Social Icons

Thursday, 17 July 2014

MH17- Antara Malang dan Pailang



Salam Ramadhan untuk semua,

Tengah terleka bersenang lenang dengan juadah dan kejayaan jualan selepas Iftar, saya dan saya pasti anda semua turut dikejutkan dengan berita yang amat meruntun hati. Tambahan pula kita sedang melalui peristiwa menyayat hati dimana saudar seagama kita di Gaza sedang disembelih oleh rejim Laknatullah. Berita yang saya maksudkan dan amat terkesan sekarang adalah MH17 yang dilaporkan telah ditembak jatuh.

Detail pesawat:
Jenis pesawat: Boeng 777
No: MH17
Nyawa: 295 penumpang terdiri dari 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak
Perjalanan: AMSTERDAM- KUALA LUMPUR
Waktu bertolak: 12.14pagi dari Schipol Airport, Amsterdam

Kejadian:
Ditembak oleh angkatan bersenjata yang menjaga sempadan Ukraine. Menurut sumber senjata yang digunakan adalah peluru berpandu jenis BukMissile. Sumber mengesahkan yang pihak tentera Ukraine yang melepaskan tembakan tersebut

MAS terputus hubungan dengan pesawat sebaik sahaja pesawat berlepas dari airport Schiphol. Pesawat hilang dari radar sewaktu melintasi ruang udara Ukraine

Terhempas di:
Daerah Snizhne , Ukraine

Ketinggian perjalanan sewaktu kejadian:
10km

Pergolakan di Ukraine/ Rusia
Kawasan kejadian merupakan kawasan pergolakan perang antara askar Rusia dan pejuang pemisah Ukraine. Dan pergolakan di sempadan Rusia dan Ukraine memang agak hebat ketika ini.

Sedikit sebanyak informasi yang saya boleh kongsi dengan mereka diluar sana. Maaf, saya tidak akan berkongsi gambar agar menghormati hak sesetengah pihak. Saya pasti banyak gambar dan video dikongsi di ruangan sosial yang lain.

Kesimpulan dari berita mengejutkan ini, pada hati saya, ini ujian untuk negara kita dan kita sebagai individu. Apatah lagi bagi mereka yang terbabit secara langsung. Takziah dan doa kami semua pasti tidak akan putus.

Musibah ini mungkin satu rahmat buat mereka didalam pesawat MH17 kerana sebaik baik pengakhiran adalah di bulan Ramadhan yang mulia dan barakah ini. Bagaimana pengakhiran kita?

Dan jika ini adalah juga adalah satu permainan dunia yang telah diatur oleh kuasa besar, seperti kejadian di Sabah dan seterusnya kehilangan MH370, marilah kita terus berdoa dan berjihad agar fitnah dunia ini dapat kita elak.

Jika dulu saya hanya membaca, kali ini saya ada peluang untuk berkongsi.

Jom kita terus berdoa dan dan berdoa. Semoga sapa yang malang mendapat peluang dan yang pailang mendapat balasan.

Mommy feeling devastated and angry at the same time
18/7/14










1 comment:

Akif Imtiyaz said...

Sama2 berdoa agar pihak yg bertanggungjawap di heret ke muka
pengadilan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates