Social Icons

Tuesday, 22 July 2014

TIPS BERAYA SAKAN TANPA WAS WAS



Salam sihat semua dan Salam Aidilfitri (advance),



Terpanggil untuk menulis entri ni bukan apa sebab ramai yang bertanya.

Bagi yang dah sedia ada tengah mengamalkan diet sihat bersama set kurus Shaklee sibuk bertanya,

"Ni nak Raya ni macam mana? Risau lah? Penat jaga pengambilan makanan yang sihat di waktu puasa?

Bagi mereka yang kawal makan waktu puasa pun risau juga sebab yeelah kan bila raya ni iman nafsu kan lemah. Bukan takat hujung Ramadhan yang lemah, masuk je hari pertama Raya memang out terus. Kita bercerita pasal nafsu makan.

Especially to all ladies. Masalah akan timbul bila baju seminggu sebelum raya memang dah ngam-ngam. Ada yang terlajak seronok kena kecilkan. Kalau yang bijak tu dia akan bagi ruang untuk mengembang bila raya. 'Expand space' for baju kurung pesak Pahang oklah. Tapi kalau kebaya cun nyonya, mana cantik kalau ada ruang kosong kan? Jadi kena alter ngam-ngam sooi gitu.

Ada yang lagi bijak, takpe kecilkan jadi nanti akan lebih beringat-ingat bila nak makan juadah raya.
I said, don't bullshit yourself.
Senang lah kata sebab tak nampak lagi juadah lemang dan rendang negeri sembilan rumah uwan. Tu belum pergi rumah maklong Ida lagi. Rumah Cik Anne pula laksa dia memang meletops dan hanya ada bila raya ja.


Soalan saya

  • Untuk yang berdiet, mampukah anda kawal nafsu selera anda?
  • Untuk yang berkain susun depan, mampukan kancing anda bertahan sebelum tiba waktu petang?
  • Bagi si suami mampukah seluar baju melayu itu tidak dibuka butangnya sampai ke malam?
  • Kepada cik abang yang handsome bersampin di awal pagi, mampukah sampin anda masih kemas ala P.Ramlee atau sudah di selepang bak penari zapin Johor menjelang pukul 5petang?

Itu cerita makanan dan bentuk badan, lain pula cerita bagi mereka yang sudah ada masalah penyakit favourite Malaysia. Apa lagi kalau bukan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol.

Di kampung saya di Kepala Batas (dulu pekan koboi tapi sekarang dah macam mini bandarraya dah- ada Pasaraya Terbesar Mydin habaq hang) ada satu farmasi ni dikenali oleh orang ramai Han Pharmacy. Memang famous sebab memang ramai orang. Hampir setiap hari memang ramai beratur minta nasihat tokey Cina a.k.a Pharmarcist disitu.

Tambah-tambah kalau cuti perayaan, Masha Allah memang kalah klinik kerajaan. Servis memang tip top dan selalunya saya tak boring beratur menunggu untuk dilayan. (ya saya akui saya suka pergi Farmasi Han with no valid reason. Favourite ubat saya ialah ubat sakit gigi dan gusi)

Macam-macam cerita kesihatan saya tonton dalam masa 10 minit saya berada didalam kedai yang sempit tu. Macam drama komedi pun ada.

  • Yang mengadu sakit kepala bila malam.
  • Yang risau bacaan darah lebih dari biasa
  • Yang risau berpeluh dari biasa
  • Yang mengadu sengal-sengal badan
  • Ada yang datang dengan kaki bengkak
  • Ada yang hantar wakil sebab tak boleh berjalan dah gara-gara gout menyerang.
Kesimpulan saya boleh katakan adalah penangan minggu pertama berHari Raya. Kalau setiap rumah taknak mengalah hidangkan air manis,bukan setakat orang yang ada diabetis boleh pening, yang tak ada masalah glukos pun boleh jadi ada. Itu baru minuman.

Belum saya sentuh juadah angin lagi. Segala pulut, lemang dan ketupat. Tak cukup ketupat biasa, di anyam juga ketupat jagung, ketupat sotong dan segala jenis fusion ketupat sekarang. Ini bukan takat darah tinggi lagi dah, mungkin boleh sampai tahap terkeluar darah dari kepala ni.

Biskut dan kek jangan cakap lah, masing-masing dah berlumba sediakan waktu bulan puasa, jadi tunggu apa lagi, takan nak tengok saja cantik dalam balang tu kan. Moh cuba serba satu.

Ada rumah yang nak buat kelainan seperti menyediakan nasi tomato, mee kari, laksa Johor dan ada juga juadah dari Middle East. Sambil menulis entri ni pun saya tertelan air liur. Kalau dah nama Raya, semua ni wajib rasa (perkataan sedap hati). Rasa apa nya kalau dah bertambah 2 kali kan?



Kalaulah boleh kita kumpulkan gula yang masuk dalam badan hasil dari 1 rumah terbuka sahaja, kita pasti terus balik rumah, kunci dan duduk senyap senyap dalam rumah. Tak sanggup lagi dah nak meneruskan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah seterusnya.

Alhamdulillah, tahun 2014 ini saya temui
KEBAHAGIAN DALAM KEBAHAGIAN. Cheewah gitu.

Dan kebahagian ini bukan untuk saya seorang tapi untuk mereka yang lain juga. Saya bukan kedekut ilmu, kalau boleh saya nak tengok semua orang enjoy Hari Raya tanpa ada masalah apa-apa pun. Itu baru dinamakan Raya. Setahun sekali. Dah kata kita di Malaysia, takkan keseronokan ini nak ditonton sahaja. Kita perlu raikan.

Cakap banyak takmau, straight to the point. Untuk Hari Raya ini dan bagi mereka yang ada masalah-masalah diatas, saya kongsikan dan bukan syorkan. Perkataan syor itu bagi saya macam kau tak berapa pasti tapi nak nasihat orang. Jadi sekali lagi saya KONGSIKAN manfaat ini:

LECITHIN-


ini untuk pecah lemak. Ambil setiap hari sebelum memulakan kunjungan pertama anda dan selepas juadah terakhir anda pada hari itu.

Tujuannya nak bagi ada 'filter' dalam badan anda. Makan tetap akan makan kan? Kalau tanpa Lecithin ni anda seperti menyerah badan anda untuk di ambush oleh lemak-lemak yang bakal nak masuk tu. Dengan Lecithin ni, ia bertindak umpama shield lemak dalam badan anda. Sekurang-kurangnya ada protection nak bagi lemak tu jangan terkumpul terus. Dia emulsify lemak tu.

Saya paham kalau makan banyak takkannya nak kurus. Tapi cerita saya kali ini bukan nak kurus tapi nak elak masalah gemuk. Kalau nak kurus, kita cerita lain entri.

ALFALFA

ini untuk detoks satu badan. Sama masa pengambilan seperti Lecithin tapi pastikan selepas makan.

Ini bertujuan nak kasi 'cuci' dalam badan kita. Bila perayaan seperti ini, badan kita pun lebih beraya juga. Makanan-makanan yang masuk dalam badan pun macam pesta juga. Jadi memang WAJIB kasi cuci. Kenapa?
Makan hari ni, cuci keluar hari ni. Sediakan badan anda untuk hari seterusnya. Jangan biarkan badan anda itu seperti pusat pembuangan sampah. Segala benda dilonggokkan dibadan. Biar pusat pembuangan sampah itu di mangkuk tandas anda. OK.


HERB-LAX

ini juga HARUS ada bagi mereka yang masuk-masuk tapi susah nak keluar. Paham ka paham?

Maksud saya, susah sangat nak buang air besar. Kadang-kadang sampai sembelit. Apatah lagi bila tiba musim perayaan macam ni. Bagusnya benda ni dia bertindak untuk system penghadaman. Bagi mereka yang perut dah mengandung lebih 3 bulan memang sesuai sangat ambil ni. Usus kita kan panjang dan berbelit-belit dalam perut. Bukan senang nak 'cuci'. Jadi, inilah penyelesaiannya.


Ok itu saja, persedian yang saya ada dan saya kongsikan dengan anda semua.

SAYA DAH BERSEDIA DAN SAYA RASA ANDA PUN PATUT BERSEDIA.

Bukannya mahal benar pun. Mahal lagi baju kurung moden anda dan mahal lagi baju melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak di Jakel tu.

Takmau tunggu lagi ya. Ni nombor saya 012-3777 089. Boleh whatapps, boleh SMS dan saya boleh kongsi cara pengambilan yang sesuai.

Akhir kata, Jom BERAYA SAKAN tanpa WAS WAS

NimboKing
0123777089






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates