Social Icons

Saturday, 12 July 2014

MASA DAN WAKTU DALAM KEHIDUPAN





Innalillahiwainnailaihirajiun...pagi tadi saya menerima perkhabaran kematian dari saudara terdekat. Si arwah telah meninggalkan isteri dan anak-anak akibat serangan kanser usus. Apa yang lebih menyedihkan apabila berita yang si arwah mengidap kanser diterima agak lewat. Hasil dari pemeriksaan doktor, tahap kanser si arwah telah pun sampai ke peringkat kritikal-tahap 4. Apa yang lebih terkilan ialah perasaan ahli keluarga untuk membantu tiba agak lewat.

Saya hanya ada 2 soalan untuk anda.

Pernahkah situasi ini terjad kepada anda?
Mahukan situasi ini terjadi kepada anda?

Apapun jawapan pertama anda, saya pasti semua akan berkata TIDAK kepada soalan kedua saya.

Oleh itu amat penting anda terus membaca entri ini hingga habis. Jom, ikuti saya untuk memahami apa itu nilai hidup dan kesihatan.

NILAI HIDUP

Pernah tak kita terfikir kenapa kita dijadikan berjalan dimuka Bumi ini dan berlegar-legar diBumi ini untuk apa? Kita meniti kehidupan seperti mana orang sebelum kita meniti kehidupan. Pelbagai simpang dan jalan kita ambil tapi hakikatnya mati itu pasti. Jadi pernahkah kita fikir kenapa kita hidup? Wah gitu...mendalam sungguh soalannya. Ni bukan tiru dari ustaz atau ustazah tapi soalan yang saya tanya diri saya sendiri kemudian saya nak tanya anda semua.

Saya hanya mengingatkan diri saya sendiri sebagai orang Islam. Sememangnya kejadian kita diBumi ini untuk Dia. Kita pusing-pusing, jatuh bangun, belajar dan bekerja adalah untuk kita kembali  kepadaNya.

Ok let's play this calculation game. Jom kita cuba syok kira berapa lama kita ada sebelum kita mati. Amboi Tuhan ka? Bukanlah, tapi saya nak berkongsi pengetahuan saya mengenai kebarangkalian hidup dan mati. For your info, I work to do actuarial work. Bermaksud, saya memang belajar bahagian statistik dan kebarangkalian jangkahayat kehidupan. Ilmu ini amat sangat berguna dalam syarikat insurance dan takaful.

Menggunakan data-data lama bagi meramal dan membuat jangkaan masa depan. Bukan ahli nujum tapi ahli kira-kira ramalan. Ok jom,

  • Umur saya sekarang: 30 tahun (cheewah up 4 tahun nak bagi senang kira kira)
  • Jangkaan kematian (daripada Jabatan Statistik Negara) = 83 tahun (lama lagi tu, InsyaAllah)
  • Berapa tahun untuk mati: 83 - 30 = 53 tahun (ha ye ke?? yee)

Argh, masih banyak lagi tahun nak hidup. Sempat lah nak merasa melancong ke Eropah dan cover the whole United States. Ada masa boleh buat umrah 2-3 kali ni. Boleh gemuk dan kurus kembali ni kan. Alhamdulillah kalau sempat kita merasa umur 80 tahun tu.

Jom lihat pulak kualiti tahun yang kita ada? Saya ambil contoh diatas iaitu 53 tahun.

Masa tidur:

Ni stok tidur taknak bagi berdengkur ni

Dalam 53 tahun kita ada 19,345 hari. Kalau 6 jam setiap hari kita habiskan untuk tidur, bermakna kita sudah habiskan 13 tahun untuk tidur. 13 tahun babe. Uish lamanya. Itu kalau kira 6 jam. Confirm bila weekends jee terlajak lampau tidur. Ha pasti lebih 13 tahun kau....

Masa kerja:

semak kan lihat? 

Memang betul wang bukan segala-galanya tapi hampir segala-galanya memerlukan wang. Jadi adalah lumrah untuk kita semua bekerja bagi mendapatkan wang untuk hidup.

Saya ambil purata rakyat Malaysia kerja makan gaji yang memerlukan 8 jam komitmen. Kalau bekerja sendiri apatah lagi. Lebih dari itu kan.

Kira-kira dalam 53 tahun itu, hampir 15 tahun adalah dihabiskan pada waktu kerja setelah ditolak hari-hari cuti dan hari-hari kita sakit dan ponteng kerja. Eleh, tak habaq pun, saya tau....


Masa hiburan/ happy happy/ rehat:


Contohlah kita ambil masa rehat sewaktu bekerja, ditambah masa Sabtu dan Ahad, tambah cuti sekolah bawa anak-anak pergi bercuti. Tambah pula masa Hari Perayaan dan Public Holidays. Kita pun tahu Malaysia ni banyak cuti dan perayaan dan selalunya masa inilah kita beriadah bersama keluarga. Ini tak termasuk lagi nak pergi kenduri kahwin lah, baby shower, shower dengan laki, shower cap, bachelor stag nights lah dan bachelorette parties lah...

Pukul rata dalam setahun ada 20 hari kita cuti untuk keramaian seperti ini. Dan 100 hari Sabtu dan Ahad (weekends). Jadi dalam 53 tahun, 17 tahun untuk aktiviti ini.

Masa untukNya

Saya ambil purata yang wajib ya. Dan pengiraan ini pun dikhaskan kepada mereka yang buat 5 waktu. Jadi kalau kita ada jamak dan qasar pandai-pandailah pikir. Dan jika kita ada terskip dan tertaksengaja tinggal, tahu-tahu sendiri lah ye.

Saya anggarkan masa yang diambil untuk solat lebih kurang 10 minit. Sedih tak bunyi. Orang perempuan kita kalau nak siap ke dinner function or kenduri mau 30 minit tu pun baru letak foundation. Belum cerita nak belit tudung lagi kan. Kan Kan..saya tahulah sebab yang saya cerita ini saya.

Kiranya dalam 1 hari yang ada 24 jam, kita hanya gunakan 50 minit untuk solat. Saya ambil 60 minit lah ~ 1 jam satu hari. Jadinya, dalam masa 53 tahun, kita hanya guna 2 tahun untuk aktiviti ini.


Kualiti Tahun

Jom lihat kembali calculation masa dan tahun kita:

  • Masa untuk hidup andai ajal kita seperti yang diramal oleh Jabatan Statistik: 53 tahun
  • Masa tidur kita: 13 tahun
  • Masa kerja untuk mendapatkan wang:  15 tahun
  • Masa riadah kita: 17 tahun
  • Masa yang 'free': 53 - 13 -15- 17 = 8 tahun

Kita sebenarnya hanya ada benar-benar 8 tahun sahaja. Dan itupun sedih tak sedih, dalam masa 8 tahun itu, 2 tahun sahaja digunapakai untuk bersiap sedia menemuiNya.

Maafkan saya jika pengiraan saya mengenai masa untukNya hanya 2 tahun itu terlalu ekstrem tapi saya rasa itulah hakikat yang sebenar. Itu belum di ambil kira ibadat yang tidak diterima. Solat yang terbatal tanpa pengetahuan kita. Dosa umpatan kita, dosa ria kita.

PERSOALAN PENTING

Kita sebenarnya berapa lama hidup dalam erti kata sebenar?

Jadi kalau kita tepuk dada tanya selera untuk makan, saya minta kita tepuk (tekanlah nombor tu) calculator, kira dan tanya berapa lama erti hidup kita.

CURI MASA

La sedih kan, jadi apa nak buat camni? Tak cukup ni bekalan nak masuk syurga. Ini bukan kata syurga, tangga syurga pun belum tentu cium ni.

Konsep saya belajar sejak ada geng MFMS ni ialah curi masa. Di setiap jam yang berjaga itu ambillah sedikit masa dengan mengingati DIA. Telefon DIA melalui zikir, ajak dating 5 minit melalui sunat apa apa lah. Kemudian bila tengah seronok berhibur tu, bila syok nyanyi karaoke tu, selitlah lagu Nasyid buang 3 buah. At least kan.

Dan bila wajib tu, buatlah sehabis khusyuk yang boleh. Konsep saya senang, kalau masa buka tudung, buka brooch, cuci make up guna make up remover dan ditambah pula pakai tudung, bubuh maskara dan lipstick blend 2 colour tu tidak melebihi masa yang diambil untuk solat 4 rakaat.

Tapi itu cara saya lah.

AKHIR KATA...

Benda ni tak akan pernah berakhir selagi belum sampai ajal kita. Apa yang saya coretkan diatas bukanlah berniat nak tarbiyah ke apa. Itu cerita saya mengenai diri saya dan peringatan untuk diri saya dan anak-anak saya bila diorang pandai baca nanti.

Yang saya terpanggil untuk berkongsi pun setelah melihat petikan bualan dengan Muhammad Ali- Fly like Butterfly and Sting like a Bee.

Terus terpana bila dia cakap,
'when all of this (his carrier) is over, I want to work hard to enter Jannah'
Dia betul-betul takut dengan Neraka.





Uisshhh...seram juga. Saya yang sakit gigi ni pun dah rasa nak pitam.

Dan satu lagi, untuk nak curi masa dan beribadat khusyuk pun perlukan badan dan kesihatan yang baik. Saya cakap sebab saya tengah sakit gigi. Uisshhh, sebab sakit tu lain macam bila solat. Dahlah tak boleh focus. Benda apa saya baca pun saya takleh nak ingat. Parah betul. Itu baru sakit gigi, kalau sakit sendi, sakit hati dan lemah lutut.

Jadi bila dipikir, kita perlukan lebih lama untuk hidup bagi bersedia nak berjumpa denganNya. Tapi apa yang lebih penting, kita perlukan kualiti kehidupan itu. Hidup lama satu hal, tapi nak kena hidup secara sihat juga. Tu belum saya kira berapa tahun bazir kalau dok sakit-sakit, masa nak pergi klinik atau hospital lagi. Dari 8 tahun mau tinggal 3 tahun jee kan.

Cukuplah tu menaip, nak cari ubat sakit gigi. Yang sakit benda lain tu boleh cari saya ya.

NimboKing Your BEST SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
13/7/14

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates