Social Icons

Monday, 28 July 2014

Papa, my alter ego!



DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Ini adalah entri paling sedih pada Hari Raya yang saya dapat kongsikan disini. Sedang mama berehat dek kepenatan, sedang adik-adik lain sibuk beremosi dengan kajadian yang menimpa dan sedang yang lain menguruskan hal-hal yang sepatutnya, saya duduk berteleku disini. Menyampaikan apa yang terbuku dihati.

1 Shawal 2014, tarikh keramat yang tak akan kami adik-beradik dan Mama lupakan. Papa telah kembali ke rahmatullah. Teringat saya dengan iklan raya kosong-kosong oleh Lisa Surihani. Raya yang disambut di hospital dan disusuli dengan berita yang amat meruntun jiwa. Perginya tunjang keluarga pada waktu yang sama.

Semuanya berlaku sepantas kilat. Ya benar, siapa kita nak menyangkal takdir yang telah termaktub olehNya. Saya benar tahu dan sentiasa beringat yang mati itu pasti. Tapi persediaan beringat tak sama dengan pengalaman melaluinya sendiri. Walaupun ini kali kedua ajal itu sampai tidak diduga, kami sekeluarga masih tidak bersedia.

Pengalaman pertama dimana arwah Abah saya juga pergi tanpa ada sebarang amaran berlaku pada tahun 1999. Kami ketika itu hanya Mama , saya dan 2 orang adik saya ditinggalkan terpinga-pinga tanpa ada sebarang persediaan. Tapi itu kisah 15 tahun dahulu. Banyak pahit getir dan kematangan hidup telah kami dapat dek pengalaman pahit itu. Itu juga permulaan kematangan hidup saya yang pada ketika itu berumur 17 tahun.

Kemudian Mama berkahwin dengan Papa dan sekaligus bilangan ahli keluarga kami berkembang. Dari 3 orang adik-beradik menjadi 6 orang. Banyak cabaran bila ada ayah tiri dan adik-adik tiri tapi kerana kami yang bijak mengatur langkah dan kecekalan mama dan papa yang hebat, kami berjaya membuang perasaan tiri itu menjadi satu. Tak dinafikan kami ada masalah tapi saya bangga kami tak pernah membiarkan masalah itu menggangu nilai satu kami. Tidak dinafikan kami bergaduh antara adik beradik tapi tak pernah kami biarkan pergaduhan itu meretak kan kami. Selaku anak sulung dalam keluarga saya bangga sebab kami masih utuh.

Sebelum itu Papa dan adik perempuan saya terlibat dalam kemalangan yang saya kira kemalangan kecil dimana kereta hang dinaiki oleh mereka terjatuh ke dalam longkang lonkrit yang dalam. Ketika itu adik perempuan saya yang tercampak dan terjatuh ke longkang bersama kereta yang dinaikinya. Hanya kerana mahu membetulkan parking. Kasih seorang Papa, sanggup terjun ke dalam longkang itu kerana hendak pastikan adik saya selamat. Kejadian itu menyebabkan tumitnya pecah dan cedera.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Besar Seremban, Tuanku Jaafar. Minor operation untuk bahagian yang luka. Mama terus setia menemani Papa sepanjang berada di hospital. Sebelum itu, adik perempuan saya terlebih dahulu ditahan disitu untuk operation kali kedua kerana jahitan lukannya bernanah dan terbuka. Tidak mahu kejadian yang sama berulang, kami insist untuk Papa ditempatkan di tempat yang sama. Lagipun agar Papa mendapat rawatan doktor pakar dan lebih dijaga rapi disana.

Pagi Shawal kami begitu riang ria di hospital. Adik lelaki saya siap hias bilik hospital dengan lampu raya- lampu lip lap. Selesai sembahyang Raya, saya dan keluarga pun beraya dengan semua di hospital. Seronok sebab semua berkumpul dalam bilik yang sama. Saya begitu positif dan ceria sebab nak bagi semangat kat yang lain untuk happy di hari raya. Tak maulah sedih sedih kan. Banyak gambar raya kami bersama dengan papa memakai baju hospital saya share di facebook dan instagram. Kebetulan cucunya Hasan pun mula nak berjalan. Di bilik itu juga Papa saksikan Hasan berjalan 2/3 langkah. Keriangan cucu-cucu dan anak-anak seolah olah tiada musibah besar akan belaku.

Dan sekali lagi diuji oleh Nya. Permainan ajal yang amat merobek hati kami. Luahan hati kali ini bukan nak salahkan takdir tapi hanya apa yang terbuku didalam hati ini. Betapa Allah itu Maha Berkuasa dan hari ini saya berkesempatan menyaksikan betapa hebat KuasaNya..

Adegan ngeri bermula apabila Papa mula rasa sukar bernafas. Bacaan BP Papa mula tidak stabil dan menurun dengan mendadak. Papa sukar kencing. MO, Staff Nurses dan Doktor mula keluar masuk bilik. Mama dan adik adik diminta menunggu diluar bilik. Bilik operation diminta standby untuk masalah kritikal. Keluar masuk, tergesa gesa dan 3 diktor pakar mula memenuhi bilik. Situasi getir ini diceritakan sendiri oleh adik lelaki saya. Saya bersyukur tidak berada ditempat kejadian. Allah itu Maha Mengetahui samada hambaNya layak menerima ujian ini atau tidak. Ternyata saya tidak setabah adik adik dan Mama saya. Panggilan bertalu talu oleh adik lelaki saya mula meresahkan saya. Menurut adik saya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan Papa. Raungan Papa akibat prosedur yang sakit dan rumit amat meruntun hati Mama dan adik adik. Dari mesin ke manual CPR. Tidak sampai 5 jam selepas itu, Papa pergi meninggalkan kami semua. Saya menerima berita ini sewaktu perjalanan menuju ke hospital. Mama sekali lagi hilang suaminya dan adik adik tiri saya sekelip mata menjadi anak yatim piatu. Dan saya hilang kali kedua dengan cara yang sama lelaki yang menjadi tunjang keluarga Mama. Luluh hati kami dan setiap kali membaca entri ini, menitis air mata saya dan perasaan ngeri menghantui saya. Ya memang Papa pergi dengan mudah tapi Papa juga melalui kesakitan yang amat sangat. Saya hanya berserah yang pengalaman sakit beliau adalah sebagai proses mensucikan dosa beliau sebelum menghadap Ilahi.

Ketika ini kami masih dalam keadaan tidak percaya lagi diuji oleh Nya. Permainan ajal yang amat merobek hati kami. Luahan hati kali ini bukan nak salahkan takdir tapi hanya apa yang terbuku didalam hati ini. Betapa Allah itu Maha Berkuasa dan hari ini saya berkesempatan menyaksikan betapa hebat KuasaNya.. Setiap seorang dari kami anak-anak berasa bersalah, sedih dan ralat. Cuma belum kami kongsikan dari hati ke hati. Masing-masing ada bahagiannya dan saya percaya masing-masing masih belum menerima pemergian mengejut Papa.

Pada diri saya sendiri, saya berasa banyak tindakan saya yang seakan akan pandai telah sedikit sebanyak menyumbang kepada pemergiannya. Saya tahu ramai yang akan berkata itu bukan kita punya kuasa tapi ini apa yang saya rasa.

Mungkinkah kejadian ini tidak sampai ke sini jika saya berkeras untuk Papa tidak berpindah hospital. Mungkin juga tidak begini jika saya selidik kes Papa saya sebelum 'memandai-mandai' mengambil keputusan. Whatever it is, I feel partly it is my stupidity that cause a life.

Nukilan untuk Papa,

Papa, anim minta maaf atas kesalahan anim selama ini. Walaupun Papa bukan Papa kandung anim tapi anim berterima kasih Allah pinjamkan Papa untuk Anim, adik adik anim terutamanya untuk Mama. Anim sayang Papa tapi selama ini selalunya anim ego nak akui yang sebenarnya kehadiran Papa dalam hidup anim banyak mencorakkan cara pemikiran Anim selama ini. Ketegasan anim, cara anim handle masalah anim, cara anim bercakap dengan orang memang banyak terpengaruh dengan Papa.

Kebanyakkan orang belajar dengan cara yang dia suka dan Anim banyak tak suka cara Papa. Mostly I hate your way Papa. Tapi sebenarnya tanpa disedari, Anim lebih banyak belajar dengan cara yang anim sendiri tak suka. Ilmu Allah itu luas. Lagi kita tak berkenan lagi banyak kita terpengaruh. Sejauh anim cuba elak cara Papa, semakin dekat anim dengan cara Papa. Anim yang bodoh tak sedar. Im sure you've seen this side of me long time when you start accepting me as your daughter.

Dan anim sedar Papa sayang anim seadanya. Tak pernah minta anim berubah dan tak pernah beria ia membetulkan anim. You let me experience life and only just say the thing that I hate you to say ' I TOLD YOU SO' . And now I miss those smirk face of yours and the words.

Today I lost my Papa, I lost my alter ego and I miss my foe. And I didn't realize until today that I really love you in this kind of absurd way.

Papa, anim minta maaf tak dapat luahkan semua ini bila you masih ada. Anim janji anim akan carry your way in my life. The kind of way yang I hate it but that's the kind of way that make me climb the ladder and steps to become the best of me.

Anim ini unik sebab datangnya dari Abah, dibentuk oleh Abah dan diadun dan dirapikan elok oleh Papa. Ya Allah, jagakan Papa aku bersama Abah aku sampai aku ketemu mereka lagi di sana kelak.



Mommy missing her alter ego, her Papa
28/7/14





Thursday, 24 July 2014

A LETTER TO MY SON ON HIS 1ST BIRTHDAY



Assalamualaikum



Nama aku Hasan. Aku anak orang sederhana berjiwa besar. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Cita-cita aku mahu menjadi kebanggaan bangsa aku.

Hari ni hari jadi aku yang pertama- 24072014

My Dear Son,

Today is your birthday! Happy Birthday Dear and you just turn 1 year old.



What a remarkable journey you have been surviving so far. I took a moment to look at all your photos especially on the day you were born. I remembered the pure pleasure of pulling you up onto my stomach and effortlessly feeding you. All the little fingers and tiny toe where I enjoy playing with it while feeding you has now become strong. Now, you easily pull my hair and laugh to see me cringe in pain. Little Rascal!  

Our 1 year journey....



Within this year, we have been calling you Mat Tayot because you cannot help to keep your tongue inside your mouth. I guess it is because of the habit of breastfeeding. Baba love to call you Cemong. It was AR Tompel’s cat in DO RE MI movie. And your Atuk love to call you ‘Kucing Parsi’ because whenever you with atuk, you act like a very manja cat. ‘Menyeser jee’.

And when we introduce your name to our friend, we proudly say. Meet Sarjan Hasan, nickname after a movie Sarjan Hasan played by P.Ramlee. Your Baba and me loves P.Ramlee movies and songs so much that it get influence in our daily life and talk. Secretly, I call Mat Tek; simply because you love breastfeeding so much. Hahahaha, you figure out how lah.

As a hard-core breastfeeding baby, you becoming so attached and manja to me. Sometimes I get agitated when you demand me so much but honestly most of the time, I am ok to be demand. After all, as you are growing, you will slowly do not need me like how you used to need me. Alamak sedih lah pulak....dah mengalir air mata ni....

Talking about your motor skill, it’s weird that you master how to stand and climb way before you can crawl. But for me, it is nothing to make big fuss of it. It is your way and as a better mommy compare to last time when I was with your sister, I am just ok with it. But we love watching you ‘mengesot laju’ like memerang laut.


And honestly sometimes, I am stress with your sleeping behaviour. From the day you were born until today, you have not yet establish a solid sleeping habit. As to that, I used to walk like a zombie in the office. Now, I am no longer a zombie as I keep to my healthy diet and supplement. It pays off.

It is too early to say about your personality but my doa and prayer is to set you in a right way. What is right? I’ve yet to explore. I don’t have any specific tools for it but I know the path is clear. Equip him well with Islam and everything else will follow accordingly at the right time.

Of course there are much more ‘minion mischief’ to come and it doesn’t matter how much I prepared, I surely will be left off guard. 

Gratitude and Prayer...



Today, I feel good with what we have achieved after this 1 year. And I feel happy and thankful that you grew up so well and healthy without much complication. By the way, we never visit any specialist so far. That’s ACE!
In overall, awak ni senang nak jaga, tak banyak ragam, nangis jee nak makan.
For this year, Pak Ngah and Mak Ngan bought you your first songkok. Baba also bought you a pair of shoes and Mommy has invested more on your health and future ka-ching $$$.
My special gift to you for today is my special doa:

“Ya Allah, jadikan anak aku Hasan ini sebaik nama yang diberi. Jadikan diri aku kuat untuk dia dan jadikan dia ini walaupun sakit atau sihat, gembira atau sedih, susah atau senang tetap sebaik nama yang diberi.
Andai dia ini ada peluang sebagai ahli syurgamu, Kau permudahkan perjalanan hidupnya mencariMu dan pengakhiran yang terbaik untuk MU”


Mommy wish her prayer being answered by HIM, Always...
24/07/14




heavily pregnant- 8 months and it is an election time 2013
Your 1st day!

Kiss from your darling sister. #kakya

my cheeky bam bam
enough said. just SMILE

one of the prank by your teacher @Taska Zaza Cerdik






Tuesday, 22 July 2014

TIPS BERAYA SAKAN TANPA WAS WAS



Salam sihat semua dan Salam Aidilfitri (advance),



Terpanggil untuk menulis entri ni bukan apa sebab ramai yang bertanya.

Bagi yang dah sedia ada tengah mengamalkan diet sihat bersama set kurus Shaklee sibuk bertanya,

"Ni nak Raya ni macam mana? Risau lah? Penat jaga pengambilan makanan yang sihat di waktu puasa?

Bagi mereka yang kawal makan waktu puasa pun risau juga sebab yeelah kan bila raya ni iman nafsu kan lemah. Bukan takat hujung Ramadhan yang lemah, masuk je hari pertama Raya memang out terus. Kita bercerita pasal nafsu makan.

Especially to all ladies. Masalah akan timbul bila baju seminggu sebelum raya memang dah ngam-ngam. Ada yang terlajak seronok kena kecilkan. Kalau yang bijak tu dia akan bagi ruang untuk mengembang bila raya. 'Expand space' for baju kurung pesak Pahang oklah. Tapi kalau kebaya cun nyonya, mana cantik kalau ada ruang kosong kan? Jadi kena alter ngam-ngam sooi gitu.

Ada yang lagi bijak, takpe kecilkan jadi nanti akan lebih beringat-ingat bila nak makan juadah raya.
I said, don't bullshit yourself.
Senang lah kata sebab tak nampak lagi juadah lemang dan rendang negeri sembilan rumah uwan. Tu belum pergi rumah maklong Ida lagi. Rumah Cik Anne pula laksa dia memang meletops dan hanya ada bila raya ja.


Soalan saya

  • Untuk yang berdiet, mampukah anda kawal nafsu selera anda?
  • Untuk yang berkain susun depan, mampukan kancing anda bertahan sebelum tiba waktu petang?
  • Bagi si suami mampukah seluar baju melayu itu tidak dibuka butangnya sampai ke malam?
  • Kepada cik abang yang handsome bersampin di awal pagi, mampukah sampin anda masih kemas ala P.Ramlee atau sudah di selepang bak penari zapin Johor menjelang pukul 5petang?

Itu cerita makanan dan bentuk badan, lain pula cerita bagi mereka yang sudah ada masalah penyakit favourite Malaysia. Apa lagi kalau bukan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol.

Di kampung saya di Kepala Batas (dulu pekan koboi tapi sekarang dah macam mini bandarraya dah- ada Pasaraya Terbesar Mydin habaq hang) ada satu farmasi ni dikenali oleh orang ramai Han Pharmacy. Memang famous sebab memang ramai orang. Hampir setiap hari memang ramai beratur minta nasihat tokey Cina a.k.a Pharmarcist disitu.

Tambah-tambah kalau cuti perayaan, Masha Allah memang kalah klinik kerajaan. Servis memang tip top dan selalunya saya tak boring beratur menunggu untuk dilayan. (ya saya akui saya suka pergi Farmasi Han with no valid reason. Favourite ubat saya ialah ubat sakit gigi dan gusi)

Macam-macam cerita kesihatan saya tonton dalam masa 10 minit saya berada didalam kedai yang sempit tu. Macam drama komedi pun ada.

  • Yang mengadu sakit kepala bila malam.
  • Yang risau bacaan darah lebih dari biasa
  • Yang risau berpeluh dari biasa
  • Yang mengadu sengal-sengal badan
  • Ada yang datang dengan kaki bengkak
  • Ada yang hantar wakil sebab tak boleh berjalan dah gara-gara gout menyerang.
Kesimpulan saya boleh katakan adalah penangan minggu pertama berHari Raya. Kalau setiap rumah taknak mengalah hidangkan air manis,bukan setakat orang yang ada diabetis boleh pening, yang tak ada masalah glukos pun boleh jadi ada. Itu baru minuman.

Belum saya sentuh juadah angin lagi. Segala pulut, lemang dan ketupat. Tak cukup ketupat biasa, di anyam juga ketupat jagung, ketupat sotong dan segala jenis fusion ketupat sekarang. Ini bukan takat darah tinggi lagi dah, mungkin boleh sampai tahap terkeluar darah dari kepala ni.

Biskut dan kek jangan cakap lah, masing-masing dah berlumba sediakan waktu bulan puasa, jadi tunggu apa lagi, takan nak tengok saja cantik dalam balang tu kan. Moh cuba serba satu.

Ada rumah yang nak buat kelainan seperti menyediakan nasi tomato, mee kari, laksa Johor dan ada juga juadah dari Middle East. Sambil menulis entri ni pun saya tertelan air liur. Kalau dah nama Raya, semua ni wajib rasa (perkataan sedap hati). Rasa apa nya kalau dah bertambah 2 kali kan?



Kalaulah boleh kita kumpulkan gula yang masuk dalam badan hasil dari 1 rumah terbuka sahaja, kita pasti terus balik rumah, kunci dan duduk senyap senyap dalam rumah. Tak sanggup lagi dah nak meneruskan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah seterusnya.

Alhamdulillah, tahun 2014 ini saya temui
KEBAHAGIAN DALAM KEBAHAGIAN. Cheewah gitu.

Dan kebahagian ini bukan untuk saya seorang tapi untuk mereka yang lain juga. Saya bukan kedekut ilmu, kalau boleh saya nak tengok semua orang enjoy Hari Raya tanpa ada masalah apa-apa pun. Itu baru dinamakan Raya. Setahun sekali. Dah kata kita di Malaysia, takkan keseronokan ini nak ditonton sahaja. Kita perlu raikan.

Cakap banyak takmau, straight to the point. Untuk Hari Raya ini dan bagi mereka yang ada masalah-masalah diatas, saya kongsikan dan bukan syorkan. Perkataan syor itu bagi saya macam kau tak berapa pasti tapi nak nasihat orang. Jadi sekali lagi saya KONGSIKAN manfaat ini:

LECITHIN-


ini untuk pecah lemak. Ambil setiap hari sebelum memulakan kunjungan pertama anda dan selepas juadah terakhir anda pada hari itu.

Tujuannya nak bagi ada 'filter' dalam badan anda. Makan tetap akan makan kan? Kalau tanpa Lecithin ni anda seperti menyerah badan anda untuk di ambush oleh lemak-lemak yang bakal nak masuk tu. Dengan Lecithin ni, ia bertindak umpama shield lemak dalam badan anda. Sekurang-kurangnya ada protection nak bagi lemak tu jangan terkumpul terus. Dia emulsify lemak tu.

Saya paham kalau makan banyak takkannya nak kurus. Tapi cerita saya kali ini bukan nak kurus tapi nak elak masalah gemuk. Kalau nak kurus, kita cerita lain entri.

ALFALFA

ini untuk detoks satu badan. Sama masa pengambilan seperti Lecithin tapi pastikan selepas makan.

Ini bertujuan nak kasi 'cuci' dalam badan kita. Bila perayaan seperti ini, badan kita pun lebih beraya juga. Makanan-makanan yang masuk dalam badan pun macam pesta juga. Jadi memang WAJIB kasi cuci. Kenapa?
Makan hari ni, cuci keluar hari ni. Sediakan badan anda untuk hari seterusnya. Jangan biarkan badan anda itu seperti pusat pembuangan sampah. Segala benda dilonggokkan dibadan. Biar pusat pembuangan sampah itu di mangkuk tandas anda. OK.


HERB-LAX

ini juga HARUS ada bagi mereka yang masuk-masuk tapi susah nak keluar. Paham ka paham?

Maksud saya, susah sangat nak buang air besar. Kadang-kadang sampai sembelit. Apatah lagi bila tiba musim perayaan macam ni. Bagusnya benda ni dia bertindak untuk system penghadaman. Bagi mereka yang perut dah mengandung lebih 3 bulan memang sesuai sangat ambil ni. Usus kita kan panjang dan berbelit-belit dalam perut. Bukan senang nak 'cuci'. Jadi, inilah penyelesaiannya.


Ok itu saja, persedian yang saya ada dan saya kongsikan dengan anda semua.

SAYA DAH BERSEDIA DAN SAYA RASA ANDA PUN PATUT BERSEDIA.

Bukannya mahal benar pun. Mahal lagi baju kurung moden anda dan mahal lagi baju melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak di Jakel tu.

Takmau tunggu lagi ya. Ni nombor saya 012-3777 089. Boleh whatapps, boleh SMS dan saya boleh kongsi cara pengambilan yang sesuai.

Akhir kata, Jom BERAYA SAKAN tanpa WAS WAS

NimboKing
0123777089






Thursday, 17 July 2014

MH17- Antara Malang dan Pailang



Salam Ramadhan untuk semua,

Tengah terleka bersenang lenang dengan juadah dan kejayaan jualan selepas Iftar, saya dan saya pasti anda semua turut dikejutkan dengan berita yang amat meruntun hati. Tambahan pula kita sedang melalui peristiwa menyayat hati dimana saudar seagama kita di Gaza sedang disembelih oleh rejim Laknatullah. Berita yang saya maksudkan dan amat terkesan sekarang adalah MH17 yang dilaporkan telah ditembak jatuh.

Detail pesawat:
Jenis pesawat: Boeng 777
No: MH17
Nyawa: 295 penumpang terdiri dari 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak
Perjalanan: AMSTERDAM- KUALA LUMPUR
Waktu bertolak: 12.14pagi dari Schipol Airport, Amsterdam

Kejadian:
Ditembak oleh angkatan bersenjata yang menjaga sempadan Ukraine. Menurut sumber senjata yang digunakan adalah peluru berpandu jenis BukMissile. Sumber mengesahkan yang pihak tentera Ukraine yang melepaskan tembakan tersebut

MAS terputus hubungan dengan pesawat sebaik sahaja pesawat berlepas dari airport Schiphol. Pesawat hilang dari radar sewaktu melintasi ruang udara Ukraine

Terhempas di:
Daerah Snizhne , Ukraine

Ketinggian perjalanan sewaktu kejadian:
10km

Pergolakan di Ukraine/ Rusia
Kawasan kejadian merupakan kawasan pergolakan perang antara askar Rusia dan pejuang pemisah Ukraine. Dan pergolakan di sempadan Rusia dan Ukraine memang agak hebat ketika ini.

Sedikit sebanyak informasi yang saya boleh kongsi dengan mereka diluar sana. Maaf, saya tidak akan berkongsi gambar agar menghormati hak sesetengah pihak. Saya pasti banyak gambar dan video dikongsi di ruangan sosial yang lain.

Kesimpulan dari berita mengejutkan ini, pada hati saya, ini ujian untuk negara kita dan kita sebagai individu. Apatah lagi bagi mereka yang terbabit secara langsung. Takziah dan doa kami semua pasti tidak akan putus.

Musibah ini mungkin satu rahmat buat mereka didalam pesawat MH17 kerana sebaik baik pengakhiran adalah di bulan Ramadhan yang mulia dan barakah ini. Bagaimana pengakhiran kita?

Dan jika ini adalah juga adalah satu permainan dunia yang telah diatur oleh kuasa besar, seperti kejadian di Sabah dan seterusnya kehilangan MH370, marilah kita terus berdoa dan berjihad agar fitnah dunia ini dapat kita elak.

Jika dulu saya hanya membaca, kali ini saya ada peluang untuk berkongsi.

Jom kita terus berdoa dan dan berdoa. Semoga sapa yang malang mendapat peluang dan yang pailang mendapat balasan.

Mommy feeling devastated and angry at the same time
18/7/14










Monday, 14 July 2014

Her Birthday and My Basketball



Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dah kembali sihat sebab gigi dah dicabut, rasa gila selesa  san baru seronok type panjang panjang

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Lahir pada mak saya- Nadia Najib. Buruk benar bunyi mak, saya masih suka dia sebagai kawan saya yang penuh dengan bebelan tapi blur

Nadia saya kenal dari team futsal dan merupakan pemain yang paling payah nak dapat skill main futsal. Tapi yang kami paling sayang kat Nad sebab dia tak pernah putus asa belajar dan selalu datang practise. Kalau org lain mesti give up.

Saya paling seronok ajar Nad sebab dia tak segan pun ngaku dia tak pandai main. Dan yang paling nostalgic, dia tak kisah pun menanti di bangku simpanan untuk peluang dia. Dan Allah tak pernah kejam, ada saja peluang diberi kepada Nad untuk rasa apa itu permainan futsal dan sekaligus membaiki skill mainannya.

Saya samakan pengajaran disini dengan pengalaman yang saya lalui sewaktu menjadi pemain bola keranjang mewakili sekolah menengah saya. Ketika itu ramai senior yang hebat selalu mendapat peluang bermain dan saya sebagai junior hanya menjadi pemerhati. Selama setahun hanya pemerhati bertauliah dan hanya kadang kala diberi peluang untuk bermain. Kiranya, rutin praktis ialah warm up, berlari keliling kolej, praktis skill dan bila tiba waktu bermain, hanya berdiri di hujung court, bersedia mengutip bola yang tersasar. Dan kami sebagai pemain junior wajib turun paling awal membawa semua kelengkapan dan menyuci court jika keadaan court basah. Dan kami juga yang paling terakhir harus meninggalkan court bagi mengemas apa yang patut.

Saya pasti ramai yang kata ish, takkan sampai begitu. Kejamnya sistem. Ya, saya pun pernah berasa jelak tapi dek takutkan senior senior yang garang macam singa, saya teruskan juga rutin membosankan ini.

Apa yang saya tak tahu, saya tengah develop beberapa skill yang saya tak tahu menyumbang kepada permainan apabila bermain secara pasukan.

Dan saya mampu teruskan sebab sayang saya pada permainan basketball. Saya memang amat suka dengan permainan ini.

  • Saya belajar dari takutkan senior menjadi hormat kepada mereka. Pada pandangan saya, bila dah ada rasa hormat dan takut, akan lahir patuh dan akur. Bila ada benda ni, senanglah terima ajaran dan skill dari coach dan senior senior yang hebat.
  • Saya juga develop perasaan sabar. Yeelahkan sabar menanti. Tahu tak, dalam permainan, sabar itu penting. Kalau gopoh nak score memang akan senang bolos dan senang senang di counter attack oleh pihak lawan.
  • Skill yang amat berguna dan saya praktikkan sampai sekarang ialah skill observation. Ya, saya akui mula mula disisihkan ditepi, saya acuh tak acuh memandang game tapi selepas diherdik oleh akak senior, saya mula memerhati dan bukan lagi melihat. Bila kita ada skill observation, kita belajar lebih dari segi teori dan bahasa tubuh dan lenggok permainan itu. Jadi bayangkan apa yang jadi selepas teori dan praktikal digabungkan.
Ya selepas melangkah ke tahun ke-3, permainan saya mula diiktiraf oleh coach dan senior dan saya terpilih untuk league senior. Dan tahap pencapaian saya sehingga berjaya mewakili pasukan Negeri Sembilan ketika saya berumur 16 tahun.

Cerita imbasan saya kali ini kerana terkenang balik cerita Nadia dan futsal nya. 

Sebab itu saya rasa amat bangga, saya jadi downline dia, dia mampu bawa saya dan kita semua menjadi apa yang kita nak. SEBAB DIA TAK PERNAH PUTUS ASA. Kalau dulu sikap tak berputus asa mampu membawa kepada kejayaan, takkan formula yang sama sedikit sebanyak tak dapat mendapat kejayaan kan?


To my dear Nad,

Happy birthday my dear and i love you more today. Because of you, I am chasing my dream and it seems possible because you are the one who is leading.

Love
NimboKing
15/7/2014

Saturday, 12 July 2014

MASA DAN WAKTU DALAM KEHIDUPAN





Innalillahiwainnailaihirajiun...pagi tadi saya menerima perkhabaran kematian dari saudara terdekat. Si arwah telah meninggalkan isteri dan anak-anak akibat serangan kanser usus. Apa yang lebih menyedihkan apabila berita yang si arwah mengidap kanser diterima agak lewat. Hasil dari pemeriksaan doktor, tahap kanser si arwah telah pun sampai ke peringkat kritikal-tahap 4. Apa yang lebih terkilan ialah perasaan ahli keluarga untuk membantu tiba agak lewat.

Saya hanya ada 2 soalan untuk anda.

Pernahkah situasi ini terjad kepada anda?
Mahukan situasi ini terjadi kepada anda?

Apapun jawapan pertama anda, saya pasti semua akan berkata TIDAK kepada soalan kedua saya.

Oleh itu amat penting anda terus membaca entri ini hingga habis. Jom, ikuti saya untuk memahami apa itu nilai hidup dan kesihatan.

NILAI HIDUP

Pernah tak kita terfikir kenapa kita dijadikan berjalan dimuka Bumi ini dan berlegar-legar diBumi ini untuk apa? Kita meniti kehidupan seperti mana orang sebelum kita meniti kehidupan. Pelbagai simpang dan jalan kita ambil tapi hakikatnya mati itu pasti. Jadi pernahkah kita fikir kenapa kita hidup? Wah gitu...mendalam sungguh soalannya. Ni bukan tiru dari ustaz atau ustazah tapi soalan yang saya tanya diri saya sendiri kemudian saya nak tanya anda semua.

Saya hanya mengingatkan diri saya sendiri sebagai orang Islam. Sememangnya kejadian kita diBumi ini untuk Dia. Kita pusing-pusing, jatuh bangun, belajar dan bekerja adalah untuk kita kembali  kepadaNya.

Ok let's play this calculation game. Jom kita cuba syok kira berapa lama kita ada sebelum kita mati. Amboi Tuhan ka? Bukanlah, tapi saya nak berkongsi pengetahuan saya mengenai kebarangkalian hidup dan mati. For your info, I work to do actuarial work. Bermaksud, saya memang belajar bahagian statistik dan kebarangkalian jangkahayat kehidupan. Ilmu ini amat sangat berguna dalam syarikat insurance dan takaful.

Menggunakan data-data lama bagi meramal dan membuat jangkaan masa depan. Bukan ahli nujum tapi ahli kira-kira ramalan. Ok jom,

  • Umur saya sekarang: 30 tahun (cheewah up 4 tahun nak bagi senang kira kira)
  • Jangkaan kematian (daripada Jabatan Statistik Negara) = 83 tahun (lama lagi tu, InsyaAllah)
  • Berapa tahun untuk mati: 83 - 30 = 53 tahun (ha ye ke?? yee)

Argh, masih banyak lagi tahun nak hidup. Sempat lah nak merasa melancong ke Eropah dan cover the whole United States. Ada masa boleh buat umrah 2-3 kali ni. Boleh gemuk dan kurus kembali ni kan. Alhamdulillah kalau sempat kita merasa umur 80 tahun tu.

Jom lihat pulak kualiti tahun yang kita ada? Saya ambil contoh diatas iaitu 53 tahun.

Masa tidur:

Ni stok tidur taknak bagi berdengkur ni

Dalam 53 tahun kita ada 19,345 hari. Kalau 6 jam setiap hari kita habiskan untuk tidur, bermakna kita sudah habiskan 13 tahun untuk tidur. 13 tahun babe. Uish lamanya. Itu kalau kira 6 jam. Confirm bila weekends jee terlajak lampau tidur. Ha pasti lebih 13 tahun kau....

Masa kerja:

semak kan lihat? 

Memang betul wang bukan segala-galanya tapi hampir segala-galanya memerlukan wang. Jadi adalah lumrah untuk kita semua bekerja bagi mendapatkan wang untuk hidup.

Saya ambil purata rakyat Malaysia kerja makan gaji yang memerlukan 8 jam komitmen. Kalau bekerja sendiri apatah lagi. Lebih dari itu kan.

Kira-kira dalam 53 tahun itu, hampir 15 tahun adalah dihabiskan pada waktu kerja setelah ditolak hari-hari cuti dan hari-hari kita sakit dan ponteng kerja. Eleh, tak habaq pun, saya tau....


Masa hiburan/ happy happy/ rehat:


Contohlah kita ambil masa rehat sewaktu bekerja, ditambah masa Sabtu dan Ahad, tambah cuti sekolah bawa anak-anak pergi bercuti. Tambah pula masa Hari Perayaan dan Public Holidays. Kita pun tahu Malaysia ni banyak cuti dan perayaan dan selalunya masa inilah kita beriadah bersama keluarga. Ini tak termasuk lagi nak pergi kenduri kahwin lah, baby shower, shower dengan laki, shower cap, bachelor stag nights lah dan bachelorette parties lah...

Pukul rata dalam setahun ada 20 hari kita cuti untuk keramaian seperti ini. Dan 100 hari Sabtu dan Ahad (weekends). Jadi dalam 53 tahun, 17 tahun untuk aktiviti ini.

Masa untukNya

Saya ambil purata yang wajib ya. Dan pengiraan ini pun dikhaskan kepada mereka yang buat 5 waktu. Jadi kalau kita ada jamak dan qasar pandai-pandailah pikir. Dan jika kita ada terskip dan tertaksengaja tinggal, tahu-tahu sendiri lah ye.

Saya anggarkan masa yang diambil untuk solat lebih kurang 10 minit. Sedih tak bunyi. Orang perempuan kita kalau nak siap ke dinner function or kenduri mau 30 minit tu pun baru letak foundation. Belum cerita nak belit tudung lagi kan. Kan Kan..saya tahulah sebab yang saya cerita ini saya.

Kiranya dalam 1 hari yang ada 24 jam, kita hanya gunakan 50 minit untuk solat. Saya ambil 60 minit lah ~ 1 jam satu hari. Jadinya, dalam masa 53 tahun, kita hanya guna 2 tahun untuk aktiviti ini.


Kualiti Tahun

Jom lihat kembali calculation masa dan tahun kita:

  • Masa untuk hidup andai ajal kita seperti yang diramal oleh Jabatan Statistik: 53 tahun
  • Masa tidur kita: 13 tahun
  • Masa kerja untuk mendapatkan wang:  15 tahun
  • Masa riadah kita: 17 tahun
  • Masa yang 'free': 53 - 13 -15- 17 = 8 tahun

Kita sebenarnya hanya ada benar-benar 8 tahun sahaja. Dan itupun sedih tak sedih, dalam masa 8 tahun itu, 2 tahun sahaja digunapakai untuk bersiap sedia menemuiNya.

Maafkan saya jika pengiraan saya mengenai masa untukNya hanya 2 tahun itu terlalu ekstrem tapi saya rasa itulah hakikat yang sebenar. Itu belum di ambil kira ibadat yang tidak diterima. Solat yang terbatal tanpa pengetahuan kita. Dosa umpatan kita, dosa ria kita.

PERSOALAN PENTING

Kita sebenarnya berapa lama hidup dalam erti kata sebenar?

Jadi kalau kita tepuk dada tanya selera untuk makan, saya minta kita tepuk (tekanlah nombor tu) calculator, kira dan tanya berapa lama erti hidup kita.

CURI MASA

La sedih kan, jadi apa nak buat camni? Tak cukup ni bekalan nak masuk syurga. Ini bukan kata syurga, tangga syurga pun belum tentu cium ni.

Konsep saya belajar sejak ada geng MFMS ni ialah curi masa. Di setiap jam yang berjaga itu ambillah sedikit masa dengan mengingati DIA. Telefon DIA melalui zikir, ajak dating 5 minit melalui sunat apa apa lah. Kemudian bila tengah seronok berhibur tu, bila syok nyanyi karaoke tu, selitlah lagu Nasyid buang 3 buah. At least kan.

Dan bila wajib tu, buatlah sehabis khusyuk yang boleh. Konsep saya senang, kalau masa buka tudung, buka brooch, cuci make up guna make up remover dan ditambah pula pakai tudung, bubuh maskara dan lipstick blend 2 colour tu tidak melebihi masa yang diambil untuk solat 4 rakaat.

Tapi itu cara saya lah.

AKHIR KATA...

Benda ni tak akan pernah berakhir selagi belum sampai ajal kita. Apa yang saya coretkan diatas bukanlah berniat nak tarbiyah ke apa. Itu cerita saya mengenai diri saya dan peringatan untuk diri saya dan anak-anak saya bila diorang pandai baca nanti.

Yang saya terpanggil untuk berkongsi pun setelah melihat petikan bualan dengan Muhammad Ali- Fly like Butterfly and Sting like a Bee.

Terus terpana bila dia cakap,
'when all of this (his carrier) is over, I want to work hard to enter Jannah'
Dia betul-betul takut dengan Neraka.





Uisshhh...seram juga. Saya yang sakit gigi ni pun dah rasa nak pitam.

Dan satu lagi, untuk nak curi masa dan beribadat khusyuk pun perlukan badan dan kesihatan yang baik. Saya cakap sebab saya tengah sakit gigi. Uisshhh, sebab sakit tu lain macam bila solat. Dahlah tak boleh focus. Benda apa saya baca pun saya takleh nak ingat. Parah betul. Itu baru sakit gigi, kalau sakit sendi, sakit hati dan lemah lutut.

Jadi bila dipikir, kita perlukan lebih lama untuk hidup bagi bersedia nak berjumpa denganNya. Tapi apa yang lebih penting, kita perlukan kualiti kehidupan itu. Hidup lama satu hal, tapi nak kena hidup secara sihat juga. Tu belum saya kira berapa tahun bazir kalau dok sakit-sakit, masa nak pergi klinik atau hospital lagi. Dari 8 tahun mau tinggal 3 tahun jee kan.

Cukuplah tu menaip, nak cari ubat sakit gigi. Yang sakit benda lain tu boleh cari saya ya.

NimboKing Your BEST SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
13/7/14

Friday, 11 July 2014

BEST KE SHAKLEE?



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,



Pengetahuan dan penglibatan saya dalam dunia network marketing bukan baru. Sejak lepasan SPM lagi saya sudah pandai berjinak-jinak dengan skim Ponzi, Pyramid dan kemudiannya Multi-Level-Marketing (MLM). Pelbagai business dari Luxor ke Omegatrend ke Avon ke Tupperware. Tidak cukup dengan itu, saya juga pernah menjadi Unit Trust agent, pemain Forex dan agen kepada beberapa produk kecantikan yang sistemnya dikatakan berbeza tetapi bila diteliti adalah sama. Saya tahu dan kenal dan pernah jatuh dengan dengan sistem-sistem ini. Bila saya masih tidak kemana-mana seperti leader-leader yang lain, saya menyalahkan diri saya sendiri.

Saya arif dengan kekuatan networking dan saya percaya yang pulangan sistem networking adalah lebih tinggi dari makan gaji. Banyak leader yang hidup mewah dan berjaya. Sedihnya, nasib baik itu tidak pernah menyebelahi saya. Sebab itu saya tidak terperanjat dengan pendapatan kedua-dua supupu saya dalam bidang Shaklee ini. Mereka sekarang adalah Master Coordinator (Master Amir dan Master Nadiah). Pada masa itu saya ingat syaratnya hanya perlu rajin bekerja dan berusaha. Jadi saya salahkan diri sendiri kenapa tidak berjaya.

Bercerita mengenai Shaklee. Pengenalan saya dengan Shaklee sudah lama. Tapi pada masa itu saya hanya jeling-jeling dan sapa HI saja. Bermaksud, saya tahu kewujudan Shaklee sejak saya dibangku sekolah rendah tapi Mama lebih menggemari produk Amway untuk supplement kami sekeluarga. Pada masa itu Shaklee jauh tidak dikenali ramai berbanding produk kesihatan dan kecantikan yang lain.

Walaubagaimanapun, sejak akhir- akhir ini nama Shaklee seperti melonjak naik. Pada masa itu saya selalu berkata, pandai Shaklee tukar strategi pemasaran. Dari offline ke online. Dari single item vitamis ke package/ set. Lebih mudah dipasarkan dan ramai yang 'tertipu' dengan set ini. Walhal ialah campuran vitamin-vitamin yang juga boleh didapati dari mana-mana farmasi. Saya puji Shaklee kerana telah berjaya dengan system marketing terbarunnya.

Tapi untuk saya kembali menceburi dunia networking, oh NO WAY!. Too much work to do and the same old stories. Kalau nak tahu, suami saya sering gelakkan saya bila saya bersemangat dengan satu-satu benda baru. Kalau dia tak cakap pun, saya tahu, mesti dalam hati dia kata

"Eleh isteri aku ni, hot hot chicken waste"

Lagipun, pendapatan saya dan suami pada masa ini sudah lebih dari cukup dan Alhamdulillah hidup kami sekeluarga selesa.

Hinggalah pada tarikh 16 Feb 2014, memang akan ingatlah. Dimana saya terus jumpa Musafiddin atau lebih dikenali oleh saya dengan panggilan Bob (Snr Supervisor)- (www.nadiamusa.net) lantas meminta nasihat untuk turunkan berat badan. Pada saya, kerja Bob amat mudah ketika itu. Dia tidak perlu convince, dia tidak perlu explain kerana saya memang terdesak mahu menurunkan berat badan saya. Apa yang menyedihkan, size seluar hampir ke XL. Saya baru ada 2 orang anak, takkan saya nak nampak macam sudah ada anak 5? Ya, saya akui saya memang teliti dan prihatin bab cantik dan sihat. Yeelah kan perempuan.

Kenapa Shaklee ketika itu? Sebab saya Nampak Bob sudah turun berat badannya. Sebab saya tahu kalau setiap kali saya google set kurus, asyik-asyik set Shaklee yang berada di top 10, mestilah bagus kan. Sebab juga saya nampak Bob dan Nadia bawa product Shaklee ke sana, sini berlegar di office. Harga melebihi RM300 tidak menjadi masalah bila Bob kata, "Insya Allah boleh, tapi ikut cara yang aku nasihat". Sejak itu Bob ialah Boss Kurus saya.

Bersama set kurus Shaklee ini saya rasa perubahan berat badan saya dan mahu mengulang pembelian pada bulan berikutnya, Mac. Dan ini sekaligus menukar persepsi saya mengenai set- set cadangan Shaklee yang saya fikir penipu. Ternyata memang benar berkesan.  Masalahnya, saya perlu beli harga runcit (retail) sebabnya Shaklee telah keluarkan notis agar pembelian harga ahli untuk ahli sahaja. Nak tak nak, saya setuju dengan Nadia atau lebih dikenali saya Nad (isteri Bob) untuk menjadi ahli agar saya dapat membeli dengan lebih murah.

Penyusutan badan dari segi size nampak makin ketara dan ramai yang menegur. Saya hanya katakana yang benar, Tak baik menipu kan. Jadi secara tak langsung ada rezeki Nadia dan Bob disitu. Yelah kan, saya bukan masuk nak berbisnes. Bila teringat kembali, aktiviti jualan itu memang tak boleh lari dalam diri saya.

Penglibatan secara serious dengan Shaklee bermula apabila Bob mengemukan soalan kepada anak-anak Shaklee nya "Siapa yang berminat untuk bisnes?" Memandangkan saya lihat product Shaklee yang saya gunakan menjadi, saya kata why not lah. Bermula dari April. Apa yang saya buat ialah AKUR APA YANG BOB KATA. Dia suruh saya post fb, saya post fb. Dia suruh saya buat blog, saya pun terkial-kial buat blog. Kerja saya mudah, ikut sahaja. Tidak perlu pening strategi ke apa ke.

Cabarannya saya ada 2 Boss ketika ini. Satu boss full time, satu lagi Bob the Boss. Dua-dua saya akur tapi tipulah kalau saya kata saya tak lebihkan Bob.Yeelah kan, bandingkan dia dan Boss saya, Boss saya tak dapat turunkan berat saya sebanyak 6 kilo. Dia berjaya dengan cara nasihat saya saja. Boss saya tak ajar saya jadi popular di facebook tapi Bob berjaya. Boss saya tak ajar saya buat blog dan menulis (which I really like) tapi Bob berjaya. Jadi memang patut saya ikut cakap Bob. Seriously, I just follow whatever he says until today.

Punyalah ikut, sampai saya dapat bonus 3 angka pada bulan berikutnya, May. Itu hanya ikut dan patuh. Tak buat lebih tak buat kurang. Semua itu dari kawan rapat dan ahli keluarga. Agak senang dengan akur dan patuh. Saya tak tahu pengiraan UV dan dan saya tak ambil tahu langsung. Saya bersyukur ada Nad sebab dia akan monitor apa saya buat dan perlu buat.

Perjuangan serius saya bermula pada bulan Jun sebab awal-awal bulan, saya rasa bersemangat mengajukan soalan untuk Nad

"Hang nak suruh aku buat apa ni? Nak suruh jual berapa? Bulan lepas bonus 3 angka, bulan ni kena 4 angka ka?"

"Ok Tas, kau cuba jual Set Kurus dalam 30 set" kata Nadia

Tanggal 1hb June, target yang diletakkan oleh Bob dan Nad ialah saya harus jual 30 set kurus Shaklee. Kenapa begitu, yeelah kan saya kan tak belajar dan malas nak ambil port hal uv ni. Saya nak senang je.

Cabaran bulan June adalah pengalaman baru untuk saya. Selama ini saya tahu serba sedikit dunia offline dan bagi saya marketing itu perlu dilakukan dengan berjumpa orang. Pengalaman mengonlinekan diri pada mulannya agak janggal tapi saya terima untuk satu ilmu yang baru. Bila dah busy online ni, banyak pula nak kena belajar dan belajar. Untuk ini, perkara berat yang saya lakukan ialah turun ke tahap paling bawah. Buangkan ego dan perasaan malu saya bertanya dan terus bertanya. Dan yang paling mencabar bila menerima kritikan dan tempias.

Kerja saya dengan Shaklee bermula seawal jam 4 pagi. Bangun untuk menulis entri. Tatkala itu juga anak saya bangun untuk menyusu. Pernah juga saya menyusukan anak saya sambil tangan tidak berhenti bergerak menulis blog. Perjalanan ke pejabat pagi dan petang yang hampir satu jam, saya betul-betul gunakan untuk memberi dan menghantar message kepada mereka yang bertanya dan yang paling penting kepada mereka yang belum bertanya. Pada saya mereka ini mungkin tak tahu apa nak ditanya jadi saya bagi peluang dengan memberi message dulu. Saya tahu bekerja sebagai full time banyak kenkangan masa, jadi saya perlu atur jadual saya supaya saya tidak tertinggal dari menjadi 'famous' didalam alam maya. Saya harus pastikan saya mengonlinekan hidup saya. Jika ada kelapangan masa, saya akan pastikan saya mengikut Bob dan Nad pergi ke branch membeli barang. Disitu juga saya menimba pelbagai pengalaman bila berjumpa dengan mereka yang otai-otai di branch.

Bila pergi ke branch, kita lihat ramai SID dan mereka yang hebat-hebat diluar sana. Jadi saya semangat tak pernah berhenti bekerja mengonlinekan diri. Saya perlu jadi outstanding kerana ramai SID diluar sana. Walaupun ramai, masih besar lagi pasaran yang belum disentuh oleh Shaklee. Ramai yang tidak tahu apa itu Shaklee dan bagi saya masih belum ramai tahu NIMBO KING-YOUR BEST SHAKLEE DISTRIBUTOR.Tema saya pada bulan itu, saya bukan jual produk tapi saya jual diri saya. Jual punya jual, dapatlah lahirkan seorang anak. Pasang siap elok di cawangan utara- Fathin Rosli.

Itu adalah kerja fizikal saya. Tapi kekuatan fizikal saya tidak akan sehebat seperti itu jika bukan kerana pengisian rohani saya. Saya amalkan apa yang disarankan oleh Bob dan Nad. Kekuatan fizikal saya dapat dengan bangun pagi dimulakan dengan Allah dan diakhiri dengan Allah. Pergantungan secara total dan hak milik kekal adalah keranaNya semata-mata.

Syukur sangat bila kerja 'menjaja' diri saya mula membuahkan hasil bila mana minggu terakhir bulan June, ramai yang tahu kewujudan saya sebagai SID. Satu-persatu order masuk dan terus masuk. Dan saya juga berterimakasih kepada mereka. Sebab merekalah saya kurus. Yelah kan, focus saya adalah set kurus, jadi saya kenalah kurus dulu. Perjuangan yang berterusan ini sehingga ke akhir-akhir bulan June. Saya tidak pernah kata TIDAK.

Setiap kali bob tanya "Ok tak Tas? Kau kena jual sekian sekian...
Dan setiap kali itu juga saya taknak runsingkan dia " Ok Bob, bisa bisa"

Bisa punya bisa...Syukur kepadanya, title SUPERVISOR atau lebih dikenali SUPERBISA itu milik saya pada bulan June.


Bulan June menukar anggapan saya yang selama ini merasa diri yang salah sebab tidak berusaha. Sebenarnya banyak factor lain juga yang menyumbang kepada kejayaan selain dari usaha. Macam nilah, usaha langgar tiang tak sama dengan usaha panjat tiang.

Pengajaran yang saya dapat pada bulan June terlampau banyak. Apa yang saya boleh kongsikan

  • JANGAN BERHENTI BEKERJA- dan jangan pernah mengalah walaupun dah nak masuk hujung bulan. Pada saya kita bukan Tuhan nak tentukan bila rezeki boleh dapat. Patutkah aku tangguh sebab dah hujung bulan. Buat sales bulan depanlah. Siapa kita nak persoalkan rezeki itu?

  • BERGIAT AKTIF DENGAN PASUKAN- saya bersyukur kerana pilihan tidak sengaja ini terpijak dengan kumpulan MFMS- The most HAPPENING Shaklee group. Kan dari dulu cikgu-cikgu pesan kalau belajar biar secara kumpulan. Konsep yang samalah. Walaupun saya masih tidak berkesempatan bertemu secara 'live' pasukan MFMS ini, tapi saya dapat rasakan ha'PENING'tu. Bagi saya kumpulan inilah yang buat saya tak terlanggar dinding dan rasa syok sendiri.

  • PATUH DAN AKUR- saya budak baru. Pengalaman yang saya ada sebelum ini mungkin relevan atau mungkin saya syok sendiri.- Jadi bak kata Hattan dan Waris- 'Jangan mudah dipertikai, Tak Tahu Tanya Dulu, Jangan Gomar Memandai-mandai.' Jalan yang disediakan itu dah cantik. IKUT saja.

  • PERGANTUNGAN SECARA TOTAL DENGAN ALLAH- Kalaulah boleh saya uraikan bagaiman prosesnya, saya akan kongsi. Tapi tiada kata-kata terbaik untuk saya ceritakan bagaimana penyerahan secara total ini. Dia umpama perasaan sabar yang kita tak boleh minta dan minta tapi kena praktis dan praktis. Ha itulah tu. Tapi itulah yang saya praktikkan sejak dibawah team MFMS.
Kejayaan fasa pertama saya ini digerakkan oleh Bob dan Nad. Disusuli dengan team NadiaMusa dan MFMS dan berakarkan dari family saya sendiri. Tapi tunjang utama ialah Dia Yang Esa.


Untuk pengetahuan semua, ini adalah satu-satunya networking yang saya join mengutamakan hal-hal akhirat. Bukan kerana kereta BMW atau rumah mewah atau pakej pelancongn ke luar negara. Saya tahulah kan saya banyak join business networking. Selalunya material adalah gambaran awal untuk tarik orang masuk berbisnes. Bagi saya Master checklist itulah yang membuat hati saya terus melekat dan business dengan Shaklee nampak indah dan mudah.

Saya yakin dengan Master Checklist itu mampu membawa kejayaan yang besar untuk saya dan anda semua.

Saya akhiri luahan rasa saya ini dengan doa yang saya selalu panjatkan kepadaNya

"Andai ini adalah jalan untuk aku rapat dengan Mu, Kau permudahkan dan lapangkanlah perjalanan business ini untukku"

Amin...
Nimbo King
12/7/2014

p/s: oh ya jawapan kepada tajuk. Shaklee tak best kalau bukan bawah MFMS.







Wednesday, 9 July 2014

RAHSIA UNTUK JADIKAN KECANTIKAN ITU MILIK ANDA!!!







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berita hari ini:

Lokasi kejadian: Surau
Masa kejadian: 10.45 pagi
Lakon layar secara langsung: Dua wanita yang sudah ada anak tapi boleh dikira muda dari usia sebenar
Seorang gadis masih perawan tapi nampak kegelisahan melebih usia sebenar

Scene 4, Take 22, ACTION

Wanita 1: I think instead of covering that thing with all the powder, tak nak cuba rawatan dari dalam. (Sambil menenung tempelan demi tempelan krim di muka gadis)

Wanita 2: Haah, yang kau buat tu, diluar. Yang penting didalam.

Gadis: Apa ni, aku dah tak percaya. Aku beli vitamin C, takde apa apa pun...

Terus statement tu tersentap dihati. Kubalik tempat, hela nafas panjang dan mula mengarang...

Untuk yang nak tahu kesudahan cerita, yang nak cantik dan yang nak lebih maklumat, disyaratkan baca sampai habis.

PEMBACAAN SETERUSNYA AKAN MEMBANTU ANDA MENGENAL DAN MENGATASI AGAR KECANTIKAN ITU MILIK ANDA. TIADA KESAN SAMPINGAN MALAHAN KESAN POSITIF AKAN MULA TERASA SEAWAL 2 MINGGU PENGUNAAN!!!

(**Set ini juga mempunyai kesan sampingan YANG POSITIF untuk kesihatan badan menyeluruh. Jangan terperanjat pula kalau lepas ni rasa bertenaga semacam)

GUNA TANPA WAS-WAS!!

Memperkenalkan SET KECANTIKAN ANDA yang terdiri dari:

VITA-C, VITA-E COMPLEX , B-COMPLEX

dan seharusnya, ESP 
Kehadapan Abang Long, Bang Ngah, Saudara, Puan, Cik Adik manis,

Betul atau tidak, ini masalah anda?
  • kulit lesu tidak bermaya
  • tekstur kulit yang kering sampai kalau garu-garu nampak garis putih. Kalau seronok garu, luka pulak
  • muka berjerawat. Tengok dekat ngan cermin..eh eh bukanlah, itu kan jeragat. Arghh sudah.
  • bila buat facial, amoy tu mula bising 
'hayaaa, hidung you ada manyak black head, white head. Itu semua nanti I kasi picit keluar ya'.
Tahukah anda, proses picit to sakit Ya Rabbi. Kalau kulit mamak pun boleh nampak merahnya. Stok mengalir air mata kot tepi wooo!
5) Seribu satu kisah masalah kulit lagi.

APA YANG SET KECANTIKAN ANDA INI BOLEH TOLONG ANDA?
(set ini dah tolong saya,Alhamdulillah terbaik cenggini

Mengikut pengalaman diri sebagai pengguna, SET KECANTIKAN SHAKLEE ini adalah formula kecantikan yang kualitinya MEMANG TIDAK DISANGKAL. Boleh tanya Pakcik Google kalau mau tau lebih. Ini kerana kandungan (ingredient) adalah dari bahan-bahan semulajadi yang telah menjalani proses jutaan ringgit bagi memastikan sumber itu tetap asli dan yang paling penting BERKESAN.

Dan yang paling A ialah bukan sahaja masalah kulit yang hilang, tapi juga memberi kesihatan badan yang menyeluruh. Pendek kata (dan memang ringkas pun), makan ja secara konsisten, lepas tu boleh tukar set muka yang mahal-mahal ke Simply Siti jee.  I dah tukar okay, dari Bobby Brown yang riban ringgit tu. Uish, mahal nak maintain.

1. VITA-C- dari dulu sampai sekarang, semua orang kenal Vitamin ini. Tapi ramai yang telan ja tapi dan buat taktau apa manfaatnya. Memandangkan kita tengah cerita bab kecantikan kulit, jadi jom tengok apa kisah vitamin C dengan kulit kita:
  • Siapa kulit kasar dan kering, jeragat, tona tak sekata, ini jawapannya. Selain itu ia membantu membaiki luka. Jadi siapa yang suka pecah bisul dan jerawat, sesuai sangat lah.
  • Pernah dengar kan artis suka cucuk sana cucuk sini nak bagi anjal kulit kan. Bukan BOTOX konon, HAREEM. Yang depa dok cucuk tu, Vitamin C lah habaq mai. Why vitamin C? Kerana vitamin C berfungsi mengikat kolagen bawah kulit dan seterusnya menghasilkan kulit lebih anjal.

2. VITA-E COMPLEX- yang best pasal vitamin ni memang difokus khas untuk kesihatan kulit. Siapa yang jenis acne dan sensitif, makan kacang ja keluar jerawat, tidur lambat ja mata lembam macam kena tumbuk, ha ini ubat anda. Bukan sahaja kurangkan jerawat dan jeragat tapi juga bertindak sebagai anti-aging. Ha barulah TERLAJAK MUDA'. Natural dan bukan plastik surgical. Kalau VITA-C bantu baikpulih luka, VITA-E pula mempercepatkan proses itu.

Side effect: JANGAN GUSAR..ni side effect positive, vitamin ini juga baik untuk jantung dan menghalang pertumbuhan abnormal cell seperti cancer.

Dahlah cantik, muda, tegang, SIHAT pula! Uisshhh dah lain macam bunyi ni...


3. B-COMPLEX - Dulu mungkin saya jarang suggest vitamin ini. Yeelah kan, sapa yang stress sampai nak kena ambil vitamin bagai kan. For me, you can manage your stress. Tapi selalunya kita boleh manage tapi selalu juga kita gagal. Ada ja benda nak distressess kan. habis semua kulit jadi kedut seribu dek stress. 

Jadi vitamin ini sangat membantu. Bukan sahaja anti-stress tapi juga melancarkan perjalanan darah, melembabkan kulit dan anti kedut. Memang dari seribu kedut ke seribu kali WOW lah kan. Hang stress, hang telan ja vitamin B ni. Kalau siapa yang bekerja makan gaji tu, boleh offer kepada Boss. Memang dari dulu niat I nak bagi Boss I, asyik berkerut jaa.

4- ESP- Tahukah anda, hampir kesemua cadangan SET SHAKLEE pasti akan disarankan ESP. Kepada yang tak tahu, ha dah tahu kan?

Pada saya ini sumber All in One balang. dalam balang ni lah tenaga, dalam balang ni lah pengganti tisu-tisu yang rosak, dalam balang nilah buat bibir kemerah-merahan, dalam balang inilah rahsia kulit kembali tegang dan lembab.



NAMPAK TAK SET DIATAS TU ADALAH JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN KULIT ANDA.
ITU YANG NAMPAK, YANG TAK NAMPAK PULA BANYAK LAGI KEBAIKAN KESIHATAN TUBUH BADAN.
YANG TAK NAMPAK ITU NAK KENA CUBA LAH.
Saya tak suka nak letak testimony sebab nanti orang kata..elehh bolehlah tah sapa-sapa gambar diambil, diletak ...tah tah bukan sebab produk Shaklee pun. Jadi saya persilakan untuk saudara-saudari mencari dan bertanya sendiri. Google jee, set kecantikan Shaklee, banyak kot testimoni. I don't have to elaborate more..so I letak iklan jualan DIRI SENDIRI

Ini bukan poyo tapi iklan tulen:

Hasil Set Kurus + Set Cantik. (kurus tengah dalam usaha nak masuk size S hujung bulan puasa ni, cantik pun dalam proses mencantikkan akidah dalaman dan luaran)



JADI NGANGA APA LAGI? JANGAN TERCANGAK TIANG DAN BIARKAN KECANTIKAN INI MILIK ORANG LAIN.

BOLEH JADI MILIK ANDA KALAU ANDA CARI ....CARI BIAR BETUL...CARI SAYA

RAWAT LUAR TAPI RAWAT DALAM. Kan orang selalu kata kecantikkan itu datang dari dalam.

NimboKing
0123777089




Want to know what supplements that suit you and your family?
Want to be part of our success journey?
Want to generate  4 to 5 figures income?

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with Shaklee
Call, sms and what apps!












Sunday, 6 July 2014

BISKUT RAYA MAKTEH KU DATANG LAGI!!!!!!!!!!!!



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan untuk semua,

Selalunya promosi biskut raya saya akan diadakan di pejabat dan orang-orang yang mengenali saya.

Buat julung kalinya saya nak promosi di BLOG dan diharap mendapat sambutan yang menggalakkan. Amin.

BISKUT RAYA HOMEMADE- original dibuat, dibakar dan dibungkus dari rumah saya.

SEJARAH

Dibancuh, diadun dan dibakar enak oleh MAKTEH saya sendiri. Dah nama ORIGINAL HOMEMADE GITU!. Semuanya asli termasuk MAKTEH saya pun asli dari Pulau Pinang. NOT FROM ANY FACTORY!!

Kebersihan pula dijamin sebab rumah saya bersih dan tangan yang menggulung dibersih dan disteril dan dibalut dengan plastic.

Penglibatan beliau dalam kuih-muih, biskut dan cake melebihi 1 dekad. (>10 years maa) dan usahawanita kecil-kecilan ini telah melebarkan sayapnya ke Selangor/ Kuala Lumpur melalui saya.

Jadi ORDER TANPA WAS WAS!!

BISKUT PILIHAN
Antara biskut kegemaran ramai dan menjadi tumpuan setiap kali menjelang raya adalah ( susunan kuih dari atas kiri ke kanan dan kebawah dan begitulah seterusnya)

  • LONDON ALMOND- Rasa coklat, RAPUH dan menggunakan kacang ALMOND/ BADAM PENUH dan bukanlah di belah belah untuk jimat. Dibakar menggunakan hati dan perasaan yang IKHLAS. Sedang elok pembakaran nya bagi menghasilkan rasa yang rapuh dan tidak lemau.

  • TART NENAS GULUNG – Penuh rasa jam Nenas dan cair didalam mulut (tidak perlu gigit, mamam mamam jee dah cair dan telan) Adunan menggunakan BUTTER dan bukan PLANTA yee. Merupakan kuih buatan MAKTEH saya yang paling awal dan lama bertahan hingga hari ini. Sebab sedaplah mampu bertahan lebih dari 10 tahun.

  • OAT CHOCO- Biskut oat chocolate yang gebu dan hancur didalam mulut. Disaluti pula dengan susu tepung untuk menambahkan nilai ESTETIKA biskut itu dan rasa yang lebih UPMHHH…Kalau gigit sekali, terus nak habiskan sebab nak ambil lagi satu.

  • LINGKARAN CHOCOLATE- Biskut yang rapuh hasil adunan CORNFLAKES dan NESTUM bersama tepung jagung, habaq maaaiii. Punyalah nak bagi rapuh, tak cukup dengan itu, disalut pula dengan SERBUK BISKUT ROTI agar si pemakan tu bila kunyah, KRUPPP KRAPPP KRUUPPP KRAAPPP....ha gitu...

  • HAZELNUT CHOCO- Rapuh diluar dan CAIR COKLAT didalam. Memang hebat penangannya. Ini memang biskut TERLAJAK HABIS bila di office saya. Kalau boleh kenal salah seorang pembeli tegar iaitu Saudara Rossaili (rakan sepejabat saya), setiap tahun borong lebih 15 balang. 5 balang dah confirm habis bila bulan puasa. Lebihan pula diangkut ke Singapura. Punyalah sedap tangkap leleh seperti coklat yang mengalir leleh bila digigit.

  • BISKUT COFFEE- bagi mereka penggemar coffee, sampai kalau cari icecream pun nak ice cream coffee, pagi sahur pun coffee, buka puasa pun coffee. INI BISKUT ANDA!!

  • BEPANG- Walaupun buruk namanya tetapi memang menjadi pujaan ramai kerana intipati yang digunakan adalah bukan kacang tapi ALMOND/ BADAM(lebih mahal) dan rasa manis dan kunyah nak lagi tu memang POWER!

  • SAMPRIT- Biskut tradisi yang telah di fusion kan oleh MAKTEH saya. Masih mengekalkan rasa tradisional yang sama tetapi ditambah dengan kerangupan agar si pemakan tak cukup dengan satu. Di hiasi manik berwarna agar lebih cantik bila diisi didalam balang untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Senarai biskut diatas menjadi pilihan ramai. Dengan izinNYA, saya selaku anak menakan (anak saudara) MAKTEH saya, berani JAMIN LEBIH SEDAP DARI APA YANG ADA DIPASARAN.  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh komen atau whatapps saya secara personal.

HARGA?

Jeng-jeng-jeng, oleh kerana tahun ini saya bermula lebih lambat kerana penumpuan lebih terhadap business SHAKLEE saya, saya terus tak ambil komisen ka apa.

Harga direct dari MAKTEH saya:

RM20 SEBALANG (ADA 50 BIJI) KECUALI SAMPRIT RM21 SEBALANG dan BEPANG RM23 SEBALANG.

**tidak termasuk kos penghantaran.Bergantung pada pos laju dan berat. Paling menjimatkan jika dating dan ambil dengan saya di kawasan Damansara atau Nilai. Jika di Utara, di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang.

ORDER TUTUP

22 JULY 2014!! bagi kawasan Selangor/ Kuala Lumpur.
24 JULY 2014!! bagi kawasan Utara

Bagi mereka yang nak makan biskut raya di bulan puasa (BISKUT PUASA) bolehlah membuat tempahan minggu ini kerana saya akan balik ke HOMETOWN hujung minggu ini.- 18-22 JULY 2014


GAMBAR

Pertama sekali saya memohon maaf kerana gambar yang dilampirkan memang tidak berkualiti langsung. Gambar gambar ini diambil oleh MAKTEH saya sendiri. Seperti yang dimaklumkan, MAKTEH saya bukan seorang photographer tetapi pembuat biskut raya yang tegar.

Jadi mohon dengan sangat jangan terpengaruh dengan gambar itu. Itu hanyalah gambar, yang penting biskutnya.

**saya tengah berusaha mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik dan jelas.






IKHLAS MENJUAL DAN BUKAN PENIPU JALANAN
Mommy with your Makteh's cookies

7/7/14

p/s: (saya izinkan dan berbesar hati untuk anda forward kan iklan saya ni kepada mereka-mereka yang lain yang berminat dan anda berhak meng’up’kan harga untuk pendapatan anda. Hak anda adalah tanggungjawab anda!)

Info dan Fakta LECITHIN



LECITHIN Shaklee merupakan salah satu produk top 10 terlaris kerana konsepnya memecah lemak. Jadi keperluan Lecithin adalah penting terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, mengekalkan bentuk badan dan pelbagai keperluan kesihatan badan secara menyeluruh.


  • Lecithin Shaklee diesktrak dari kacang soya organik bukan-GMO (non-GMO). 
  • Setiap tablet mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.
  •  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan 
    • acetyl-kolin
    • inositol
    • fosforus
    • lemak tak tepu

KEBAIKAN LECITHIN

1) MENYERAP VITAMIN YANG LARUT LEMAK


Seperti gambaran diatas, Lecithin membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak. 

2) MELINDUNGI HATI



Lecithin menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Ia juga berperanan memulihkan kesihatan hati.

Gambar diatas jelas menunjukkan perubahan fizikal akibat hati berlemak. 

3) PEMECAHAN LEMAK DAN KOLESTROL

Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salut darah. Pengambilan Lecithin membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.

Proses emulsify lemak seperti eksperimen ini:



4) PELANGSINGAN

Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Pengambilan Lecithin yang konsisten dan berterusan mampu membentuk susuk tubuh yang cantik.



5) MENCANTIKKAN OTOT DAN KULIT


Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan

6) MEMPERBAIKI ALERGI



Ini dengan cara menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salurdarah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit-dermatitis dan demam alergi

7) MENGHALANG KEJADIAN BATU KARANG



90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8) MEMPERTINGKATKAN DAYA INGATAN DAN MERINGANKAN STRES

Lecithin mengandungi kolin yang membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9) MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI




Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah

10) MEMPERBAIKI PROSTAT LELAKI

Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak

11) MERINGANKAN SEMBELIT



Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.


CARA PENGAMBILAN

Untuk kesihatan menyeluruh disarankan mengambil lecithin 2 kali sehari; 3 kapsul setiap kali selepas atau sebelum makan.

Dan untuk masalah kesihatan yang lebih spesifik, saya boleh memberi konsultasi secara percuma






Want to know what supplements that suit you and your family?
Want to be part of our success journey?
Want to generate  4 to 5 figures income?

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with Shaklee
Call, sms and what apps!


Saturday, 5 July 2014

CLUELESS MOMMY- every mother has this experience



At 2.24am, my eyes still wide open because of you, my son. You are battling with your running nose and nothing much I can do. Yes, I can feed you anytime but if your nose is getting in a way, tell
me what should I do?

Poor thing is that I'm also battling with my toothache. Somehow in this Ramadhan, the pain strike back. Part of it is my fault as I've been postponing to go to the dentist because of ...err...penakut dengan dentist. For my own good, it's about time I undergo that minor surgery to take out my wisdom tooth.

Anyway, back to you son. At this hour it reminds me of our comfinement time where your playtime were after 12am. Just this time, it is not your playtime but more on battling time to catch your breath. Running nose with addition of caughing is not a good combination especially for a year kid. And it is not a nice experience for the parent as well especially when you have to change your attire for more than 3 times daily. And having your baby puke all over the face was not cute at all.

In anyway, comparing my toothache and his running nose and caughing, I have to give him a credit. My agony cannot be compare to what he is suffering at this moment. My uncomfortable feeling cannot be challenge by his condition at this moment. As an adult, we can tell when we are not ok and seek for solution. Imagine the same feeling for your baby and worse is that you are clueless to respond.

To my son,  I'm sorry if my effort is not the best. I am sorry if my cuddling and rocking you back and forth is not something that you want at this moment. I am sorry if listening to my selawat is hurting your ear. I am sorry if patting on your back is making you even want to vomit. Among all I am sorry I am helpless to take away your misery.

Ya Allah, show me your mercy and forgive my wrongdoings. If this is my part of challenge, please make it easy for me. I love YOU so much that I embrace this wholeheartedly. And I love my son as well to want this period to be over, SOON. Amin

Mommy is rocking you while whining to HIM
6/7/14

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates