Social Icons

Sunday, 8 June 2014

JOKOWI-Life Lesson



Thank you to Astro for allowing all channels for this school holiday. Though I think they should have do it more often to compensate the time where 'siaran tergendala kerana cuaca buruk'. Today at channel Pelangi 142, I had a chance to watch Jokowi, an Indonesian movie about Joko Widodo childhood. By the way, he is currently a Governor and also a potential candidate for Presidenr of Indonesia.

Memandangkan cerita dan lakon layar di dalam bahasa Indonesia, adalah lebih bermakna entry kali ini berbahasa Malaysia. Mungkin olahan ini tak seindah bahasa Indonesia dimana kita sedia maklum yang Indonesia sangat kaya dengan sastera dan karya seninya. Memang benar rumpun Melayu itu luas dan akarnya berbalik kepada negara jiran kita di Indonesia.



Salam sayang anak-anak ku,

Apa yang telah diolah oleh karyawan Indonesia dalam menghasilkan karya Jokowi ini teramat menyentuh kalbu mommy. Secara dasarnya, filem ini mengisahkan kehidupan Joko sewaktu membesar di Surakarta, Jawa.

Memang banyak filem dan drama kita telah menyajikan jalan cerita yang sama seperti filem Jokowi. Pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi sebelum menempuh dugaan adalah cliche permainan kebanyakan filem kita. Peribahasa susah-susah dahulu, bersenang kemudian sering dijadikan intipati filem. Cheewah, dah macam penkritik filem pulak mommy ni.

Jadi, apa bezanya filem ini? Apa yang benar menyentuh perasaan adalah skrip dan kata kata semangat tentang kehidupan yang menjadikan Jokowi dari anak biasa ke seorang yang ternama. Memandangkan ini adalah kisah benar, mommy amat berharap nilai nilai ini dapat menjadi sebahagian alat dalam mendidik anak-anak mommy. Kata-kata ini jika dikaji dan dipraktikkan ternyata akan membuahkan anak bangsa yang dibanggakan.

Antara yang tersentuh ialah berkenaan dengan TAKDIR.

** petikan asal dari filem. Mungkin tak seperti diungkapakan tapi mesejnya jelas

** 'Setiap orang dilahirkan dengan takdir. Takdir itu kini berada ditangan masing-masing untuk mengubahnya'

Ayat ini adalah pandangan baru yang mommy boleh terap dalam diri mommy dan anak-anak mommy. Pandangan ini memang berbeza dengan cara masyarakat kita berfikir dimana dalam segala hal yang terjadi, kita gemar bergaantung pada takdir.

**'Lahir sebagai orang miskin itu tak salah, tapi mati sebagai orang miskin itu salah'

Kita banyak diberi kelebihan didunia ini tapi banyak juga kita mensia-siakan peluang yang ada. Sudahlah miskin dunia, lebih menyayat hati bila kita juga turut miskin di akhirat.

Filem ini juga menyedarkan mommy yang suka berjanji dan bermain dengan perkataan janji. Janji nak bawa berjalan, janji nak pergi bercuti dan yang paling sedih janji dengan Allah nak jadi muslimah berguna.

**'Manusia itu berpegang pada janji. Jangan berjanji kalau kita tak bisa patuhi. Semua disekeliling akan kecewa dengan kita termasuk Allah'. 

Sungguhpun begitu, kita amat mengambil mudah hal janji ini. Maka tanya diri kita, kalau janji dengan Allah pun kita ambil mudah, layakkah kita marah jika Allah ambil mudah dengan kita?

Senjata utama Jokowi seperti yang dinasihati oleh bapanya ialah

**'Kesungguhan, Kejujuran dan Doa kepada Allah'

3 alatan kehidupan yang nampak mudah nak ditaip, diberitahu tapi amat sukar untuk dipraktikkan

Dan ini untuk anak jantan kesayangan mommy,

Satu elemen yang mommy rasa mula pudar di kebanyakkan lelaki sekarang. Kita ramai lelaki tapi kurang jantannya. Kita ramai yang segak penampilannya tapi lembik jatidirinya.

Jadi, untuk anak jantan ku, rasailah pesanan ini dan tanam didalam hati. Jika nanti ditemui pasangan mu yang berjaya menawan hatimu, harus ingat

**' Lelaki itu harus berjuang untuk perempuan yang disukainya'. 
** 'Kalau takut mati, jangan berperang!'. Peperangan akan sentiasa ada sewaktu sebelum dan sesudah memiliki pasanganmu. Keberanian itu penting dan
**'Berani itu tak perlu pakai otot tapi terletak di otakmu'. Jika benar perjuangan mu, jangan mudah menangis
**' Lelaki itu tak pantas menangis'.

Filem Jokowi seterusnya berganjak ke zaman Jokowi memulakan langkahnya untuk menjadi seorang yang berpengaruh. Apa yang menyentak hati mommy apabila  pesanan bapanya cara hidup bermasyarakat itu umpama penjual bakso. Apa sahaja diminta oleh pelanggan, akan cuba diberi sehabis baik. Jika dilihat secara tersirat, bukan pelanggan yang berkuasa tai penjual bakso itu yang menjadi ikutan.

**'Menolong orang itu tak perlu menunggu. Apa yang boleh kita lakukan pada masa itu, kita lakukan'
**'Kalau mahu jadi hebat, bukan dari kekayaan atau harta tetapi dari Hati'.

Kita tidak perlu harta benda, sekolah atau pakaian yang mewah bagi mencerminkan siapa diri kita. Ibarat
**' Pakaian yang bagus itu tidak sebenarnya bergantung pada siapa yang memakai'.

Nilai jatidiri ini sangat cantik disampaikan dalam filem ini. Ketulenan hati seorang bapa yang mahu melihat anaknya menjadi insan yang selamat didunia dan akhirat. Apa yang mommy belajar satu cara baru iaitu 'reverse psychology' ketika mendidik anak. Bapa Joko menghukum dirinya sendiri atas kesalahan anaknya. 'The failure of a son is a failure for him as a father'

Mommy akhiri entry kali ini dengan kata-kata berbisa yang mommy harap dapat dipelajari untuk diri kita dan untuk anak-anak kita.

**'Hanya diri kita yang bisa membina atau membunuh keyakinan diri kita sendiri. Orang keliling hanya mampu menambah atau mengurangkan' 

Dan anak-anakku sayang, ingatlah, diwaktu kita berjaya atau menang, cuba berfikir dan bertindak agar

**'Bagaimana nak menang sesuatu tanpa membuatkan musuh itu rasa kalah dan terhina?'

Mommy sayang bangat anak-anak mommy
080614








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates