Social Icons

Friday, 11 July 2014

BEST KE SHAKLEE?



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,



Pengetahuan dan penglibatan saya dalam dunia network marketing bukan baru. Sejak lepasan SPM lagi saya sudah pandai berjinak-jinak dengan skim Ponzi, Pyramid dan kemudiannya Multi-Level-Marketing (MLM). Pelbagai business dari Luxor ke Omegatrend ke Avon ke Tupperware. Tidak cukup dengan itu, saya juga pernah menjadi Unit Trust agent, pemain Forex dan agen kepada beberapa produk kecantikan yang sistemnya dikatakan berbeza tetapi bila diteliti adalah sama. Saya tahu dan kenal dan pernah jatuh dengan dengan sistem-sistem ini. Bila saya masih tidak kemana-mana seperti leader-leader yang lain, saya menyalahkan diri saya sendiri.

Saya arif dengan kekuatan networking dan saya percaya yang pulangan sistem networking adalah lebih tinggi dari makan gaji. Banyak leader yang hidup mewah dan berjaya. Sedihnya, nasib baik itu tidak pernah menyebelahi saya. Sebab itu saya tidak terperanjat dengan pendapatan kedua-dua supupu saya dalam bidang Shaklee ini. Mereka sekarang adalah Master Coordinator (Master Amir dan Master Nadiah). Pada masa itu saya ingat syaratnya hanya perlu rajin bekerja dan berusaha. Jadi saya salahkan diri sendiri kenapa tidak berjaya.

Bercerita mengenai Shaklee. Pengenalan saya dengan Shaklee sudah lama. Tapi pada masa itu saya hanya jeling-jeling dan sapa HI saja. Bermaksud, saya tahu kewujudan Shaklee sejak saya dibangku sekolah rendah tapi Mama lebih menggemari produk Amway untuk supplement kami sekeluarga. Pada masa itu Shaklee jauh tidak dikenali ramai berbanding produk kesihatan dan kecantikan yang lain.

Walaubagaimanapun, sejak akhir- akhir ini nama Shaklee seperti melonjak naik. Pada masa itu saya selalu berkata, pandai Shaklee tukar strategi pemasaran. Dari offline ke online. Dari single item vitamis ke package/ set. Lebih mudah dipasarkan dan ramai yang 'tertipu' dengan set ini. Walhal ialah campuran vitamin-vitamin yang juga boleh didapati dari mana-mana farmasi. Saya puji Shaklee kerana telah berjaya dengan system marketing terbarunnya.

Tapi untuk saya kembali menceburi dunia networking, oh NO WAY!. Too much work to do and the same old stories. Kalau nak tahu, suami saya sering gelakkan saya bila saya bersemangat dengan satu-satu benda baru. Kalau dia tak cakap pun, saya tahu, mesti dalam hati dia kata

"Eleh isteri aku ni, hot hot chicken waste"

Lagipun, pendapatan saya dan suami pada masa ini sudah lebih dari cukup dan Alhamdulillah hidup kami sekeluarga selesa.

Hinggalah pada tarikh 16 Feb 2014, memang akan ingatlah. Dimana saya terus jumpa Musafiddin atau lebih dikenali oleh saya dengan panggilan Bob (Snr Supervisor)- (www.nadiamusa.net) lantas meminta nasihat untuk turunkan berat badan. Pada saya, kerja Bob amat mudah ketika itu. Dia tidak perlu convince, dia tidak perlu explain kerana saya memang terdesak mahu menurunkan berat badan saya. Apa yang menyedihkan, size seluar hampir ke XL. Saya baru ada 2 orang anak, takkan saya nak nampak macam sudah ada anak 5? Ya, saya akui saya memang teliti dan prihatin bab cantik dan sihat. Yeelah kan perempuan.

Kenapa Shaklee ketika itu? Sebab saya Nampak Bob sudah turun berat badannya. Sebab saya tahu kalau setiap kali saya google set kurus, asyik-asyik set Shaklee yang berada di top 10, mestilah bagus kan. Sebab juga saya nampak Bob dan Nadia bawa product Shaklee ke sana, sini berlegar di office. Harga melebihi RM300 tidak menjadi masalah bila Bob kata, "Insya Allah boleh, tapi ikut cara yang aku nasihat". Sejak itu Bob ialah Boss Kurus saya.

Bersama set kurus Shaklee ini saya rasa perubahan berat badan saya dan mahu mengulang pembelian pada bulan berikutnya, Mac. Dan ini sekaligus menukar persepsi saya mengenai set- set cadangan Shaklee yang saya fikir penipu. Ternyata memang benar berkesan.  Masalahnya, saya perlu beli harga runcit (retail) sebabnya Shaklee telah keluarkan notis agar pembelian harga ahli untuk ahli sahaja. Nak tak nak, saya setuju dengan Nadia atau lebih dikenali saya Nad (isteri Bob) untuk menjadi ahli agar saya dapat membeli dengan lebih murah.

Penyusutan badan dari segi size nampak makin ketara dan ramai yang menegur. Saya hanya katakana yang benar, Tak baik menipu kan. Jadi secara tak langsung ada rezeki Nadia dan Bob disitu. Yelah kan, saya bukan masuk nak berbisnes. Bila teringat kembali, aktiviti jualan itu memang tak boleh lari dalam diri saya.

Penglibatan secara serious dengan Shaklee bermula apabila Bob mengemukan soalan kepada anak-anak Shaklee nya "Siapa yang berminat untuk bisnes?" Memandangkan saya lihat product Shaklee yang saya gunakan menjadi, saya kata why not lah. Bermula dari April. Apa yang saya buat ialah AKUR APA YANG BOB KATA. Dia suruh saya post fb, saya post fb. Dia suruh saya buat blog, saya pun terkial-kial buat blog. Kerja saya mudah, ikut sahaja. Tidak perlu pening strategi ke apa ke.

Cabarannya saya ada 2 Boss ketika ini. Satu boss full time, satu lagi Bob the Boss. Dua-dua saya akur tapi tipulah kalau saya kata saya tak lebihkan Bob.Yeelah kan, bandingkan dia dan Boss saya, Boss saya tak dapat turunkan berat saya sebanyak 6 kilo. Dia berjaya dengan cara nasihat saya saja. Boss saya tak ajar saya jadi popular di facebook tapi Bob berjaya. Boss saya tak ajar saya buat blog dan menulis (which I really like) tapi Bob berjaya. Jadi memang patut saya ikut cakap Bob. Seriously, I just follow whatever he says until today.

Punyalah ikut, sampai saya dapat bonus 3 angka pada bulan berikutnya, May. Itu hanya ikut dan patuh. Tak buat lebih tak buat kurang. Semua itu dari kawan rapat dan ahli keluarga. Agak senang dengan akur dan patuh. Saya tak tahu pengiraan UV dan dan saya tak ambil tahu langsung. Saya bersyukur ada Nad sebab dia akan monitor apa saya buat dan perlu buat.

Perjuangan serius saya bermula pada bulan Jun sebab awal-awal bulan, saya rasa bersemangat mengajukan soalan untuk Nad

"Hang nak suruh aku buat apa ni? Nak suruh jual berapa? Bulan lepas bonus 3 angka, bulan ni kena 4 angka ka?"

"Ok Tas, kau cuba jual Set Kurus dalam 30 set" kata Nadia

Tanggal 1hb June, target yang diletakkan oleh Bob dan Nad ialah saya harus jual 30 set kurus Shaklee. Kenapa begitu, yeelah kan saya kan tak belajar dan malas nak ambil port hal uv ni. Saya nak senang je.

Cabaran bulan June adalah pengalaman baru untuk saya. Selama ini saya tahu serba sedikit dunia offline dan bagi saya marketing itu perlu dilakukan dengan berjumpa orang. Pengalaman mengonlinekan diri pada mulannya agak janggal tapi saya terima untuk satu ilmu yang baru. Bila dah busy online ni, banyak pula nak kena belajar dan belajar. Untuk ini, perkara berat yang saya lakukan ialah turun ke tahap paling bawah. Buangkan ego dan perasaan malu saya bertanya dan terus bertanya. Dan yang paling mencabar bila menerima kritikan dan tempias.

Kerja saya dengan Shaklee bermula seawal jam 4 pagi. Bangun untuk menulis entri. Tatkala itu juga anak saya bangun untuk menyusu. Pernah juga saya menyusukan anak saya sambil tangan tidak berhenti bergerak menulis blog. Perjalanan ke pejabat pagi dan petang yang hampir satu jam, saya betul-betul gunakan untuk memberi dan menghantar message kepada mereka yang bertanya dan yang paling penting kepada mereka yang belum bertanya. Pada saya mereka ini mungkin tak tahu apa nak ditanya jadi saya bagi peluang dengan memberi message dulu. Saya tahu bekerja sebagai full time banyak kenkangan masa, jadi saya perlu atur jadual saya supaya saya tidak tertinggal dari menjadi 'famous' didalam alam maya. Saya harus pastikan saya mengonlinekan hidup saya. Jika ada kelapangan masa, saya akan pastikan saya mengikut Bob dan Nad pergi ke branch membeli barang. Disitu juga saya menimba pelbagai pengalaman bila berjumpa dengan mereka yang otai-otai di branch.

Bila pergi ke branch, kita lihat ramai SID dan mereka yang hebat-hebat diluar sana. Jadi saya semangat tak pernah berhenti bekerja mengonlinekan diri. Saya perlu jadi outstanding kerana ramai SID diluar sana. Walaupun ramai, masih besar lagi pasaran yang belum disentuh oleh Shaklee. Ramai yang tidak tahu apa itu Shaklee dan bagi saya masih belum ramai tahu NIMBO KING-YOUR BEST SHAKLEE DISTRIBUTOR.Tema saya pada bulan itu, saya bukan jual produk tapi saya jual diri saya. Jual punya jual, dapatlah lahirkan seorang anak. Pasang siap elok di cawangan utara- Fathin Rosli.

Itu adalah kerja fizikal saya. Tapi kekuatan fizikal saya tidak akan sehebat seperti itu jika bukan kerana pengisian rohani saya. Saya amalkan apa yang disarankan oleh Bob dan Nad. Kekuatan fizikal saya dapat dengan bangun pagi dimulakan dengan Allah dan diakhiri dengan Allah. Pergantungan secara total dan hak milik kekal adalah keranaNya semata-mata.

Syukur sangat bila kerja 'menjaja' diri saya mula membuahkan hasil bila mana minggu terakhir bulan June, ramai yang tahu kewujudan saya sebagai SID. Satu-persatu order masuk dan terus masuk. Dan saya juga berterimakasih kepada mereka. Sebab merekalah saya kurus. Yelah kan, focus saya adalah set kurus, jadi saya kenalah kurus dulu. Perjuangan yang berterusan ini sehingga ke akhir-akhir bulan June. Saya tidak pernah kata TIDAK.

Setiap kali bob tanya "Ok tak Tas? Kau kena jual sekian sekian...
Dan setiap kali itu juga saya taknak runsingkan dia " Ok Bob, bisa bisa"

Bisa punya bisa...Syukur kepadanya, title SUPERVISOR atau lebih dikenali SUPERBISA itu milik saya pada bulan June.


Bulan June menukar anggapan saya yang selama ini merasa diri yang salah sebab tidak berusaha. Sebenarnya banyak factor lain juga yang menyumbang kepada kejayaan selain dari usaha. Macam nilah, usaha langgar tiang tak sama dengan usaha panjat tiang.

Pengajaran yang saya dapat pada bulan June terlampau banyak. Apa yang saya boleh kongsikan

  • JANGAN BERHENTI BEKERJA- dan jangan pernah mengalah walaupun dah nak masuk hujung bulan. Pada saya kita bukan Tuhan nak tentukan bila rezeki boleh dapat. Patutkah aku tangguh sebab dah hujung bulan. Buat sales bulan depanlah. Siapa kita nak persoalkan rezeki itu?

  • BERGIAT AKTIF DENGAN PASUKAN- saya bersyukur kerana pilihan tidak sengaja ini terpijak dengan kumpulan MFMS- The most HAPPENING Shaklee group. Kan dari dulu cikgu-cikgu pesan kalau belajar biar secara kumpulan. Konsep yang samalah. Walaupun saya masih tidak berkesempatan bertemu secara 'live' pasukan MFMS ini, tapi saya dapat rasakan ha'PENING'tu. Bagi saya kumpulan inilah yang buat saya tak terlanggar dinding dan rasa syok sendiri.

  • PATUH DAN AKUR- saya budak baru. Pengalaman yang saya ada sebelum ini mungkin relevan atau mungkin saya syok sendiri.- Jadi bak kata Hattan dan Waris- 'Jangan mudah dipertikai, Tak Tahu Tanya Dulu, Jangan Gomar Memandai-mandai.' Jalan yang disediakan itu dah cantik. IKUT saja.

  • PERGANTUNGAN SECARA TOTAL DENGAN ALLAH- Kalaulah boleh saya uraikan bagaiman prosesnya, saya akan kongsi. Tapi tiada kata-kata terbaik untuk saya ceritakan bagaimana penyerahan secara total ini. Dia umpama perasaan sabar yang kita tak boleh minta dan minta tapi kena praktis dan praktis. Ha itulah tu. Tapi itulah yang saya praktikkan sejak dibawah team MFMS.
Kejayaan fasa pertama saya ini digerakkan oleh Bob dan Nad. Disusuli dengan team NadiaMusa dan MFMS dan berakarkan dari family saya sendiri. Tapi tunjang utama ialah Dia Yang Esa.


Untuk pengetahuan semua, ini adalah satu-satunya networking yang saya join mengutamakan hal-hal akhirat. Bukan kerana kereta BMW atau rumah mewah atau pakej pelancongn ke luar negara. Saya tahulah kan saya banyak join business networking. Selalunya material adalah gambaran awal untuk tarik orang masuk berbisnes. Bagi saya Master checklist itulah yang membuat hati saya terus melekat dan business dengan Shaklee nampak indah dan mudah.

Saya yakin dengan Master Checklist itu mampu membawa kejayaan yang besar untuk saya dan anda semua.

Saya akhiri luahan rasa saya ini dengan doa yang saya selalu panjatkan kepadaNya

"Andai ini adalah jalan untuk aku rapat dengan Mu, Kau permudahkan dan lapangkanlah perjalanan business ini untukku"

Amin...
Nimbo King
12/7/2014

p/s: oh ya jawapan kepada tajuk. Shaklee tak best kalau bukan bawah MFMS.







6 comments:

shaza coco said...

Tahniah! Pilihan yang tepat.. moga anda kaya dan berjaya.. amin

Nimbo King said...

Hi Shaza, thank you dan semoga kita sama sama kaya dan berjaya dan bertakwa

Hafsah Ali said...

Tahniah. Moga awak berjaya.

Noor Jamalia Ariffin said...

Tahniah! Anda sungguh bernasib baik. May Allah bless u always. Amin.

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

Alhamdulillah , tahniah kepada yang berjaya

SuE said...

Excited untuk terus majublepas baca entri ini. THUMBS UP!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates