Social Icons

Tuesday, 1 July 2014

APA ADA PADA SATU RINGGIT?



Salam Ramadhan dan saya terpanggil untuk menulis rasa besar hati saya kepadaNya bila terlihat sepotong ayat dari surah Al-Rahman yang diulang –ulang.


Bulan June ini banyak mengajar saya apa itu penat, apa itu perit dan apa itu masa. Ianya adalah permulaan langkah saya yang baru. Langkah untuk berubah. Perubahan ini bukannya dirancang tapi datang secara mudah.



It’s like flow with the go (not vice versa)


Ilham menulis entri kali ini sebenarnya hasil renungan saya dengan duit 1 RINGGIT aka Seringgit
Lama saya tenung dan kemudian rasa sebak. Teringat kembali diawal saya masuk alam bekerja betapa nikmat 1 ringgit itu sungguh bermakna. Dari nilai seringgit maka saya kenali nilai puluhan ringgit dan syukur ke atasNya, saya kenal nilai ribuan ringgit.

MUDAH LUPA

Masalah bila bekerja makan gaji, nilai seringgit ini makin lama makin dilupai. Kerap juga saya biar anak saya yang sulung buat duit seringgit ni macam duit Saidina (some of you don’t know what is Saidina, it is a Malaysian version of Monopoly). Wang seringgit ni juga banyak dijumpai di celah celah sofa, bawah meja dan tempat permainan anak saya. Bila jumpa, saya ambil dan letak tepi sahaja. Tak pernah terfikir nak simpan betul-betul.

Kalau di kedai makan, biasanya bila baki wang seringgit dua ni, saya selalu letak terus ke dalam tabung yang disediakan disitu. Adakala malas nak ambil baki.

Ayat dalam hati ‘Yeelah kan seringgit je pun’

Betapa rasa alpanya saya, kadang-kadang bila membeli makanan dengan nilai kurang dari RM5 ringgit, saya boleh tak kisah kalau makanan tu tak sedap. Hanya tinggalkan saja tanpa rasa apa-apa. Saya cuba melihat dari sudut yang berbeza, kalau betul kita betul menghargai jerit payah mendapatkan wang, masakan kita boleh biar begitu saja bila nilai wang kita beli tak setimpal dengan produk atau service yang diberikan.

Mungkin saya terlampau alpa.

Perkara- perkara ini berlaku dalam kehidupan saya sejak saya bekerja. Ada kebaikan nya juga kerana mengajar saya supaya tidak berkira tetapi kealpaan ini kalau dibiar lama mungkin dah jadi salah satu sebab penyumbat rezeki. Paling terkilan bila terkenang anak saya main-main dengan wang seringgit. Bukan salah dia, semuanya salah saya yang tak mengajar.

KENAPA?

Mungkin ini nikmat yang saya kufurkan. Kenapa saya jadi begini? Bila difikirkan, kita bila hidup dalam keadaan 'selesa' dan terlampau lama dengan sistem yang saya anggap 'selesa', inilah bahananya. Jika sudah bertahun-tahun melakukan rutin yang sama, dari seorang yang tak tahu kepada seorang yang tahu; dan dari tahu menjadi mahir.

The push factor is no longer there.

Dulu sanggup bersengkang mata mencari ilmu nak selesaikan masalah sebab tak tahu kan. Sekarang bila dah tahu dan setiap hari melakukan benda yang tahu, Semua nya dah ada dihujung jari. Kerja yang dulu makan minggu hendak diselesaikan dah boleh selesai dalam masa 2 hari. Penat lelah telah terbayar tapi bila dah lama terbayar, inilah jadinya.

You have become mundane and stagnant in your work progress until you take advantage on the salary that you received. One way or another, as a fix income earner, you will enjoy your salary by end of the month. Be it you perform, meet the requirement or exceed your potential. It is up to your own call.

TERSEDAR!

Untuk ini saya ingin menzahirkan berbanyak terimakasih saya pada 'benda baru' yang saya jumpa. Untuk rakan saya Bob dan Nad, pasukan mereka MFMS. ‘Benda baru’ ini membawa kembali zaman saya yang memang super achiever. Zaman dimana saya macam lipas kudung. And as an ambitious person by nature, I really welcome all this challenges.

Sekarang nilai seringgit yang saya nampak tak seperti dulu. Saya kembali melihat nilai seringgit dengan mata jiwa saya. Betapa nak dapatkan nilai seringgit itu bukan mudah. Bersengkang mata tidur lambat menyiapkan blog, berbalas message , email dan whatapps dan mencari jawapan untuk setiap pertanyaan yang diajukan. Uish bernilai besar wang seringgit itu. Jadi bila dalam bulan June, saya dapat naik pangkat, dia punya hooray tu macam pesta dihati. 

Dan saya amat berterima kasih bercampur dengan kumpulan yang positif untuk akhirat. Ternyata kunci kejayaan kumpulan ini ialah hubungan dengan Allah. Dah lama saya tak rasa menitis air mata bila bersujud keatasNya dan berterima kasih dengan nikmat SATU RINGGIT.

Mungkin kerana terlalu lama berada di dalam keselesaan sampai saya lupa apa itu susah. Mungkin terlalu lama mendapat rezeki yang tak putus putus sampai nilai kesyukuran itu tak sampai ke dalam hati. Mungkin Ramadhan kali ini Allah nak tunjuk balik apa itu nikmat yang dah lama saya dustakan.

Mommy dan nilai seringgit
020714




p/s: nak tau 'Benda Baru' please text me (012-3777 089) or simply leave your comment below



3 comments:

Hani Suryani said...

Well said :-)

A Khalid said...

Thank you for a great sharing... Sedikit pada kita, tapi mungkin nilai yg tinggi pada orang lain.

Nimbo King said...

Thanks Hani

Yes A.Khalid, tinggi nilainya kat orang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates