi kalau dah umur pun 3 series memang lambat lah proses. Seawal bulan pertama memang tiada perubahan dari segi berat atau bentuk badan. Hanya selera makan saja boleh rasa perubahan tu.

c) BENTUK BADAN

Selama 3 bulan saya ikut aturan yang disarankan dan pemakanan yang ditulis oleh Bob. Saya ikut tanpa bantahan dan tidak pernah tersasar. Kalau out of home pun saya pastikan ada bekalan di bawa.

Bila timbang, WAHHHHH Hasilnya amat memberansangkan. TIADA PERUBAHAN!!

perasaan bila timbang hari tu

Frust kan? Of course lah frust. You have spend so much but then your scale show no different. So why continue.

Ha, ini saya nak bagitau, saya teruskan bukan sebab skala itu tapi sebab seluar saya. Tahukan anda, pada January dan February 2014, seluar saya hampir ke XL. Ini kerana size L dah ketat untuk di kancing atau di button. Seluar di peha pun nampak sendat. Perut nampak ada sikit buncit (sikit ke!) Satu sebab post delivery fat (kunon) tapi ada juga fat yang ditambah-tambah sendiri.

Rupanya 3 bulan ini saya tengah membina muscle. My fat has turned into muscle and thus the shape. Seluar XL jerluis (licin jatuh) tanpa saya perlu buka zip. Kalau pakai pun londeh lah.

Masuk bulan ke 5, seluar L pun saya ucapakan sayonara. Bye Bye. Boss siap tanya, kenapa dah tak pakai seluar GAP tu? Sayang beli mahal -mahal. Dengan rasa amarahnya dan bangganya saya tunjuk macam mana nak pakai kalau lepas pakai pun dua tangan boleh masuk dalam seluar tu.

Kalau boleh memang saya share gambar tapi terlampau censored pulak nanti. Tapi memang ya. Semua seluar saya telah dilipat dan disimpan di rumah mertua. Habuan bila mengandung sekali lagi nanti, Insya Allah.

Sekarang seluar kegemaran saya hanya ada 1 yang dipinjam dari kakak ipar saya. Saya belum mahu beli sebab saya nak dapatkan size yang sesuai dulu. Kalau boleh nak pinjam seluar adik saya. Wow melampau tu tapi tak mustahil.

Dan secret nya ialah vitamin Lecithin yang saya ambil. Untuk pengetahuan, lecithin bertujuan untuk merungkai lemak. Seperti eksperimen yang saya pernah jalankan.


Tapi yang paling best, bila lemak terungkai, saya alirkan dia ke bahan buangan, jadi lemak di dinding- dinding kulit makin lama makin hapus. Kemudian lemak-lemak baru pun dah tak bagi can duduk lama-lama dalam badan dan kemudian otot-otot terbina dan kemduian lepas kemudian dan kemudian,  seluar lama saya dan boleh saya sarung umpama air lalu (pinjam tag line someone). Memang wow.

Antara perubahan awal yang ditegur oleh kakak-kakak di office, ialah kaki saya.

"Tengok kaki nim, dah kecil"

Nampak tak disitu betapa kaki saya umpama batang pisang yang berjalan suatu ketika dulu.

Dan yang paling menarik ialah eksperimen peha yang dilakukan oleh adik saya. Disuruh saya merapatkan kaki, dan lantas dia menyeluk tangan dia di celah peha saya. Bunyi macam lucah tapi sebenarnya ia jauh dari lucah malahan menggembirakan saya.

Tangan yang dicelah itu lepas. Tidak lagi tersekat dengan peha saya. Ini bermakna PEHA SAYA TIDAK LAGI BERCIUMAN. Dah memang ada renggangan di situ. Jadi bye bye pada peha selisih. Saya tak perlu risau melecet di peha lagi.


d) BERAT BADAN

Memanglah agak terkilan bila kita timbang masih tiada perubahan. Setakat turun 3 kilo tu pada saya agak mengecewakan sebab size seluar dah susut menjadi M.

Tapi pada hujung bulan ke 5 kiranya baru-baru ini, baru saya perasan yang berat saya dari 64kilo sudah menjadi 57kilo. Itu suatu yang amat wow. Dan saya sedang dalam usaha untuk 55kilo

Tahukan anda kalau kita ni jenis yang takdalah berat mana, tidak sampai tahap obesity amat payah menurunkan berat badan?

Tahukan anda perempuan yang melahirkan anak ada menyimpan lemak yang dipanggil post delivery fat/ post partum fat yang amat amat degil untuk dikikis keluar.

Contohnya diri si tikus putih ini (akulah tu)
Berat sebelum kahwin 55 kilo
Berat waktu anak pertama 83 kilo
Berat lepas bersalin anak pertama 65 kilo. 2 tahun membawa berat ini walau pelbagai kaedah digunakan
Berat waktu anak pertama 75 kilo (setelah bersusah payah mengawal kenaikan sewaktu mengandung)
Berat lepas bersalin anak kedua 65 kilo.

ini gambar hiasan tapi memang macam apa yang saya ada. warna kulit saja yang berbeza. Yuckss, boleh balut tangan kalau ditarik betul-betul

65 kilo ini teramat lah degil dan susah nak turun. Kawal pemakanan pun masih 65 kilo. Sebab tu bila saya dapat turun ke 57 kilo saya begitu happy. Kiranya lemak terdegil ini berjaya diuraikan dan dicairkan. Memang mengambil masa yakni hampir 6 bulan tapi saya pasti once lemak ini diurai, untuk dia berkumpul balik mengambil masa dan jika begini lah pemakanan saya dan pengawalan makanan saya, nescaya susah nak naik balik. Insya Allah, saya harus kuat!!

Dan bila dirujuk dengan pakar nutrisi, rupa-rupanya vitamin minyak ikan- Omegagurad yang saya ambil banyak membantu menguraikan lemak-lemak degil seperti ini. Cara ia bertindak ialah dengan membakar lemak yang termendap dan yang paling menarik, ia menghalang pembentukan lemak. Dan tahap metabolism saya turut meningkat hasil pengambilan minyak ikan ini yang berterusan.

Jadi perubahan terbesar saya terjadi pada bulan 5 baru baru ini apabila pengambilan lecithin dan minya ikan. Lecithin, Omegaguard bergabung, MELETOP!

e) CANTIK KA CANTIK?

Tidak cukup dengan kesan-kesan diatas, kesan sampingan ini yang paling tak tahan.

Dahlah mencapai berat bdan yang diinginkan, lepas tu ada masa tengah saya belek-belek muka, terpandang mana pergi benda-benda hitam kat hidung? Oh ya dulu saya banyak black head di celah tepi hidung dan adakalanya kalau rasa berbongok-bongok di atas hidung. Itu sebab banyak whiteheadterkumpul.
*maaf bukan berbongok-bongok tapi berbonggol-bonggol.

Dan yang paling ketara di dagu. Bukan lah jadi tegang, itu kena makan collagen. Tapi kalau setakat benda-benda putih berminyak tu, memang terbukti hilang.



Dan saya perasan bibir pun kemerah-merahan. Kalau tak atas bibir macam gelap je. Boss nak cium pun belum tentu selera. Ish selera selera juga tapi ini tambah sedap-sedap rasa. tak penting tu, yang penting bila pakai lipstick, tak perlu lagi Vaseline (Vaseline digunakan untuk memlembab bibir)

Dan yang paling sangat tak tahan, kulit. Lembab dan bintik-bintik jerawat di lengan dah hilang. Kalau gesel dengan pipi tu, uissshhh licin nya. Hahaha. Ini bukan saya kata tapi Boss kata. Yeelah kan camna pula saya nak gesel kulit lengan saya dengan pipi.

Kalau yang tengah mencuba tu, tak usahlah sengih sorang-sorang. Susah nak rasanya. Pergi gesel dengan member sebelah.

Kalau nak mai try test gesel, boleh call saya. Yang lelaki, maaf lah tak dapat nak gesel. Boleh minta beli bagi isteri guna. Nanti lebih syok gesel isteri.

.....................

PUAS HATI dan INI AKHIRNYA

Jadi memang saya bersyukur dapat bertemu Bob yang memperkenalkan vitamin-vitamin ini:





Memang senang (bagi saya) turunkan berat badan dengan Shaklee. Mudah semudahnya kerana dari dulu sampai sekarang saya hanya ambil 4 sekawan di atas.

Dan yang sangat nak kongsi ialah saya pernah juga ada berat badan sebegini suatu ketika dulu (sebelum kahwin). Dan ada juga turun berat badan hasil pelbagai cubaan yang saya kongsi sebelum ini

Boleh baca entri ini untuk lihat apa percubaan-percubaan saya sebelum ini

http://www.nimboking.blogspot.com/2014/08/nimbo-king-dengan-cerita-kurusnya-part-i.html

But I never remember feel this fit and healthy. Memang tenaga dia lain macam. Tenaga lembu. Jadi buat kerja senang, bangun pagi senang dan yang penting stress tu dah jarang-jarang berlaku.


Mungkin sebab #ShakleeEffect atau sebab feel kurus...Hahahahaha

Tapi memang terbukti Shaklee ini seperti yang orang hebah-hebah kan dan yang penting Shaklee-sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa hijau (semulajadi).

Boleh baca entri ini kalau nak tahu lebih lanjut kenapa pilihan Nimbo King kali ini dikatakan selamat.


http://nimboking.blogspot.com/2014/08/kenapa-shaklee-dan-bukan-yang-lain.html

Jom layan gambar-gambar yang sedikit seronok bila bergambar (maaf kalau kata ini semua POYO, ini reality dan bukan nak menunjuk-nunjuk dan kalau menunjuk pun, inikan Blog Nimbo King)

ini gambar bulan 5. keadaan kaki mula menunjukkan tanda-tanda mengecut.

Nampak kembali masa sebelum anak satu. Kalau ada yang kata perasan, ya saya perasan sebab saya tahu badan saya. Janji tangan dan pipi tu dah kurang gelembung dia
gambar tak cantik tak apa, janji cuba tengok kaki silang tu. Lama woo tak dapat buat silang kaki yang sangat dainty begitu. selalu kaki yang silang tu mesti terangkat lebih sebab peha besaq benar
bersama idola saya. seluar yang saya pakai itu adalah seluar kakak ipar saya dan saya aim nak pakai seluar orang sebelah kiri saya. tu bulan 12 kita cerita
dan ini adalah seluar dan baju 2010. dan yang sebelah tu rakan yang guna set Shaklee. Kami sama sama pernah berat lebih 80 kilo sewaktu mengandung anak pertama

Kalau nak letak gambar karang melampau terlebih, tapi nak juga letak gambar-gambar rakan yang berjaya juga.

ni mentor kepada Bob. hanya ambil masa 100 hari. dia selitkan set Shaklee bersama senaman yang betul. Ni pengasas kumpulan MFMS- #MFMSTheMostHappeningTeamInMalaysia
ni Bob, gambar agak blur tapi ketara di pinggang. Ni opponent saya untuk weight challenge. Jom doa saya menang bukan dia




dan ini the bestest work colleague Zeta Jones. Ni pun rival gwe dalam weight challenge. Gambar yang dilihat tu hanya selang sebulan sahaja. dia guna no carbs diet dengan bantuan Shaklee
dan ini si Tikus Putih. dulu mak aii...tapi sekarang mak ku phewitt. Masa yang diambil kira-kira 5 bulan hanya dengan bantuan Shaklee tanpa apa apa yang lain. Patutlah lama....

Alhamdulillah, saya dapat apa yang dicari pada usia yang belum tua ini. Uish tak sanggup bayangkan kalau masih mencuba dan mencuba tapi tak jumpa yang berkesan. Berkesan satu hal, tapi nak selamat juga. Dan paling penting tak mahu merosakkan organ-organ dalaman badan. Nak pakai lama ni, Insya Allah

Kalau nak tahu ketulenan Shaklee, boleh baca entri saya yang ini

http://nimboking.blogspot.com/2014/08/kenapa-shaklee-dan-bukan-yang-lain.html

Last but not least, thanks to my sekawan. You have works your miracle with me.

memang A++

Mommy finally found her slim and shape solution
19/08/14

1 comment:

Anonymous said...

Good job tasnim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates