Social Icons

Monday, 28 July 2014

Papa, my alter ego!



DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Ini adalah entri paling sedih pada Hari Raya yang saya dapat kongsikan disini. Sedang mama berehat dek kepenatan, sedang adik-adik lain sibuk beremosi dengan kajadian yang menimpa dan sedang yang lain menguruskan hal-hal yang sepatutnya, saya duduk berteleku disini. Menyampaikan apa yang terbuku dihati.

1 Shawal 2014, tarikh keramat yang tak akan kami adik-beradik dan Mama lupakan. Papa telah kembali ke rahmatullah. Teringat saya dengan iklan raya kosong-kosong oleh Lisa Surihani. Raya yang disambut di hospital dan disusuli dengan berita yang amat meruntun jiwa. Perginya tunjang keluarga pada waktu yang sama.

Semuanya berlaku sepantas kilat. Ya benar, siapa kita nak menyangkal takdir yang telah termaktub olehNya. Saya benar tahu dan sentiasa beringat yang mati itu pasti. Tapi persediaan beringat tak sama dengan pengalaman melaluinya sendiri. Walaupun ini kali kedua ajal itu sampai tidak diduga, kami sekeluarga masih tidak bersedia.

Pengalaman pertama dimana arwah Abah saya juga pergi tanpa ada sebarang amaran berlaku pada tahun 1999. Kami ketika itu hanya Mama , saya dan 2 orang adik saya ditinggalkan terpinga-pinga tanpa ada sebarang persediaan. Tapi itu kisah 15 tahun dahulu. Banyak pahit getir dan kematangan hidup telah kami dapat dek pengalaman pahit itu. Itu juga permulaan kematangan hidup saya yang pada ketika itu berumur 17 tahun.

Kemudian Mama berkahwin dengan Papa dan sekaligus bilangan ahli keluarga kami berkembang. Dari 3 orang adik-beradik menjadi 6 orang. Banyak cabaran bila ada ayah tiri dan adik-adik tiri tapi kerana kami yang bijak mengatur langkah dan kecekalan mama dan papa yang hebat, kami berjaya membuang perasaan tiri itu menjadi satu. Tak dinafikan kami ada masalah tapi saya bangga kami tak pernah membiarkan masalah itu menggangu nilai satu kami. Tidak dinafikan kami bergaduh antara adik beradik tapi tak pernah kami biarkan pergaduhan itu meretak kan kami. Selaku anak sulung dalam keluarga saya bangga sebab kami masih utuh.

Sebelum itu Papa dan adik perempuan saya terlibat dalam kemalangan yang saya kira kemalangan kecil dimana kereta hang dinaiki oleh mereka terjatuh ke dalam longkang lonkrit yang dalam. Ketika itu adik perempuan saya yang tercampak dan terjatuh ke longkang bersama kereta yang dinaikinya. Hanya kerana mahu membetulkan parking. Kasih seorang Papa, sanggup terjun ke dalam longkang itu kerana hendak pastikan adik saya selamat. Kejadian itu menyebabkan tumitnya pecah dan cedera.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Besar Seremban, Tuanku Jaafar. Minor operation untuk bahagian yang luka. Mama terus setia menemani Papa sepanjang berada di hospital. Sebelum itu, adik perempuan saya terlebih dahulu ditahan disitu untuk operation kali kedua kerana jahitan lukannya bernanah dan terbuka. Tidak mahu kejadian yang sama berulang, kami insist untuk Papa ditempatkan di tempat yang sama. Lagipun agar Papa mendapat rawatan doktor pakar dan lebih dijaga rapi disana.

Pagi Shawal kami begitu riang ria di hospital. Adik lelaki saya siap hias bilik hospital dengan lampu raya- lampu lip lap. Selesai sembahyang Raya, saya dan keluarga pun beraya dengan semua di hospital. Seronok sebab semua berkumpul dalam bilik yang sama. Saya begitu positif dan ceria sebab nak bagi semangat kat yang lain untuk happy di hari raya. Tak maulah sedih sedih kan. Banyak gambar raya kami bersama dengan papa memakai baju hospital saya share di facebook dan instagram. Kebetulan cucunya Hasan pun mula nak berjalan. Di bilik itu juga Papa saksikan Hasan berjalan 2/3 langkah. Keriangan cucu-cucu dan anak-anak seolah olah tiada musibah besar akan belaku.

Dan sekali lagi diuji oleh Nya. Permainan ajal yang amat merobek hati kami. Luahan hati kali ini bukan nak salahkan takdir tapi hanya apa yang terbuku didalam hati ini. Betapa Allah itu Maha Berkuasa dan hari ini saya berkesempatan menyaksikan betapa hebat KuasaNya..

Adegan ngeri bermula apabila Papa mula rasa sukar bernafas. Bacaan BP Papa mula tidak stabil dan menurun dengan mendadak. Papa sukar kencing. MO, Staff Nurses dan Doktor mula keluar masuk bilik. Mama dan adik adik diminta menunggu diluar bilik. Bilik operation diminta standby untuk masalah kritikal. Keluar masuk, tergesa gesa dan 3 diktor pakar mula memenuhi bilik. Situasi getir ini diceritakan sendiri oleh adik lelaki saya. Saya bersyukur tidak berada ditempat kejadian. Allah itu Maha Mengetahui samada hambaNya layak menerima ujian ini atau tidak. Ternyata saya tidak setabah adik adik dan Mama saya. Panggilan bertalu talu oleh adik lelaki saya mula meresahkan saya. Menurut adik saya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan Papa. Raungan Papa akibat prosedur yang sakit dan rumit amat meruntun hati Mama dan adik adik. Dari mesin ke manual CPR. Tidak sampai 5 jam selepas itu, Papa pergi meninggalkan kami semua. Saya menerima berita ini sewaktu perjalanan menuju ke hospital. Mama sekali lagi hilang suaminya dan adik adik tiri saya sekelip mata menjadi anak yatim piatu. Dan saya hilang kali kedua dengan cara yang sama lelaki yang menjadi tunjang keluarga Mama. Luluh hati kami dan setiap kali membaca entri ini, menitis air mata saya dan perasaan ngeri menghantui saya. Ya memang Papa pergi dengan mudah tapi Papa juga melalui kesakitan yang amat sangat. Saya hanya berserah yang pengalaman sakit beliau adalah sebagai proses mensucikan dosa beliau sebelum menghadap Ilahi.

Ketika ini kami masih dalam keadaan tidak percaya lagi diuji oleh Nya. Permainan ajal yang amat merobek hati kami. Luahan hati kali ini bukan nak salahkan takdir tapi hanya apa yang terbuku didalam hati ini. Betapa Allah itu Maha Berkuasa dan hari ini saya berkesempatan menyaksikan betapa hebat KuasaNya.. Setiap seorang dari kami anak-anak berasa bersalah, sedih dan ralat. Cuma belum kami kongsikan dari hati ke hati. Masing-masing ada bahagiannya dan saya percaya masing-masing masih belum menerima pemergian mengejut Papa.

Pada diri saya sendiri, saya berasa banyak tindakan saya yang seakan akan pandai telah sedikit sebanyak menyumbang kepada pemergiannya. Saya tahu ramai yang akan berkata itu bukan kita punya kuasa tapi ini apa yang saya rasa.

Mungkinkah kejadian ini tidak sampai ke sini jika saya berkeras untuk Papa tidak berpindah hospital. Mungkin juga tidak begini jika saya selidik kes Papa saya sebelum 'memandai-mandai' mengambil keputusan. Whatever it is, I feel partly it is my stupidity that cause a life.

Nukilan untuk Papa,

Papa, anim minta maaf atas kesalahan anim selama ini. Walaupun Papa bukan Papa kandung anim tapi anim berterima kasih Allah pinjamkan Papa untuk Anim, adik adik anim terutamanya untuk Mama. Anim sayang Papa tapi selama ini selalunya anim ego nak akui yang sebenarnya kehadiran Papa dalam hidup anim banyak mencorakkan cara pemikiran Anim selama ini. Ketegasan anim, cara anim handle masalah anim, cara anim bercakap dengan orang memang banyak terpengaruh dengan Papa.

Kebanyakkan orang belajar dengan cara yang dia suka dan Anim banyak tak suka cara Papa. Mostly I hate your way Papa. Tapi sebenarnya tanpa disedari, Anim lebih banyak belajar dengan cara yang anim sendiri tak suka. Ilmu Allah itu luas. Lagi kita tak berkenan lagi banyak kita terpengaruh. Sejauh anim cuba elak cara Papa, semakin dekat anim dengan cara Papa. Anim yang bodoh tak sedar. Im sure you've seen this side of me long time when you start accepting me as your daughter.

Dan anim sedar Papa sayang anim seadanya. Tak pernah minta anim berubah dan tak pernah beria ia membetulkan anim. You let me experience life and only just say the thing that I hate you to say ' I TOLD YOU SO' . And now I miss those smirk face of yours and the words.

Today I lost my Papa, I lost my alter ego and I miss my foe. And I didn't realize until today that I really love you in this kind of absurd way.

Papa, anim minta maaf tak dapat luahkan semua ini bila you masih ada. Anim janji anim akan carry your way in my life. The kind of way yang I hate it but that's the kind of way that make me climb the ladder and steps to become the best of me.

Anim ini unik sebab datangnya dari Abah, dibentuk oleh Abah dan diadun dan dirapikan elok oleh Papa. Ya Allah, jagakan Papa aku bersama Abah aku sampai aku ketemu mereka lagi di sana kelak.



Mommy missing her alter ego, her Papa
28/7/14





2 comments:

The magic of the Eyes! said...

Allahyarham Hussin, your Papa, was my friend, a good friend, amongst my closest friends from ITM days in Kangar Perlis from 1974 till 1977 when we graduated together and then parted to the Plantation career that we chose. In fact we were in the same Plantation company in the 80's. Hussin was a good friend, ever willing to lend a hand, ever smiling to jokes that we cracked when we met. We met over the years during his daughter's wedding in Gombak,and thereafter a few times in reunion and other friend's daughter/son wedding receptions. His demise was a total shock to us! At least, it devastated me! I was in Butterworth when I received the saddened news, and it made me shocked in disbelieve. I was stunned! I have lost a good old friend, and the only way I can help is to offer prayers after prayers doa after doa for him. I am sure many of my other ITM friends lost a good loyal friend. May Allah bless his soul, keep him in His Rahmah and place him amongst Soleh souls and grants allahyarham Hussin jannah. Hussin, we lost you buddy but we will carry on loving you, that you'll be dearly missed by everyone and we continue to be your loyal friends in offering you our prayers, In Sha Allah.
"Allahhummaghfir lahu warhamhu wa'aafihi wa'fu anhu". "Yaa Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan ma'afkanlah dia". Amin Ya rabbal alamin.
- Sahabat mu : Nazran Hj Abdullah

bruddin said...

Assalamualaikum nimboking,
Nasihat dari uncle, jangan gunakan perkataan munkin, jika dan kalau. Perkataan ini adalah mainan syaitan yg cuba merosakkan aqidah kita dan membuat kita rasa bersalah.
Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang sudah tersirat didalam kitab kita. Hanya menunggu masa untuk dilaksanaka oleh malaikat yang patuh lagi taat.
Jangan rasa bersalah kerana itulah yang shytan tunggu untuk merosakan aqidah kita.
Jadilah anak yang sholihah dan sholih yang sentiasa mendokan akan akan kesejshteraan dan keampunan ibu bapa mereka. Berdoalah disetiap masa dan waktu bukan hanya salepas sembahyang. Berbuat baik dan itu semua pahalanya akan dikongsi dengan arwah ibu bapa kita kerana dia telah mendidik kita jadi baik.
Berbuat baikvkpd sahabat sahabtnya dan keluarganya. Itu namanya berbakti kpd dua ibu bapa semasa tiada hayat mereka.
Ya Allah amounkanlah sahabt ku dan rahmatilsh akan rohnya, ameen ya rabb
Ini saja yang uncle nak shara bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates