Social Icons

Sunday, 29 June 2014

RAMADHAN-Amalan yang terLUPA






Alhamdulillah, hujan di hari pertama Ramadhan. Nampak gayanya, perjalanan pertama Ramadhan sangat superb! saya jenis yang percaya kalau permulaan itu nampak baik, lancar dan tidak banyak kenkangan, InsyaAllah begitulah seterusnya hingga ke akhir. Sebab itu saya akan pastikan cara sambutan Tahun Baru saya perlu bermakna sebagaimana saya mahu tahun itu untuk saya.

Untungnya saya dan keluarga hari ni. Tadi sahur di rumah mertua ni pula dalam perjalanan ke rumah mama dan papa nak berbuka puasa. Mungkin ini nikmat kurnia Ramadhan kali ini. Mak Ayah dokek amek. (dekat sungguh)



Menyentuh hal ini, saya rasa semua orang boleh buat solat 5 waktu dengan khusyuk, ramai juga boleh pergi ke surau/ masjid untuk buat terawih. Ramai seronok dan berlumba-lumba bersedekah dalam bulan Ramadhan ni. Memang setiap kali pun dimana-mana seperti radio, ustaz dan ustazah di tv, ceramah-ceramah banyak membincangkan topik Ramadhan.  Ramadhan ini bulan Allah dan digalakkan banyakkan amalan. Hampir setiap kali benda yang lazimnya akan diingatkan.

Kalau bercakap hal kesihatan dan amalan pemakanan di bulan puasa pun rasanaya dah banyak di internet dan media masa. Apatah lagi resepi dan masakan di bulan Ramadhan. Malaysia dah seperti pesta makanan yang berlangsung selama sebulan.

Tapi apa yang kebanyakan kita makin lupa ialah meraikan bulan Ramadhan ini dengan ibubapa kita apatah lagi mertua dan adik-beradik kita. Untung mereka yang masih diberi kelapangan untuk bersama ibubapa mereka. Sempat nak kenalkan anak-anak siapa atuk, wan, nenek dan ada yang lebih untung dapat kenalkan nenek kita pada cicit dan piut mereka. Sejauh manakah kita mengambil peluang yang ada?

Mungkin ada termangu dan mengatakan untunglah mereka yang ada ibubapa. Saya pula melihat dari perspektif yang berbeza. Sebenarnya mereka ini juga untung. Untung tidak akan berdosa dengan mak ayah. Tahukah kita yang dalam soal ibubapa ini tak atau ter bukan alasan, dosa tetap dosa selagi mana tak melanggar batasan agama. Kalau kita secara tak langsung atau tak berniat melukakan hati dan perasaan ibubapa kita, tapi terlakukan, kita memang terbedosa.

Ya saya faham kadang-kadang emosi mereka itu macam tak boleh terima akal kan? Yeelah kan dah tua. Emosi terlebih. Sensitif pun dah lain macam. Apa yang mereka suarakan tu memang kalau ikut logik memang bukan caranya. Balik-balik kita kena ajar dan betulkan. Tapi tahukah kita, siapa kita nak bertengkar dengan mereka. Siapa kita nak beria-ia mengajar mereka. Kalau setakat mereka menegur cara kita mengajar anak, tak perlu rasanya kita sungguh berasa hati dan lebih teruk merajuk taknak balik ker rumah mereka. Ini banyak terjadi dengan mertua kita kan? Kan? Kan dan Kan lagi.

Kita ada 3 kali hujung minggu dalam bulan puasa. Minggu terakhir adalah minggu raya. Untung kita ambil kesempatan ini berbuka puasa beramai ramai tambahan pula dengan mak ayah kita. Jika ada yang kata nak juga berbuka dirumah sendiri, takkan dari hari Isnin sampai Jumaat, tak puas lagi duduk dengan famili kita ja.

Kalau nak berkira masalah wang, nampak sangat tak percaya rezeki itu hak mutlak Allah. Kalau kita selalu sebut, rezeki itu atas kehendakNYA jadi kenapa kita berkira-kira kalau nak buat baik. Lagipun tak patut nak berkira, itukan mak ayah kita. Nampak sangat cakap dan dengar saja tapi tak percaya dengan hati.

Kehidupan saya ini kalau nak diikutkan memang susah nak kemana-mana. Apa yang saya capai adalah berkat doa mama saya dan sekarang dah ada mertua, lagi mustajab lah doa mereka. Saya selalu bergurau dengan mereka kalau mereka menegur agar lebih banyakkan solat, zikir dan amalan-amalan agama. Almaklumlah mereka lebih tahu siapa saya. Dengan selamba saya menjawab, 'mama kan ada, doa ibu kan lebih mustajab'. Nampak macam kasar kan bergurau itu tapi itu yang saya percaya. Dan Alhamdulillah segala kelapangan kehidupan saya setakat ini adalah kerana mereka.

Senang beginilah, kalau bukan sebab mereka, kita tak ada disini dan kalau bukan sebab mereka, kita tak jumpa dengan siapa kita berkahwin sekarang.

Jadi dibulan Ramadhan ini, baliklah meraikan berbuka dan bersahur dengan mereka. Sebanyak yang boleh. Kadang-kadang kita mungkin terlupa yang pahala dan limpah kurnia yang diberikan oleh Allah bagi mereka yang menggembirakan hati ibubapa. Mungkin kita lebih sibuk dengan amalan terawih, sunat, tadarus. Tapi adakah ini bermakna disisiNya walhal sebentar tadi kita baru berkata kepada ibu kita melalui telefon,

"Sorry Mama, minggu ni tak dapat balik sebab jiran rumah buat kenduri buka puasa".

Who knows right?

Mommy and her parents
290614


ME FAMILIA










 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates