Social Icons

Tuesday, 26 August 2014

APA ADA PADA PAGI?




Salam Sihat Semua,

Congratulations to those who has achieved what he/she aim for. All the best and good luck to those who are still struggling to reach the dream.

Don't give up easily as the road is not straight and short. It's winding or long but definately will get you there.

#selfreminder
......…

Terpanggil untuk menulis entri berkenaan pagi sebab pagi tadi di rumah my mil, terbangun sebab azan subuh yang kuat. Yeelah kan rumah my mil dekat dengan masjid.

Tapi yang best tu ada pula selingan loceng dari kuil.( kuil India pun dekat). Awal juga penganut Hindu kejut bangun.

Kirannya berpagi-pagi ni bukan sahaja dalam Islam malahan saya dah periksa, semua agama dan kepercayaan percaya pada kuasa pagi.

Untung mereka yang morning person. Kepada yang tidak, mungkin lepas baca entri ini akan terasa mula nak berlatih bangun awal.


KELEBIHAN PAGI?

1-Pagi adalah punca mendapat lebihan Masa




Kalau kita nak rasa hari kita panjang, kita mulakan aktiviti seawal pagi. Nescaya rasa lama sangat masa tu.

Bagi orang Islam yang selalu rasa rak cukup masa, tak sempat dan pelbagai alasan masa, cuba kaedah sembahyang awal waktu. Mestti terasa kenapa hari tak habis-habis lagi.

2-Pagi adalah punca Emosi yang Stabil sepanjang hari.

Perasan tak orang selalu kesal kalau pagi dia bermula dengan benda yang tidak menarik.

Contoh terlibat dalam kemalangan kecil sebelum ke tempat kerja. Habis saru hari penuh dengan keadaan kelam kabut dan sebagainya.

Itu adalah kuasa pagi.

Kalau permulaan pagi kita awal, cantik dan tenang, itulah emosi atau mood kita sampai ke petang.

Jadi jangan kelam kabut atau marah di waktu pagi.

3-Pagi adalah Punca Produktiviti terbaik Sepanjang Hari



Saya ambil contoh diri saya kalau hujung minggu. Kalau dapat bangun awal memang best. Sarapan anak-anak dah siap, teh tarik Boss dah tersedia. Malahan meehoon dah bergoreng. Semua ini siap sebelum pukul 9 pagi. Banyaklah masa nak siap masakan tengahari. By the time 2pm, saya dah goyang kaki menonton HBO.

Jadi sebab itu lah penting berpagi-pagi bagi memastikan produktiviti tip top sepanjang hari. Ini kerana sebab rasa syukur di waktu pagi, sempat bersarapan pagi dengan baik dan ada juga yang bersenam. Ini semua memberi tenaga yang lebih untuk melalui pelbagai aktiviti sepanjang hari. Malahan ia mampu menghasilkan hasil kerja yang lebih baik.

4-Pagi adalah masa Tekad/Azam dalam Diri yang paling tinggi.




Bagi mereka yang biasa bangun pagi, perasan tak bila waktu mandi atau sedang bersiap, otak sarat merancang pelbagai aktiviti yang hendak dibuat atau capai pada hari itu.

Keazaman kita tinggi dan bagi yang jenis teratur/ organize, siap tulis atas kertas apa nak buat hari ni.

Ini semua tabiat orang yang berjaya. Kalau tanya ramai jutawan doluar sana atau mereka yang berjaya, hampir kesemuannya bangun pagi.

Cuba bandingkan kekuatan tekad ini di sebelah petang. Lain kan? Tak percaya cuba bangun pukul 1pm. Memang sah sah malas. Saya tau sebab saya pernah jadi orang macam tu.

5- Pagi adalah Magnet Rezeki




Saya rasa ini tak payah terang dengan lebih. Mana-mana kaunselor atau talk person pun suka bercakap hal ini.

Malahan sunat dhuha itu diadakan pada waktu pagi. Dhuha itu sendiri pagi dan siap ada surah untuknya. Ini menunjukkan betapa Allah itu membuka langit seluas-luasnya diwaktu pagi.

Ini mungkin ramai tak perasan tapi stesyen radio pun banyak bagi hadiah wang tunai bila sesi pagi. Dengan teka lagu lah, teka bunyi lah dan pelbagai lagi. Kebanyakkan nya dari am krew.


KESIMPULAN

Rugi kalau bermalas lepas di waktu pagi terutama selepas Subuh. Sangat rugi. Pada masa ini rezeki teramat luas.

-Sedikit usaha, banyak ganjaran
-Satu phone call, banyak pulangannya
-Satu sharing, banyak manfaatnya
-Satu taubat, besar kemaafannya

Ambil lah peluang sebab belum tentu kita ada lagi untuk pagi esok


Dan sejak saya kenal group MFMS #mfmsthemosthappeninggroupinmalaysia, saya lebih menghargai pagi. 

Lagipun buat part time business ni memerlukan saya mengatur masa dengan cekap. Jadi memang saya sayang PAGI saya.

Ini adalah salah satu #ShakleeEffect saya

Mommy is now a morning person
27/08/14






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates