Social Icons

Monday, 18 August 2014

NIMBO KING DENGAN CERITA KURUSNYA-PART I



Salam Sihat untuk Semua,

I wish all the best thing you can have and may you find the happiness in this world. Failure is not a full stop but a new beginning.

Sandarkan kepadaNya dan nescaya Dia akan beri yang terbaik untuk kita.


Entri kali ini adalah khas dari saya. Selama ini seronok berkongsi kejayaan orang lain, perubahan orang lain dan ada juga kesilapan orang lain.

Jadi kali ini saya hendak menceritakan pengalaman menjadi tikus putih semata mata mahu kurus.

APA PENTING SANGAT KA KURUS ITU?

As for me, be it someone else say you're getting bigger. Or ada orang setiap kali jumpa,
'eh eh, awat hang dan makin macam mak hang, (besaq lah tu)' or

Paling best conversation ini yang saya tak dapat lupa berlaku di KPJ Shah Alam waktu saya ada check up maternity.

Si Polan: "Eh, kenapa besar sangat ni"
Me: "Yeelah, aku kan mengandung"
Si Polan: "Yeelah, tapi takkan sampai amcam ni"
Me: Terus sentap tukar topic lain (dalam hati membara). Apa besar sangat ke aku ni? Aku mengandung kot.

Apa saya nak kongsi dan cerita di sini, anda sendiri tahu bila anda perlu turunkan berat badan. Cemuhan dan ejekan dan perli tu semua buat sakit hati tapi belum tentu kukuh untuk anda nak berubah.

Saya nak kurus sebab diri saya sendiri. Yang paling sedih, saya dah tak suka tengok diri saya dihadapan cermin. Sebenarnya dah sampai tahap BENCI nak tengok.

Saya pun tak minat mengambil gambar kerana tidak pernah nampak elok dalam gambar. Ada member ajar cara mengambil gambar bagi nampak kurus. Dah cuba , tak jadi pun. Hakikatnya saya memang dah gemuk mengikut skala diri saya sendiri.

Secara terperincin nya, bila mana saya sudah memang tidak selesa dengan peha saya yang berselisih, malu dengan lengan saya yang nampak macam ahli gusti lengan dan belakang badan yang agak membongkok.

Baru saya tahu, kita orang perempuan kalau naik lemak di lengan dan bahu dan belakang, akan nampak lebih berusia dari umur sebab bila duduk atau berjalan, macam bongkok dek lemak tu.

Jadi kalau dah pernah ada budak lelaki 16 tahun panggil saya aunty, saya tahu teruk benar badan saya ini. Sebab itu saya pilih untuk KURUS


PENGALAMAN NIMBO KING SELAMA 3 TAHUN UNTUK KURUS

Kata-kata awal saya. KURUS BUKAN MUDAH.

Best lah kepada mereka yang ada metabolism yang tinggi atau dari baka yang halus-mulus. Makan macam mana pun, badan maintain slim saja.

Selama  3 tahun kebelakangan ini, sebut saja apa produk atau krim saya tak guna. Semua saya akan cuba dan pakai. Adik saya pun pernah kata saya ni berani cuba. Apa taknya, main beli dan makan ja. Masa itu tak peduli side effect atau apa. Janji kalau ada testimoni beberapa orang. Ok ON



a) Fat Burner

Kalau tak tau fat burner, senang saja. Mana mana yang kata boleh kurus dalam masa 3 minggu. Berat badan turun 7 kilo dalam masa 2 minggu. Lemak umpama diperah keluar. Ha itu semua fat burner.

Saya pernah cuba pelbagai fat burner. Ada yang minum, nanti asyik berak. Ada yang bancuh dan minum kemudian rasa kenyang. Ada yang bagi effect perut memulas mulas dan banyak ke tandas.

Antara produk-produk yang saya ingat saya pernah cuba. Ada banyak lagi pengalaman dan bahan-bahan yang masuk ke dalam tubuh badan ni tapi tak ingat. Ini antara yang ingat.

**disclaimer:- ini adalah pengalaman saya dan tidak ada kena mengena dengan yang lain.

** saya cuba selepas bersalin sebanyak 3 kotak
**saya minum dan percubaan bertahan 2 kotak


**jamu kurus yang saya cuba sebelum berkahwin

**pernah cuba selepas bersalin. Hanya 2 kotak



Benar ada penurunan tapi masalahnya saya kurang yakin apa yang dia buat kat dalam badan saya. Masa dulu tu kurang cerdik. Main hentam kromo. Janji kalau ada orang pernah guna dan dia dipasarkan secara meluas, bukanlah racun kan? Itu lah cara pemikiran saya yang dahulu.

Bila kaji lebih dalam seperti kilang dan sebagainya, saya dapati beberapa produk seumpama ini hanya packaging di buat di Malaysia. Kebanyakkan barang diambil dari luar Malaysia terutama Indonesia atau Thailand.

Uish memang terus tak percaya sebab saya ada pengalaman di Tanah Abang, Jakarta, Indonesia. Toko-toko kecantikan di Tanah Abang itu siap mahu berurusan bisnes dengan saya. Siap ajar lagi gimana mahu berbisnes kayak rame artis di Malaysia. Caranya dengan ambil barangan dia, nanti balik Malaysia, tukar lah nama. Langsung aku terus tidak percaya lagi semua barangan ini. (speaking indon-malay gitu)

Dan melalui pengalaman sendiri,  bila stop fat burner ni, mulaah badan naik. Bertambah-tambah dari sebelum. Mereka yang pakar cakap sebabnya dia dah kacau system metabolism kita. Jadi dia pening bila ada bahan pemangkin baru. Kemudian tak ada pula.

Sebab tu kalau berhenti fat burner begini, badan boleh naik seperti di pump-pump. Lebih berat dari sebelum.

Kesudahannya, lengan saya seakan lengan Malik Noor version gelebeh. Benci aku!


b) Diet Carbs dalam Bahasa Melayunya, DIET TANPA NASI


I once have this book and seriously apply the method. But that was long time ago during my university time in Edinburgh.


Verdict:- It works but it depends where you live.
Yeelah kan, kalau kat overseas, nafsu atau selera makan memang terhad. Antara sebabnya ialah, makanan kat sana memang TAK SEDAP dan bukan selera kita.

Take for example when you went for holiday in Europe or US. Given 2 or 3 days, you will hunt for Malaysian Restaurant. Tak mahunye, telan sandwich siang malam. Mesti nak cari nasi. Kadang-kadang tak payah pergi jauh pun, takat pergi Vietnam tu rindu makanan Malaysia. Itu baru 4 hari 3 malam. Kan?

Sebab itu saya kata South Beach Diet atau Aetkin Diet ka (no carbs) works bila kita bukan di Malaysia.


Semua orang tahu, punca kegemukan kebanyakan sebab karbohidrat dan untuk kita orang Malaysia, musuh gemuk kita ialah nasi.

Jadi saya pernah mencuba pemakanan tanpa karbohidrat! Jadi saya nak sangat kurus, pernahlah mencuba (beberapa kali) berdiet tanpa nasi terutama waktu malam. Memang menjadi tapi hanya untuk 3 minggu!!






Kenapa tidak berjaya?

Because of my lifestyle and I blame my beautiful country. We are bless with so much variety of food. Kalau tanya saya, tak payah merantau jauh-jauh nak merasa makanan dari pelusuk dunia. Mai saja Malaysia. Macam-macam ada

Masalah diet tidak akan timbul bila saya menjalankan rutin harian saya bersama keluarga saya sahaja. Saya ada pilihan untuk tidak makan dan makan cara saya. Dan dapur adalah saya punya jadi saya boleh masak ikut pengiraan kalori yang disyorkan.

TAPI....

Bila balik ke rumah mertua yang menghidangkan pelbagai juadah dan kalau tak makan sedikit, mesti tak best kan. Jadi saya jamah sedikit. NASI bersama lauk ikan parang masak lemak.

Masalah dengan diet tanpa nasi ini menjadikan nasi itu SANGAT SEDAP. Walaupun hanya 3 suap. Saya tak pasti nak describe macam mana tapi bagi perokok pasti tahu. Jika pernah mencuba berhenti rokok, sebatang rokok dalam masa 3 bulan sungguh nikmat. Jadi kenikmatan ini atau jamahan 3 suap ini menjadi rutin. Sebab saya mengajar diri kalau takat 3 suap, tak luak pun diet saya.  Dari jarang-jarang menjadi kadang-kadang menjadi sikit-sikit dan akhirnya, hancusss!!!

Berat badan yang berjaya dikurangkan berjaya juga saya kembalikan. Yahooo, tahniah Sis Nimbo. Berjaya dan Berjaya. Berjaya mengekalkan lengan Malik Noor version gelebeh anda!


ini bukan lengan saya, tapi gelebr dia macam lengan saya!
 

c) GYM

Dan jangan terkejut, saya juga pernah mengenrollkan diri saya selama 2 tahun ke fitness first.

ini lah lifestyle saya selama 2 tahun. (tak pasti complete 2 years or not)

Tambah-tambah bila motivasi saya ialah saya hendak kahwin dan memang WAJIB bagi setiap wanita yang akan berkahwin menurunkan berat badan (mazhab sendiri).

Pada saya bukan sebab kehendak pasangan tapi lebih kepada untuk muat baju pengantin yang ditempah.

Sesi gym memang bagus dan berkesan. Lagi berkesan jika anda ada personal trainer (PT) yang akan memantau rutin senaman anda. Lagi best kalau PT anda seorang yang sedap mata memandang (dah ke lain bunyinya).

Tapi saya tidak memilih berbuat demikian kerana masalah wang. Yeelah kan, kata nak kahwin.
Tapi tak kisah pun sebab pada masa itu badan muda dan metabolism tinggi. Buat apa pun senang turun.

Yang tak menjadi kerana diri saya sendiri yang bosan dengan rutin yang sama, masa yang sama dan tiada member untuk melakukan benda ini bersama.

Tidak dinafikan aktiviti gym memang bagus sebab ini adalah bentuk membakar kalori yang berkesan jika anda memang suka bersenam dalam aircond dan feel exclusive gitu. Kalau tak, jogging keliling tasik pun dikira membakar kalori.

Kesudahannya, saya bayar hampir ribuan ringgit, saya dapat berat badan yang ideal dan saya rasa best.

Malangnya, ini adalah bentuk lifestyle. Bentuk anda menukar rutin harian anda dari pemalas baluq liat macam saya kepada menjadi rajin bersenam.

Ternyata rutin yang sama tak mampu menjadikan habit lifestyle saya. Mana tidaknya, bila banyak kerja ja, saya skip pergi gym seperti yang saya jadualkan. Kalau kena stayback kat office, saya lupakan gym saya.

Kalau nak keluar dating (belum kahwin masa itu), saya lupa terus pembakaran kalori saya. Sibuk pula menambah kalori.


...........................


MASIH MENCARI  APAKAH YANG PALING IDEAL?



Apa-apa pun saya belum temui cara dan kaedah yang sesuai untuk kurus dengan lifestyle saya.

Tiada masa nak bersenam atau ke gym sebab balik kerja tak menentu. Masa ada tapi tak sempat. Kerja dari pagi ke petang. Balik nak ambil anak dari nursery. People might say it is all excuses but I am gladly offering my shoes to them. Baru tau alasan atau reality.

Jadi memang saya senaman/ exercise saya ialah naik turun tangga dan mengejar #kakya dari duduk atas #dakhasan. Itu regime senaman saya. Kalau saya rasa perlu keluarkan peluh lebih, saya masak dan wap masakan itu adalah sumber sauna saya. Dan kemudian saya berpeluh.

something like this
 
Tiada masa nak pergi slimming program walaupun pernah cuba. Jika berminat mengetahui kisahnya, boleh bacan entri saya disini:


http://nimboking.blogspot.com/2014/05/fighting-with-your-best-buddy-part-i.html

Dan bukan tipu kalau saya cakap tak sempat nak menyediakan masakan yang berkualiti dan sihat sebab sampai rumah pun masa yang tidak mengizinkan,jadi samada tak makan atau makan luar. Yang betul saya masak hanya untuk #kakya dan #dakhasan.

Kalau nak jaga pemakanan pun agak sukar sebab saya dahlah balik agak lewat. Memandangkan saya bekerja jadi makan tengahhari saya disediakan oleh pakcik atau abang atau kakak di kawasan pejabat. Saya sediakan duit sahaja.

..........................
Atas sebab musabab itu lah saya mencari apa yang paling ideal. And I'm sure most of us especially working mommy out there have almost the same lifestyle as mine.

Secara kesimpulannya, saya ulang ayat saya lagi BUKAN MUDAH untuk KURUS.

Sebab dalam merempuh pelbagai benda dan cabaran dan masa dan wang, saya dah jumpa apa yang sebenar-benarnya berkesan. Memandangkan ia amat bermakna untuk mereka yang nak KURUS macam saya, Nimbo King akhirnya temui apa yang terBAIK.

Bukan sibuk nak promosi atau apa tapi nak kongsi dengan semua yang saya sudah mencapai berat badan yang diinginkan tanpa perlu mengorbankan lifestyle saya. Masih seperti dulu, masih bekerja dan balik lambat dan masih tidak sempat sediakan makanan yang baik. Dan masih tak sempat nak potong rambut pun. Wah extreme punya tak sempat. tapi sungguh hai...betui!!

Dan sepanjang mengalami perubahan turun naik berat badan, kembang kucup bentuk badan, inilah masa yang PALING BEST saya rasa dengan keadaan badan saya.



  • Lengan Malek Noor version gelebeh saya mula nak jadi Noryn Aziz tapi masih ada gelebeh tu.
  • Peha kiri kanan saya sudah lagi tidak berciuman.
  • Dan paling best, saya sudah tidak lagi langgar meja dengan bontot saya sebab tak lepas. (Aduss malunya kalau setiap kali langgar habis barang jatuh..DULU lah)

PENURUNAN secara SIHAT ini memang lebih BEST habaq hang. Susah nak describe macam mana. Tapi boleh baca entri saya seterusnya

NIMBO KING DENGAN CERITA KURUSNYA- PART II



Jom layan gambar-gambar hasil turun naik badan I. Semua berkesudahan begini....
 
 
Nampak macam taka da apa-apa kan? Tapi hakikatnya seluar tu ialah seluar mengandung tapi masa itu saya dah selesai beranak pun.


ini antara moment moment membina lengan.Makan mee kari habaq hang.
ini antara gambar koleksi yang taka kan ditunjuk sebab tengok keadaan perut dan LENGAN tu LENGAN! Masya Allah
Ha tu dia, close up muka I you all. SeBOM. Ni lepas kena sengat tebuan tau
baju itu hanya ilusi. itu teknik ambil gambar. kalau nak tau besaq ke tak, muka tu. Ya Ampun

Wow, seluar tu padat kat peha. Dan pipi tu nasib baik cover dengan tudung ja tu. Dah macam nak terkeluar pergi mana pun tak tau.


 
 
Jangan lupa baca entri ke II kalau nak tau apa jadi kat Nimbo King selepas disengat tebuan
 
 
 
 

Mommy reminiscing her journey with her FAT (her best buddy)
19/08/14
012 3777 089


 




6 comments:

Hani Suryani said...

Macam mana teknik ambik gmbar yg kawan ajaq tu..ajaq sikitt..hahaha

Zeta Halim said...

kah3x...aku gelak part muka kena sengat tebuan tu...best nimbo king. tak sabaq nak tunggu part 2!

Nimbo King said...

Hani, teknik ambil gambar kurus tu kena menuntut personally. Cikgu marah share ramai-ramai. Tapi I sekarang tak payah guna taktik tu dah

Nimbo King said...

Zeta Halim, muka tebuan dah kembali pulih

Anonymous said...

Hihiii...muke sengat tebuan...good words anim..tak besar baca walaupun panjang berjela.. Hehhe..

Nimbo King said...

sapalah anynymos ni..tapi tahnk you..keep on supporting my blog...banyak lagi cerita yang best nak kongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates