Social Icons

Sunday, 6 July 2014

BISKUT RAYA MAKTEH KU DATANG LAGI!!!!!!!!!!!!



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan untuk semua,

Selalunya promosi biskut raya saya akan diadakan di pejabat dan orang-orang yang mengenali saya.

Buat julung kalinya saya nak promosi di BLOG dan diharap mendapat sambutan yang menggalakkan. Amin.

BISKUT RAYA HOMEMADE- original dibuat, dibakar dan dibungkus dari rumah saya.

SEJARAH

Dibancuh, diadun dan dibakar enak oleh MAKTEH saya sendiri. Dah nama ORIGINAL HOMEMADE GITU!. Semuanya asli termasuk MAKTEH saya pun asli dari Pulau Pinang. NOT FROM ANY FACTORY!!

Kebersihan pula dijamin sebab rumah saya bersih dan tangan yang menggulung dibersih dan disteril dan dibalut dengan plastic.

Penglibatan beliau dalam kuih-muih, biskut dan cake melebihi 1 dekad. (>10 years maa) dan usahawanita kecil-kecilan ini telah melebarkan sayapnya ke Selangor/ Kuala Lumpur melalui saya.

Jadi ORDER TANPA WAS WAS!!

BISKUT PILIHAN
Antara biskut kegemaran ramai dan menjadi tumpuan setiap kali menjelang raya adalah ( susunan kuih dari atas kiri ke kanan dan kebawah dan begitulah seterusnya)

  • LONDON ALMOND- Rasa coklat, RAPUH dan menggunakan kacang ALMOND/ BADAM PENUH dan bukanlah di belah belah untuk jimat. Dibakar menggunakan hati dan perasaan yang IKHLAS. Sedang elok pembakaran nya bagi menghasilkan rasa yang rapuh dan tidak lemau.

  • TART NENAS GULUNG – Penuh rasa jam Nenas dan cair didalam mulut (tidak perlu gigit, mamam mamam jee dah cair dan telan) Adunan menggunakan BUTTER dan bukan PLANTA yee. Merupakan kuih buatan MAKTEH saya yang paling awal dan lama bertahan hingga hari ini. Sebab sedaplah mampu bertahan lebih dari 10 tahun.

  • OAT CHOCO- Biskut oat chocolate yang gebu dan hancur didalam mulut. Disaluti pula dengan susu tepung untuk menambahkan nilai ESTETIKA biskut itu dan rasa yang lebih UPMHHH…Kalau gigit sekali, terus nak habiskan sebab nak ambil lagi satu.

  • LINGKARAN CHOCOLATE- Biskut yang rapuh hasil adunan CORNFLAKES dan NESTUM bersama tepung jagung, habaq maaaiii. Punyalah nak bagi rapuh, tak cukup dengan itu, disalut pula dengan SERBUK BISKUT ROTI agar si pemakan tu bila kunyah, KRUPPP KRAPPP KRUUPPP KRAAPPP....ha gitu...

  • HAZELNUT CHOCO- Rapuh diluar dan CAIR COKLAT didalam. Memang hebat penangannya. Ini memang biskut TERLAJAK HABIS bila di office saya. Kalau boleh kenal salah seorang pembeli tegar iaitu Saudara Rossaili (rakan sepejabat saya), setiap tahun borong lebih 15 balang. 5 balang dah confirm habis bila bulan puasa. Lebihan pula diangkut ke Singapura. Punyalah sedap tangkap leleh seperti coklat yang mengalir leleh bila digigit.

  • BISKUT COFFEE- bagi mereka penggemar coffee, sampai kalau cari icecream pun nak ice cream coffee, pagi sahur pun coffee, buka puasa pun coffee. INI BISKUT ANDA!!

  • BEPANG- Walaupun buruk namanya tetapi memang menjadi pujaan ramai kerana intipati yang digunakan adalah bukan kacang tapi ALMOND/ BADAM(lebih mahal) dan rasa manis dan kunyah nak lagi tu memang POWER!

  • SAMPRIT- Biskut tradisi yang telah di fusion kan oleh MAKTEH saya. Masih mengekalkan rasa tradisional yang sama tetapi ditambah dengan kerangupan agar si pemakan tak cukup dengan satu. Di hiasi manik berwarna agar lebih cantik bila diisi didalam balang untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Senarai biskut diatas menjadi pilihan ramai. Dengan izinNYA, saya selaku anak menakan (anak saudara) MAKTEH saya, berani JAMIN LEBIH SEDAP DARI APA YANG ADA DIPASARAN.  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh komen atau whatapps saya secara personal.

HARGA?

Jeng-jeng-jeng, oleh kerana tahun ini saya bermula lebih lambat kerana penumpuan lebih terhadap business SHAKLEE saya, saya terus tak ambil komisen ka apa.

Harga direct dari MAKTEH saya:

RM20 SEBALANG (ADA 50 BIJI) KECUALI SAMPRIT RM21 SEBALANG dan BEPANG RM23 SEBALANG.

**tidak termasuk kos penghantaran.Bergantung pada pos laju dan berat. Paling menjimatkan jika dating dan ambil dengan saya di kawasan Damansara atau Nilai. Jika di Utara, di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang.

ORDER TUTUP

22 JULY 2014!! bagi kawasan Selangor/ Kuala Lumpur.
24 JULY 2014!! bagi kawasan Utara

Bagi mereka yang nak makan biskut raya di bulan puasa (BISKUT PUASA) bolehlah membuat tempahan minggu ini kerana saya akan balik ke HOMETOWN hujung minggu ini.- 18-22 JULY 2014


GAMBAR

Pertama sekali saya memohon maaf kerana gambar yang dilampirkan memang tidak berkualiti langsung. Gambar gambar ini diambil oleh MAKTEH saya sendiri. Seperti yang dimaklumkan, MAKTEH saya bukan seorang photographer tetapi pembuat biskut raya yang tegar.

Jadi mohon dengan sangat jangan terpengaruh dengan gambar itu. Itu hanyalah gambar, yang penting biskutnya.

**saya tengah berusaha mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik dan jelas.






IKHLAS MENJUAL DAN BUKAN PENIPU JALANAN
Mommy with your Makteh's cookies

7/7/14

p/s: (saya izinkan dan berbesar hati untuk anda forward kan iklan saya ni kepada mereka-mereka yang lain yang berminat dan anda berhak meng’up’kan harga untuk pendapatan anda. Hak anda adalah tanggungjawab anda!)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates