Social Icons

Wednesday, 20 August 2014

BERKABUNG- SEMPENA MEMPERINGATI MH17



Salam Sihat untuk Semua,



I wish all of us at the best state of our Faith, surrounded by our love ones and feeling proud of what we have been achieving so far.

Kalau masih ada yang belum dicapai. I wish all the best and don't stop, just take a rest.

....................


Perdana Menteri kita telah mengistiharkan 22 Ogos 2014 (Jumaat) adalah hari berkabung Negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

Pengistiharan ini adalah sempena menghormati mangsa-mangsa kejadian tersebut.

Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi pendapat mengenai isu berkabung.

Terlebih dahulu, ingin saya meminta maaf sekiranya penulisan ini agak bercanggah cara olahannya kerana ini dari sudut pandangan saya yang masih cetek ilmu.


BERKABUNG dalam KONTEKS ISLAM

Berkabung, dalam bahasa Arabnya adalah al hadaad ( الْحَدَادُ ).

Dan ada 2 jenis perihal berkabung
1.Berkabung dari kematian suami.
2.Berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya.


Pada masa ini berkabung ini,

•tidak mengenakan perhiasan baik berupa pakaian yang menarik, minyak wangi atau lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya.

•Pendapat lain menyatakan, al hadaad adalah sikap wanita yang tidak mengenakan segala sesuatu yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya seperti minyak wangi, celak mata dan pakaian yang menarik.

•Dan tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak, setelah kematian suaminya

Secara ringkas, wanita yang sedang menjalani masa berkabung, tidak boleh melakukan segala sesuatu yang diharamkan pada wanita yang sedang menunggu masa iddah seperti berhias atau hal-hal lain yang dapat menarik perhatian lelaki untuk menikahinya.

Diharamkan pada wanita yang berkabung ini semua yang diharamkan pada orang yang menunggu masa iddah dari berhias atau yang lainnya yang dapat menarik untuk menikahinya.

Dan itu adalah serba ringkas perihal berkabung dalam Islam dan untuk penerangan yang lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada yang lebih pakar dan lebih banyak membaca.

.............

Jadi dalam isu pengistiharaan berkabung yang diistiharkan oleh pemimpin Negara,



RAKYAT BERKABUNG?

Pada pendapat saya (yeelah kan ni Blog saya), apa-apa aktiviti yang kita buat pastikan kita faham kenapa kita perlu lakukan. Dan ini tidak terhad pada isu berkabung ini sahaja. Malahan untuk apa-apa ibadah, rutin harian dan adat kita.

Bodohlah kita kalau kita buat membuta tuli sahaja. Even in Islam, we've been told to start our activity with BismillahirRahmannirRahim. Sebab kita nak beritahu otak kita yang aktiviti kita buat ini adalah datang dariNya, dan mudah-mudahan dapat pahala dariNya.



Sebab itu kalau kita ada niat jahat, kita tak baca Bismillah sebelum bermula kan? Kalau terbaca, teringat kat Dia pasti tak terjadi lakukan niat jahat tu pula kan?

Jadi benda pertama kita kena faham dan ambil tahu ialah amalan berkabung ini tidak bercanggah dengan agama, ianya cuma adat.

BAGAIMANA PULA BEGITU?

Dia belum jadi bercanggah sekirannya kita tak lakukan secara berlebih-lebihan dan hanya mengadakan upacara yang sejajar dengan tuntutan agama.

Dan jika berkabung bagi menunjukkan rasa sedih dan simpati, ianya tidak menjadi masalah. Selagi mana tidak melanggar hukum syarak.

Wah dah macam ustazah dah...


TATACARA TERBAIK UNTUK BERKABUNG



Hentikan sementara segala aktiviti-aktiviti hiburan, keseronokan.



Stesen-stesen tv turut memainkan peranan dengan cara menghentikan siaran-siaran drama, muzik dan digantikan dengan bacaan Al-Quran dan doa. And of course, live feed upacara sambutan jenazah mangsa MH17.

Bagi kita pula, jangan salah tafsir pula kalau bersedih tu harus murung dan bersunggul. Ada pula yang cuba mengambil kesempatan tak mau pergi kerja. Ada pula terfikir fikir nak react macam mana ni nanti.

Apa yang saya nak beritahu, kerja anda tiada kena mengena dengan cara anda bersedih. Dan jika mangsa bukan suami atau saudara anda, tiada hukum wajib ke atas anda untuk berkurung di rumah. (alasan lerr ttuuu tak mau pergi kerja)

Kerja harian harus diteruskan tapi kalau ada aktiviti harian yang melibatkan keseronokan, jangan lah pula melampui batas. Elakkan lah paling senang.



Elakkan banyak ketawa dan sembang benda-benda yang tidak faedah. Kalau sembang gossip memang lah akan ketawa terbahak-bahak. Jadi samada kurangkan bercakap atau bercakap benda yang elok dan penting. Rasanya hal ini tak perlu tunggu tempoh berkabung pun. Memang dalam agama pun dituntut bercakap benda yang perlu sahaja.


Kalau ada niat nak berlibur, berkaraoke atau tengok wayang bersama rakan-rakan tu, tunda hari lain. Tak lari wayang dikejar dan tak terbakar pusat karaoke tu pun. Kalau terbakar pun, rasanya bukan lah penamat kehidupan kita pun kan.

Dan kalau selalu pasang lagu-lagu sebagai hiburan sewaktu buat kerja tu, untuk hari berkabung ni, jom pasang ayat-ayat Al-Quran atau lagu-lagu yang slow music. Dan rasanya station radio turut akan mengumandangkan alunan muzik sebegini.


Menzahirkan rasa kesedihan



Zahirkan kesedihan kita agar kita pun dapat manfaat. Cara menzahirkan kesedihan dan simpati kita terpulang kepada setiap individu. Tapi janganlah pula kita meraung-raung menangis. Itu bukan cara kita. Itu dah langgar tatasusila Islam dah tu.


Dan cara yang paling tepat ialah dengan berdoa. Tak kisahlah samada waktu solat atau bukan,kuat atau dalam hati. Yang penting berdoa agar roh-roh mangsa ditempatkan bersama golongan terpilih oleh Nya.

Sentiasa membaca Al-Fatihah. Bukan sahaja untuk mangsa, keluarga mangsa tapi untuk diri kita sendiri. Kita betul cara dan niat yang ikhlas, sekali kita baca Al-Fatihah, tak tau berapa banyak kali balasan kebaikan dariNya.

Ambil peluang berdukacita ini dengan membanyakkan aktiviti kerohanian. Sebab memang lumrah dan kebiasaan kita, bila kita seronok, hati kita tak kental nak ingat kepadaNya. Tapi bila kita ditimpa musibah, kita sendiri tahu betapa air mata senang menitis bila kita sembahNya.

Jadi ambil lah kesempatan ini dimana satu Negara kita berada dalam keadaan pilu. Sebab tu saya kata zahirkan kesedihan ini bukan saja untuk mangsa tetapi untuk diri kita sendiri.

Dan saya pasti sangat, kalau dah satu Negara, satu jiwa berkabung dan banyak ingat kepadaNya. Hari Jumaat esok adalah hari yang penuh rahmat dan terbuka luas langit untuk Negara kita Malaysia.

Rugi kalau peluan ini kita sia-siakan

Pakaian







Dan saya pasti ramai juga antara kita tertanya-tanya mengenai isu pakaian ini. Walhal kerajaan tidak menwajibkan pun.

Yang saya faham, orang dalam iddah dilarang berhias.

Jadi dalam konteks berkabung ini, mungkin ada yang mengambil pendekatan memakai pakaian yang suram dan tidak berhias.

Bagi saya, itu bukan satu ukuran berkabung atau tidak untuk isu berkabung 22hb ini. TETAPI andai kata pakaian suram itu adalah tanda atau cara kita menzahirkan kesedihan dan simpati. Go Ahead!

Mungkin pada sesetengah orang, simpati itu cukup hanya di hatinya. Hanya dia dan Ya Rahman tahu apa yang tersurat dan tersirat.

Tetapi pada sesetengah orang, dia perlu lebih dari itu untuk melahirkan rasa simpati di hatinya. Mungkin padanya, jika berpakaian serba hitam dan bertudung itu caranya, tiada salah saya kata.

Dan pada saya, saya memilih pilihan kedua. Tapi itu cara saya.

KESIMPULAN

Setelah faham dengan isu berkabung ini, dan dimulakan dengan Bismillah dan diniatkan untuk mendapat kebaikan dariNya, barulah aktiviti-aktiviti ini memberi makna.

Itulah serba-sedikit pandangan saya yang boleh dikongsi bersama.

Yang penting ialah niat, pemahaman dan ilmu kena betul. Mungkin ada yang mencemuh kerajaan, mencemuh pengistiharaan ini dan sebagainya. Sekali lagi, ia terpulang pada individu. Seperti dalam satu pejabat, tak semua orang buat apa yang Boss suruh.

Pada saya, dah kata duduk di Malaysia, di bawah pemimpin yang terpilih hasil undian majoriti. Jadi salah juga kalau kita tidak ikut.

Untuk itu, saya pilih patuh kata pemimpin dan disamping itu betulkan niat saya agar saya dapat balasan yang baik dariNya.



Lagipun ianya hanya untuk beberapa jam sahaja. Dan dalam Islam pun tidak suruh orang bersedih terlalu lama.

Di kesempatan ini saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa MH17 dan semoga roh-roh mereka yang syahid ini tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Amin

Mommy feeling very sad for her country
210814


Sekiranya anda rasakan entri ini bermanfaat untuk yang lain, mohon  SHARE dan sekiranya ada sebarang komen yang membina, sama-sama kongsikan agar dapat dibetulkan.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates