Social Icons

Monday, 15 December 2014

STRESS DAN BERAT BADAN



KENAPA KITA MAKAN BANYAK BILA STRESS

Pernahkah anda berasa lapar dan makin lapar dan asyik lapar? 

Dan kita juga biasa dengar bila orang stress saja, dia nak makan. Dan ada orang kata stress juga punca naik berat badan. 

STRESS- MAKAN BANYAK- BERTAMBAH STRESS SEBAB NAIK BERAT BADAN.

Are we in that category? 




Monday, 8 December 2014

BILA NIMBO KING dan BUDDY2 NONTON KONSERT SEARCH



KONSERT SEARCH DI ISTANA BUDAYA

Nimbo King excited nak bercerita tentang konsert SEARCH yang dia pergi dengan buddy-buddy. Apa yang menarik, dia nak habaq kat satu dunia yang dia dapat FREE PASS from her husband. Selama 3 hari 2 malam tanpa anak-anak, tanpa tanggungjawab. And it was FANTASTIC!!

Rezeki Kehidupan

Antara rezeki hidup saya ialah saya ada kumpulan buddy2. Buddy2 memang unik dari segi style kami berkawan. Usia berkawan kami sudah melebihi 2 abad. Saya bersama buddy2 lebih lama dari saya bersama suami saya. 

Dan memang minta maaf, selalunya, kepentingan buddy2 akan terletak di nombor 1 berbanding partner masing-masing. 

Dan rezeki yang paling menarik, 3 dari kami sudah berkahwin dan ketiga-tiga suami kami adalah hasil persetujuan kami bersama. Kiranya, bila mereka setuju menjadikan kami isteri mereka, mereka juga sudah faham terma dan syarat buddy2. 

By the way, my husband call our group KELAB POYO KETOYO. Reason is simple. Ada masa dia sakit hati sebab saya memang utamakan buddy2 saya.



Friday, 5 December 2014

5 FASA YANG PERLU KITA TAHU BILA INGIN BERJAYA



MY JOURNEY FINDING THE SO CALL SUCCESS

Ilmu yang ingin dikongsi ialah 5 fasa yang perlu kita tahu bila ingin berjaya. Saya olahkan ilmu ini mengikut cerita pengalaman saya sendiri. Enjoy reading and if you like it, please feel free to like and share.


Salam Sihat untuk Semua,





Tuesday, 25 November 2014

MENZAHIRKAN KESYUKURAN MELALUI WEFIE



Salam Sihat untuk Semua,


Today entry is about how I really love photography. Not fair to say that actually because photography is about art using a high tech/ DSLR camera.

My kind of art is just by using my iPhone 5 and my long arm. All I need is to ON the front camera of my iPhone and extend my arm while facing the phone. Click! A SELFIE.

Example of one selfie-ME



Monday, 17 November 2014

FIGHTING WITH YOUR BEST BUDDY- PART II




I am starting to fall in love with this FIGHTING WITH YOUR BEST BUDDY series. While I’m typing this, I am actually laughing at my own stupidity. Well, maybe this is what people always said ‘asam garam kehidupan’.

This time, I want to share with you how I battle MRS FAT via HERBALIFE Slimming Set. With this set, I hardly taste any ‘asam’, ‘garam’ or ‘manis’. Let us read and laugh together



First of all, this is not a scam product. Herbalife's product range includes protein shakes, protein snacks, nutrition, energy and fitness supplements and personal care products. Their protein shake, a soy-based meal-replacement shake, is the company's number one product. It is a good product and you can see it works based on many people testimonies.

In order to fight MRS FAT, I spend almost RM1,000 for the set for 2 different times. First one was before I got married and another time was after I had my first daughter.  Different time but both gave same result. Let see what's the result



BLOG, BLOGGING, ILMU BLOG DARI PAKAR BLOG



Salam Sihat untuk Semua,

Hari ini adalah hari ke-4 saya bangun awal pagi bagi menyahut cabaran bangun pada jam 4.30 pagi selama 25 hari berturut-turut.



Dan antara aktiviti yang ada manfaat untuk seawal pagi ini ialah entri saya hari ini. Memang pagi ini saya khaskan untuk cerita pengalaman saya dengan blog dan apa saya dapat melalui kelas bersama Pakar Blog-En. Arham Zulqarnain.

En.Arham-Pakar Blog. Boleh hubungi dia untuk dapat perkhidmatan blog. Hubungi saya dapat perkhidmatan bawa anda berjumpa dengan dia.

Selain anda seronok dan tersenyum membaca sebab saya pun seronok dan tersenyum menaip, saya harapkan kita sama-sama dapat manfaat hasil dari perkongsian ini. Dengan izinNya




Wednesday, 12 November 2014

DEEPAVALI CELEBRATION IN MNRB-2014



Salam Sihat untuk Semua,

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Salam Deepavali kepada semua. Kenapa semua?
Bukan kah kita bangsa Malaysia. Memang kita bukan penganut agama Hindu tetapi tipulah kalau kita tak seronok sebab public holiday. Dan kita pun turut melihat mainan Bunga api pada malam tersebut. Dan bukan main ziarah dan makan lagi pada hari Deepavali tu kan?
Jadi saya rasa perayaan Deepavali yang berlangsung pada 22 Oktober 2014 memang patut diucapakan kepada semua rakyat Malaysia.
SAMBUTAN di MNRB
Best ke best bila pejabat anda bersunguh-sungguh mengadakan aktiviti sempena perayaan Deepavali untuk semua stafnya?
Best ke best bila bukan sekadar makan-makan tetapi turut ada pertandingan pakaian terbaik?
Best ke best ada juga diselang-selikan dengan pertunjukan Bollywood dari staff sendiri?
For me, memang BEST lah.



Tuesday, 11 November 2014

4 LANGKAH MUDAH ELAK #DAKHASAN DARI ASTHMA



Salam Sihat untuk Semua,
Entri ini khas untuk #dakhasan. Ini gambar pertama kali botak sempena kenduri aqiqah #dakhasan. Dah macam Tawil aku tengok kau ni Hasan!
Anak kedua saya Hasan, berumur setahun 4 bulan dan lebih dikenali sebagai #dakhasan. Berbanding kakaknya #kakya, #dakhasan adalah seorang budak yang dilahirkan dengan kulit yang 'second-hand' dan kesihatan yang sensitive.
This is my only Sofea the First! Exactly like mini me. Dan sparing partner #dakhasan.
Sejarah kesihatan #dakhasan memang TIDAK memberansangkan.
  • Bermula dengan peperangan jaundice selama 3 minggu selepas #dakhasan dilahirkan.
  • Disusuli dengan ruam dan kulit yang tidak mulus kerana ada eczema.
  • Selain itu, #dakhasan agak kerap demam terutama bila peralihan skil. Dari merangkak ke berjalan pun demam. Lagi teruk bila tumbuh gigi.
  • Dan #dakhasan agak sensitive dengan makanan sejuk dan keadaan persekitaran yang berhabuk. Senang sangat batuk dan selsema.
  • Isi badan #dakhasan pun tidaklah pejal seperti Michellin Baby


Thursday, 6 November 2014

25 HARI CABARAN BERSAMA ESP



Salam Sihat untuk Semua,
Yes and yes. Finally the challenge is complete.
Bulan October yang lepas, memandangkan ada promosi berkenaan Energizing Soy Protein (ESP), buy 6 free 1, saya sudah berjanji dengan diri saya nak buat challenge.
Ya memang poyo pun. Saya yang buat challenge dan saya yang bertanding. Itu namanya cabaran diri sendiri. Dan cabaran ini dinamakan #YourESPToday dan apa perlu saya buat ialah:
1) Consume the ESP everyday for 25 consecutive days
2) Post it in Instagram
3) And every picture, I have to tag a) #ESP(follow with what day) and b) #YourESPToday
Gambar-gambar sepanjang cabaran ESP saya yang diupload di Instagram saya.



Tuesday, 4 November 2014

KECOH BILA #KAKYA ADA CONCERT



Salam Sihat untuk Semua,

Pada hari Sabtu , 1st November 2014, saya excited sangat sebab pertama kali dalam sejarah menjadi mommy, nak pergi concert anak.

#kakya is my eldest daughter and she's not yet 4 years old. Memandangkan dia dibesarkan dalam keadaan ramai orang dewasa, kemandirian diri dia saya kira lebih dari umurnya. Oleh yang demikian, dia terpilih dalam PlayGroup untuk tadika Brilliant Kids (BK).
Gambaran contoh kemandirian diri #kakya:
Anak-anak Omega mommy



Wednesday, 29 October 2014

MENULIS 101 IMPIAN DAN MATLAMAT



Salam Sihat untuk Semua,
Baru lepas balik dari Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) oleh Dr.Azizan Osman (DAO) dan banyak ilmu nak saya kongsikan disini.
And this entry can be my reference in the future.
Benda yang paling simple yang dimulakan oleh DAO ialah Impian/ Matlamat. Semua orang tahu kita kena ada impian, dream, matlamat, apa kita nak dalam kehidupan kita.



Thursday, 23 October 2014

IMKK 2014 Part 1-MENYESAL!!



Salam Sihat untuk Semua,

Alhamdulillah dan doa kepadaNya akhirnya selesai program hari pertama Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 2014 yang berlansung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), The Mines Sri Kembangan

Program selama 4 hari bermula pada 24hb October telah selesai hari pertamanya.

Dan saya sedang menulis entri ini sementara berbaris untuk keluar dari perkarangan parking MIECC.

Awal program hari ni selesai. Pada pukul 11.30pm dan menurut Dr.Azizan Othman (DAO), selaku penceramah, ini dikira awal. Menurut saya selaku pertama kali hadir ke program anjuran beliau, 'awallah sangatsssa'

Bila keadaan sesak keluar parking begini buatkan saya terfikir. Samada saya perlu rasa nak bebal atau merungut sebab kebodohan tidak parking di luar perkarangan MIECC atau terima dengan hatinyang terbuka dan cuba alihkan aliran tenaga untuk buat benda yang lebih baik iaitu update blog saya. 

Yang marah itu dulu, yang sekarang ialah saya dengan senang hati menaip entri cerita saya.

Wah nampak tak apa jadi kat saya. Itu baru hari pertama di IMKK tu.

Pendaftaran bermula pada pukul 8.30am hingga sebelum pukul 2pm. Walaupun hampir 6 jam diberi kepada peserta untuk mendaftar, sila lihat gambar pada pukul 8am.

Suasana orang mengisi borang pendaftaran

Barisan untuk penyerahan borang pendaftaran.

Pendaftaran kaunter. Sampai disini bila hampir sejam beratur.

Sempat wefie dengan mereka-mereka yang kaya dan berjaya (tagline untuk semua murid DAO)

Antara kunci kejayaan untuk berjaya ialah TO HAVE FUN and THE FUND start coming!!

Selesai saja pendaftaran, saya ada masa lebih kurang 3 jam sebelum menunggu kelas bermula pada pukul 2pm.

Memandangkan The Mines Shopping Mall hanya bersebelahan, apa lagi lepak disitu sajalah. Sempat jugalah I have a new haircut before submitting myself to the class.

Love it! 

Hampir kepada pukul 2pm, sekembalinya saya ke MIECC, keadaan di depan pintu dewan dah cenggini dah, Masya Allah.

Lautan manusia yang cecah 5000 orang berdiri dihadapan pintu. Tidak sabar nak masuk dewan.

Ini adalah 1/4 dari bilangan mereka yang hadir.

Macam biasa, sempat lagi berwefie dengan rakan rakan baru.

KELAS PENGENALAN DAO

Entrance DAO memang macam permulaan konsert dimana peserta seperti saya dan yang lain kena dipanaskan menari zumba.

Suasana menjadi gamat bila DAO masuk dengan melompat-lompat. Susah nak cerita bab perutnya bila melompat. Tapi itu bukan yang saya nak komen disini.

Saya seperti culture shock seketika.

Apa-apa pun energy dari sesi warm up ini berjaya dihasilkan oleh DAO dan berjaya di kekalkan hingga habis program.

Dan bagi saya bukan senang nak panaskan diri. Yeelah dah bertahun berada dalam keadaan yang tak teruja, makan masa juga nak mengujakan saya sendiri.

Dan sepanjang program geli-geli (pengenalan) DAO ini, banyak saya kena duduk bangun duduk bangun jerit tepuk sampai naik sakit tangan tepuk. Sungguh tak percaya saya akan sakit tangan sebab tepuk. Bukan main main punya sakit, siap lebam lagi.

Tapi bak kata DAO, kalau perubahan baru ni macam tepuk ni pun kita tak boleh buat, macam mana nak buat perubahan lebih besar dari itu.


ILMU

Kalau nak dikongsi disini memang banyak sangat dan saya sendiri kena buat revision kalau nak kongsi satu persatu.

Tapi kelas DAO ni bukan percuma. Jadi tak pasti kalau boleh kongsi bulat-bulat kasi telanjang habis disini tu apa hukumnya. Sebab kesemua material adalah hakmilik RICHWORKS.

In fact, no photo and video is allow while you're in the class. Saya kena tegur sebab ber wefie dalam kelas. Nyaris dirampas phone. But I'm sure they have reason kot.

Anyway, saya kasi selak sikit tentang ilmu introduction. Pengenalan apa itu IMKK sebenarnya. 

All in all, it is about knowing that everyone has this special ability that we can create, enhance and use the magnet to attract wealth and success. 

Semua orang ada ini, dan orang yang dah kaya dan berjaya telah menguasai benda ini samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Jadi kami disini akan dikenalkan, diajar dan diasah untuk menggunakan magnet ini ke arah yang betul.

In the end, DAO nak tolong lahirkan seramai mungkin orang especially bangsa Melayu beragama Islam menang didunia dan diakhirat, dengan izinNYA.

Antara banyak-banyak benda DAO ni kongsi, yang terpahat di otak saya ialah tentang KOLAM JIWA. Kunci diri kita iatu hati kita sendiri.

Kalau dah 30 tahun hidup, cuba bayangkan keladak hitam nya. Jadi kami akan lalui proses dan diberi tunjuk ajar camna nak bersih keladak ni.

KESIMPULAN

Apa-apa kursus ka, seminar ka atau kelas ka semuanya hampeh kalau kita sendiri hampeh.

So memandangkan saya dah datang dari Nilai. Bazirkan cuti hujung minggu saya untuk ini dan sudah bayar agak ratusan ringgit, bodohlah kalau nak buat endah tak endah.

Jadi terpaksalah ikut dan beri komitmen 100%. Mana tau terpaksa berjaya lepas ni.

Tapi bila dah lalui setengah hari dengan DAO. Saya rasa sungguh MENYESAL. Menyesal tak datang lebih awal.

Mommy exhausted yet excited.
24/10/14

After long hours














Monday, 20 October 2014

HANYA 10 MINIT DIPERLUKAN UNTUK MENJADIKAN HARI ANDA PRODUKTIF




Salam Sihat untuk Semua,
This is hilarious! Hopefully we really mean what we are saying and sharing
Setiap hari saya berdoa memohon agar hari ini lebih baik dari semalam. Kadang-kadang menjadi dan tidak dinafikan ada hari yang lebih celaka dari semalam. Sesungguhnya RUGI sebab masa tidak dapat diambil balik.
We can save anything and invest in most of the thing but not TIME. Sebab tu the idea of time machine really excite me. I want to be 23 again!
PERKARA YANG MEROSAKKAN HARI KITA
Jom tanya diri kita, bagi mereka yang bekerja di pejabat seperti saya. Sebaik sampai di meja pejabat, apa yang kita buat?
If you are saying that once you switch on your PC / laptop and you start checking emails and replying them. BANG! that is the worst way to start a day. And I am no exception.
Kenapa?
Check emails, reply emails dan mula telefon di awal waktu kerja ini semua akan mengambil  sebahagian besar focus kita. Dan yang paling teruk apabila dia mula jadikan diri kita dalam keadaan reaktif dan bukan proaktif. Kita bertindak bila ada masalah.
Contohnya, kita mulakan dengan membaca email dari client yang menggesa supaya kita balas dengan segera. Tetapi kita perlukan pendapat boss kita sebelum kita balas. Nak tunggu boss tetapi boss ada meeting pula. Lantas kita aturkan cara nak dapatkan dengan segera. Dari satu ke satu dan sedar-sedar sudah pukul 10.30 pagi. Kita belum langsai apa-apa perkara pun!! Oh my..gitu-gitu jee.
Jadi disini saya kongsi 3 langkah bagi mendapat hari yang produktif. And I am still a beginner on this.
Do it NOW. Or else, sometimes 'later' can become 'never'
LANGKAH-LANGKAH MENDAPAT HARI YANG PRODUKTIF
1- RANCANG PERJALANAN HARI KITA
It is only a BRIEF PLANNING SESSION.
Jika susah hendak mula merancang. Cuba kaedah ini:
Tanya diri anda sendiri, apa anda nak sebelum petang? Apa yang perlu anda capai sebelum balik rumah?
Mula menulis jawapan anda.
2- TULIS DENGAN JELAS APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN
Anda dah tahu apa anda perlukan dan apa perlu anda capai.
Next is simply by writing in in verbs to achieve that action.
Contoh: Anda perlu siapkan satu minit mesyuarat sebelum tengahari-----> ini yang anda target
              - DENGAR rakaman semula mesyuarat
              - REFER minit mesyuarat sebelum
              - TYPE minit mesyuarat
              - TUNJUK kepada boss
Perkataan seperti dengar, refer, type, tunjuk adalah kata kerja sebab anda perlu lakukan kerja tersebut bagi mencapai target anda.
Lagi terperinci/ details anda tulis apa yang perlu dilakukan, lagi cepat anda capai target anda.
Conscious mind atau minda sedar ini tahu apa target anda. Subconscious mind atau minda separa sedar ini yang kena diberitahu nak buat apa.
In order to work efficiently, we need both minds, conscious and sub conscious.
3- SUSUN ATUR PERANCANGAN ANDA
Mulakan hari anda dengan aktiviti yang paling susah, yang paling memerlukan focus anda yang tinggi.
Kajian menunjukkan focus kita akan perlahan-lahan berkurangan menjelang waktu petang.
So, prioritize your work. Which one should be the first and which one should be during your lunch break.
Tiga langkah diatas hanya memerlukan tidak lebih dari 10 minit dari masa anda!!
Dengan hanya perancangan mudah untuk hari anda, anda tidak perlu tertanya-tanya atau mengeluh
"eh nak buat apa lagi ehk?"
"alamak, aku patut buat tu dulu lah sebenarnya."
"Adus, baru mula ini, dah nak kena buat lain pula"
Ala bukan lama benar pun, 10 minit jee. Dalam kereta pun dah boleh siap. Zaman sekarang lagi advance. Tak perlu paper and pen kot. Cukup dengan handphone.
KEAJAIBAN
So by the end of the day, without you realize, you almost done with your day. Apa yang penting, sebelum anda pulang dan bertanya pada diri anda,
What have you done today? Or how is your day today?
Anda boleh tersenyum bangga melihat list yang anda tulis pada pagi hari dan benda apa yang telah dipangkah.
So let’s start today and next day and next till it become habit.
It's a practise that can yield significant dividends throughout your day!
Mommy feeling positive
21/1014



Sunday, 19 October 2014

MNRB DAN ALI MAJU



Salam Sihat untuk Semua,


Bangunan Malaysian Re, Damansara Heights

Café di sebelah Bangunan Malaysian Re (gambar kosong)

Sebelum itu nak cerita yang bangunan pejabat saya, Bangunan Malaysian Re sudah beberapa minggu tidak ada café. Dulu café Sayong tapi tah kenapa dah tutup.
Saya agak mungkin sebab sambutan yang tidak memberansangkan ditambah pula harga makanan yang agak mahal untuk kebanyakkan rakyat seperti kami (achewah, macam politik pula). Tapi sejujurnya, saya kurang berkenan makan di café Sayong sebelum ini kerana sambal nasi lemak dia tak sedap. Saya dah pernah memberitahu tuan kedai tapi sama hasilnya tetap sama. Masih cair dan rasa manis bergula. Akhirnya, saya lebih selesa ke café di Bangunan PNB, Damansara disebelah.
Dan mungkin juga kos sewa di bangunan Malaysia Re ini tinggi sebab ni dikawasan Damansara Heights dan bukannya di Nilai 3 ya. Hanya restoran yang kukuh kewangannya dan makanan yang sedap, InsyaAllah bertahan.
Jika diKuala Lumpur dan Selangor lah kan, saya akui tak banyak pun kedai mamak yang sedap berbanding di Penang/ Seberang Jaya (saya anak jati Kepala Batas, Pulau Pinang). Tapi Ali Maju antara favourite saya.
Waktu bujang-bujang dulu bersama C.E (contract executive) yang lain, Sepul, Asri, Fik,  Mardiana, Mic, Ome dan Intan, kami selalu lepak Ali Maju di Pusat Bandar Damansara. Lepas main futsal petang pun, lepak disana. Nak borak kosong pun sanggup pergi Ali Maju.
Dan kemudian waktu awal-awal MNRB Retakaful beroperasi, En.Azman Nusi, Zulrashidi, Shahril Jeffrey, Ummi, Nida rajin makan di Ali Maju. Semua orang punya favourite ialah roti sardine. Paling saya kelakar ialah Ummi yang suka meehoon tomyam Ali Maju. Kata pergi kedai mamak, tomyam juga dia suka. Pelik aku!
Pendek cerita, Ali Maju di Pusat Bandar Damansara memang banyak kenangan manis. Masa dulu pun selalu bersarapan dengan bakal suami. Manyak syiookk itu Ali Maju punya restaurant.
Dan bilamana saya dapat tahu ada restoran mamak favourite saya ini bakal mengambil alih menjadi café di Bangunan pejabat saya, memang hati ada seperti percikan bunga api:


And the fireworks sounds boom bang boom boom ketepang ketepung bila terbaca Whatapps message dari rakan sepejabat. Message bergambar yang amat mengujakan hati:


Cuba tenung dekat-dekat, kasi rapat itu mata. Tak nampak juga, kena amik supplement Shaklee ni.
Ali Maju mengadakan jamuan makan sempena hari pertama mereka di Bangunan Malaysian Re. Secara jelas dan terperinci ialah
MENU FAVOURITE NIMBO KING DI ALI MAJU SELAMA INI ADALAH PERCUMA PADA HARI INI.
Dan yang lebih menarik ialah bila Siti Fatimah Assyaheerah pula message memberitahu yang jamuan makan bukan bermula pada pukul 12.00 tengahari tetapi dah mula dah sekarang untuk mereka yang nak bersarapan.
Wahhhh...nak nangis baca. Seronok nya habaq hang
Melangkah saja ke situ saya sudah nampak tuan tanah eh silap Tuan Kedai, Dato' Ali  seronok bergambar didepan kedai. Mungkin dengan saudara-mara kerana saya rasa itu muka-muka yang tidak pernah saya lihat di area sini. (saya 8 tahun disini, hokayyyy!!!). Lagipun ada yang pakai sari. Selalunya Madam Sharmini yang pakai sari. Riang ria mereka bergambar. Rasa nak join. Tapi takpalah kita soru dulu.
Pelbagai juadah sarapan makanan disediakan dalam tray-tray ala buffet. Dari capati ke roti canai ke tose ke putu mayam. Kalau tidak salah ada mee goreng dan kari ayam juga. Kemudian air pula haruslah teh tarik dan nescafe. Baru ambil nescafe, terpandang pula manggo juice. Terus ambil satu mango juice.
Bila FREE ini masalah pula. Tak tau nak nescafe atau mango. Tapi dua-dua pun A+
Oh ya lupa nak beritahu, Big Boss pun seronok layan roti canai dan teh tarik percuma. Siap makan dahulu tanpa tunggu saya.
Tapi banyak-banyak makanan ini saya hanya ambil rasa putu manis dan mango juice sahaja. Teringat dah minum ESP shake pagi tadi. Kalau saya makan juga, dah kira double jeopardy dah. Protein shake saya tu pun dah bersamaan 2 x daging, 4x telur dan 12 x susu rendah lemak. Memang membunuh badan namanya tu kalau saya ambil roti canai.
Putu Manis yang memang sedap.
Tidak mengapa, kita sambung makanan PERCUMA ini tengahari pula. Ni pun dah nak masuk masa makan tengahari.
Sebelum itu, saya pun PERCUMAkan promosi rakan-rakan sepejabat di Ali Maju pagi tadi:
Punya happy senyum sampai tak nampak mata!! Ini Naem ya. dia single dan available. Gaji 4 angka dan solat lebih 5 waktu

Ni lah Siti Fatimah Assyaheerah (tudung merah). Seronok layan kari ayam. Pandang pun takmau. Yang sebelah tu control cun tu. Masih belum berpunya, kot!

Ini tukang karut kat tingkat 11. Nama dia Anis Solehah dan bersama geng-geng yang suka dengar dia mengarut. Tapi saya suka tengok dia makan. Dan dia pun masih belum berpunya

Geng tingkat 11. Ini dah berpunya
Tidak banyak gambar rakan-rakan sebab saya sudah naik ke pejabat dulu. Tak pasti yang lain naik pukul berapa. Rasanya pukul '9' tepat kot.
Dan beberapa keping gambar kedai yang saya sempat ambil. Yang lain tak sangat ambil sebab nak makan kan!
gambar blur sebab kurang lighting. Sebenarnya OK!

Tempat buat air

Café ditingkat 1

Kawasan dapur yang terbuka
Apa apa pun, paling teruja dapat email dari Kak Zaleeza Zamri, Property department berbunyi:
"Dear All,
On behalf of our new 2-Storey Cafeteria tenant, we are pleased to inform that Restoran Ali Maju Sdn Bhd is officially opened for business effective today, Monday (20 October 2014).
Attached please find a lunch invitation for today from 12 noon to 4pm.
With best regards,
Property & Admin Department
MNRB Holdings Bhd"
Mungkin atas dasar polisi bangunan disini, Ali Maju tidak beroperasi seperti kedai mamak yang lain, bukan 24 jam. Tidak penting itu. Janji dia buka bila saya perlu.
And last but not least, gambar bersama owner yang menjadikan salah satu impian saya satu kenyataan. Kedai mamak berhampiran dengan pejabat. Terima kasih ya!


Gambar Nimbo King yang happy bersama Dato' Hj Jawahar Ali

Ni gambar Dato tak puas hati saya makan sikit sangat. Takpa, Dato. satgi saya mai repeat! takpun esok lusa pun saya sumbang juga kat restaurant Dato.
KEAJAIBAN HARI INI
Tidak sangka keajaiban itu berlaku dengan hanya saya berkongsi tips hadapi Monday di facebook pagi tadi. Memang kita tahu bersedekah itu salah satu cara menjemput rezeki. Tapi pagi ini saya buat sedikit perubahan bilamana saya sedekah RM50 kat Big Boss.
Dengan harapan doa suami itu lebih mujarab and I'll have a perfect Monday today.
Syukur keatasNya. Memang berkesan kerana tidak sampai 1 jam, saya dapat nikmat ini semua. Satu hari ini adalah rezeki makanan untuk saya.
Apa yang saya belajar hari ini ialah bersedekah lah dengan suami pada hari Isnin. Nescaya hari Isnin anda pasti seperti hari Isnin saya pada hari ini- 20 October 2014.
Dan tidaklah seperti ini:

Atau ini:
Dan yang penting, tengahari saya tidak seperti ini sebab satgi saya nak layan restoran Ali Maju sekali lagi.
Oh ya, untuk yang nak datang makan sini atau berjumpa saya disini. Ni alamatnya,
Restoran Ali Maju
Bangunan Malaysian Re
No.17 Lorong Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lunmpur
 Mommy love her Monday today
20/10/14




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates